JANGAN BACA DIARI INI!

Diari Si Sehun

            

 

Pada suatu pagi yang hening , burung-burung pun berkicauan. Ada yang berenang, ada yang bergaduh berebut makanan, tidak terkecuali sedang diburu. Bak kata pepatah , dikejar tak dapat, dikendong sama berciciran walaupun peribahasa dan intro ini tidak padan dan langsung tiada kena mengena dengan kita yang masih hidup.

 

Same goes to Sehun dan adik beradiknya.

 

“Yah! Oh Sehun!!!!!” Suara Suho yang bak petir bercampur pelangi itu menyibuk dalam kokokan ayam jantan. Suho mencekak pinggangya sambil berlari anak menaiki tangga menuju ke tingkat atas banglonya.

 

“Oh Sehun!!!!!!”

Sekali lagi, terdengar rungutan jiran jiran di sebelah akan suara Suho yang menganggu tidur mereka. Nasiblah kebanyakan adik beradiknya yang lain tengah sakan shopping dekat luar.  Kalau tak, kena belasah la si mamat Suho ni.

 

“OH SE-

 

“SUfFUHO HYUNGHD KEFAFE JEROROT ?” (SUHO HYUNG KENAPA JERIT?)  Muncul seorang lelaki yang berumur 20-an yang memakai baju Banana Pyjama dengan muka yang bangun tidur sambil menggosok gigi.

 

Suho menoleh belakang dan matanya terbuntang luas melihat buih ubat gigi meleleh di atas lantai.

 

“Yah Lay , jangan cakap sambil gosok gigi. " Suho menegur nya sambil menyilangkan tangannya. Lay hanya mampu terkebil-kebil sambil memegang berus giginya.

"And one more, siapa suruh gosok gigi dekat luar?!”

 

Dan penamat jeritan Suho diakhiri dengan Lay yang menangis akibat dimarah.

 

Suho berjalan turun sambil membetulkan rambut ‘bang’nya . Langkahnya terhenti apabila ternampak seekor , okay sebuah , maafkan saya, ianya seorang budak dengan muka derp sedang meniarap di atas permaidani mahal lagi lembut di ruang tamu.

 

Suho mengecilkan matanya sambil mindanya berjalan cergas bersedia untuk memarahi ,adik bongsunya. Oh Sehun. Dari anak mata Suho, tahulah dia bahawa Sehun sedang menulis sesuatu. Karangankah? Suho berjalan melintasi Sehun lalu berdiri di hadapannya.

 

“Woi budak” panggil Suho dengan muka berlagaknya sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Sehun terus menerus menulis sambil mulutnya mengunyah keropok lekor yang digoreng Chen.

Suho mengiggit bibirnya menahan geram. ‘Dah la aku cari dia ni macam nak rak. Dia buat bodoh je kat aku?’

 

“Woi Oh Sehun”

 

Telinga Sehun masih pekak dan belum dapat menerima informasi ataupun menganalisis maklumat daripada mulut Suho. Suho mengetap gigi sambil menggengam penumbuknya.

“Oh-

“Yay dah siap untuk harini!” Tiba tiba tak diduga, Sehun melompat katak dan menangis terharu sambil memegang sebuah buku.

 

Suho tersenyum sinis. “Woi budak, dengar tak hyung panggil? Ke telinga tu dalam sangat penuh dengan tahi tahiknya ?”

Sehun berhenti melompat lantas mencebik. “Kecoh la hyung ni. Sehun tengah tulis diar- eh bukan ,Sehun tengah tulis karangan cikgu Youngmin bagi hehehehe”

Suho cuba mengamati buku yang dipegang Sehun sebelum kembali menarik telinganya yang tak capang.

 

“Oh yeke? Cantik pulak lah kan buku karangan Sehun. Ada corak pink dengan sticker bubble tea. SEBIJIK macam hyung beli” Suho cuba menekankan perkataan Sebijik pada CapsLock dan akhirnya dia Berjaya.

“kbye hyung!” Sehun cuba melarikan diri daripada gergasi tersebut tetapi gagal apabila Suho menarik telinganya.

 

“Ni dengar sini Oh Sehun. Dah berapa kali hyung cakap jangan bagi biji durian tu dekat kucing! Sehun nak dia mampos ke hah?”

Sehun tersengih dan tersengih sekali lagi dan tersengih semahu mahunya sebelum Berjaya meloloskan diri lagi sekali.

 

“Yah OH SEHUN!” Suho menjerit nama Sehun sekuat hati sehingga gugur sehelai ubannya. Geram dengan perangai budak bubble tea tu yang selalu lesap sebelum kena denda. Alahai setakat denda cabut uban, makcik yang nyanyuk pun boleh tarik.

 

“Suho hyung! Kris letak ikan dalam periuk nasi!!” Terdengar jeritan si Panda kecoh lagi menyakitkan telinga dari dapur.

Suho tergamam sebelum menjerit “Oh My Gusi!!!”

 

Suho berjalan dengan lemah longlai ke ruang tamu. Penat. Itu yang dia rasa. Penat dengan kejar Sehun tadi . Penat dengan selamatkan ikan dalam periuk nasi tu satu hal. Penat dengan menarik telinga Kris satu hal lagi. Termengah mengah Suho Tarik telinga si galah panjang tu. Nasib Suho pendek, kalau tak dengan gusi gusi Suho Tarik keluar.

Badannya mengarahkan tuannya untuk berbaring di atas sofa empuk yang berbulu. Selepas berbaring sesaat, matanya tertancap kepada sebuah buku  yang menyilaukan matanya terletak di atas meja berdekatan.

Suho cuba untuk menganalisis dari jauh dan terima kasih kepada otaknya, itu adalah buku bubble tea Sehun.

Cepat cepat tanpa membuang masa yang ada, Suho pantas mengambil buku Sehun tersebut. Kemudian disorokkan ke dalam bajunya kerana…..

 

“Hyung, Sehun nak pergi main dengan Donghae dekat taman! Byebye!” Sehun terus berlari keluar dengan memakai hoodienya tanpa memandang Suho hyungnya yang menahan resah di sofa. Nasib Sehun tak nampak Suho culik diari keramat dia.

 

“Fuh!” Suho melepaskan keluhan yang amat berat. Tidak pernah dia rasakan takut seperti ini . Dia takut pun dekat lipas yang boleh terbang.

 

Dan akhirnya ,perlahan lahan ,Suho menarik keluar buku Sehun tersebut.

 

“Karangan ,kau kata Sehun? Hyung dah agak. Ni mesti diari engko. Hahahahahahaha aku Berjaya dapatkannya! “ Suho menjerit sambil tergelak terbahak bahak. Jangan tiru aksi ini dihadapan bakal mertua.

 

Dan akhirnya …………………… Suho membuka helaian pertama.

 

Isenin                                           2.40 p.m

Hai bubble tea! Harini kan Sehun dapat buku baru warna pink! Ni lah buku tu! Bubble suka tak? Hehehe Sehun lagi suka. –habis-

 

Suho gelak terbahak bahak. “Dah lah eja Isnin salah. tulisan diari pun hahahahaha! Tak , sekarang ni yang ni je ke dia tulis? Haih haritu aku nampak tebal. Siap tempek gambar lagi."

 

Suho menyelak helaian kedua dan tersenyum lebar. “Habis lah kau Sehun. Hyung baca semua nanti! Hahahahaha!” Mohon sekali lagi jangan tiru aksi ini di rumah mayat.

 

Salsa                                              11.00 a.m

One day, many many happy. Hai tea ! Umm harini Sehun taktahu nak cakap apa laa......Apa kata kite bagi nama dekat buku ni nak? Haa kita bagi nama  BUBBLE ! Ha suke tak?

Yay! Bye Sehun nak berak <3

 

“Excuse me dia eja Selasa , Salsa? Tak sangka aku Sehun ni teliti sampai berak pun nak bagitahu. Siap ada love gitu. Pendeknye lah luahan hati budak kecik ni. Takde yang panjang panjang ke ?” Suho membebel sambil terus membelek buku adiknya.

 

“One day ,many many happy “

 

“One day ,many many happy “

 

“One day, many many happy”

 

Selepas 250 muka surat, Suho menutup diari Sehun dengan geram. “Semua muka surat penuh dengan ayat intro sama! Isi langsung takde. Tadi punya panjang dia tulis. Mana pergi? Haih mesti dah koyak ni. “ Suho menggoncangkan buku tersebut sebelum menggelengkan kepalanya dan mengangkat kaki untuk beredar.

 

Tetapi, tiupan kipas yang kuat menyelak helaian terakhir diari Sehun. Itu menyebabkan Suho mengambil semula buku tersebut  dengan rakus dan duduk dengan gelojoh.

 

Beberapa kertas di belakang buku dilekatkkan menggunakan gam. Itu lagi menyakitkan hati Suho. “Mesti ada rahsia ni. Aku kena cari jalan.”

 

Suho mengambil gunting yang digunakkan untuk menggunting rambut adik-adiknya dan sisipkan ke dalam ruang yang tidak digam. Suho menggerakkan gunting dengan perlahan-lahan dan akhirnya ia terbuka.

 

Suho mencium gunting tersebut dan mengelap air peluhnya yang menitik. Dia ni eksyen macam James Bond pulak. Sudah-sudah lah over.

 

Beberapa tulisan yang ditulis Sehun menggunakan marker merah di beberapa helaian kertas menarik perhatian Suho.

 

JANGAN BACA DIARI INI! >.< "

 

Suho tersenyum sinis. "Hamboi bukan main garang taknak bagi orang baca" katanya seraya meneruskan bacaannya.

 

"SEHUN CAKAP JANGAN BACA!"

 

"Sehun ,sehun dah tahu tak boleh baca jangan la bagitahu. Nampak sangat ada something dia tulis ni." Suho terus membelek dan membuka helaian  seterusnya.

 

"-______-"

 

Suho menggaru kepalanya walaupun tak ada kutu ataupun kelemumur. Rasa pelik dengan diari adik dia. Tak habis habis nak bagi amaran. 

 

" ABANG ABANG SEHUN YANG HODOH HENSEM -_- "

 

   

 

Suho mengetap bibirnya. "Tajuk diari dia panggil abang dia hodoh?! Budak ni memang nak kena. Tapi nasib dia dah cross. Hai budak ni menempah denda baru ni!" Suho terus menyelak helaian buku diari Sehun yang seterusnya. Mata Suho terus bersinar sinar macam baru keluar dari hutan belantara.

 

1. Januri 1/1

Hai Bubble, harini birthday Sungmin hyung! Yay Hepi beshday! Ha harini tahun baru ! . Tadi kan , Kai hyung bawak Sehunnie pergi funfair! Nasib takyah bayar. Sebab semua ingat Kai hyung halimunan. Kan gelap mana nak nampak Kai hyung.

Eeeee seronoknya Sehun! Suho hyung tu poket je tebal tapi kedekut. :p  hehehe mintak ampun Suho ahjussi <3 Lagipun kami dua lari sebab Suho hyung suruh beli ikan. ee takmo! Lepashtu, Kai hyung bawak masuk rumah hantu! Mule mule Sehun takut, tapi bila teringatkan Bubble ,Sehun terus berani! :D

Tapi kan, Sehun nangis tadi T.T sebab... ada hantu peluk Sehun. Sehun terus menangis. Huwaa! Badan hantu tu tak tough, kering lepastu rambut mengerbang. Seramm gileeeee :( Sehunnie takut.....

Tapi rupa-rupanye tu Kai hyung. Sehunnie ingat Kai hyung tu hantu sebab muka dia dah la tak nampak dalam gelap. Lepastu peluk orang :( Nasib Sehun tangkap gambar dia. Sehun lekat dekat dalam Bubble , nanti sehun boleh tunjuk dekat Kyungsoo noona hehehehe.

 

Bye Sehun nak kencing <3333

 

 

  

 

Suho mendekatkan buku diari tersebut ke matanya. Dia beranggapan bahawa dia salah tengok. Tapi sebenarnya tidak Encik Suho. "OOoooo patutla tak balik balik malam tu! Pergi funfair rupenye! Budak dua orang ni tunggu la malam ni. Aish !" Suho meramas rambutnya yang bajet tercacak seperti ombak laut yang bergelora itu.

"Makin best pulak dia punya cerita hahahahaha! Kau tunggu Sehun, aku nak buat air bandung kaw dulu baru sambung!" Suho gelak besar sambil mengangkat hidungnya ke atas. Sekali lagi, dilarang meniru aksi ini ketika menikah.

Suho meletakkan buku tersebut sambil menanda tempat yang ingin disambungnya menggunakan ubannya. Dia terus beredar. Tidak sampai seminit, Lay yang ingin baca buku cerita Gajah dan Kancil menjumpai buku diari tersebut. dia mengambilnya lalu duduk di atas sofa. Disilangkan kakinya, dimakannya Kacang Cap Keldai dan menyelak halaman yang ditanda Suho sebentar tadi.

"Ni buku cerita apa?"

 

2. Ferari 29/2

Hi bulan 3 dah masuk yay! Haritu kan Bacon hyung kan kena jadi pelakon teyater. Macam mana nak eja teyater? :( Sehun tak reti. Kejap Sehun tanya Umin hyung. ~~~Haaa TEATER. Sehun tulis besar sikit sebab Bubble pun mesti tak reti eja hehehe.

Tapi semua gelak dekat Bacon hyung sebab Bacon hyung dapat watak perempuan. eeeee Bacon jadi Papadom. Eh pondan la huhuhu. Bacon hyung pun berlatih senyap senyap pakai kasut tinggi macam omma selalu pakai. Bacon hyun tak tahu pun yang Hunnie rakam hihihi.

Sehunnie gelak gila gila hahahaha sampai hingus meleleh. Nasib ada unicorn Lay hyung. Entah kenapa lepas tu dia buang unicorn doll tu. Katanya melekit.

        

 

Lay terus menutup buku tersebut. Dia rasa Seram. Seram sebab buku tu penuh dengan tulisan buruk. Seram sebab Baekhyun yang cuba berjalan dengan high heels tapi terjatuh. Seram dengan unicorn yang telah dibuangnya. Dia bingkas bangun dan berlari masuk ke bilik tidurnya dan tidak sampai anda meneruskan bacaan, dia berdengkur. Zzzzzzz zzzzzzzzzz.

Suho yang selesai membancuh air bandung Kawnya terus menyusup ke ruang tamu dan meletakkan airnya ke atas meja. Dia mengambil buku tersebut dan meneruskan bacaan yang disambung Lay tadi.

"Mari kita teruskan kahkahkah!"

                                         

3. Marsh 20/3

Hi you , dah lama Sehunni tak bagitahu cerita dekat you, jangan nangis. Sehun selalu ingat you sebab tu Sehun tulis balik hehehehe.

Haaa....semalam kan Sehun ajar D.O hyung satu permainan! Hehe Sehun tahu pun sebab Sehun tengok Running Man. Sehun minat kwangsoo. Kwangsoo hensem walaupun dia hodoh. :) Permainannya tada!!!! (^3^)// Pertandingan merenung, O.O *mong~~* Sebab D.O hyung punya mata besar macam burung unta. Tapi otak dia kecik hahaha xD

Kitorang main punye lama you, sampai Sehun pun penat.Tapi last last D.O hyung yang menang. Tapi kesian dekat dia. Dia main sampai mata dia tak boleh kelip. :'(( Sehun takut kalau dia kena buat pembedahan.

Bye Sehun nak makan. Chanyeol hyung ajak main games wuhu >.<

 

4. Aperel 4/4

Hi Bubble, Sehun makin seronok sebab ada Bubble nak ditulis. Apapun , kalau buku ni dah habis nanti Sehun beli yang biru pulak. Nanti you, boleh kawan dengan dia. :3

Minggu lepas kan, Chen hyung buli Sehun T.T Dia cakap Sehun bagi pecah tingkap. Padahal dia yang menyanyi guna not tinggi sampai retak pinggan yang Tao hyung beli. Lepastu Tao hyung cubit pipi Sehun huwaaa!! Chen hyung kejam!

Jadi lepashtu ,Sehun ambik gambar lama dia yang hodoh tak berapa comel bagi dekat awek dia. Hahahaha lepashtu awek dia tak cakap dengan dia huahuahua padan muke . Sehun tak jahat ,kan?

Bye nak pergi bagi biji durian dekat Momot. (kucing miaw)

Suho tersedak ketika membaca. "OOoooooo jadi Chendol! Kerja kau rupanya dok menyanyi sampai retak pinggan dengan meja kaca. Kau balik shopping, dengan spek mata kau aku retakkan." Suho membebel kerana mengetahui perkara sebenar.

 

"Seorang panggil doktor ,sebelum aku koma ooooo, aku rasa dah kena overdose , bila doktor takdak ,aku mulai resah , cepat panggil doktor cepat eoooo, too much nyonya ,kena overdose!"

Bunyi ringtone telefon bimbitnya menghentikan bebelannya. Suho mengeluh lalu mengangkatnya.

 

"Hello? Yah! Korang kat mana tak balik balik?! Balik cepat! Jalan jammed? Kau ingat ni KL ke nak jammed jamedd?Hello hel- yah!" Suho menekup mukanya. Adik adik dia tak balik balik lagi. Adui nanti kena marah dengan Omma kang. Omma dah otw balik Malaysia malam ni. Takpe Xiumin hyung ada. Lega sikit.

Suho bingkas bangun untuk menghidupkan enjin keretanya. Dia perlu bergegas mengambil adik beradiknya yang dalam kesesakan lalu lintas.

"Buku, kau jangan pergi mana-mana" Ucapnya sebelum keluar dari rumah.

 

Kebetulan Tao yang baru selesai mandi duduk berehat di ruang tamu. Ternampakkan buku diari Sehun itu membuatkan jiwa dia bergelora. Dia ambilnya dan membacanya .

"Ni diari.....Sehun ke?!"

 

5. Meiy 16/5

Hi sekali lagi , bosan tak dengar cerita Sehun pasal hyung Sehunnie setiap bulan? Nak buat macam mane dah Sehun pun tak tahu nak tulis apa. Huhuhu T.T

Ingat tak haritu Chanyeol hyung ajak main games? Fuyoh besh gileeee! Sehun suka Sehun suka! Game dia race race kereta. Tapi Suho hyung marah sebab Sehun tak buat homework masa tu. Hehehehe you ,homework tu penting. Tak buat nanti cikgu marah. Sehunnie takut!

Lagi takut tengok muka seram Chanyeol hyung. Lepas main game tu Bacon hyung datang peluk Sehunnie sebab Sehunnie menang lawan dengan Chanyeol hyung hihi. Pashtu Chanyeol hyung bagi senyuman dekat Sehunnie. Senyuman dia bagi Sehunnie takut menggeletar :'( Sehunnie tak boleh tidur malam tu. Nasib ada Kris hyung yang tolong cerita pasal Arnab dan Kura Kura. Sayang kris hyung <3

Bye nak pergi main dengan Lulu <33

 

6. Junnie  1/6

Annyeong , cuti sekolah dah mule! Tadika Sehun paling awal cuti. gomawo , SooMan seongsanim. Sebab sekolah cuti, semua pun cuti!

Luhan, Sehunnie dengan hyung hyung dapat pergi zoo ramai ramai! yay! Sehun dapat tengok gajah tadi hihi tapi Sehun takut sebab gajah besar lagi dari Sehun :(

Masa jalan jalan tengok Panda, Sehunnie nampak Tao hyung buat rebonding rambut dia harini. Lepastu pakai skirt pulak. Tao hyung dah gila ke?!

Sebab nak tengok dia gila ke tak ,Sehun tarik skirt Tao hyung. Tapi sehunnie pelik kenapa Tao hyung ada dekat dalam kandang panda? Oooo tu Panda betul. Lepashtu Sehun nampak Tao hyung lambai dekat Sehun. Habis kalau bukan Tao hyung yang pakai skirt, ni siapa?

Bye perempuan pakai skirt tu datang rumah sebab nak mintak maaf dekat Sehun. Tadi dia tampar Sehun :(( Sebelum tu, Sehun tertarik seluar Tao hyung. Nasib tak terlondeh.

 

Oh My Prada! Dia buat semua ni! Tao menjerit dalam hati. "Malunye aku kalau ada orang baca! " Tao ambil buku itu dan memasukkannye kedalam bajunya. Dia bergegas ke bilik tidurnya dan letakkan diari itu ke atas katilnya.

"Aish masa ni la nak kencing !" Tao berleter panjang sepanjang jambatan Kedua pulau pinang. Kemudian masuk seorang mamat kacukan yang anda boleh agak siapa, tak lain tak bukan Si Gusi.

Kris memerhatikan bilik Tao. "Mana panda ni? kata nak pergi layan movie dekat bawah sama sama." Kris berhasrat untuk menunggu Tao yang menghilang beberapa saat. Kris perasan yang buku diari Sehun terletak dibawah punggungnya. Dia mengambilnya dan terus menerus menganalisi buku tersebut.

"Sejak bila mamat panda ni baca diari?" Kris mula menunjukkan gigi siungnya. Dia tersengih dan memutuskan untuk membacanya di bawah.

"Well ,well i've got something better"

Kris menyelak halaman yang seterusnya. Nampaknya Tao dah baca separuh.

 

7. Gulai  7/7

Mulakan pagi dengan bebelan Suho hyung! hi  ! Mesti rindu Sehunnie kan? Sehunnie pun ingat kita tak boleh jumpa dah sebab haritu buku ni Sehun tertinggal dekat taman permainan.

Haa... cakap pasal taman permainan yang ada banyak banyak kuda goyang tu kan, Kris hyung ajak pergi sana semalam. Sehunnie terkejut gile sebab Kris hyung kan kedekut lepastu berlagak cool lepastu eksyen kacukan lepastu selalu kata "this is not my setan eh stail." Muka dia buruk sangat sebab tu Sehunnie ambik gambar bagi dekat Sica noona.

Bila dia pergi sana semalam, Sehunnie malu sangat! :(( Sebab Kris hyung over dari Sehunnie.  Dia main sampai mulut dia ternganga. Ingatkan kena sawan babi. Semua tengok Sehunnie macam Sehunnie bawak keluar orang gila dekat situ. Nasib polis tu buat derk. Kalau tak, ada orang report pasal Kris hyung terlepas hospital tanjung betik. Boleh pulak Kris hyung tanya lagi dekat Sehunnie."Keynaper shemua tengoks kite?"

Bye nak mandi malam ni ada Justin Berbibir dekat Mtv!

 

Kris tergamam. Dia hanya mampu senyap dan terkejut. Budak Sehun ni mencabar style dia. Cuma bila dia sambung baca, dia rasa nak menjerit.

"Oh my Gusi! Dia bagi dekat Sica?! Dia ni memang menempah maut! Andwae!!!!" Kris melontarkan diari tersebut dan berlari anak menuju ke ruang atas untuk menelefon Sica.

Dia harus dapatkan gambar tu dan cakap tu sebenarnya pelanduk 7 serupa.

Dan buku tersebut dibiarkan terselak dengan bantuan kipas untuk memudahkan anda meneruskan bacaan.

 

8. Ugus! 18/8

Annyeong Bubble yang tercinta! Hehehe semalam kan Donghae dengan Hyukjae bagi Sehunnie Bao XI! Shedap gile rugi  tak makan. Eh sorry Sehunnie lupa awak kan buku <3

Cakap pasal Bao Xi ni, Sehun tak sempat lagi nak makan. Ada 20 biji semua! Tapi yang tinggal secebis dalam mangkuk! Tu pun semut api berebut dengan semut hitam :'( Ni mesti Umin hyung punye kerja! Memang dia la..

Dia cuba nak tipu Sehunnie tapi Sehunnie nampak dia tengah dok kunyah lagi. Sehunnie merajuk. Tapi dia buat aegyo dia.Comel tu memang comel. Tapi.......Sehunnie lagi comel. Dia masuk bilik terus bila Sehunnie buat aegyo. Kenapa ye?? :o

Bye nak basuh taik kura kura.

  ATAU

 

9. Sheptembes   3/9

Ui ui ui  ! Hey MAMAA NAEGA AYAYAYA . Yay! Harini cuti sekolah lagi! Jadi omma dengan appa yang duduk oversea dekat Korea suruh adik beradik Sehunnie tangkap gambar sama sama.

Suho hyung dengan muka penuh sifat haiwan eh keibuan suruh ramai ramai pergi tangkap gambar. Tapi Sehunnie tak boleh terima betul muka Lay hyung. Dia macam perlukan pertolongan mental. Sehunnie tak tahu mental tu apa. Macam cekelat mentos kan?

Tapi bila Sehunnie sentuh pipi dia, ada satu lubang ! Kai hyung cakap tu sebenarnya lesung batu. Sehun ingatkan Lay hyung cacat sebab tu Sehun selalu menangis bila sentuh pipi dia.

Bye Sehun nak skype dengan Omma!

 

"Miaw!!!!" Kucing momot mundar mandir di hadapan diari Sehun. Dia menggeselkan tubuhnya ke diari Sehun. Menghidu sana sini untuk mengenal pasti adakah ini diari tuannya yang selalu beri biji durian kepadanya. Nu.asib dia ada 9 nyawa. Kalau tak , konggg lah dia dengan biji durian tu.

Apabila sudah dapat mengenal pasti, mata kucing tersebut bersinar-sinar dan gigi tajamnya ditunjukkan. "Meow meow meow meow!!!!" (MASA UNTUK MEMBALAS DENDAM!)

Kucing momot berguling di atas diari Sehun dan mula menyediakan diri untuk.......

BERAK...........

 

10. Octopus      9/10

Hai ! Shekali lagi Sehun many many happy! (*^*)// Sebab.........kitorang pergi pantai! Yippie!

Sehunnie suke pantai! Lulu pun suke! Hyung hyung pun suke! Sampai tanam tanam badan dalam pasir. Tapi kesian D.O hyung tak boleh keluar. Last last sekali kene panggil nenong nenong *Bomba*

Masa bomba datang, Sehun jalan jalan pastu terpijak siput khinzir. Eeeeee belendir. Habis cengkerang dia. Lulu geli sampai lari dari Sehunnie. Sehunnie sedih. Nasib Chen hyung tolong teman.

Muka Lulu memang buruk tapi takpe~~ Sehunnie sayang Lulu <3333 #KembarForever

Bye Sehunnie nak pergi bunuh siput.

 

11. Nuvembers 22/11

Ponyo ponyo~~~ Annyeonghaseyo my flawers hehehe <3 Harini kan Sehun ade hari graduasi dekat Tadika! Besh gile! Semua hyung datang. Umin hyung tak habis habis menangis sebab bangga dengan Sehunnie.

Bangga tak ? hehe Sehunnie kena pakai baju comel comel sebab Sehunnie masuk Teyater! Teyater pasal Kobitos! Tak tahu ke kobitos tu ape? Search la dekat internet :(( Tapi kobitos hodoh. Sehun cantik lagi kan?

Lepas kobitos, Sehun kena jadi anak ayam. Sehun suka sebab anak ayam seronok! Semua hyung tepuk tangan dekat Sehunnie! Hehehe tapi ade sorang tu gelak gile gile. Kris hyung gusi tu la. Dia kata Sehun Hoboh" Dah la tak reti cakap melayu. Hodoh pun dah jadi Hoboh. Kris hyung kena masuk tadika Sehunnie kena belajar bm!

Sehunni comel kan? Bye Sehunnie nak ambik hadiah atas pentas!

 

Kucing momot yang sedang melepaskan hajatnya ke atas diari Sehun, terus berlari apabila terdengar jejak kaki si Mangsa.

Kucing momot turun dari meja dan mula mempamerkan senyum sinis kepada kita. "Meow meow meow!" (padan muka dia!)

Kucing momot yang ingin keluar mengkuti pintu ,terbang ke dapur akibat Sehun yang buka pintu terlalu kuat.

"MEOW!!!!"

 

12. Dishembe  31/12

Hi sekali lagi! Dah nak habis dah buku bubble tea ni. TmT Takpe la nanti kite suruh Suho hyung menang peraduan Susu Anlene lagi.

Harini kan Sehunnie kena kejar dengan Suho hyung! Eeeeee sibuk je dia. Dah la ade uban .Tapi sehelai je. Dia bukannya kawen lagi. Haritu cikgu Sehunnie nama dia Sumo nak kapel dengan Suho hyung tapi dia taknak. Sebab dia kata naanti dia kene hempap.

Ha haritu kan Sehunnie beli batang Star Wars! yey! Terima kasih dekat Chanyeol hyung yang sanggup pecahkan duit tabung dia untuk Sehunnie. Entah kenape dia menangis lepas tu.

Tapi Suho hyung ambik Star Wars tu huwaaaaaa!!! TT.TT  Sehunnie tak suka orang tua main barang Sehunnie! Tak sesuai! Dah la main lepastu taknak bagi dah. Sampai sekarang dia simpan nak peluk masa tidur. Ke Suho hyung ni tak betul? :(

Bye Sehun dah kene tangkap dengan Suho hyung.

 

"Annyeong , Sehun dah balik!" Sehun melambai tangan kepada kembar Hyukjae dan Donghae diluar rumah sebelum memasuki rumahnya. Sehun masuk ke rumahnya dan ternyata ianya sunyi sepi seperti tidak berpenghuni.

Dia hanya nampak kucing momot yang melekat di dinding dapur sebelum turun dengan sendiri. Sehun yang berasa letih lagi penat terus mengambil air Bandung Kaw Suho yang ditinggalkan tadi.

Meneguk perlahan , "Puuuuuuuuuuh!" Sehun mengesat mulutnya selepas menghamburkan atau meludah air bandung kaw tersebut.

"Yah! Siapa yang buat air bandung kopi ni?!"

Ternampakkan buku diarinya membuatkan hati dia terusik. "Haaaa siapa yang berak atas buku diari Sehunnie! Mesti Suho hyung! Kesian dekat you ! SUHO HYUUUUUUUUNG!"

 

Sementara itu Suho ......

PIN PIN!! PIN PIN!! Suho menekan hon berulang kali kepada kereta lembu di hadapan. Akhirnya ,dia tersekat di antara kereta lembu di hadapan dan belakang.

"MOO MOO! MOO MOO!" Suho menoleh belakang .

"Yenadei!!! Cipat sikit la! Saya mau pigi rumah la cipat sikit adodododoi" Tuan kepada lembu itu berleter panjang di belakang kereta Suho.

Suho mengetuk kepalanya dengan stereng kerana berasa gila dan menyesal keluar untuk ambil adik-beradiknya di Pavillion.

 

Bye Sehun nak bers- HASHEEEEMMMMMMMM!!!!!!

 

t-a-m-a-t <3

p/s : twitter : RayhanAdni

ask.fm/supeRaihan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

        

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
RayhanAdni
aku rasa ni cerita paling bangang aku pernah buat hahaha

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 1: Memang lawak gila baca ff ni.well,tengoklah author dia siapa..RaihanAdni kan...citer ni bertambah lawak dgn gambar2 tu
hanbinhaera #2
Chapter 1: KETAWA SAMPAI SAKIT PERUT PLUS PARENT KAT BILIK INGAT SAYA GILA
GreenDecember #3
Chapter 1: Serious...best gler....ada part yg lawak...hahaha...awak nie author kegemaran sy ....
MomoEXO #4
Chapter 1: Camne nama username kita ada dgn sendiri?
Well,cerita ini syeronok.
#YEHETFAN
AiSyah98
#5
Chapter 1: ohmy London,ada part tu lawak nak mati..sampai sakit perut I dibuatnya..Ohmy xD
Plus gambar-gambar tu sgt kelakar dan cam oh my speechless dah ni~~ I give you upvote and~~ jjang~~~
oohbaekkieyehet
#6
tgh sdp baca cite ni, tetiba muncul nama aq.. terkejut beruk aq tdi xD ahahaa ... camne kau buat ? btw, kau author kegemaran aq ...
QisHun
#7
Chapter 1: fuhhhh,lawak habis laaaa !!! Sehun memang daebak !!
Fungurlz #8
Chapter 1: Omg kobitos HAHAHAHA