Dua

Perfect Match
Please Subscribe to read the full chapter

  “Okey, hari ni kita akan bergabung kelas dengan kelas sebelah sebab kelas kita akan diguna pakai untuk cikgu dari sekolah lain dan kebetulan kelas sebelah ramai yang tak hadir,” beritahu Miss Bom kepada anak muridnya sebelum mereka semua berkemas untuk pindah ke kelas sebelah.

 

   “Hai Sulli, yang kau happy semacam ni, kenapa?” soal Yoomi yang terperasan akan senyuman rakan baiknya itu yang melebar sehingga  telinga. Sulli memandang Yoomi dengan senyuman yang masih melebar. Seram pulak aku tengok dia senyum macam ni...

 

   “Aku happy sebab kita akan gabung dengan kelas sebelahlah...” jawab Sulli sambil mengemas barang yang berselerak di atas mejanya. “Dan, dapatlah aku tatap muka Hobaby aku nanti, hahaha!” Sulli berkata dengan nada yang sungguh teruja.

 

   “Hobaby?”

 

Alamak! Maknanya aku akan jumpa dengan mamat tu lagi ke?

 

   “Yalah sayangku. Dahlah cepat. Semua dah keluar tu... aku dah tak sabar dah ni.” Sulli menarik tangan Yoomi yang masih berdiam diri. Hampir semua pelajar dalam kelas itu sudah berada di dalam kelas sebelah.

 

   “Oh? Okey, okey. Kejaplah, barang aku tak kemas lagi ni...” Yoomi mula mengemaskan barangnya untuk di bawa ke kelas sebelah. Baru sahaja dia ingin meminta tolong Sulli, Sulli sudah tiada.

 

Sampai hati dia tiggalkan aku? Yoomi mengeluh lalu mengggalas beg dan membawa buku-bukunya menuju ke kelas sebelah.

 

Keadaan kelas sebelah menjadi kecoh apabila jumlah ahli kelas itu telah menjadi ramai. Kelihatan Miss Bom sedang bercakap dengan seseorang menggunakan telefon. Yoomi melangkah masuk ke dalam kelas itu sambil mencari kelibat rakan baiknya, Sulli.

 

   “Hoi! Sampai hati kau tinggalkan aku seorang diri?” Yoomi menepuk bahu Sulli sebaik sahaja dia meletakkan buku-bukunya di atas meja yang bersebelahan dengan meja Sulli. Yoomi tidak mendapat sebarang respon daripada orang yang ditanya.

 

Mana tidaknya, Sulli sedang sibuk mendengar setiap perbualan dua pelajar yang berada di hadapannya. Yoomi mengerutkan dahinya dan kemudian dia memandang ke arah dua pelajar tersebut.

 

   “Eh, Yoomi!” sapa Jimin dengan peramah apabila dia terpandang Yoomi di belakang. Hoya yang duduk bersebelahan dengan Jimin juga memandang kebelakang dan ternampak Yoomi yang sedang berdiri kaku.

 

   “Oh, hai...” Yoomi membalas senyuman Jimin. Dia sempat memandang sekilas ke arah Hoya yang sedang memandangnya. Yoomi terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil sempat dia menjeling Hoya dengan tajam.

 

   “Semua dah masuk?” soal Miss Bom yang melihat ke arah semua pelajar di dalam kelas itu. Pertanyaannya dijawab dengan anggukan dari pelajar. “Okey, saya nak awak semua cari pasangan masing-masing sebab kita akan adakan satu competition,” kata Miss Bom. “Setiap pasangan mesti ada lelaki dan perempuan,” sambungnya lagi.

 

   “Yoomi, saya nak jadi partner awak, boleh?” Jimin menyoal Yoomi sambil memandangnya. Yoomi terdiam sebentar sebelum dia memandang Sulli disebelah.

 

   “Kenapa kau pandang aku? Pergi jelah jadi partner dia...” Sulli mengalihkan pandangan Yoomi daripadanya ke arah Jimin di hadapan.

 

   “Is kau ni. Kalau ya pun, janganlah buat aku macam tu. Malu tau tak?” Yoomi menepis tangan Sulli lalu tersenyum kekok di hadapan Jimin. “Erm, bolehlah.” Jawan Yoo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KertasUngu
#1
lagi lagi lagii
BabySprinkle98
#2
Chapter 3: Wahwahwah Yoomi ni bru je sdar dr pngsan trus nk msuk kls rjinny,nk jd pljr cntoh kan muehehe ;3......eleh Yoomi dh tau roti tu Hoya yg bg p mkn jgk hohoho dh lpr sngt mkn jelah,Hoya ni apsal plak dh jtuh cinta kat Yoomi ke?? hahaha :D......OMG!!! o_o Hoya ke bkal suami Yoomi?? muahahaha ;'P......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#3
Chapter 2: Ish3 >_< ksian Yoomi snggup mrdh hjan demi nk ambl glang die yg Hoya lmpar kat tngah pdang tu......huh Hoya ni pun lau nk bls dendam pun bls la elok2 Yoomi tu yeoja bkn namja jd bls la ngan cre lmbut "^_~......omo 0_0 Yoomi dh pngsan hbis pcat mke die haaa Hoya kau kne brtnggunjwab sbb wat Yoomi pngsan hehe ;P.......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#4
perut plak lpar td x pun......tngh trgsa-gesa nk g bli mknan kat cafe trlnggar plak namja td aka Hoya hbis bsah bju diorg dh la Yoomi nk cpt tkut x smpat nk wat krj Krystal aish msalah2......haish Hoya ni main pgang2 tngan Yoomi plak,nk suh jgk Yoomi gnti smartphone die tu ciss pdhal bli je la yg bru lau smartphone pun dh bsar kalkulator 570 msti la ank org kaya kan kan kan trpks la Yoomi kne gnti jgk lau x nnt kne CHU~ hehe ("^_^) mngade pny Hoya......hurm "~_~ lps ni Yoomi kne bsuh bju plak smpat x nk mkn......palli2 UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#5
Chapter 1: Bhahaha :D Yoomi ni mlang sngguh nsib die dh la kne siapkn krj Krystal