Satu

Perfect Match
Please Subscribe to read the full chapter

“Yoomi, cepatlah sikit bersiap tu. Nanti lambat pulak!” jerit Sulli, rakan serumah Yoomi sejak setahun yang lepas setelah mereka melangkah ke alam sekolah tinggi. Yoomi merupakan pelajar yang sedikit poyo, ulat buku dan seumpama dengannya atau lebih dikenali sebagai ‘Nerd’ di sekolahnya. Gelaran itu diberi oleh, siapa lagi kalau bukan permaisuri sihir yang dibenci orang, Krystal Jung.

 

Yoomi tidak pernah menentang apa sahaja keputusan Krystal kerana dia malas untuk berperang mulut dengannya dan sebab utamanya adalah dia takut pada permaisuri sihir itu. Sekali dia melawan kata-kata Krystal, sudah pasti meja belajar dan lokernya akan menjadi mangsa perbuatan Krystal dan sekutunya.

 

   “Hey, kau buat apa lagi ni? Beranganlah tu…” tepukan yang hinggap di bahu Yoomi membuatkan dia tersedar daripada lamunannya.

 

   “Yalah, dah nak siaplah ni. Sabar kejap boleh tak?” Yoomi memandang sekilas ke arah rakannya itu sebelum dia mencapai beg yang berada di atas meja. Yoomi menyarungkan kasutnya bermula dengan kaki kanan seterusnya kaki kiri.

 

   “Kau nak kena bebel lagi ke dengan ‘the bad witch on the world’ tu?” soal Sulli yang bercekak pinggang sambil matanya memandang ke arah Yoomi yang sedang menyarungkan kasut dengan sopan santun.

 

   “Kenapa pulak?” Yoomi membalas pandangan Sulli sambil tangannya masih lagi sibuk memuatkan kaki kirinya ke dalam kasut sekolah berwarna putih.

 

   “Hari ni bukan ke giliran kau untuk jadi ‘bodyguard’ dia?” pertanyaan Sulli membuatkan Yoomi berhenti daripada memakai kasut. Dia memandang muka Sulli dengan muka yang pucat sebelum dia berlari meninggalkan rakan serumahnya itu seorang diri. “Yoomi! Kalau ya pun, pakailah kasut tu betu-betul dulu!” kata Sulli daripada belakang sambil mengejar Yoomi.

 

Yoomi dan Sulli tercungap-cungap untuk mendapatkan oksigen setelah berlari seperti Usian Bolt dari rumah hingga ke sekolah kerana bas sudah pun meninggalkan mereka dua saat sebelum mereka tiba di perhentian bas.

 

Yoomi memandang ke arah pagar sekolah lalu menghembuskan nafas lega. Kenapa? Sebab, kereta Krystal masih lagi tidak kelihatan. Bermakna, Krystal belum tiba di sekolah lagi. Yoomi terus melabuhkan punggungnya di atas rumput yang menghijau.

 

   “Yah! Kotorlah baju kau nanti!” Sulli segera menarik Yoomi untuk bangun, namun usahanya adalah sia-sia sahaja.

 

   “Alah, tak ada apa-papalah. Rumput je pun, bukannya ada lecak pun. Lagipun aku dah penat sangat ni, kau tau tak?” kata Yoomi sambil membetulkan semula kasutnya yang hampir tercabut sebentar tadi.

 

   “Yoomi, cepat bangun. Permaisuri sihir tu dah sampai,” Sulli menepuk bahu Yoomi dengan perlahan sambil matanya memerhatikan kereta berwarna hitam yang baru berhenti di hadapan pagar sekolah.

 

Yoomi segera bangun lalu menarik dan menurunkan nafasnya secara bergilir-gilir. Dia mencapai bag sekolahnya dan berjalan menuju ke arah pagar sekolah dan diikuti dengan Sulli di belakang. Yoomi membersihkan rumput yang melekat di belakang uniformnya.

 

Tiba-tiba, badannya bagaikan dirempuh dengan sesuatu yang mempunyai berat yang tidak dapat ditampung oleh badannya dan dia pun mencium lantai di atas muka bumi.

 

   “Yah! Beratlah! Cepatlah bangun!” jerit Yoomi yang dalam kesakitan. Badannya terasa sedikit lega apabila beban yang menghempap badannya tadi sudah tiada. Sulli menolongnya untuk bangun. Yoomi memandang ke belakang untuk melihat siapakah yang sudah membuatkan dirinya tersembam di atas lantai.

 

   “Oh My God! Habis retak handphone aku…” kata seorang lelaki yang membelek-belek telefon pintarnya yang sebesar kalkulator fx-570MS milik Yoomi. “Kau punya salahlah ni!” lelaki itu memandang tajam ke arah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KertasUngu
#1
lagi lagi lagii
BabySprinkle98
#2
Chapter 3: Wahwahwah Yoomi ni bru je sdar dr pngsan trus nk msuk kls rjinny,nk jd pljr cntoh kan muehehe ;3......eleh Yoomi dh tau roti tu Hoya yg bg p mkn jgk hohoho dh lpr sngt mkn jelah,Hoya ni apsal plak dh jtuh cinta kat Yoomi ke?? hahaha :D......OMG!!! o_o Hoya ke bkal suami Yoomi?? muahahaha ;'P......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#3
Chapter 2: Ish3 >_< ksian Yoomi snggup mrdh hjan demi nk ambl glang die yg Hoya lmpar kat tngah pdang tu......huh Hoya ni pun lau nk bls dendam pun bls la elok2 Yoomi tu yeoja bkn namja jd bls la ngan cre lmbut "^_~......omo 0_0 Yoomi dh pngsan hbis pcat mke die haaa Hoya kau kne brtnggunjwab sbb wat Yoomi pngsan hehe ;P.......UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#4
perut plak lpar td x pun......tngh trgsa-gesa nk g bli mknan kat cafe trlnggar plak namja td aka Hoya hbis bsah bju diorg dh la Yoomi nk cpt tkut x smpat nk wat krj Krystal aish msalah2......haish Hoya ni main pgang2 tngan Yoomi plak,nk suh jgk Yoomi gnti smartphone die tu ciss pdhal bli je la yg bru lau smartphone pun dh bsar kalkulator 570 msti la ank org kaya kan kan kan trpks la Yoomi kne gnti jgk lau x nnt kne CHU~ hehe ("^_^) mngade pny Hoya......hurm "~_~ lps ni Yoomi kne bsuh bju plak smpat x nk mkn......palli2 UpDaTe SoOn ^_- DaEbAk !!!
BabySprinkle98
#5
Chapter 1: Bhahaha :D Yoomi ni mlang sngguh nsib die dh la kne siapkn krj Krystal