A Bitter Day

-EARPHONE : 듣다 내 마음이 목소리-
Please Subscribe to read the full chapter

Aku menyumbatkan earphone ke dalam kedua telingaku.Butang play di tekan pantas mataku tertutup.Aku berasa tenang seakan-akan setiap keperitan yang melanda diri aku telah lenyap.Ingin selamanya aku begitu,dihanyutkan dalam keasyikan melodi dan bait-bait lirik yang seolah-olah berbicara dengan ku.

 

A bitter day, it will all be erased like this
 

I will forget someday
 

I’ll be able to laugh then, but
 

Right now I can’t do anything

Even if the weather’s nice I don’t feel nice
 

It seems like the weather’s mocking me
 

I fall into a situation where
 

I can’t deal with the anger and I struggle
 

The world apart from me is running fine
 

You’re living well
 

It’s not fair, this isn’t fair
 

I feel like people walking past me think I’m pitiful
 

I can’t do anything right..

 

 

 

“Anak tak guna!!Berani kau ingkar arahan aku! Kau memang sengaja buat aku naik angin!!”.Meja dihentak dengan kuat.Aku berdiri di hadapannya dengan wajah yang kelam.

“Aku tak nak dengar apa-apa alasan! Lebih baik kau ikut cakap aku untuk teruskan pengajian kau dalam bidang undang-undang.Tak kira berapa kali kau gagal,kau kena buat sampai lulus!”.Itulah dia permintaan daripada ayah ku.Lutut terasa lembik dengan setiap tengkingan dari dirinya.

Tidak aku sangka sebegini layanan yang akan aku terima jika aku tidak dapat memuaskan hati mereka dengan keputusan peperiksaanku.Aku tahu aku memang teruk,malahan aku sebenarnya tidak mampu untuk memikul harapan mereka yang tinggi terhadap aku.Bidang undang-undang ini sememangnya bukan kehendak aku.Ini bukan impian aku.

 

“Adik...adik..tak nak terperangkap dalam impian orang lain.Adik tak boleh nak pikul bidang ini ayah,ibu.Adik tak mampu...”.Rayuku perlahan.Terus riak wajah kedua orang tuaku berubah.Mereka menjadi semakin marah mendengarkan jawapanku.

 

‘Pang!’

 

“Kim Eunha! Jangan nak menjawab kata ayah kamu!Ini demi masa depan kamu juga.Kamu tahu tak yang ibu ni cukup sangat tanggung malu bila semua sepupu kamu yang lain dah berjaya dengan kerjaya masing-masing!”.Ibuku pula lantang bersuara.Mata aku yang berkaca dan pipiku yang merah akibat ditampar amatlah memeritkan.

“Masing-masing ada rumah besar,pangkat dan dihormati.Kamu tak nak ke semua tu?!”.Mulut aku pula terkunci.Ingin sekali aku menjerit kesakitan namun aku sudah tidak terdaya.Sebanyak mana pun yang aku lakukan,pasti tidak akan mendapat belas dan ihsan daripada mereka berdua.

“Maaf tapi kali ini adik memang tak mampu.Adik dah penat,penat dengan setiap keinginan yang ibu dan ayah inginkan.Kenapa sekarang semuanya berubah?Demi masa depan atau demi kepentingan ibu dan ayah?”.Mereka berdua terdiam

“Hina sangat ke diri adik kalau adik tak ambil bidang tu? Ibu malu,ayah malu.Tak nak mengaku adik ni sebagai anak? Mana perginya kasih sayang yang melimpah sebelum ni?Adik tak hadap harta dan pangkat.Adik cuma mahu mengikut impian adik,impian adik ni hina ke?”.Tercungap-cungap aku menyampaikan isi hati aku.

Pipi yang basah tidak aku hiraukan,malahan perit yang dirasai mula hilang dengan jatuhnya air mata.

“Adik dah penat berusaha untuk benda yang tidak pernah akan membuahkan hasil.Untuk kali ini je ayah ibu,adik minta restu untuk mengejar impian adik.Izinkan adik untuk menjadi seorang fotographer”.Itulah permintaan terakhirku kepada mereka.

Tanpa menjawab soalan aku,ayah terus meluru keluar dari bilik bacaan dan menuju ke ruang tamu.Dia mencapai DSLR aku lalu dihempas ke atas lantai.Dia mengambil kayu besbol dan dihentak ke atas kamera itu.

 

“Ayah!! Berhenti ayah!!Adik merayu..!”.Ujar aku dengan air mata yang telah jatuh bercucuran.Aku memegang lengan ayahku untuk menghentikan perbuatannya walau pun aku tahu,itu hanyalah perbuatan yang sia-sia.Kamera pertama yang aku dapat sempena ulang tahunku ke 17 telah musnah berkecai didepan mata.Kamera pemberian abangku.

“Kau nak sangat kan jadi photographer.Ini yang kau dapat bila orang tak dengar cakap aku!”.Kayu besbol itu dilepaskan.Kamera yang pecah berderai itu amat menyedihkan diri aku.

“Puas hati ayah!Puas hancurkan impian adik!Hancurkan impian abang!Sebab ayah dan ibulah abang pergi.Adik benci semua ni..! Adik bencii!!”.Aku mencapai bag sandangku dan terus keluar dari rumah.Aku mengesat sisa baki air mata yang tinggal pada lengan baju.Aku berjalan untuk menghilangkan rasa sesak dalam diri.Aku gagal untuk jadi anak yang baik.

Kali ini pandangan mata aku terasa berpinar.Tubuh badanku terasa lemah.Namun aku teruskan melangkah juga meskipun aku tidak pasti kemana harus aku tuju.Dalam kesamaran malam aku melihat seseorang.Seseorang yang terlalu aku rindu.Seseorang yang pernah ada untuk aku.

 

“Abangg!!”

 

Aku berlari untuk melintas jalan.Jalan yang lengang itu aku lalui dan tanpa aku sedari ada suatu cahaya yang datang dari arah kiriku.Aku menoleh ke tepi,aku kaku.Bila aku melihat ke hadapan.Bayangan itu sudah tiada.Kaki aku sudah tergam diatas jalan.

 

‘Jika ini pengakhiran untukku,biarlah aku bersemadi dengan aman’.Detik hati aku.

 

“Kecemasan,kecemasan!!”.Terkulai satu tubuh diatas strecher tidak sedarkan diri.Nurse dan penyelamat bergegas menyorong tubuh itu ke dalam wad kecemasan.Tubuh itu diikuti oleh ahli keluarga yang menangis teresak-esak mengenangkan anak mereka yang

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
saya nak ucapkan terima kasih sgt-ii buat mereka y suscribed cerita saya.. you guys are jjang!!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 3: Awww sweet sedih plak tu
woonicorn_syah
#2
Chapter 3: *^* best nye citer ni ..sedih..last last sweet nyeeee omg hahaha
93Hanafayana #3
Chapter 3: Daebak gile!!
QuincyOat
#4
Chapter 1: My oh my.. Sadis betul kisah hidup eunha ni. Huhu..kenapalah encik&puan Kim ni kejam?!
Hisy..kalaulah jumpa tgh jln, i'll smack your face!
Btw.. Nice story cik penulis. Wow~tak sangka mcm ni jln citer dye. Anyway,update tau! I'll wait ^_^
QuincyOat
#5
Huhu.. I'll wait.
Jap. Ni mesti kes nadir ek? Yg korang kecohkan kt grup tu ke?
Apapun,insyallah dia ditempatkan di jannah.