B for Beauty

Aku Mahu Kau.

 

Pada pagi hari ahad yang damai, Kang Jiyoung menarik nafas yang agak panjang. Beliau cuba menenangkan dirinya untuk berdepan dengan pesakit yang beliau ditugaskan untuk membantunya.

Buat masa kini, Kang Jiyoung sudah berada di hadapan bilik pesakit berkenaan. Matanya beralih ke arah nama yang tertera pada pintu tersebut.

“Kim Jongin..” Bibirnya bergerak apabila beliau menyebut nama pesakit tersebut.

Di tanganya terdapat jam tangan berwarna putih jenama Casio, ianya menunjukkan sudah pukul 7 pagi. Tangan Kang Jiyoung telah pun memeggang tombol pintu bilik Kim Jongin.

“Satu, dua, tiga..” Kang Jiyoung membuka pintu bilik tersebut. Matanya melihat ke arah katil yang dikhaskan untuk golongan VIP (very important person). Maka secara tidak langsung matanya memandang ke arah muka kacak lelaki tersebut.

Ya, muka lelaki tersebut dikatakan kacak. Kim Jongin masih diulit mimpi samada ianya indah ataupun ngeri. Lelaki itu sahaja yang tahu.

Kang Jiyoung berjalan ke arah lelaki tersebut. Beliau tersenyum melihat lelaki tersebut. Entah kenapa beliau tersenyum pabila melihat lelaki tersebut. Mungkinkah kerana wajah kacak lelaki tersebut? Haish, beliau juga tidak tahu.

Beliau menghampiri tingkap dan beliau menarik langsir. Jelas terpancar sinaran matahari memasuki bilik Kim Jongin. Kang Jiyoung melihat wajah Kim Jongin yang masih terpejam tetapi jelas terpancar diraut wajahnya bahawa beliau tidak selesa dengan cahaya matahari tersebut.

Mata Kim Jongin terbuka setelah menyedari cahaya matahari tersebut menganggu tidurnya yang lena tadi. Sekali lagi wajahnya menujukkan bahawa beliau terkejut pabila menyedari Kang Jiyoung memerhatinya dengan berpakaian kemas dan berkot putih.

“K-kau si-siapa?” Kai menanyakan soalan kepada Kang Jiyoung.

Sebenarnya Kang Jiyoung tidak tahu ingin bertindak bagaimana setelah beliau menyedari Kim Jongin telah sedar daripda tidurnya.

Kang Jiyoung bersikap professional, beliau memberikan senyuman ikhlas “Mungkin awak sudah lupa saya, nama saya Kang Jiyoung dan saya seorang pakar fisioterapi” matanya memandang Kim Jongin.

Kim Jongin secara tidak sengaja tertelan air liurnya, mungkin terasa gementar. “Kau nak apa daripada aku?” beliau berkata.

Kang Jiyoung tergelak perlahan, “Saya tidak mahu apa-apa, saya hanya ingin membantu awak” Kang Jiyoung berkata.

“Kau rasa boleh ke tolong aku? Kau boleh buat aku jalan semula?” Kim Jongin bertanya cuba untuk menguji Kang Jiyoung.

Kang Jiyoung hanya tersenyum akan tetapi hatinya terusik mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki tersebut.

 

 

Bilik Fisioterapi

9:00 Pagi.

 

“Jiyoung-ah.. kenapa masam muka je ni akak tengok?” Tiffany memandang ke arah Kang Jiyoung yang membelek profil  persakit barunya itu.

“Akak, saya memang tak sedap hati nie..” Kang Jiyoung berkata mulutnya membuat sedikit muncung.

“Aik?? Tak sedap hati apa pulak, Jiyoung?” Tiffany berkata, wajahnya menunjukkan beliau ingin tahu.

“Saya dah memang nak tolak permintaan untuk latih anak Kim Munho tu, tapi mereka paksa jugak!.. saya tersekat, kak! Terseksa betul” Kang Jiyoung mengomel.

Tiffany melihat Kang Jiyoung, “Alala, sabarlah.. dah tak boleh menyesal.. tiada gunanya” Tiffany berkata memujuk.

“Akak..” Kang Jiyoung meraih simpati daripada Tiffany.

Tiffany mengangguk mengerti, “Akak, tahu Jiyoung boleh buat!” Tiffany berkata.

 

 

Bilik Kim Jongin

10:00 Pagi

 

“Keluar kau!” Kim Jongin berkata , matanya memandang tajam ke arah ibu tirinya. Terlihat air mata ibu tirinya bergenangan.

“kenapa nie? Ibu salah apa?” Kim Suri memandangnya penuh sayu.

“Aku tak nak jumpa orang yang aku paling benci kat sini! Kau tahukan kenape aku benci kau! Semua orang tahu kenapa aku benci kau!! Kau jangan tanya aku lagi lah!! Aku benci!” Kim Jongin berkata, kata-katanya bak sembilu yang menusuk jiwa ibu tirinya.

“Ibu tahu..” Kim Suri menangis teresak-esak.

Kang Jiyoung meluru masuk ke bilik pesakitnya, beliau terkejut melihat seorang anak yang menengking ibunya sedemikian rupa. Adakah ini petanda kiamat?

Beliau tidak sanggup melihat seorang ibu menangis teresak-esak kerana anaknya yang kurang ajar tersebut.

“Puan..” Kang Jiyoung mendekati Kim Suri.

Kim Suri memandang Kang Jiyoung dengan matanya yang penuh dengan kesayuan.

“Puan pergi dulu, biar saya tenangkan dia” Kang Jiyoung berkata untuk memujuk hati seorang ibu tiri.

Kim Suri mengangguk, sebelum beliau keluar daripada bilik anak tirinya. Beliau memandang anak tirinya, mata ibu tiri tersebut menunjukkan bahawa beliau sungguh kecewa dengan tindakan anaknya tersebut.

 

 

Setelah Ibu tiri Kim Jongin keluar daripada bilik tersebut. Dalam bilik tersebut hanya ada Kim Jongin dan Kang Jiyoung. Kim Jongin cuba tidak mengendahkan Kang Jiyoung yang memandangnya untuk mencari kepastian.

“kenapa kau pandang aku macam tu?” Kim Jongin berkata seraya matanya memandang tepat ke arah Kang Jiyoung.

Kang Jiyoung tidak menjawab.

Di dalam hatinya, beliau berharap agar hati Kim Jongin terbuka menerima sebarang kata-kata daripadanya.

“Kim Jongin.. awak sangat beruntung.. saya pasti awak tertanya-tanya kenapa saya asyik cakap macam tu kan?” Kang Jiyoung berkata.

Mulut Kim Jongin seakan terkunci. “Saya cakap awak beruntung itu sebab bukan senang tau untuk masuk dalam situasi macam awak nie, tau?” Kang Jiyoung bermain dengan kata-kata.

“Beruntung?? Bull semuanya! Kau kata lumpuh beruntung? Kau dah gila.” Kim Jongin berkata.

Kang Jiyoung terus bersabar, beliau masih mampu tersenyum. “Sebab Tuhan tahu awak mampu lalui semua ini.. lagipula ni mungkin ujian untuk awak..” Kang Jiyoung berkata.

“Saya tidak pandai bermain dengan kata-kata dan juga saya tidak pasti adakah saya mampu untuk membantu awak.. Tapi yang pasti belum cuba belum tahu..” Kang Jiyoung berkata matanya memandang tepat ke arah Kim Jongin.

Kim Jongin tersenyum nakal, setelah mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh Kang Jiyoung.

“Ermm.. belum cuba belum tahu..” Kim Jongin mengulang balik apa yang dikatakan oleh Kang Jiyoung.

Matanya melihat perempuan tersebut, hatinya sedikit terusik dengan kata-kata perempuan tersebut. Beliau melihat muka yang tenang ditunjukkan oleh perempuan tersebut.

 

“Baiklah.. Kita cuba”

 

Kim Jongin berkata, Kang Jiyoung mengangguk tanda bahawa beliau sudah bersedia.


Hi, chapter kedua~ well, thanks for the subscribe to this story :)) Kalau boleh -tutup muka dengan tangan- comment la ye :DD haha.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shuhadaramli #1
Chapter 3: AAAAAAAAA Apsal ending dia camtu??? T.T
star4you
#2
Chapter 1: Hoho, first time tulis fanfic dalam BM?
ape2 hal pun good luck~
shuhadaramli #3
Ape ni? Ape ni? Fanfic ke? Nak baca! :DDD