C for Cherish

Aku Mahu Kau.

Hari demi hari, Kim Jongin mula merasa selesa dengan kehadiran Kang Jiyoung. Beliau juga telah mempercayai Kang Jiyoung akan membantunya supaya beliau boleh berjalan semula.

 

-Bilik Latihan Bagi Pesakit-

Kim Jongin menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh, beliau mahu berjalan semula. Tetapi pada hari ini beliau merasakan ada sedikit kelainan. Setelah satu jam menjalani latihan, Kim Jongin duduk di atas kerusi rodanya.

Beliau mengambil nafas.

Matanya memandang setiap sudut bilik tersebut tetapi tiada.. hampa kerana orang yang beliau sedang nantikan tidak muncul-muncul jua.

Tiffany menghampiri Kim Jongin dengan senyuman manis dibibir. Lalu Tiffany menyapa dengan tenangnya. “Nampak lain sikit hari ni, macam tengah cari orang je..” Tiffan berkata.

Kim Jongin hanya tersenyum, setelah lama menetap di hospital, Kim Jongin sudah merasa selesa dan rapat dengan orang sekelilingnya.

Sekarang beliau mudah menerima orang sekelilingnya, terima kasih kepada takdir yang membawanya ke mana beliau berada sekarang.

“Mana Kang Jiyoung? Hari ni tak nampak pun dia” Kim Jongin bertanya. Terjawaplah soalan yang berada dibenak fikiran Tiffany.

Tiffany tersenyum, “ooh, cari Jiyoung erk? Hari ni dia tak boleh nak teman kamu. Dia sibuk sikit”

Kim Jongin mengangguk mengerti.

 

 

 

“Nanti dia datangla, jenguk persakit yang paling dia sayang nie.. hihi” Tiffany berkata sambil memperli Kim Jongin.

“Dia tak datang pun tak ape.. saya tak kisah sangat pasal dia tu” Kim Jongin berkata dengan tenangnya.

“Yela tu..” Tiffany berkata sambil mengalih mukanya daripada memandang wajah Kim Jongin tersebut.

 

-Bilik Kim Jongin-

 

Sudah lewat petang Kang Jiyoung baru masuk ke bilik Kim Jongin. Kim Jongin cuba menenangkan diri apabila Kang Jiyoung masuk ke biliknya dengan keadaan tergopoh gapah.

“Sorry, lambat hari nie.. hie..” Kang Jiyoung berkata.

“Aku tak kisah pun” Kim Jongin berkata dengan tenang.

“Kau pergi mana tadi?” Kim Jongin bertanya, Kang Jiyoung melihat Kim Jongin kerana Kim Jongin tidak mampu nak pandang dia dari tadi.

“ooh, saya jumpa orang yang penting.. “ Kang Jiyoung berkata.

Kim Jongin menganguk, dia tidak tahu perkara apa yang hendak dibualkan lagi dengan Kang Jiyoung.

“Ermm.. kalau macam tu awak boleh pergi, saya letih nak tido” Kim Jongin berkata. Lalu meletakkan kepalanya di atas bantal empuk yang berada di atas katilnya tersebut.

Dengan perilaku yang ditunjukkan oleh Kim Jongin tadi, Kang Jiyoung hanya mengeluh tanpa sebarang kata-kata dia keluar daripada bilik tersebut.

 

Setelah Kang Jiyoung keluar daripada bilik Kim Jongin, beliau berjalan menuju ke meja kerjanya yang dikongsi dengan Tiffany.

Beliau melihat kad kemajuan Kim Jongin. Mulutnya tersenyum, erm.. dah banyak kemajuan nie.. Dia tersenyum bangga melihat prestasi Kim Jongin yang tertulis di dalam kad tersebut.

“Ayoyo~ kene pergi tandas nie.. nak terkuncil dah nie” Kang Jiyoung bangun daripada tempat duduknya. Kang Jiyoung dengan pantasnya berlari ke tandas sambil menahan dirinya agar tidak terkencing di dalam seluarnya.

 

Sudah 10 minit berlalu,

“Kang Jiyoung mana?” seorang lelaki bertanyakan soalan kepada Tiffany. Tiffany terkejut kerana lelaki tersebut tanpa memberi salam atau apa pun terus menegurnya. Apabila Tiffany melihat wajah lelaki tersebut terpancul senyuman dibibirnya.

“La.. Myungsoo rupanya! Terkejut akak tau.. Cari Jiyoung ke? Dia tak dek sekarang. Dia keluar pergi tandas tadi” Tiffany berkata.

“Ooh, kalau macam tu saya tunggu dia kat sinilah” Myungsoo tersenyum.

 

Kim Jongin bangun daripada katilnya, beliau dengan susah payahnya bergerak menuju ke arah kerusi rodanya. Beliau tidak boleh nak tidur. Mungkin beliau berasa bersalah kerana melayan Kang Jiyoung dengan teruk sebentar tadi.

Hatinya jugak tidak berapa enak.. sepertinya ada sesuatu yang bakal berlaku.. haish.. aku tak tahu lah..

Beliau sudah berada di hadapan bilik kerja Kang Jiyoung. Sambil menarik nafas yang panjang Kim Jongin memasuki bilik Kang Jiyoung.

Kim Jongin membuka pintu bilik tersebut dan pabila pintu bilik tersebut terbuka. Beliau agak terkejut kerana melihat seorang lelaki yang duduk di tempat Kang Jiyoung. Kim Jongin melihat Tiffany, Tiffany juga sedar akan kehadiran Kim Jongin.

“Ooh, Jongin.. kau datang nie kenapa?” Tiffany bertanya tetapi Kim Jongin tidak menjawab. Matanya masih tidak beralih arah daripada memandang lelaki tersebut.

“Siapa dia ni?” Kim Jongin berkata setelah beliau lama mendiamkan diri.

“Dia nie tunang Jiyoung lah” TTiffanya berkata tanpa perasaan muka Kim Jongin berubah kerana terkejut.

Myungsoo melihat keadaan Kim Jongin yang menggunakan kerusi roda. Lalu beliau menuju kea rah Kim Jongin untuk memperkenalkan dirinya.

“Nama saya Kim Myungsoo, saya tunang Jiyoung. Awak siapa?” Kim Myungsoo memperkenalkan dirinya dan menghulurkan tanganya untuk bersalam.

Kim Jongin tidak mampu berkata apa-apa. Beliau merasakan hatinya sangat sakit bagai tertusuk sembilu. Dia tidak mahu dengar kebenaran ini.

“Eh, Jongin!” Kang Jiyoung masuk ke dalam biliknya dengan senyuman yang manis setelah melihat tunangnya , Myungsoo. “Myungsoo, awak datang nak ambik saya ke?”

“Ye lah, oh ye.. saya berkenalan dengan Jongin” Myungsoo berkata. Kang Jiyoung meluru ke arah Myungsoo.

Kim Jongin yang melihat situasi tersebut hanya terdiam.

“awak berkenalan dengan Jongin?” Kang Jiyoung bertanya. Kim Jongin tidak terlepas melihat tangan Myungsoo yang melingkari pinggan ramping Kang Jiyoung.

“Dia persakit yang awak selalu cerita tu kan?” Myungsoo bertanya. Kang Jiyoung menganguk tersenyum melihat ke arah Kim Jongin.

Kim Jongin berharap sangan bahawa jam boleh berputar semula dan jikalau perkara tersebut berlaku. Dia tidak akan datang ke bilik Kang Jiyoung, dia tersilap langkah. Hatinya rasa sangat perit.

“Jongin, nie tunang saya. Sorry la tak beritau sebab saya tak boleh nak temankan awak buat latihan hari nie. Saya pergi beli barang perkahwinan kitaorang. Saya nak beritau awak tadi tapi awak marah-marah je. Hah! Satu lagi saya nak ajak awak pergi ke majlis perkahwinan kami~ datang lah” Kang Jiyoung berkata.

 

Kim Jongin tidak lagi mampu melihat Kang Jiyoung tersenyum bahagia disamping Myungsoo. Kim Jongin merasakan pandangannya kabur. Kepalanya mengalami pening yang teramat sangat. Tiba-tiba penglihatannya gelap.

 


 

Kim Jongin membuka matanya. “eh, aku boleh berdiri?” Kim Jongin terkejut melihat kakinya dengan teguh berdiri. Beliau memandang sekelilingnya, beliau berada di majlis perkahwinan. Tapi.. perkahwinan siapa?

 

“Tak mungkin..” Kim Jongin menggeleng kepalanya. Beliau terkejut melihat Kang Jiyoung yang tersenyum bahagia berasa di samping pria yang beliau memilih untuk mejadi teman untuk seumur hidupnya.

Tiba-tiba Kang Jiyoung terpandang kea rah Kim Jongin. Beliau menghadiahkan Kim Jongin senyuman yang menunjukan yang dia sangat bahagia. Air matanya bergenang, dia sedih melihat Kang Jiyoung gembira.. dia benci yang takdir dia bukan bersama Kang Jiyoung.

Beliau melihat Kang Jiyoung berjalan menghampirinya. Kini Kang Jiyoung berada betul-betul di hadapanya. “abang! Terima kasih sebab datang ke majlis perkahwinan Jiyoung. Terima kasih sangat!” Kang Jiyoung berkata.

Tanpa berkata apa-apa Kim Jongin berjalan menjauhi Kang Jiyoung. Kang Jiyoung cuba mengejarnya akan tetapi dengan gaun labuh perkahwinannya tidak membolehkan beliau mengejar Kim Jongin.

Kim Jongin keluar daripada majlis tersebut, dia terkejut melihat hujan turun dengan lebatnya. Beliau melihat ke langit bagaikan menangis untuk kesedihanya.

Kim Jongin memasuki kereta sportnya. Beliau membawa keretanya ke lebuh raya. Air matanya laju menghujani mukanya. Dia tidak sanggup melihat Kang Jiyoung menjadi milik orang lain.. dia benci..

Otaknya hanya memikirkan senyuman manis Kang Jiyoung. Dia marah.. dia geram.. tetapi dia tidak mampu membuat apa-apa pun.

Kakinya menekan pedal, keretanya laju bergerak di atas lebuh raya. Tayar kereta Kim Jongin gelincir, dia menekan brek agar kereta tersebut berhenti daripada terbabas tetapi brek keretanya tidak berfungsi.

 

Akhirnya..

‘Oh! Aku tahu.. Ianya terjadi berulang kali. Seluruh badan alami pendarahan yang teruk, tulang remuk dan kesakitan tak terhingga. Aku hanya..' Kim Jongin bermonolog dalam hatinya.

BUSH!!

Terdengar jeritan Kim Jongin “Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!” sebelum beliau tidak sedarkan diri.

Orang ramai terkejut melihat kemalangan tersebut. Terus menelefon pihak berkuasa.

 


 

“Doktor! Saya nampak persakit ni bergerak tadi!” Seorang jururawat yang bernama Sulli berkata.

“Takde la, itu Cuma tindak balas otot tanpa sedar je. Dia ni tak mungkin sedar daripada koma” Kata Doktor Park Hoon kepada jururawat tersebut.

Jururawat yang bernama Sulli tersebut hanya menganguk sahaja “ Kesianya. Muda lagi pulak tu. Teruk sangat kemalangan tu.” Kata rakan jururawatnya, Naeun.

“Walaupun koma tapi diorang mesti tengah mimpikan sesuatukan?” Kata Sulli memandang persakit tersebut yang berbalut seperti mumia.

“Agaknya apa yang dia mimpikan?” katanya lagi. Naeun menggeleng.

“hiss, kau nie dah-dah la cakap pasal nie.. Jom, keluar daripada bilik nie.. seramla~” Kata Naeun. Lalu, menarik tangan Sulli untuk membawanya keluar daripada bilik tersebut.

Sulli berhenti seketika memandang nama persakit yang terletak dikatilnya. “Kim Jongin beliau berkata. Lalu keluar bersama Naeun dan Doktor Park Hoon daripada bilik tersebut.

 

Bukan luka atau hati yang merasa kesakitan itu tetapi otak aku… yang akan ulangi kesakitan itu buat selamanya sehingga jatung berhenti berdegup- Kim Jongin (masih dalam keadaan koma)

 


 

Penerangannya:

 

Kim Jongin mengalami kemalangan setelah pulang menghadiri majlis perkahwinan wanita yang amat beliau cintakan bernama Kang Jiyoung yang telahpun berkahwin dengan pilihan hatinya Kim Myungsoo.

Beliau telah koma kerana telah diishtiharkan mati otak.

Semua yang berlaku hanya igauan Kim Jongin yang berada dalam koma. Pekara tersebut berlaku dek kerana keinginan Kim Jongin untuk mendapatkan Kang Jiyoung yang sebenarnya hanyalah adik angkatnya yang diambil oleh ibu bapanya.

Kim Jongin akan mengalami situasi tersebut berulang kali untuk selamanya sehingga jantungnya berhenti berdegup ataupun dengan secara kasarnya apabila beliau mati..

 


Hi, dah habish cite nie~ apa macam best tak?? Sorry buat cite sedih ^^ (sedih la sangat xD) apa2 pun kalau boring tu datang baca fanfics saya yang lain ^^ Bye bye~

Cita-citaku ingin menjadi seorang pakar fisioterapi~ doakan saya! 

Credit to: siapa2 yang tolong saya menjayakan cerita nie~ >__<

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shuhadaramli #1
Chapter 3: AAAAAAAAA Apsal ending dia camtu??? T.T
star4you
#2
Chapter 1: Hoho, first time tulis fanfic dalam BM?
ape2 hal pun good luck~
shuhadaramli #3
Ape ni? Ape ni? Fanfic ke? Nak baca! :DDD