Bab 1- Kita putus?

Pisang Penyek VS Sunami

Bab 1- Kita putus?


 

Aku mengeluh panjang. Banyaknya nota…

Mata memandang buku teks sejarah yang berada di depan mata.

Semuanya tulisan.

Tulisan…

Tulisan yang boleh merabunkan.

Aku menongkat dagu dan mulut ternganga. Bosannya…

Nota ni nak kena siapkan sekarang. Nanti balik rumah boleh rehat terus.

 

TUPPP

 

Aku memejam mata erat. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.

Kertas putih yang renyuk telah  berjaya mendarat di atas kepalaku dan sekali gus mendarat di atas buku teks sejarahku.

 

Hai cik adik. Awak nampak bosan. Mari berborak dengan abang? ^_~

 

Sekali lagi, nafasku ditarik sedalam-dalamnya.

Kurang sivik punya orang!

Didalam hati sudah sibuk menyumpah seranah si pembaling. Aku tahu siapa dia.

Siapa lagi kalau bukan si pisang?

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Baekhyun yang sedang tersenyum nakal sambil mengenyit-ngenyitkan matanya.

Macam terkena jangkitan virus aja!

“Kau nak apa?” dingin aku bertanya.

“Nak kenyit mata dekat kau” selamba pisang dia membalas. Lalu dia menyambung aktiviti mengenyit matanya dengan mulut sedikit terbuka.

Kelihatan seperti… terencat?

Satu kelas sudah memandang ke arah kami. Bukan dengan pandangan terkejut sebab Baekhyun cakap macam tu tetapi sebab mereka sudah tahu pasti akan ada satu perang besar yang bakal berlaku.

“Kau kalau tak kacau aku tak boleh ke haa?!!!” geram aku.

“Mana ada kacau. Aku bagi surat cinta pun salah ke?” dia mencebik.

Banyaklah kau punya surat cinta! Aku dah kalih dengan perangai dia yang suka menyakat.

Dia suka menyakitkan hati aku!

“Kau ni memang tak tahu malu kan pisang?!!” tengkingku.

Sungguh.

Sungguh aku sakit hati.

Ini kali ke-10 pada pagi ini dia membaling kertas ke arah kepalaku yang tidak ternilai harganya ini.

“Buat apa nak malu? Aku pakai baju bukannya telanjang datang sekolah” sinis dia menjawab. Berserta senyuman nakal yang tak lekang dari bibir.

Aku merengus geram dan berjalan ke arahnya.

“Kau memang sengaja kan buat aku sakit hati?! Apa yang kau dapat haa?!!” jeritku sambil menghentak mejanya. Kini, hanya meja belajar yang memisahkan jarak antara kami.

Dia masih duduk bersandar pada kerusi. Tenang.

Dia memandang siling. Seolah-olah berfikir.

“Hmm.. lets see.. Apa yang aku dapat” jari telunjuknya bermain-main di sekitar dagunya yang tidak berapa nak panjang itu.

“Aku dapat… kepuasan! Haa betul tu. Hilang stress aku” katanya riang sambil menepuk kedua belah tangannya.

Aku ni patung ke apa tempat nak lepas stress?

“Kau ingat aku boneka lepas stress kau ke pisang?!” nafasku tidak sekata. Dadaku turun naik menahan geram.

Kalau boleh nak aja aku tumbuk-tumbuk muka dia ni sampai jadi penyek macam belacan!

“Well… boneka comel apa. Kau patut berbangga wahai Sunami~” katanya lalu tergelak bahagia. Bahagia kerana telah berjaya membuatkan darahku menggelegak.

Tanganku sudah dikepal menjadi penumbuk.

Bila-bila masa saja boleh mendarat atas muka dia yang licin tu.

Dia masih belum berhenti ketawa.

Aku tersenyum sinis.

 

BUKKK

 

Buku lima aku selamat mendarat di atas mukanya yang tidak berapa menyelerakan itu.

“Aduhhhhh!! Untuk apa penumbuk tu?!” matanya terbeliak. Terkejut atas perbuatanku yang diluar jangkaan otaknya yang pendek itu.

Dia ingat aku main-main ke?

Bila aku marah semua pun boleh terjadi. Nasib baik aku tak cekik dia sampai mati saja.

“Sir dah sampai!” teriak Joonmyeon, ketua kelas kami.

Aku melemparkan satu lagi senyuman mengejek ke arah Baekhyun sebelum kembali ke tempat dudukku.

Puas hati aku!

“Sanggup kau buat aku macam ni kan, Sumi? Mulai sekarang… kita… kita putus!” teriaknya sambil menekup mulut- seperti orang sedang menangis-.

Aku hanya mampu mengembangkan hidung tanda menyampah. Malas nak layan perangai Baekhyun yang keanak-anakkan itu.

“Apa putus-putus ni? Pernah dengar berita cikgu putuskan urat halkum pelajar tak, Baekhyun?” garau suara Sir Wu bertanya.

Aku menyedut kedua belah pipi menahan gelak. Aku menoleh ke arah Baekhyun.

“Mehrong~” aku menjelirkan lidahku. Dia hanya mencebik.

“Haa, Park Sumi. Pernah dengar tajuk surat khabar yang berbunyi ‘pelajar putus lidah akibat menjelir lidah’?” soal Sir Wu. Sarkastik sungguh. Hmph!

Aku terdiam.

Baekhyun sudah ketawa sakan di belakang. Aku hanya mampu menggigit bawah bibirku.

Geram dengan perangai Baekhyun yang seperti monyet hilang pisang.

 

Waktu persekolahan telah tamat.

Aku mengemaskan alat tulis dan buku-buku sebelum menyumbat mereka masuk ke dalam beg sekolahku.

“Sumi, harini aku kena tolong Sir Wu uruskan pasal something. Tak dapat teman kau makan aiskrim” kata Sooyoung atau nama haiwan peliharaannya- pet name – Joy.

Kenapa Joy? Sebab dia seorang yang ceria sepanjang masa. Bila aku tak ada mood sebab Baekhyun, dialah tukang pujuk. Joyful gittew.

“Alaaa… aku kena pergi sorang lah ni?” aku memuncungkan mulut. Tak merajuk pun, tapi saja nak bermanja. Ahahaha

“Sorrylah” dia mecubit kedua belah pipiku. Lalu terpenyeklah muka aku yang normal ini.

“Ehh~ aku dah lambatlah. Nanti tak pasal-pasal kena bebel dengan Sir Wu. Aku pergi dulu. Byeeee” katanya sambil berlari keluar kelas.

Aku hanya menggelengkan kepala. Menggelabah sungguh Joy ni.

 

Dalam perjalanan menuju ke koridor sekolah, aku terserempak dengan satu kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai BtoB.

Apa tu BtoB?

Botak to Berambut? Entah. Aku tak pasti.

Aku hanya berjalan seperti biasa. Sampai sahaja dia hadapan mereka, salah seorang daripada mereka yang berambut coklat hazel mengenyitkan matanya.

Aku membuat muka tiada perasaan dan berlalu pergi.

Hidung dikembangkan. Mulut dicebik.

Gatal sungguh lelaki-lelaki di sekolah ni. Sama saja macam Baekhyun.

Huhh!

 

Aku mengembungkan pipi dan kakiku dihayunkan kebelakang kedepan.

Tanganku ditongkatkan di tempat sejuk beku yang menyimpan banyak aiskrim.

Aku sedang bergayut di situ seperti kanak-kanak yang naif. Hmm

“Ahh pening! Nak pilih mana satu ni?” bebelku sendiri.

“Sana sikit” tiba-tiba tubuh aku ditolak ke tepi. Nasib baik tak jatuh terduduk atas batu tajam. Kalau tidak… siap aku kerjakan punggung orang yang tolak aku tadi!

“Pilih aiskrim pun lembab. Macam siput dwaeji” katanya lagi.

Aku mengetap bibir. Suara itu amat aku kenal.

“Suka hati aku lah. Aku bukan guna masa kau pun!” aku membalas.

“Kau dah bazirkan 35 saat aku yang berharga tu sebab otak kau yang bengap tu tak reti nak pilih aiskrim” sinis.

“Suka hati aku lah! Aku yang nak makan!” rambutnya aku tarik.

“Aduhhh!! Lepaslah sunami gilaaaaaa” rengeknya setelah aku menggenggam rambutnya sekuat hati.

Panggil aku bengap lagi.

“Eh eh eh. Duo eko ni. Aku hata gi jupo tok kadi baru tau (Dua orang ni. Aku hantar pergi jumpa to kadi baru tahu)” kata Tao yang entah dari mana munculnya membebel dengan loghatnya.

Aku melepaskan rambut Baekhyun.

Mukanya aku perhatikan. Begitu juga dia. Dia memerhatikan muka aku juga.

Dan…

Hmph! Dua-dua berpaling ke arah berlainan.

“Mu ni nok beli ko nok baloh? Nok baloh gak gi kelik nuh baloh dumoh (Korang ni nak beli ke nak gaduh? Nak gaduh pergi balik gaduh dekat rumah)” sambung Tao lagi.

Aku hanya mencebik.

“Tak nak ah. Putus angin aku nak makan aiskrim sebab pisang penyek ni!” sebelum beredar aku sempat memijak kaki Baekhyun.

“Kau memang selalu sunami! Tak payah tunggu aku pun kau dah berangin!” jerit Baekhyun dari belakang.

Dasar pisang penyek!

 

Sampai sahaja di hadapan rumah Baekhyun, aku berhenti.

Rumahnya aku tenung lama.

Kalau boleh terbakar, dah lama terbakar sebab pandangan berapi aku sekarang.

Kenapalah Puan Byun lahirkan anak macam dia? Dan aku kesiankan keluarga dia sebab dapat anak macam Baekhyun.

“Rumah kau sebelah. Bukan sini” tegur Baekhyun dengan nada sinis.

“Aku tahulah” pendek jawapanku.

“Dah tu? Kau buat apa depan rumah aku? Mesti kau tunggu aku kan? Kau mesti rindu aku kan? Tapi sayang.. kita dah putus pagi tadi. Satu kelas jadi saksi” dia berjalan dan berhenti di hadapanku.

Hidung aku kembangkan.

“Siapa rindu kau? Aku berhenti ni sebab nak mandrem rumah kau. Biar kau bangun pagi esok jadi pisang!” aku menolak tubuhnya ke tepi dan berjalan pergi.

“Dan lagi satu. Kita tak pernah couple, tak payah nak putus-putus sangat lah” aku menoleh ke arahnya.

Dia mencebik. “Sejak bila aku cakap kita couple? Putus tak semestinya untuk orang couple je. Kau—” selangkah demi selangkah dia kini tiba dihadapanku.

Dia menundukkan kepalanya sedikit. Mukanya betul-betul di hadapan aku sekarang ni.

 

ZASSS

 

Mukaku terasa panas. Seperti seluruh darah dari badanku telah menyerbu mukaku yang putih ini.

Apa dia nak buat ni?

Mata aku meliar.

“—suka aku eh?”

Air liur tak boleh ditelan. Ianya ibarat ada seseorang membina penghadang tembok di kerongkong aku. Aku mengembangkan hidungku.

"Tak ada masa aku nak suka kau" aku berpaling ke tepi.

"Hek eleh. Kalau kau tak suka aku, muka kau tak akan merah macam hidung badut tadi. Kau tahu tak muka kau dah macam katak tercelup cat merah?" sindir Baekhyun.

Perut aku memulas kerana lapar. Tak semena-mena lengannya aku capai. Lalu aku gigit sekuat hati.

"Woiiii sakitlah bodoh!!!" jeritnya, cuba melepaskan gigitan jerungku. Aku melepaskan lengannya dan tersengih.

"Kenyang" satu perkataan dan aku berlalu masuk ke dalam rumah.

Baekhyun masih disitu. Macam monyet tergosok-gosok lengannya yang telah aku gigit.

 


Hey ladies~ Hey babies~ 

Ahahaha okay.

So... apa korang fikir tentang bab 1? 

Annoying tak? Bagitahu please.

Aku akan update bab2 bila subs dah sampai 20 dan ada orang comment.

Sebab kalau tak ada... aku rasa cerita ni mcm tak best. So buat apa aku nak update kan?

Bye~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
red_stella
#1
Chapter 2: Hahahah kelakar gileee siot ff ni tergelak aq macm orng kena sawan *hahaa pun bole*
UPDATE SOON!!!
kuchens
#2
Chapter 1: XD lawak gler ff nih! Especially part btob and tao kecek klate!! Haha! Nk guling2 sero. Xp
galaxy_laxies36
#3
Chapter 2: Comel..hahaha..lawaklah citer nih..keep it up..daebak!!
hashbrownhangus #4
Chapter 2: Eii,apa nak jadi ngan diorang?author cepatlah update....
husnapril98 #5
Chapter 2: PP tu mesti si Pisang Penyek.. Chaiyok Author!! Best..
QuincyOat
#6
Chapter 2: hehe..peniel power? mmg x bleh blah nama tu. tpi cute kot.
like seriously..baek mmg baby evil! nakal gila! suka sangt sakat sumi. sian sumi..
anyway miss author,update soon..oh gosh.. author dh buat baek ganti tmpat taehyung kat hati saya! omo..fall in luv saya baca ff ni!
Galaxy_fanfan96 #7
Chapter 2: aigoo~ comel la diorang ni. mcm budak2 ;)
Galaxy_fanfan96 #8
Chapter 1: lol hahahaa XD ape kejadah btob 'botak to berambut'
ok itu lawak
-nahyun
#9
Chapter 2: aigoo~ hahahahahaha Peniel Power! uhuuhh daebaklah cerita ni! author-nim hwaiting. keep update.