Empat

Perfect Match
Please Subscribe to read the full chapter

Yoomi menyandarkan badannya pada sofa lalu memejamkan matanya. Perkara yang berlaku siang tadi memang memenatkan dan mengejutkan bagi dirinya. Dia tidak menyangka bahawa orang yang baru dianggap musuh akan berkahwin dengannya nanti. Ah, macam manalah agaknya kehidupan dia selepas ini?

 

   “Yoomi, penat ke?” soal ibunya yang baru duduk di sebelahnya. Yoomi mengangguk tanpa membuka matanya. Ibunya tersenyum. “Baru buat kerja sikit dah penat, nanti kalau kamu dah kahwin, lagi banyak kerja kena buat, tau?” sambung ibunya.

 

Yoomi mencelik matanya lalu memandang ibunya di sebelah. “Omma, kenapa dia?” soal Yoomi sambil membuat memek muka yang kecewa.

 

   “Aik, hari tu kamu jugak cakap yang kamu tak kisah…” balas ibunya.

 

   “Memanglah Yoomi tak kisah, tapi…” Yoomi tidak menghabiskan percakapannya. Puan Son menaikkan sebelah keningnya.

 

   “Kamu jangan nak mengada, kita dah bincang tadi dan keluarga sana pun dah setuju.” Kata Puan Son yang tiada tanda-tanda dia ingin bertolak ansur dengan anaknya seorang itu. Yoomi mengeluh berat sebelum ibunya beredar dari situ.

 

  “Eh Yoomi, kau tau tak—“

 

   “Tak,” pintas Yoomi. Sulli yang belum menghabiskan ayatnya memandang Yoomi dengan geram.

 

   “Memanglah kau tak tau sebab aku belum bagitau, ish kau ni,” Sulli memukul lengan Yoomi dengan agak kuat. Yoomi mengaduh perlahan lalu menggosok lengannya. “Dua hari lepas Hoya tak datang sekolah. Selama ni, dia tak pernah tak datang, kau rasa kenapa ek?” Sulli menongkat dagunya.

 

Yoomi yang sedang menyedut minuman tersedak. Dia segara mengambil tisu lalu mengelap mulutnya.” M-manalah aku tau. A-aku tak ada kaitan pun dengan dia,” jawab Yoomi dengan tergagap-gagap.

 

   “Kenapa kau gagap ni?” Sulli mengecilkan matanya memandang Yoomi. “Kau ada something dengan dia ea?” soalnya lagi. Yoomi sudah mula berdebar. “Hahaha! Aku gurau jelah. Betul jugak cakap kau, takkanlah kau ada kaitan dengan dia, kan?” Sulli mengalihkan pandangannya.

 

Yoomi lega. Hampir sahaja dia tertangkap. Dia meneruskan dengan makannya yang terganggu tadi seperti tiada apa-apa yang berlaku. “Sulli, kau betul-betul suka  Hoya ke?” Yoomi menyoal.

 

   “Ish kau ni, buat lawak ke apa? Aku minat dekat dia dah lama, kau je yang baru tau…” jawab Sulli dengan  senyuman.

 

   “Kalau dia dah ada yang punya, macam mana?” Soal Yoomi lagi.

 

   “Eh kau ni, jangan buat aku takut. Penat aku pendam perasaan ni tau?” balas Sulli. “Yang kau tetiba tanya perkara ni, kenapa pulak? Tak pernah-pernah kau amik tau pasal aku dengan dia,” Sulli mencurigai Yoomi.

 

   “Eh, taklah. Aku saja je nak amik tau macam mana jiwa lara kawan aku sorang ni kalau bae dia kena amik…” kata Yoomi dengan ketawa yang perlahan.

 

   “Aku rasa hati aku akan berkecai gila kalau dia dah ada yang punya…” Sulli meletakkan tangannya di dada sambil membuat riaksi muka yang sedih. Yoomi tergelak kecil melihat Sulli. Dia amat menyokong kalau Sulli menjadi pelakon utama. Tetapi dalam gelaknya itu, terselit rasa bersalah pada Sulli.

 

Apa yang jadi kalau Sulli dapat tahu yang kawan rapatnyalah yang akan menjadi milik Hoya? Kalau dia ingin menolak pun, apa pula kata keluarganya dan keluarga Hoya nanti. Yoomi dalam dilemma sekarang ini. Dia harus pilih hati siapa yang dia ingin jaga samada keluarganya ataupun kawan baiknya.

 

   “Yoomi, kau okey tak ni?” Sulli memegang bahu Yoomi yang sedang mengelamun. Yoomi yang baru tersedar hanya mengangguk sambil tersenyum nipis. “Weh Yoomi, the bad witch on the world tu panggil kau  lah, ba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KertasUngu
#1
lagi lagi lagii
BabySprinkle98
#2
Chapter 3: Wahwahwah Yoomi ni bru je sdar dr pngsan trus nk msuk kls rjinny,nk jd pljr cntoh kan muehehe ;3......eleh Yoomi dh tau roti tu Hoya yg bg p mkn jgk hohoho dh lpr sngt mkn jelah,Hoya ni apsal plak dh jtuh cinta kat Yoomi ke?? hahaha :D......OMG!!! o_o Hoya ke bkal suami Yoomi?? muahahaha ;'P......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#3
Chapter 2: Ish3 >_< ksian Yoomi snggup mrdh hjan demi nk ambl glang die yg Hoya lmpar kat tngah pdang tu......huh Hoya ni pun lau nk bls dendam pun bls la elok2 Yoomi tu yeoja bkn namja jd bls la ngan cre lmbut "^_~......omo 0_0 Yoomi dh pngsan hbis pcat mke die haaa Hoya kau kne brtnggunjwab sbb wat Yoomi pngsan hehe ;P.......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#4
perut plak lpar td x pun......tngh trgsa-gesa nk g bli mknan kat cafe trlnggar plak namja td aka Hoya hbis bsah bju diorg dh la Yoomi nk cpt tkut x smpat nk wat krj Krystal aish msalah2......haish Hoya ni main pgang2 tngan Yoomi plak,nk suh jgk Yoomi gnti smartphone die tu ciss pdhal bli je la yg bru lau smartphone pun dh bsar kalkulator 570 msti la ank org kaya kan kan kan trpks la Yoomi kne gnti jgk lau x nnt kne CHU~ hehe ("^_^) mngade pny Hoya......hurm "~_~ lps ni Yoomi kne bsuh bju plak smpat x nk mkn......palli2 UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#5
Chapter 1: Bhahaha :D Yoomi ni mlang sngguh nsib die dh la kne siapkn krj Krystal