NickyNick

Anda Tanya, Exo Jawab

Soalan 14 : Adakah cik Suho si jutawan gila memang kedekut nak kasi anak-anak buah dia duit?

                Kenapa kulit Jongin, orang panggil hitam sedangkan tengok dalam kamera putih melopak?

                Exo mohon jawab xD

                (NickyNick)


 

"Sekarang ni,,saya rasa pundi kencing saya nak terkucil.."

 

"Pundi kencing saya nak terkucil"

 

"Nak terkucil"

 

Berulang-ulang kali Pd-nim berbisik ke telinga staf lelaki yang baru bekerja pada hari ini. Berulang kali juga ,staf lelaki itu menahan diri dari menumbuk perut pd-nim.

 

"Cik pergi lah tandas. Saya tak boleh tolong kencing untuk cik"

 

Jujur. Terlalu jujur. Humble. Itu apa yang pd-nim rasa pada staf baharunya ini. Perlahan, dia mengangguk berulang kali sendirian.

 

"Hmm saya suka! Saya suka! "

 

Pd-nim berjalan pergi dari staf lelaki tersebut tetapi berpatah balik dan menghampiri staf tersebut sebelum mula berbisik ;

 

"Saya dah nak terkencing..."

 

Dan tiada siapa tahu pada malam itu, staf lelaki tersebut tidak dapat tidur nyenyak. Mempunyai trauma yang bernama Peephsychophobia iaitu fobia takutkan kencing. Ini semua berpunca dari pd-nim dan pundi kencingnya. Maaf, ini bukan chapter lucah ataupun belajar tentang sains.

 

"Show akan on air dalam 3 saat!" laung ketua staf dari pentas sambil membetulkan sofa untuk para hos.

 

Pd-nim menjuihkan bibir. Rasa dah nak terkucil..boleh tak sesiapa gantikan dia buat masa ini?

 

Sementara di belakang pentas, tiga orang jejaka sedang menunggu masa untuk keluar dari belakang menerusi langsir sambil menjerit 'HEY KAMI HOS ANDA UNTUK ANDA TANYA EXO JAWAB KALI INI JADI JANGAN LUPA SAKSIKAN KAMI BLA B LA BLA' sehingga malam menjelma.

 

Dan salah seorang hos sedang mengutuk Pd-nim yang ingin terkencing tetapi ditahannya .

 

"Kesian..tua-tua pun nak terkencing dalam seluar"

 

"Baik ! Semua hos dan staf sila bersedia! Rancangan akan on air dalam 3 saat!"

 

"3"

 

"2"

 

"Saya nak....terkencing....."

 

"1"

 

"Pergi lah tandas!"

 

"Anda Tanya, Exo Jawab episod 14, take 1 action!"

 

Langsir besar berwarna emas dibuka secara automatik dan.....muncul tiga jejaka dari belakang pentas berjalan sambil memasukkan tangan ke dalam poket.

 

"Call me baby!"

 

"Call me baby!"

 

"Call me baby!"

 

Muzik Call Me Baby dimainkan dan lirik inggeris Sehun yang pelat diulang beberapa kali.

 

"wadd up"

 

"wadd up"

 

"Wadd up"

 

"Kenapa perlu ulang suara pelat Sehun?"

 

"Saya tampilkan tiga hos...pada episod yang ke 14  ini ialahhhhhhhh...Mama Suho!" Suho memberi senyuman manis sebelum berjalan ibarat model patah kaki.

 

"Yay saya dijemput lagi yahay!" Suho melompat kegembiraan selama 5 saat dan berhenti melompat apabila ditenung oleh pd-nim.

 

"Hos yang kedua ialah....Kkambing!!! Eh maksud saya...kkamjong! "

 

"Wuhuu!! Saya dah kembali! Ya! Siapa kambing?" Kai menunduk 900 000 darjah sehingga menyebabkan satu tulang sum sumnya patah . Akhirnya Suho membantunya berdiri tegak semula sebelum Kai diiktiraf sebagai idol paling bongkok di dunia.

 

"Dan hos yang ketiga...di mana ada Kkamjong..di situ ada dia.Yes! Kyungsoo si mata bulat!"

 

"Saya tak faham kenapa saya selalu kena panggil dengan Kai"

 

Kyungsoo menjuihkan bibirnya yang berbentuk hati yang makin lama makin berubah bentuk menjadi jantung. Matanya yang semakin membesar turut menarik perhatian lensa kamera. dia melihat Kai yang berjalan terbongkok-bongkok.

 

Akhirnya selepas sesi pengenalan diri, mereka mengambil tempat di atas sofa dipentas tanpa menimbulkan sebarang huru hara dan masalah seperti sebelum ini. Terima kasih kepada Kyungsoo yang memberi amaran melalui jelingan 'JANGAN BUAT BISING' kepada Suho dan Kai. Akibatnya,mereka ketakutan di dalam.

 

Suho : Yezza, hyung kena jemput lagi! Yahay! /mengangkat tangan ke udara dan menggoyangkannya tanda kegembiraan/

 

Kai : Wah seronok la hyung dapat masuk tv setiap hari! /bertepuk tangan tanda turut gembira/

 

D.O : Tahniah hyung. Tetapi disebabkan jadual kami yang padat ,kami terpaksa menangguhkan rancangan ini sebelum ini. Tapi hey kami kembali! /melambai kamera dengan senyumannya/

 

Suho : Ya..kami sudah comeback dengan lagu yang baru! Adakah anda sudah dengar?

 

Kai : Body wave saya terlalu mainstream!!! /fangirling atas badan sendiri keseorangan/

 

D.O : Jangan terlalu perasan /menjulingkan mata besarnya/

 

Suho : Yea, jadi sebelum kita pergi menjawab soalan yang dihantar peminat, apakah topik yang perlu kami kupas pada hari ini? /memandang staf/

 

Kai : Adakah kupas bawang? Mata saya akan pedih! /teringat bawang yang dipotongnya semasa membantu Chen memasak di asrama/

 

D.O : Awak hanya tahu kupas bawang goreng--ah yaaaaa /kad topik dibaling oleh pd-nim ke muka Kyungsoo/

 

Suho : Wahooho padan muka awak Kyungsoo. Tapi kenapa tak tunjuk topik dekat skrin saja? /memandang pd-nim dengan pelik/

 

Pd-nim :.............../membuka skrin dan menunjukkan topik hari ini/

 

Kai : Saya dah agak. dia pun dah nyanyuk dengan rancangan ni. Siapa suruh tak update lagi ?

 

D.O : Baik. Jadi topik pada hari ini ialah...../kad masih melekat di mukanya/

 

Suho : Sm entertainment! woho!! /bersorak sendirian/

 

Kai : SM? Perlu cakap pasal Soo Man atau YoungMin shii? Andwae!!!! /menjerit seperti Kwangsoo/

 

D.O : Ayy kalau perlu puji Youngmin, saya nak balik rumah.

 

Suho : Melalut lah awak berdua. Apa yang kami patut cakap?  Apa-apa sahaja? /bertanya pada pd-nim/

 

Pd-nim mengangguk tanda bisu kerana mulutnya sudah disumbat kad topik oleh Kyungsoo sebentar tadi.

 

Kai : Mari cakap pasal comeback kita! Weheeee!!! /bergoyang goyang di atas sofa/

 

Suho : Betul! saya setuju! /mengangguk berulang kali seperti burung belatuk/

 

D.O : akhirnya selepas lagu Overdose, kita kembali dengan lagu Call Me Baby! Yay!

 

Suho : Walaupun Luhan dan Kris tidak terlibat dalam album ini, mereka tetap memberi sokongan di belakang. Terima kasih!

 

Kai : Saya harap mereka berdua akan terus berjaya di China!

 

D.O : Cakap pasal comeback, tajuk kita menarik perhatian ramai terutama golongan ibu ibu!

 

Suho : Kenapa?

 

Kai : Kerana ada juga yang salah tafsir bahawa tajuk lagu kita ialah Call Me Daddy. /ketawa/

 

D.O : Muka  saya terlalu muda untuk dipanggil Daddy /membesarkan matanya dengan sengaja/

 

Suho : Ayyy..saya tak sangka awak terlalu perasan macam ini.

 

Setelah bergaduh tentang muka Kyungsoo selamat sesaat, mereka menumpukan perhatian semula ke arah skrin di hadapan.

 

Suho : Mari kita komen pasal rupa kita di dalam mv Call Me Baby /memandang muka Kai dan D.O/

 

Kai : Secara jujur saya katakan, dah lama saya nak cakap yang rambut Kyungsoo di dalam mv seperti burung hantu. Tengok lah sendiri!

 

D.O : Mwo? Awak sedar tak rupa awak macam gangster retro pertengahan tahun?

 

Kai : Saya tak rasa saya macam gangster. Rambut saya nampak hebat! humph

 

D.O : Rambut awak terbelah tengah, faham?

 

Suho : Dah mula bergaduh dah. Ayyy sudah la awak berdua.

 

Kai : Alright ,SooSoo saya tak nak bergaduh dengan awak.

 

Suho : SooSoo ? /mengangkat keningnya yang tebal/

 

Kai : Apa? Salah ke saya nak bagi nama panggilan baru untuk Kyungsoo?

 

D.O : /menjulingkan mata ke atas/ Excuse me ?

 

Suho : Apapun, cakap pasal comeback..yang tak berubahnya ialah.....

 

Kai & D.O : Lirik Sehun! /menjawab serentak/

 

Suho : hahahahah saya tak sangka slogan dia bakal muncul sekali lagi.

 

D.O : E-X-0 /membuat gerak geri seperti Sehun/

 

Kai : Mungkin jika kita ada 50 album, 100 kali dia akan menyanyi slogan dia. /bertepuk tangan/

 

Suho : Dan tak lupa tangannya yang buat gerak geri hahaha /ketawa keseorangan sebelum terbatuk kahak/

 

D.O : Apapun mari kita beri tepukan yang gemuruh kepada dia sebab dah ada kemajuan!

 

Suho : Ya, tahniah kepada Oh Sehun! /bertepuk tangan bersama sama staf/

 

Oh Sehun yang sedang menonton rancangan ini pada lewat petang segera menjerit kegembiraan.

 

"Hyung! Hyung! Diorang sebut nama Sehun!"

 

Dan malangnya...tiada sesiapa ada masa untuk melayan dia...dan rancangan tersebut.

 

Kai : Untuk pengetahuan semua, selain Exo ,Red Velvet dan D&E yang sudah pun comeback, sunbae kami yang lain juga bakal kembali pada tahun ini! /mengangkat tangan ke udara dan menggoyangkannya/

 

Suho : Wohoo! Adakah tahun ini ialah tahun SM? Jadi, antara artis yang bakal comeback ialah, SNSD dengan album jepunnya, dan Super Juniorr!! Yang dikatakan bakal merakamkan mini album terbaharu bersama Yesung hyung! Wah Yesung hyung mesti sudah tidak sabar untuk keluar dari tentera.

 

D.O : Selain itu juga, SHinee seperti dikatakan dalam satu temu ramah, bakal mengadakan comeback tetapi ianya masih dalam perancangan. Victoria noona juga mengumumkan dalam satu acara bahawa Fx bakal kembali!

 

Kai : Wah! Semuanya bakal comeback! Jadi saya harap kita semua dapat pergi acara MAMA 2015 beramai-ramai!

 

Suho : Peminat juga mesti rasa begitu! Apapun teruskan menyokong kami dan SM ent!

 

D.O : SM ent.....

 

Kai & Suho : Fighting! /mengepal penumbuk di udara/

 

D.O : Jadi mari kita beralih ke acara yang ditunggu oleh penghantar soalan! /mengambil kertas soalan di atas meja/

 

Suho : Cepat bacakan soalannya!

 

D.O : Soalannya dari NickyNick. Hai NickyNick! /melambai ke kamera/

 

Suho : Hai NickyNick! /mengangkat kening lebatnya tanpa teragak-agak/

 

Kai : Hoyaaaa NickyNick! /membuat aegyo dengan sengaja menyebabkan kameraman muntah secara tiba tiba/

 

D.O : Soalannya ialah....kepada cik Suho si jutawan gila....memang gila pun...adakah cik Suho memang kedekut nak bagi anak-anak buah duit? /memandang Kai/

 

Kai & D.O : Betul!

 

Suho : Ayyy mana ada hyung kedekut. /menolak lembut bahu Kai/

 

Kai : Dia memang kedekut. Dasar jutawan gila . Dah la tua pula tu

 

D.O : Silakan cik suho,jelaskan segalanya. Semua tahu awak kedekut.

 

Suho : Kyaaa...mana ada..betul lah tak kedekut. Hyung kedekut sebab kamu semua membazir!

 

Kai : Adakah batang star wars itu tidak membazir?

 

D.O : Mungkin dia perlukan untuk mengacau dodol hari raya nanti. /menyilangkan kakinya/

 

Suho : Batang star wars jangan dilibatkan! Humph!

 

Kai : Kalau begitu, apa kata kita cek dompet dia? Hyung, saya perlukan dompet hyung untuk sesi pemeriksaan kewarganegaraan. /menghulurkan tangan/

 

Suho : Apa awak nak buat dengan dompet hyung? Umm ;A;

 

D.O : Bagi sahaja. Kami perlu cek dan tunjuk kepada penonton./alasan tidak munasabah/

 

Suho : /mengeluarkan dompetnya dan memandangnya selama 5 minit/

 

Kai : /ketawa/perlu ke rasa berbelah bahagi ?

 

D.O : /merampas dompet dari tangan Suho/ tak perlu rasa berbelah bahagi ye Cik Suho. Aha! Mari kita lihat apa yang ada di dalam dompet ini..

 

Suho : /hanya memandang sepi dompet hitamnya sambil tersengih/

 

Kai : Jadi...apa yang ada di dalam dompet dia?

 

D.O : Hmm....sebelum tu mari kita ambil masa hayati corak tengkorak pada dompet Suho hyung ini ./ menunjukkan corak tengkorak yang bersinar kepada kamera/

 

Kai : Kalau begitu,saya patut letak corak xray saya.

 

Suho : Ah....baru teringat itu Tao yang hadiahkan kepada saya hehehe.

 

D.O : Oh Tao ge? Mesti dia rasa terharu sekarang.

 

Dan Sehun di asrama yang masih menonton rancangan ini....

 

"Tao ge! Tao ge! Diorang sebut pasal dompet Suho hyung! Ada Tao ge!"

 

dan Tao hanya mengabaikan kewujudannya kerana dia masih trauma mandi keseorangan.

 

Kai : Jadi....mari kita belek di dalamnya!

 

D.O : /membelek belek dompet Suho seperti penyiasat yang bertauliah/ Aha! /mengeluarkan sekeping duit 10 000 won berwarna hijau dari dompet Suho/

 

Kai : Woow...selepas itu?

 

Suho : /menutup muka sambil ketawa kerana malu/

 

D.O : Jadi apa lagi yang ada dalam ini?

 

Semua mata fokus kepada dompet jutawan gila itu kerana tertanya tanya apakah yang ada di dalamnya. Jurukamera juga turut menfokuskan lensa mereka ke arah dompet hitam Suho.

 

D.O : /menunggang balik dompet Suho/ Yaa...ini dompet jutawan gila..dah tak ada apa..

 

Kai : Hahahahaha! Hatinya yang kaya sebenarnya./memeluk Suho/

 

D.O : /melempar ke atas meja/ Dompet apa ini tak ada benda langsung!

 

Suho : /mengambilnya sambil tersipu malu/ Yang penting..ada satu kad kredit.

 

Kai : Ah betul tu! Sebenarnya, Suho hyung memang banyak berbelanja untuk kami /memandang Suho dengan ikhlas/

 

D.O : Ya, walaupun dia kedekut duit tetapi dia pemurah kad kredit! /ketawa/

 

Suho : Ha..kan  saya dah cakap..jujur tak mereka berdua ini?

 

Pd-nim : Adakah Suho telah merasuah awak berdua? /memandang Kai dan D.O/

 

Kai : Tak.

 

D.O : Dia ugut bunuh kami..

 

Suho : Yaaaa! /ketawa/ apapun saya kedekut bersebab. Okay ,nickynick! Saya boleh belanja awak lain kali! /tersenyum gatal/

 

Kai : /tidak hiraukan Suho/ Baik kita ke soalan seterusnya!

 

Suho : aish. Soalan yang kedua ialah.....untuk kkamjong! Hahaha kenapa kulit Jongin hitam sedangkan tengok dalam kamera putih melopak hahahahahaha /masih ketawa sendirian walaupun ditenung rapat oleh Kai dan Kyungsoo/

 

D.O : Si nenek ni lah. Bab ketawakan orang nombor satu. /menggeleng kepala/

 

Kai : Humph. Saya tak lah begitu hitam. Ni semua salah kamu semua /memeluk tubuh /

 

Suho : Hanya kami yang dapat lihat Kai dari jarak dekat hahaha

 

D.O : Dimana ada Kai,disitu ada arang. /berfalsafah dengan penghayatan/

 

Kai : awak ingat saya penghidup api?

 

Suho : So dekat dorm, Kai akan selalu diusik hitam. Kami suka melihat dia marah sendiri haha

 

Kai : Tao ge lagi hitam humph!

 

D.O : Mereka berdua akan bergaduh merebut juara hitam..dan selalunya..Kai menang.

 

Suho : Tao pun menidakkan kebenaran. Hehehe apapun ,Kai, awak putih di hati peminat. /memeluk lengan Kai/

 

Kai : Ayyy. saya sebenarnya putih. Kamera tu memang memberikan saya keputihan lagi. Terima kasih jurukamera /tunduk seribu darjah/

 

D.O : Aha! Hari itu saya tengok iklan! Tentang...Qu Puteh baru lah puteh /membuat jari peace dan meletakkannya ke dagu dan pipi/

 

Suho : Datuk Vida...tolong ambik Kai kami sebagai duta. Dan...testimoni! Tolong lah tolong lah /merayu ke arah kamera/

 

Kai : Yaaa saya tak nak! Jangan! Saya bukannya perempuan! /menutup mulut Suho/

 

D.O : Ataupun...aurawhite? Safi Balqis? /melihat maklumat produk kecantikan di majalah Wanita/

 

Kai : /menjulingkan matanya ke atas/ Apapun, saya putih betul tak semua?

 

Suho : Yezza penonton terpaksa mengangguk sebab nak jaga hati awak. Bagaimana ahli kami yang sedang menonton ? Setuju dengan Kai?

 

Dan di asrama....Sehun tertidur sambil mengorek tahi hidung walaupun tv terbuka.

 

Kai : Dan...NickyNick tinggalkan pesanan harap Exo jawab.

 

D.O : Dia ingat Youngmin kena jawab ke? /membulatkan matanya/

 

Suho : Awak ingat siapa yang nak jawab ha NickyNick? /memandang sekeliling/

 

Kai :Adakah......hantu?

 

Suho : Kyaaaa!

 

D.O : Tolong jangan merepek.

 

Suho : Tengok muka pd-nim pun dah seram! Apatah lagi jurukamera! /menjerit ketakutan/

 

Kai : Tidak! saya taknak kena gigit drakula! /menutup lehernya/

 

D.O : Ya! Jangan melalut./menutup muka turut histeria/

 

Suho : Ugh..awak semua menyebabkan saya ketakutan! /Padahal dia lah yang menyebabkan huru hara ini berlaku/

 

Kai : .......saya takut...

 

D.O : Well, masa pun dah cemburui kita! Jadi terima kasih kepada NickyNick dan anda semua yang masih sudi melayan rancangan ini. /melambai tangan/

 

Suho : So,jangan lupa dan malu untuk tanya soalanlagi!

 

Kai : Tinggalkan pesanan di bawah dan kami akan cuba memperbaiki diri! /mematikan telefon kerana mendapat panggilan dari Datuk Vida/

 

D.O : Jangan lupa download lagu terbaru kami dan yes! Exo 4th Win! terima kasih semua!

 

Kai : Aku cinta padamu,Malaysia! /membuat bentuk hati menggunakan dompet Suho yang kosong/

 

Suho : Ini lah anda Tanya......

 

Kai : Dompet Suho Jawab! /membaling dompet hitam itu ke arah kamera/

 

Akhirnya kami terpaksa mencari pakar untuk mengeluarkan dompet Suho yang tersekat di lensa kamera. Sekian.

 


Bonus bersama pd-nim ; Komen anda tentang rambut D.O untuk album kali ini?

 

Kai : Saya dah kata..burung pun boleh bertelur atas rambut dia.

 

p.s : Chapter ini terpadam dan saya terpaksa menulis semula!

pps: Maafkan saya kerana sudah lama tak update kerana saya sibuk menulis Histeria hehehe.

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
yay! siap satu episod -_-

Comments

You must be logged in to comment
AzAz_Couple #1
Chapter 15: Username:AzAz_Couple
soalan:
1)Kai,awak main dancer kan???boleh awak ajar saya menari??
tu je soalan saya..thank you so much..
axelblaze
#2
Chapter 15: username :axelblaze

1) Betulkah ayah Kai seorang Doctor?
Kai! saya harap awak buat rambut fesyen military untuk masa akan dtg. Boleh?

2) Lay, masa sekolah dulu siapa cinta pertama awak. kehkehkehkehkeh. *mukasetan*

3) Kris, awak paling mahir masak makanan apa? disinu saya igtkan, Air bukan makanan. Dannn Mee segera roti segera atau apa2 makanan segera tidak termasuk dalam jawapan.
:B
sunshine234 #3
Username: sunshine234
Suho, kenapa hensem sangat waktu kat MAMA? Please simpan rambut tu untuk tahun depan. Xiumin, ahhhh....suara awak dah jadi my favorite? kenapa comel sangat ni? Nyanyi banyak lagu tau nanti...


ANyway it's good idea you did this kind of fanfic for fun, update...okay if you have time.
MomoEXO #4
Chapter 15: Username:MomoEXO
Hey....adakah suho tu kaya nak mampos...berapa banyak duit yang dia ada? DAn saya nk bawak balik sehun boleh tak?
Park_Rafa88
#5
Chapter 15: Best Best! Tergelak je tengok maknae line! Hope awak dapat update selalu sebab saya suka sangat ff awak~
misz_dina #6
Chapter 12: Here,nk tnye nim...
USERNAME★misz_dina
S1★untuk baekkie,bila awk kawen dgn daehyun?langsung xajk pegi majlis.sedih tau.
S2★tao mmg penakut ke?knpe eh?citer lah ckit...
S3★last skali untuk Exo,knpe korg ni hensem2,cute2?terutamanya sehun.knpe????
~tu jer nk tanye...baiiii♥♥♥
Kirm88
#7
Chapter 15: Nk tnya beberapa soalan XD .

1) To Luhan, Kenapa muka kau mcm perempuan ? ._. ,HunHan tu real ke ? . O.O //Kalah mata D.O
2) Soalan ini ditujukan kepada D.ONAT .. Kalau kau terpilih masuk WGM , Kau nk berpasangan dengan siapa ? . Kai terkecuali , X de pasangan sejenis XD //Kicked//
3) Kai , dalam mv call me baby ,kenapa rambut kau licin sngt ? . Sakit mata aq tengok XD //Slapped//
kkamjongin_zaza #8
Chapter 9: dan satu lagi soalan sesat....ketinggalan........
3)Kenapa kulit Kai dengan kulit aku sama ya?????mungkin selalu berjemur kan???
soalan aku memang BANGANG ABADI~~~~~~
kkamjongin_zaza #9
Chapter 9: nk tanya soalan jugak...!!!excited ni....baru buat akaun....
username:kkamjongin_zaza
soalan:1)Kenapa HunHan diship????sebab???
2)Kenapa show ni best giler????setiap saya buka benda ni...hehe.. :) :D