A for Apple

Aku Mahu Kau.

Bab Satu

 

Bush!!

 

“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh”

 

 

Terdengar suara jeritan seorang lelaki. Suara jeritan beliau juga berlatar belakangkan perlanggaran yang bergitu kuat bunyinya.

Orang ramai berlari ke arah kereta yang diimport dari luar negara tersebut. Sebelum kemalangan itu berlaku kereta tersebut kelihatan bergitu gah dipandang. Bahkan kereta itu boleh dijadikan sebagai cermin kerana bertapa berkilat kereta tersebut.

Polis dan ambulans datang setelah berapa minit salah seorang daripada orang awam telah menelefon mereka. Memaklumkan kecelakaan yang berlaku yang mengakibatkan seorang pemuda yang tidak diketahui namanya, umurnya dan keluarganya telah tidak sedarkan diri.

Pemuda tersebut berlumuran darah, ahli bomba telah mengeluarkan pemuda tersebut daripada kereta mewah itu tersebut. Kaki pemuda tersebut telah tersempit kerana pelanggaran yang telah berlaku. Lalu, para medik telah mengambil tugas untuk menyelamatkan pemuda tersebut.

Mereka memberikan rawatan kecemasan kerana pada ape yang mereka lihat pemuda tersebut mengalami banyak kehilangan darah akibat luka-luka yang terhasil daripada perlanggaran tersebut.

 

 

Polis sedang mencari identiti lelaki tersebut, polis tersebut telah menjumpai kad identiti milik pemuda tersebut. “Kim Jongin? Nama lelaki ini Kim Jongin” seorang polis lelaki bernama Dujun bersuara.

“Patutlah, naik kereta mahal.. dia nie anak Kim Munho kan?” rakan sekerjanya bertanya kepada Dujun.

“Kim Munho? Ini Kim Munho yang mane satu, erk? Aku tak tahu la?” Dujun berkata sambil mengaru kepalanya yang tidak berapa gatal.

Rakan sekerja Dujun, Yoseob “Kau nie memang duduk dalam tempurung lah!” Yoseob berkata cuba naikkan suaranya menandakan beliau marah.

“Alah, Kau nie.. dengan aku pun kau nak marah.. aku tak sukalah jaga tepi kain orang..” Dujun berkata sambil melihat kerosakan kereta milik Kim Jongin tersebut.

“Kim Munho tu.. dia pengurusi satu kabel siaran televisyen.. Nama siaran tu KBN! Kau nie.. aku risau la dengan perangai kau yang asyik masuk dalam tempurung je” Yoseob berkata lalu beliau menggeleng kepala.

“Ooh, siaran yang banyak cerita artis hot yang best-best tu ke?” Dujun berkata matanya tiba-tiba bersinar.

Yoseob menjeling matanya kearah Dujun, “Kau nie.. tu je yang kau tau kan? Aku stresslah jadi rakan sekerja kau”

“eh, hari tu aku nak letak jawatan kau tak nak bagi kenape?? Nie kau nak marah-marah aku pulak” Dujun berkata nadanya seperti mahu mengejek Yoseob.

“Ikut suka hati kau la, aku malas nak layan kau” Yoseob beredar, Dujun tersenyum kerana beliau berjaya mengenakan rakan sekerjanya itu sebentar tadi.

 

 

Ahli medik yang berada di dalam ambulans berusaha bersungguh untuk menyelamatkan Kim Jongin. “fuh! Tekanan darah dia dah stabil.. syabas, sekurang-kurangnya kita dapat menyelamat pemuda ini daripada mati” kata seorang ahli medik, Hara kepada rakan setugas berliau yang bernama Suzy.

Suzy mengangguk, lalu tersenyum. Beliau terlalu letih untuk berkata-kata.

“Suzy tolong pastikan pesakit nie dalam keadaan stabil” Hara berkata. Sekali lagi Suzy mengangguk.

“Oppa, jom kita gerak. Saya risau tekanan pesakit nie akan turun jikalau kita lambat tiba ke hospital” Suzy berkata.

Chanyeol yang berada ditempat memandu mengangguk.

Ambulans tersebut menuju kearah hospital.

 

 

Setelah beberapa lama, Kim Jongin berada di dalam bilik pembedahan. Akhirnya beliau dibawa keluar daripda bilik pembedahan.

Jantung kedua-dua ibu bapa kepada Kim Jongin sudah berdegup dalam keadaan stabil. “Ooh, anak omma..” ibunya berkata setelah beliau melihat anaknya dibawa keluar daripda bilik pembedahan.

“Abang.. anak kita..” ibunya berkata seraya memandang kearah suaminya, Kim Munho.

“Sabarlah.. anak kita akan selamat..” Kim Munho berkata sambil memeluk isterinya untuk menenangkan isterinya yang dalam keresahan.

 

 

“Awak kena tolong anak saya! Saya nak dia jalan macam biasa.. tolong la..” ibu kepada Kim Jongin, Kim Suri berkata.

Wanita tersebut terdiam, beliau menarik nafas yang panjang.

“Awak mampu lakukan.. bukankah awak Pakar Fisioterapi.. buat apa awak dah graduate daripada universiti terkenal awak tidak mampu nak tolong anak kami” Kim Munho berkata nadanya tegas tetapi terdapat kesayuan dalam percakapan beliau.

Manakala, Kim Suri menangis teresak-esak. Wanita tersebut tidak dapat mengeluarkan sebarang berkataan.

“Tolong anak kami..” Kim Suri berkata.  

“Saya akan fikirkan tetapi saya tidak mampu untuk mengfokuskan terhadap anak anda. Saya harap anda berdua mengerti” Wanita berkata.

Kim Munho dan Kim Suri memandang tepat ke arah mata wanita muda tersebut, mengharapkan bantuan untuk anak mereka.

 

“Nurse! Kaki aku! Apa yang terjadi kepada kaki aku! Kaki aku tak boleh bergerak!” Kim Jongin berkata nada suaranya tinggi.

Kim Jongin memandang ayahnya, “Beritahu aku cepat! Apa kamu semua lakukan kepada kaki aku!” beliau berkata.

Kim Munho memandang anaknya, Kim Jongin yang sedaya upaya untuk mengerakkan kaki beliau.

Sementara itu, Kim Suri sebak memandang Kim Jongin yang seperti orang kurang siuman setelah mendapat tahu bahawa beliau mengalami lumpuh sementara akibat kemalangan yang dihadapi oleh beliau.

“Apa??!! Kaki aku lumpuh? aku tidak boleh jalan lagi? Bodoh! Semua  nie bodoh! Bodoh!” Kim Jongin tidak dapat menahan kesabaran . Beliau berasa pedih dihatinya.

“Kenapa aku?? Appa! Kenape aku?” Kim Jongin berkata, matanya berair.

 

 

“Sebab itu takdir awak..” Kim Jongin memandang kea rah dimana suara itu disuarakan. “Awak adalah salah seorang yang sangat beruntung, awak tahu?” Wanita tersebut berkata.

Kim Jongin terkedu apabila beliau memandang ke arah wanita yang berada di pintu.

“K-kau siapa?” Kim Jongin berkata setelah beliau tersedar daripada terkejut.

“Saya Kang Jiyoung, Pakar Fisioterapi awak” Wanita tersebut tersenyum, cuba untuk mentenangkan Kim Jongin.

“Semua keluar! Aku tak nak jumpa kau orang semua!! Keluar” Kim Jongin menjerit, beliau terlalu tertekan dengan apa yang berlaku kepada beliau.

 

 

“A-aku beruntung?” Kim Jongin berkata setelah semua orang beredar daripada biliknya.

 


 

Hi, first time I'm writing in Malay! haha, sebenarnya ianya agak susah >_< walaupun sy seorang melayu tulen! By the way, I'm KaiJing Shippers!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shuhadaramli #1
Chapter 3: AAAAAAAAA Apsal ending dia camtu??? T.T
star4you
#2
Chapter 1: Hoho, first time tulis fanfic dalam BM?
ape2 hal pun good luck~
shuhadaramli #3
Ape ni? Ape ni? Fanfic ke? Nak baca! :DDD