The Lights Go On Again

-EARPHONE : 듣다 내 마음이 목소리-
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Joonmyeon..Aku rasa kau kena balik sekarang.Adik kau,dia sakit” Yixing berkata melalui telefonnya.Sunyi dan sepi.Tiada respon yang diterima setelah Yixing berkata.Kedengaran hembusan nafas yang berat di talian.

 

“Aku..Aku tak pasti.Yixing kau tolong jagakan dia buat aku.Gembirakan dia”Suara itu teramat mengharap.Yixing mengurut kepalanya.Permintaan oleh sahabat baiknya itu bukanlah sesuatu yang berat tetapi bukan dia yang layak untuk berbuat begitu.

 

“Joonmyeon,dah 5 tahun kau tinggalkan dia.Kau keluar dari keluarga kau dan sekarang,dia memang perlukan kau.Bukan aku yang layak untuk bahagiakan dia” Tak kira dengan apa cara sekalipun Yixing akan membawa Kim Joonmyeon balik.Dia sudah berjanji di dalam dirinya.

 

“Aku takut dia akan bencikan aku.Aku yang salah sebab akulah dia jadi macam ni”.Joonmyeon berkata dengan penuh kekesalan.Dia tahu semua yang berlaku ini adalah penyebab kepada adiknya merana.

 

“Tiada apa yang kau nak takutkan.Sekarang kau dah berjaya.Semua orang kenal kau.Mereka hormatkan kau” Yixing tetap memujuk Joonmyeon untuk balik.

 

“Aku sebagai kawan baik kau....Macam nilah,kalau kau dah anggap aku ni macam keluarga kau.Kau baliklah.sekurang-kurangnya beban yang adik kau tanggung akan berkurangan sebab dia mendapat sokongan dan perlindungan dari abangnya!”.Joonmyeon masih lagi membisu.Dia mengesat hidungnya yang sudah berair.Menahan sebak di dada.

 

“Masalahnya Yixing,aku bukan Kim Joonmyeon.Aku Suho.Orang tak kenal aku tapi mereka kenal Suho.Kejayaan yang aku capai hari ni adalah milik Suho.Kim joonmyeon tak punya apa-apa.Dia Kosong,mengecewakan,menyedihkan..Dia..”

“Dia seorang abang yang baik yang sanggup buat apa sahaja asalkan adiknya bahagia!”Yixing terus memotong apa yang dikatakan oleh Joonmyeon.Kali ini Yixing amat marah kerana Joonmyeon menjadi seorang yang lemah.Ini bukan Joonmyeon yang dia kenal.Dia tak kenal Joonmyeon yang pengecut.

 

“Kim Joonmyeon atau Suho adalah orang yang sama.Kedua-duanya tak nak melihat adiknya bersedih.Joonmyeon,aku merayu untuk kau balik semula ke Korea.Eunha teramat perlukan kau.Dia perlukan abangnya kembali”.Joonmyeon di dalam talian sudah membisu.Dia sedang menangis.Menangis mengenangkan betapa bersalahnya dia.

 

“Yixing...Aku abang yang teruk.Tolong jagakan Eunha untuk aku.Sampai masanya aku..balik”.

 

‘click’

 

Talian sudah diputuskan oleh Joonmyeon.Yixing meraup mukanya.Tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Joonmyeon.Tetapi Yixing menarik nafas lega.Joonmyeon akan pulang meskipun dia sendiri tidak pasti bila.

 

 

 

 

It’s dark and i can’t see

 

I put out my hand but only the wind clashes

 

I don’t know why but this place is strange

 

I’m getting used to this misery

 

I live like a shadow

 

 

 

Aku sedang duduk berseorangan di atas kerusi roda.Mencari udara segar di hospital.Mujur juga di hospital ini mempunyai sebuah taman yang hijau dan menyegarkan.Kebanyakan pesakit yang lain turut berada di sini.Tak kurang juga pelawat yang berada berdekatan dengan pesakit.Ada yang berbual,bergelak ketawa dan bermain dengan ahli keluarga mereka.

 

Aku pula hanya duduk bersama handphone di tangan beserta earphone yang menyumbat pendengaran aku.Tidak mempedulikan persekitaran yang sedang dipenuhi warna warni keceriaan.Aku begitu asyik di dalam duniaku sehingga seseorang mengambil tempat di sebelahku.

 

“Click!”

 

Aku menoleh ke tepi.Yixing sedang membelek gambar yang baru dia ambil sebentar tadi.Doktor muda itu juga tidak menghiraukan aku.Dia sibuk mengambil beberapa gambar lagi.Setelah dia berpuas hati dengan gambar yang dia ambil,dia akan tersenyum.Segala perlakuan dia aku perhatikan.

 

“Eunha,senyum!”Dia mengalihkan kameranya ke arah aku.Tanpa sempat aku menoleh ke arah lain,dia telah menangkap wajahku.Yixing tersenyum.

 

“Awak ni memang susah nak senyum ke apa? Cubalah senyum....” Doktor muda itu sedang membelek kameranya..Aku hanya memandang dia tanpa reaksi. Tiba-tiba sepasang tangannya mendekati diriku dan dia mencabut kedua earphone di telingaku.Dia meletakkan earphone itu di tanganku.

 

“Awak tahu tak yang hobi saya ni suka ambil gambar..Setiap gambar ada cerita dia yang tersendiri.Tapi kita cuma boleh mengagak bergantung kepada riak wajah yang dipamerkan dalam sekeping gambar”.Yixing berkata dan aku hanya kebingungan.

 

“Doktor,boleh saya lihat gambar tadi?” Entah kenapa aku ingin melihat gambar yang telah dia ambil tadi.Melihat gambarku.

 

“Nah..” Dia menghulurkan kameranya.Aku memerhatikan aku yang berada di dalam kamera.Tiada emosi yang aku tunjukkan.Jiwa aku kosong kerana itulah yang gambar itu katakan.

 

“Macam ni ke rupa saya selama ni..Saya kosong”.Kataku lagi.Yixing sedikit terkejut kerana aku sedang berbicara.Aku memulangkan semula kamera itu kepadanya setelah aku delete gambar aku.Yixing masih lagi tersenyum.

 

“Kalau macam tu,apa kata kalau kita buat gambar awak ‘bernyawa’?”Aku memandang dia.Dia mengangguk bagaikan tahu apa yang bermain di fikiranku.

 

“Tak mustahil kalau gambar itu hidup.Hanya sedikit emosi akan mengubah sepenuhnya apa yang berada di dalam gambar”.Yixing memberikan sebuah senyuman ikhlas buat ku.Dia turut menepuk bahu kanan ku perlahan.

 

“Semuanya bergantung terhadap apa yang dirasai oleh seseorang.Begitu juga dengan muzik.Ia seakan mengatakan apa yang kita rasai” Kata-kata doktor muda ini meresap ke dalam diriku.

 

“Doktor...Saya harap doktor boleh tolong saya.Saya dah kehilangan semuanya.Semuanya berubah” Mendatar sahaja aku berkata.Mungkin sudah tiba masanya untuk aku melupakan apa yang berlaku dan mulakan semuanya.Demi abang.

 

“Awak belum ‘hilang’ sepenuhnya.Buang kesakitan itu dan gantikan dengan kegembiraan.Bila dah terluka pasti akan sembuh tapi kesannya mungkin lama untuk hilang.Kadang-kadang luka yang dah lama hilang pun boleh berdarah lagi.Hanya masa yang menentukan”.Yixing mengusap kepalaku.Aku memberikan sebuah senyuman buat doktor itu.

Walaupun tawar dan pahit,aku perlu teruskan hidup.Aku tahu yang abang akan balik,cuma aku tak pasti bila.Dan aku perlu terus tersenyum kerana aku sudah tiada sebab lagi untuk hidup seperti ini.

 

“Mulakan semuanya sekali lagi.Walaupun awak mahu menyerah,ingat kami sentiasa ada untuk awak”.Aku memandang Yixing,baru aku sedar yang dia terlalu baik terhadapku.Dia seperti abang.Aku mengangguk.

 

“Umm..Saya ada surprise untuk awak.Mungkin lepas ni awak akan lebih bersemangat untuk teruskan impian awak”.Aku tertanya-tanya tetapi Yixing hanya tersenyum seribu makna.Dia mengeluarkan telefonnya dan membuat panggilan.Kemudian dia menyerahkan telefonnya kepadaku.Aku menyambut huluran itu.

 

“Helo..”Aku berkata.Tiada jawapan.Aku memandang Yixing kembali.

 

“Eunha..”.Aku mendengar suaranya dihujung talian.Suara yang sememangnya aku rindu.Bagaikan tidak percaya bahawa aku sedang mendengar suara abang.

 

“Hey..Kenapa senyap ni..Tak rindu abang ke?”.Joonmyeon berkata.Suara dia lembut seperti selalu.

 

“Abang..bila abang nak balik? Abang sekarang kat mana? Adik rindu abang..”.Suara aku mula menggigil.Aku mahu menangis.

 

“Abang ada kat sini.Jangan menangis..Tak manis lah kalau orang tengok” Abang mengusik diriku.

 

“Biarlah adik menangis.Adik rindukan abang sangat.Abang baliklah cepat..” Aku merengek manja.Air mata aku cuba tahan.Aku tahu hidung aku sudah berair.Pipi aku memerah.

 

“Abang tak boleh lama ni.Nanti kita jumpa,okay..”

 

Talian telah diputuskan oleh abang.Hati aku sedikit kecewa.Tak mungkin abang dah abaikan aku.Aku menyerahkan kembali telefon itu kepada Yixing.

 

“Macam mana doktor boleh ada nombor abang saya?”.Aku terus bertanyakan soalan kepada Yixing.

 

“Saya rasa sekarang dah senja,Jom saya bawa awak masuk dalam bilik.Kat sini banyak nyamuk”.Yixing mengelak daripada menjawab soalan aku.Dia mula menyorong aku masuk ke dalam kawasan hospital.Kami masuk ke dalam lif dan keluar menuju ke bilikku.

 

Tak dinafikan aku berasa lega dapat mendengar suara abang.Namun aku sedikit hampa dengan abang kerana dia tidak pernah menghubungiku sebelum ini.Apabila aku masuk kedalam bilikku,terdapat seseorang sedang membelek buku diari abang.Aku mendongak memandang Yixing.Dia hanya menyorong aku menuju ke katilku.

 

“Awak ada pelawat”.Hanya itu yang dituturkan oleh Yixing.

 

“Luasnya bilik ni,kalau aku duduk kat sini tak boleh ke Yixing?”Ujar lelaki itu sambil membelakangiku.

 

“Sukahati kaulah Suho..”Yixing menjawab malas.

 

Tak lama kemudian lelaki itu memandangku tetapi cahaya dari luar jendela menyilaukan pandanganku apabila aku mendongak kearahnya.Dia menuju ke arah ku lalu melutut.Saat ini nafasku terasa dipotong.Tiada perkataan yang mampu aku ungkapkan melainkan perasaan gembira dan bersyukur kerana abang berada betul-betul dihadapanku.Abang memelukku dan aku terus membalas pelukannya.Air mata aku kali ini tumpah jua.

 

“Abang dah balik..Janganlah menangis..Adik abang kan kuat”.Ujar Joonmyeon.Aku mengangguk.

 

Kali ini aku memang tidak mahu melepaskan abang.Diatas bahunya aku menangis semahuku.Tangisan kegembiraan,kelegaan,semuanya bercampur-baur.Tak lama kemudian abang  meleraikan pelukan dan dia mengusap air mataku.Aku turut melakukan perkara yang sama.Tetapi abang tersenyum.

 

“Dah jangan nangis..Abang tak suka lah..Muka dah comot dah ni”.Aku memukul abang perlahan.

 

“Nah tisu...Korang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
saya nak ucapkan terima kasih sgt-ii buat mereka y suscribed cerita saya.. you guys are jjang!!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 3: Awww sweet sedih plak tu
woonicorn_syah
#2
Chapter 3: *^* best nye citer ni ..sedih..last last sweet nyeeee omg hahaha
93Hanafayana #3
Chapter 3: Daebak gile!!
QuincyOat
#4
Chapter 1: My oh my.. Sadis betul kisah hidup eunha ni. Huhu..kenapalah encik&puan Kim ni kejam?!
Hisy..kalaulah jumpa tgh jln, i'll smack your face!
Btw.. Nice story cik penulis. Wow~tak sangka mcm ni jln citer dye. Anyway,update tau! I'll wait ^_^
QuincyOat
#5
Huhu.. I'll wait.
Jap. Ni mesti kes nadir ek? Yg korang kecohkan kt grup tu ke?
Apapun,insyallah dia ditempatkan di jannah.