Bab 2- PP?

Pisang Penyek VS Sunami

Btw aku tukarkan camp fire jadi kem motivasi x)


 

Aku berjalan melepasi koridor sekolah. Suasana tenang kerana masih awal pagi. 

Aku berjalan menuju ke arah lokerku. Klik. Pintu loker terbuka dan ada sesuatu terjatuh dari dalam lokerku.

"Apa ni?" bebelku sendiri. Aku menunduk untuk mengambil sekeping kertas yang dilipat kecil. Kening terangkat.

"Apa ni. Surat cinta ke? Hahaha" aku ketawa sendiri. Tidak pernah-pernah aku menerima surat cinta sebelum ini. Ini boleh dinamakan rekod terbaru dalam kehidupan Park Sumi. Kalau betullah.

Lipatan kertas tadi aku buka. Terdapat sebaris tulisan yang ditulis menggunakan pen dakwat merah hati kelihatan. Dahiku berkerut 5.

I LOVE YOU. 

          - PP -                                    

                 

Eh! Betul lah surat pengakuan cinta dekat aku. Tapi siapa PP?

"PP? Penyu-penyu? Parit punah? Pau penyayang? Pencinta ParkSumi? Ish apa ni" aku menggaru-garu kepalaku yang tiba-tiba terasa gatal. Kertas itu aku lipat kembali dan diselitkan ke dalam buku matematik.

Subjek kegemaran Baekhyun. Menyampah.

Pasti dia bergembira sewaktu didalam kelas semasa matapelajaran matematik. Tambahan pula Ms. Jung sayang dia sebab selalu jawab soalan yang dia tanya. Menyampah buat kali kedua.

Aku menuju ke kelas dengan buku teks yang tebal ditangan. Entah bagaimana, aku terpijak kulit pisang dan mahu terlentang kebelakang. 

Mujur seseorang sempat menyambut aku daripada jatuh terjelupuk di atas lantai yang keras dan tidak berperikebendaan itu. Mataku terbeliak akibat rasa cuak yang mendalam. 

Kalau aku jumpa siapa yang makan lepas tu buang kulit pisang ni merata-rata, nahas aku tarik rambut dia sampai botak.

Lelaki yang berambut coklat hazel ini hanya tersenyum bangga. 

"Peniel Power bukan?" lalu dia mengenyitkan matanya. 

Mulutku ternganga. Bukan ke dia yang kenyitkan mata masa dekat koridor tempoh hari? Peniel power? Heol...

"Haa?" itu sahaja yang mampu aku keluarkan dari mulutku. Dia kemudiannya meletakkan aku kembali ke posisi asal. Semuanya berlaku dengan sepantas kilat. Otak aku masih memerlukan sedikit masa untuk memproses segala maklumat.

"Tak de apalah. Masuk kelas dulu" dia mencuit daguku dan mengenyitkan matanya sekali lagi. 

Hidung aku kembangkan. "Dia ada penyakit mata kenyit-kenyit ke?" soalku sendiri.

 

"Apa formula untuk cari perimeter?" tanya Ms. Jung. 

"2πr sayang~" jawab Baekhyun nakal. 

Aku menoleh ke arahnya dengan muka yang meluat, menyampah, geli, semuanya ada.

"Ms, Sumi jealous saya panggil ms sayang" Baekhyun menjerit. Mulutku ternganga buat kesekian kalinya.

Satu kelas menoleh kearahku. Mata aku terkebil-kebil.

Semua pelajar sekolah ni dah tak waras ke apa? Kenapa aku selalu jadi mangsa? Aku menangis didalam otak.

"Yeke ni Sumi?" Ms Jung berpusing menghadapkan badannya ka arah kami. Aku memejam mata erat. 

"Mana ada Ms Jung! Pisang penyek tu perasan je lebih!" nafiku sebulat suara.

Ms Jung ketawa kecil. "Pisang penyek? Hahaha.. comel lah kamu berdua ni" dia tersenyum manis. 

Apa semua ini? Bukan ini yang aku impikan. Tidakkkkkkk

"Haa sebelum saya terlupa. Minggu ni pihak sekolah akan mengadakan satu kem motivasi untuk pelajar tahun akhir. Kamu semua wajib sertai okay?" ujar Ms Jung.

Aku mengembangkan hidung. Kem motivasi apa pulak ni..

Kem ni patutnya Baekhyun dan yang seangkatan dengannya sahaja yang diwajibkan hadir. Kami yang lain sudah cukup motivasi di dalam diri.

Aku mengeluh.

"Minggu ni? Maksudnya hari sabtu ni lah kan Ms?" soal Joonmyeon. Ms Jung menggeleng.

"Hari jumaat hingga ahad" dia menyelitkan rambutnya di tepi telinga.

"Sekolah macam mana?" itulah kerja ketua kelas. Bagus Joonmyeon. Keep it up!

"Pelajar tahun akhir dikecualikan daripada sekolah hari jumaat ni. Senarai keperluan nanti saya bagi kepada Joonmyeon untuk diedarkan. Dan sila datang pada jam 3 petang. Siapa lambat kena denda pasang khemah untuk semua peserta" terang Ms Jung panjang lebar.

Gila betul denda macam tu. Kalau aku seorang je yang lambat.. so... maknanya aku kena pasang khemah untuk 150 orang pelajar? Eeee tak nak lah. Baik jangan pasang niat nak lambat.

 

Hari jumaat yang dinanti telah tiba. Aku sudah pun selesai mengemas barang keperluan yang perlu dibawa.

2 petang. Lagi satu jam. "Apa kata kalau aku tidur dulu? Sempat kan? Tidur 30 minit. Sekolah bukannya jauh pun." bebelku lalu membaringkan diri diatas sofa empuk kepunyaan ibuku. Mata dipejamkan dan aku selamat belayar di lombong mimpi.

 

"Woi Park Sumi! Bangun lah!!" kedengaran suara yang menjerit memanggil namaku.

"Kacaulah aku nak tidur pun tak senang" lalu aku mengubah posisi tidurku.

"Kau lambat kena pasang khemah sorang-sorang padan muka!" Baekhyun menjerit lagi. Kali ini, betul-betul disebelah telingaku. Disebabkan perasaan terkejut yang menyelubungi, aku tersepak muka Baekhyun.

"Aduhhh. Woi! Untuk apa kau sepak muka aku yang handsome ni?" jerit Baekhyun sambil menggosok-gosok pipinya yang sakit. Disebabkan suaranya yang lantang itu, aku terkejut dan terus bangun terduduk.

Aku mengurut dadaku. "Byun Baekhyun! Macam mana kau boleh masuk rumah aku?" terkejut aku dibuatnya.

"Mak kau lah bagi aku masuk. Takkan aku nak masuk ikut saluran jamban" sinis. Aku mencebik. Orang tanya baik-baik, macam tu kau jawab? Huh!

"Kau nak apa datang rumah aku?" soalku. Ya, aku terlupa tentang kem motivasi. Dia tersenyum sinis.

"Aku nak overnight dekat sini malam ni" Baekhyun bersuara. Mulutku terlopong.

"Nak tidur rumah aku? Buat apa? Ee gila punya Baekhyun" lalu mataku melirik ke arah jam di dinding. 2.45 petang. Aku tersentak. Aku baru ingat yang hari ni ada kem motivasi dan perlu sampai disekolah pada jam 3 tapi sekarang ni dah pukul 2.45. Mati aku.

"Byun Baekhyun!! Asal kau tak kejut aku?!" marahku sambil menggelabah berdiri dan mencari beg sandangku.

"Eh eh eh. Sedap mulut Park Sunami berkata. Kita dah kejut dia daripada pukul 2.30 lagi. Dia yang mati" kata Baekhyun sambil bercekak pinggang. Sungguh. Kelihatan seperti mak cik yang jual karipap.

"Siapa mati haa?" aku mencubit perut Baekhyun.

"Eh salah. Tidur mati. Tak yah cubit. Speaking error sikit pun tak boleh. Hmph!" dia mencebik dan berpeluk tubuh.

Aku menuju ke arah pintu dan memakai kasut. "Cepat lah bapok! Dah lambat kan" jeritku.

Dia masih mencebik. Dengan cermin mata besar dia, bag sandang dia, dengan tangan yang sedang memeluk tubuh. Dia nampak macam anak orang kaya yang sombong dia tahap maksima.

"Bapok bapok pun bakal suami kau jugak" katanya selamba.

Aku mengembangkan hidung. "Puh-lisss" 

 

Mata menilik ke arah jam tangan, dah 2:58 petang! Pagar sekolah dah ada depan mata. Tapi kena lari sikit kalau betul-betul nak sampai tepat jam 3 petang.

"Baekhyun! Aku pergi dulu!" jeritku lalu berlari masuk ke dalam perkarangan sekolah. Baekhyun di belakang hanya terkebil-kebil.

Aku sudah sampai di dewan— tempat untuk pelajar kem motivasi berkumpul. Jam tangan ditilik. Sudah jam 3:03 petang.

Aku lambat ke? Yang lain semua sudah duduk. Aku berjalan mendekati mereka. Ahh! Buat-buat tak tahu ajalah.

"Park Sumi. Kenapa lambat?" soal Sir Wu. Langkahku terhenti. Apa yang harus aku jawab? Tertidur? Tak mahulah. Mesti dorang semua gelakkan aku nanti.

"Saya mintak tolong dia tadi Sir. Sebab tu dia terlambat" suara seseorang menyahut pertanyaan Sir Wu.

Aku menoleh ke belakang. "Dia ni lagi? Haih" aku berbisik sendiri.

"Oh Peniel. Saya tak kira apa kamu buat, kamu berdua dah lambat. So.." matanya melirik ke arah khemah-khemah yang terbaring y dan minta dipasangkan itu. Mataku terbeliak.

"Banyaknya Sir! Kitorang dua orang je ke?" aku mengetap bibir.

"Sorry Sir. Saya lambat" suara Baekhyun. Aku menoleh kearahnya. Nasib baik ada Baekhyun. Tak adalah aku tersepit dengan mamat pelik. Apa nama dia semalam? Peniel Power? Apa lah.

TINGG

Sekejap! Aku rasa ada benda baru muncul dekat otak aku tadi. Peniel Power? PP....

"Ohmaaaa! Dia ke orang yang suka aku tu?" aku menjerit kecil. 

Baekhyun dan Peniel memandang kearahku. Mataku terkebil-kebil. "Gila betul! Macam mana boleh terjerit ni?" aku berjalan membelakangi mereka berdua sambil menampar perlahan mulutku. 

"Dekat padang tau Sumi. Masa diberikan; 1 jam untuk kamu bertiga memasang 25 pasang khemah. Okay?" Sir Wu tersenyum. Aku mengembangkan hidung.

"Baikkkk" aku membalas mengangkat beg-beg khemah tersebut. Takkan aku nak angkat semua ni? Gila apa?

"Woi pisang! Sini lah angkat khemah ni!" jeritku memanggil Baekhyun yang sedang bermain mata dengan Peniel.

Baekhyun menjeling. Namun dalam jelingan dia tu, kakinya melangkah kearahku.

Dia mengangkat khemah-khemah tersebut tanpa banyak bunyi. Walaupun dia sebenarnya berbunyi.

"Ish apa buat Baebae angkat semua. Baebae is not kuat" dia mencebik sambil berjalan dengan beg khemah yang penuh ditangan.

"Sumi is not kuat too" aku berjalan beriringan dengan Baekhyun. Kami berjalan melepasi Peniel yang dari tadi menonton drama bersiri kami.

 

Aktiviti memasang khemah telah pun berlalu 30 minit yang lepas. Baru 9 khemah yang berjaya dicacak.

Biasalah aku dengan Baekhyun mana reti pasang khemah. Peniel yang buat semua.

Eh! Bukan. Bukan sendiri, aku dengan Baekhyun tolong juga. Tolong buka beg khemah lepastu bagi dia pasang.

"Eh korang.. agak-agaklah nak suruh aku pasang sensorang" keluh Peniel sambil menyeka peluh didahinya yang meleleh seperti air hujan.

Aku dan Baekhyun hanya mengelipkan mata berulang kali. "Kesian Peniel" bisikku kepada Baekhyun. Aku sedang sedaya upaya menahan tawa.

Baekhyun tersenyum nakal. "Peniel kan power? Boleh buat sorang-sorang kan? Sikit je tu" muka Baekhyun merah. Begitu juga aku. Aku hanya ketawa didalam hati. Seronok dapat kenakan Peniel.

"Jom tinggalkan dia sorang-sorang?" bisik Baekhyun di telingaku. Aku menggeleng.

"Tak nak lah. Nanti Sir tahu. Mati aku" bisikku kembali.

"Alaaa yang kena kita. Bukan kau sorang je. Jomlah" belum sempat aku menjawab, Baekhyun terlebih dahulu menarikku pergi.

Setelah penat berlari, Baekhyun menghentikan langkahnya. Dia pandang aku, aku pandang dia. Dan bersemburlah air liur kami sebab ketawa yang tak dapat ditahan lagi.

"Kalau Peniel mengadu habislah kita pisang" kataku setelah berhenti ketawa.

"Macam mana kalau dia tak dapat siapkan semua khemah tu?" tanyaku lagi.

Baekhyun hanya mengangkat bahu sambil mencebik bibir. "Macam tu lah. Paling tidak pun kena berjaga malam je" 

Mataku terbeliak. Tak nak!!!!

"Ish kau punya pasal lah ni!" kakinya aku sepak.

"Aduhhhhhh! Untuk apa sepakan padu tu?" matanya dijegilkan. Aku hanya menjelingnya.

"Kalau aku kena denda, aku tak nak kawan dengan kau dah!" aku memeluk tubuh.

"Kalau aku kena denda, aku tak nak berjiran dengan kau dah!" katanya sambil memeluk tubuh juga.

"Dah tu? Kau nak pindah mana? Rumah kau memang sebelah rumah aku je pun!" 

"Suka hati aku lah nak pindah mana pun. Kau sibuk kenapa? Untuk pengetahuan kau, rumah aku bukan dekat jepun" sinis.

"Ishh kau ni kan! Sekejap je boleh jadi baik. Bencilah aku dengan kau"

"Aku memang baik pun. Kau tu yang jahat sebab fikir aku jahat" dia menjelir lidah.

"Kau jamban Byun Baekhyun!" teriakku.

"Jamban lagi berguna daripada Sunami yang memusnahkan harta benda" sambungnya lagi.

"Seronok bergaduh cik adik berdua?" satu suara garau menyapa gegendang kami.

Aku dan Baekhyun berpaling ke belakang.

"Sir Wu!!" jerit kami serentak. Habislah. Matilah. 


 

Comment please :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
red_stella
#1
Chapter 2: Hahahah kelakar gileee siot ff ni tergelak aq macm orng kena sawan *hahaa pun bole*
UPDATE SOON!!!
kuchens
#2
Chapter 1: XD lawak gler ff nih! Especially part btob and tao kecek klate!! Haha! Nk guling2 sero. Xp
galaxy_laxies36
#3
Chapter 2: Comel..hahaha..lawaklah citer nih..keep it up..daebak!!
hashbrownhangus #4
Chapter 2: Eii,apa nak jadi ngan diorang?author cepatlah update....
husnapril98 #5
Chapter 2: PP tu mesti si Pisang Penyek.. Chaiyok Author!! Best..
QuincyOat
#6
Chapter 2: hehe..peniel power? mmg x bleh blah nama tu. tpi cute kot.
like seriously..baek mmg baby evil! nakal gila! suka sangt sakat sumi. sian sumi..
anyway miss author,update soon..oh gosh.. author dh buat baek ganti tmpat taehyung kat hati saya! omo..fall in luv saya baca ff ni!
Galaxy_fanfan96 #7
Chapter 2: aigoo~ comel la diorang ni. mcm budak2 ;)
Galaxy_fanfan96 #8
Chapter 1: lol hahahaa XD ape kejadah btob 'botak to berambut'
ok itu lawak
-nahyun
#9
Chapter 2: aigoo~ hahahahahaha Peniel Power! uhuuhh daebaklah cerita ni! author-nim hwaiting. keep update.