● kedua

fantôme

Part 2

 

Hari yang dinanti telah tiba - hari dimana Hana akan memulakan zaman persekolahan kembali. Demi tugasnya, Hana sanggup memotong rambutnya pendek dari paras pinggang hingga ke bahu. 

 

"Okey, here we go... Danhwa High..." Hana terpegun melihat sekolah besar yang tersergam megah di depannya. 

 

"Mak aih, ni sekolah ke universiti? Akademi polis pun kecik je.. bapak kau besar..." gumam Hana terpegun. Seumur hidup, ini first time dia nampak dan tengok sekolah sebesar itu. 

 

"Oit! Oit!!" 

 

Hana menoleh, belum pun sempat berbuat apa-apa, satu tayar depan sebuah basikal telah TERsilap brek betul-betul di antara kakinya. 

 

Raut wajah kedua-dua manusia itu berubah mendadak - terkejut!

 

"Waaa!! Dara aku!!!!" Hana terjerit kuat kerana terkejut. Nasib baiklah tak ramai pelajar yang ada di kawasan pintu pagar depan pada waktu itu. Maklumlah, sudah 0ujul 7.45 pagi, waktu paling lewat untuk masuk sekolah pun pada pukul 7.30. 

Okey, berbalik pada insiden tadi,

 

Muka Hana menjadi merah padam. Si pengayuh basikal cepat-cepat turun lalu mendapatkan Hana.

 

"Ahjumma, ahjumma okey?!" Lelaki tinggi lampai itu bertanya. Panik betul dia.

 

Manakala Hana pula, sudah kelu untuk berkata apa-apa. 

 

 

Maruahnya....

 

Sudah tercalar!

 

 

"Ahjumma, ahjumma okey tak ni? Janganlah senyap macam ni, cakaplah sesuatu!" Pelajar itu panik berterusan. Dia tunduk untuk memeriksa luka-luka pada Hana tetapi,

 

"Woi, kau fikir kau tengah buat apa tu?!" 

 

Hana sekali lagi terkejut dengan tindakan spontan stranger itu dan secara automatik kaki kanan Hana diangkat setinggi 25 darjah dan dihayun pada arah jam 12 dengan kelajuan angin taufan.

 

"Ouch!!!" Dengan sekali sepak, pelajar lelaki itu terus melutut di jalan sambil meratap hiba....atau lebih kepada mengongoi kesakitan yang teramat akibat disepak pada bahagian yang tidak sepatutnya.

 

Setelah beberapa minit, barulah dia dapat berdiri semula dan masuk ke alam realiti. 

 

"Lain kali bawa basikal tu tengok depan!! Bukannya sibuk nak intai gadis lain!!" Herdik Hana geram. 

 

"Tapi ahjumma, saya,"

 

"Apa ahjumma?! Saya ni muda lagi tau! Awak tak nampak uniform saya?!" Marah Hana. Aku ni hari-hari guna Qu Puteh, boleh panggil aku makcik??!

 

"Sorry, dah saya dah suruh awak tepi awak tu yang pekak! Apa, awak ingat awak model ke nak berdiri tercegat depan pintu pagar?" Lelaki itu cuba mempertahankan dirinya.

 

Hana berpeluk tubuh,

 

"Takde pun!" Hana berpeluk tubuh. 

 

"Ada!! Saya bunyikan loceng, awak buat dek je!!" 

 

"Awak ingat saya dengar ke bunyi loceng basikal buruk awak tu?" 

 

"So?" 

 

"What?"

 

Putus perang mulut, kini berbalas jelingan pula. Mujur pakcik jaga ternampak mereka berdua lalu pergaduhan mereka dileraikan. 

 

"Ahjumma, betul ke ahjumma ni budak baru?" 

 

"Nama saya Hana! Bukan ahjumma lah! Dah awak tu ahjussi? Kenapa awak tak faham hah?" 

 

"Laa, bukan tak faham tapi ah...opps awak nampak macam makcik yang berniaga dekat pasar." 

 

"APA AWAK CAKAP?!" Hana menjegilkan matanya kepada pelajar itu. "Ugh, apa apa jelah. Siapa nama awak? Kelas mana?" 

 

"Shin Won Ho. Nama glamor Shin. Ahjumma?" 

 

"Bukan ahjumma lah!! Seol Hana!!"

 

"Oh, maafkan saya kerana tersilap. Awak kelas mana ya?" 

 

Hana menjeling Shin dengan perasaan geram membuak-buak. 

 

"4-2. Awak?"

 

"Oh, hey kita sama!" Shin tersengih lebar, sesiapa yang melihat senyumannya sekarang ini semestinya akan jatuh hati padanya. 

 

Termasuk Hana.

 

"Tapi kan, Hana..." Shin bersuara, 

 

"Saya nak panggil awak ahjumna juga boleh?" 

 

Terus senyuman Hana mati. 

 

"SHIN!!" Laju tangan Hana hinggap pada bahu Shin. 

 

 

 

○○○○○

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
NurinFar_ #1
Chapter 1: ji chang wook watak utama ke ?
HYeraH #2
Chapter 1: update soon~!^^
thelucidream
#3
Chapter 1: Serius, bila baca description yg hana ni seorang detektif homisid... Makin tertarik tau! Oh ya, Hana akak menyamar sbgai pljr sekolah Danhwa ya? Omg! My bias Jung Daehyun mati? Sobs sobs... Sedih jugaklah... TT^TT hoping for another update from you. Hwaiting! ^^
thelucidream
#4
Okay, ini yg dikatakan fantastic! Woot woot ^^v can't wait for the first update. Hwaiting!
HeavenDelight
#5
Ermm..look interesting..keep writing!