Episode 1 Part 1

SHINEE SHOWTIME

[Shinee Dorm]

“Korang,” laung Taemin setelah mendapati ada surat di depan pintu dorm diorang itu.

 

“Hoh, bisinglah Timun ikan bilis ni,” rengus Key yang sedang mengasah kukunya supaya nampak lawa. Dia duduk sambil menyilangkan kakinya di atas sofa.

 

“Ni, mesti dia nak cakap yang kita tak bayar lagi hutang dia yang bulan lepas tu,”ujar Onew yang sedang berlatih melukis menggunakan kakinya.

 

“Bukan ke kau dah bayar yuran Taemin untuk bulan lepas,”kata Jonghyun yang sedang makan maggi cap itik itu.

 

“Tak lah, duit yang kau bagi hari tu aku dah beli ayam,”ujar Onew.

 

“Hyung, tadi ada orang bagi surat kat depan pintu rumah kita,” ujar Taemin yang sudah tercegap didepan mereka semua.

 

“Surat saman ke?” soal Minhoo yang sedang menyelesaikan puzzle sambil memakai blindfold gambar Minnie Mouse itu.

 

“Tak, nie surat dari producer Showtime, menyatakan yang kita aka nada satu variety show baru yang bertajuk Shinee Showtime,” kata Taemin yang sedang meneliti isi kandungan surat itu.

 

“Kenapa surat itu nampak pelik aje? Macam penculik pun ada,” kata Onew apabila dia melihat yang surat itu tidak bertulis tapi setiap perkataan itu diambik dari buku budak berwarna darjah satu.

 

“Alah, mungkin PD nie jenis yang malas nak taip kot,” kata Taemin.

 

“Entah-entah ada fan nak kenakan kita kot,” kata Onew yang cuba untuk mewarnakan lukisan dia menggunakan kaki.

 

Tiba-tiba manager dioarang datang.

 

“Korang, tadi ada PD Showtime telefon hyung, menyatakan yang anda semua dijemput ke set pengembaraan Showtime sekarang jugak, jadi pergi bersiap cepat-cepat,”kata Manager Shinee.

 

“Pengambaranlah hyung, ni mesti makan budu banyak sangat,” kata Key.

 

“Alah, baru aje nak bertenang lepas sakit jiwa,”rengus Jonghyun yang sedang makan biskut cicah air maggi yang lebih tadi.

 

“Bukan ke kau sakit otak?” kata Minhoo sambil tergelak.

 

“Dah lah korang, siap cepat.”

 

[ Tempat Showtime]

“Oh, sampai jugak korang semua. Akhirnya saya dapat buat Shinee Showtime, sebelum itu kita tandatangan kontrak dulu yer,” ujar PD.

 

“Tapi kenapa kami baru dapat surat tadi?” soal Taemin kepelikan.

 

“Oh, itu sebabnya, pagi tadi saya bosan, lepas tu saya pun buat lah surat yang comel giler tu,” kata PD itu.

 

Shinee sedang berbisik sesame mereka, “harap PD nie tak buat Showtime untuk kita versi yang mengarut dan pelik.”

 

“Okey, ini dokumen yang kamu semua perlu tandatangan. Kalau rajin baca, kalau malas tak payah baca.”

 

“Apa yang kitaorang nak baca nie? Semuanya gambar?” tanya Onew.

 

“Oh, itulah kontraknya, korang warnakan semua gambar itu kiranya korang dah bersetuju untuk masuk dalam Variety show ini,” kata PD-nim sambil menghulurkan pensil warna untuk diorang.

 

Maka Shinee pun mewarnalah kontrak diorang tu, macam pertandingan mewarna antarabangsa. Onew yang sedang berlatih menggunakan kaki jugak menujukkan skillnya depan PD itu bagaimana dia mewarna menggunakan kaki. Minhoo goreng pun menujukkan bakatnya mewarna sambil pejam mata.

 

[Behind camera]

“Memandangkan showtime sudah ada banyak season…”

 

“We had fun, we had sun, we had season in the fun,” nyanyi Taemin dan Jonghyun lagu Westlife.

 

“Boleh tolong dengar taka pa yangsaya nak cakap nie. Memandangkan kali ini saya ingin mengadakn Showtime dengan konsep yang berbeza…”

 

“Kita berbeza, beza, beza~~~.” Kali ini Key pula yang menyanyi lagu rekaannya sendiri sambil mengelengkan pinggulnya dan jari telunjuknya sedang membuat gaya seperti tarian Apink, No,No,No.

 

PD yang benggang itu membuka kasutnya, dan mengambil stokinnya itu untuk disumbat ke dalam mulut Key. Senyap jugak akhirnya diorang setelah makan stoking PD yang tak basuh bertahun lamanya.

 

“Okey, kita sambung, kali ini saya ingin bagitahu bahawa Showtime season yang lepas tak berapa nak berjaya, maka dengan ini bajet untuk Showtime musim ini agak sedikit. So mari saya memperkenalkan pada anda semua staffyang tak lulus tadika ini.”

 

“Jurukamera kami ada 5 orang, bermula dari kiri, yer. Ini namanya Encik Karot, itu Encik Sudu, itu Cik Keju, ini Encik Mushroom dan yang akhir itu, Puan Mayonis.”

 

“Dan yang lain nanti kamu kenal sendirilah, saya dah malas. Kejap, saya nak pergi makan ais-krim Baskin Robbin depan sana, awak siapkan diri dulu yer. Nanti staff make-up yang tak pandai nak bezakan warna pink dan hitam akan datang kejap lagi,” kata PD yang sudah pun beredar pergi untuk makan ais-krim perasa coklat.

 

“Okey, semua memandangkan kita nak jimat bajet, untuk pengenalan Showtime ini kita akan buat kat kedai Mak Joyah aje yer. Saya dah tempeh tadi waktu beli ais krim,”kata PD. Semua ahli Shinee hanya mengangguk sahaja.

[Depan kamera]

“Semua Shinee bersedia, kita akan mulakan Showtime.” Kata Puan Ikan.

 

Dimulakan dengan leader Shinee yang memakai baju badut serta berambut kerinting pelangi. “Hai semua, saya Onew, saya leader kumpulan ini,”ujar Onew sambil tunduk.

 

“Anda semua mesti tak cam saya kan? Tak pelah, saya akan tunjukkan kat anda bakat terpedam saya selama ini.”

 

Maka Onew pun mengambil boto kicap, botol sos cili dan jugak botol budu yang ada atas meja kedai Mak Joyah itu. Dia pun melambung-lambungkan ketiga-tiga botol itu seperti badut. Malangnya, ketiga-tiga botol itu terlepas dan terkena PD yang ada kat depan tu. Onew menudukkan kepala tanda minta maf dan terus mengambil tempat duduk di meja makan.

 

Nasib baik botol tak pecah sebab ianya landing tepat-tepat ke arah muka PD.

 

Muncul pulak orang kedua iaitu Jonghyun yang datang dengan menunggang lembu mainan yang ada tayar itu. Jonghyun berpakaian perisai seperti Prince Persia, tapi senjatanya cumalah batang penyapu sampah yang dia jumpa kat belakang kedai Mak Joyah itu. Jimat bajet PD, tak payah beli penyapu baru.

 

Dengan susah payah Jonghyun mengheret lembu mainan itu menggunkan kakinya untuk ke kamera tengah. Dia bangun dan memperkenalkan diri.

 

“Anna jual sayur semua, saya Jonghyun, salah seorang kumpulan bersinar, Shinee. Anda semua mesti dah nampak apa tema saya kan? Yup, saya sedang melindungi dunia daripada habuk merabuk. Jadi jika anda ada masalah habuk, silalah panggil saya.”

 

Jonghyun pun mula memutarkan dan menghayunkan batang penyapu itu kesemua arah, gayanya seperti orang sedang bermain pedang, malang lagi sekali, penyapu itu terkena tepat-tepat kat muka PD. Jonghyun terus mengambil tempat duduk disebelah Onew. Diorang sedang berhi-ten menggunakan kaki.

 

Orang ketiga, iaitu Key masuk dengan memakai sari yang dipinjam dari kedai Mak Joyah, sebenarnya iitu bukan sari, cuma kain pelapik meja kedai Mak Joyah aje. 

 

“Hai nama saya Key, saya pasti ramai yang terpikat dengan saya yang memakai sari ini,”ujar Key sambil mengelengkan perutnya supaya nampak seksi.

 

Staff memasangkan lagu Hindustan untuk Key.
 

Bole chudiyan, bole kangna
Haai main ho gayi teri saajna
Tere bin jiyo naiyo lag da main te margaiya
(Le jaa le jaa, dil le jaa le jaa
Le jaa le jaa, soniye le jaa le jaa) – (Kabhi Kushi Kabhi Gham)

Key terus membuat tarian hip hop campur tarian Hindustan itu. Key yang sudah penat menari dari tadi tersepak muka PD yang ada kat depan itu. Maka Key dengan muka tidak bersalah terus mengambil tempat duduk di sebelah Jonghyun. Di bawah meja itu Jonghyun dan Key sedang bersalam.

 

Ahli keempat Shinee, Minhoo, muncul dengan bergayanya iaitu meluncur di dalam kawah. Sebenarnya dia duduk di dalam kawah itu, dan staff kat belakang menolaknya hingga ke depan kamera. Minhoo memakai baju chef dan jugak apron warna pink yang bergambar Minnie Mouse yang dia pinjam dari tukang masak kedai Mak Joyah itu.

 

“Hai semua sayur-sayur diluar sana. Saya Minhoo goreng Cap Burung merpati, kawan baik si bangau.”

 

Minhoo ingin mengangkat kawah yang besar itu untuk di bawak ketepi, tapi malangnya , PD itu sudah terhantuk dengan kawah tadi, benjol kepala PD.

 

Minhoo meminta maaf dan duduk di sebelah Onew.

 

Ahli terakhir Shinee, Taemin datang dengan menari ballet, dan dia memakai baju gaun Barbie berwarna pink serta memegang tongkat sakti.

 

“Hai semua, anna hanya jual sayur terung, hahaha.”

 

“Ambil line kau, dasar timun betullah,”ujar Jonghyun yang tidak puas hati dengan pengenalan Taemin itu.

 

“Hari nie, saya babi Taemin akan memberikan anda sebuah tarian yang comel lagi anggun seperti buah anggur,” ujar Taemin sambil memberi flying kiss kedepan kamera.

 

Taemin pun berputar-putar seperti tarian dalam cerita Barbie itu. Disebabkan dia berputar terlalu lama, maka dia tak dapat nak balancekan badan dia dan dia pun jatuh tersungkur kat depan kamera. Lagi sekali, nasib yang memang malang menyebelahi PD itu, tongkat sakti Taemin masuk dalam mulut PD.

 

Taemin mengambil tempat dudk sambil membetulkan crown di atas kepalanya itu.

 

“Mak aii, hodohnya make-up kau , Babi Taemin,” ujar Jonghyun menyindir. Yang lain ketawa.

 

“Staff yang tak lulus tadika itu yang make-up kan,”kata Taemin.

 

“Hmm….”PD beredeham memberi isyarat supaya diorang tidak mentionkan nama staff kat depan kamera.

 

“Jom kita buat pengenalan serentak,” cadang Onew. Maka diorang semua bangun dan tunduk di depan kamera, “Kami ialah SHinee, dan sokonglah kami untuk menyinari hidup anda.”

 

“Take 10,” jerit salah seorang staff. Menujukkan masa untuk rehat sekejap. 

-------------------------------------

Dari PD Showtime kepada penonton,

Semoga berbahagia dengan Shinee Showtime, It times to shine.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jjongkeylover
#1
Chapter 9: jgn la delete..kelakar dan best la citer ni..jgn la delete~~~
GDScremer #2
Please dont delete
IreneXiuMinNie
#3
Chapter 9: Jgn delete citer ni double zzang tau....
SuperShannon
#4
Chapter 9: Nooooo don't delete this story!!!
IreneXiuMinNie
#5
Chapter 8: update soon...
SuperShannon
#6
Please upload this story in English please?!!
IreneXiuMinNie
#7
Chapter 5: lawak lah...update soon...