HOUSEWORK
Idiot Housemates
Hyuri mengangkat keningnya ke atas dan mengambil telefon bimbitnya di dalam poket . "Okay, aku call Jin hyung korang tu, takyah dinner malam ni eh?"
V terus berdiri tegak seperti askar . "Kau nak suruh aku buat apa?"
"Weyh, sebelum kemas rumah ni.. better kita makan dulu.. Aku dah lapar ni" Jimin merungut dan menepuk-nepuk perutnya yang berkeroncong. V mengangguk laju manakala Hyuri hanya mendiamkan diri. Tandanya setuju lah tu .
=============
"Uiishh V.. Banyaknya pancake kau ambil... Ingatlah Hobie hyung dengan Suga hyung!" Jimin berkerut memandang rakan sebayanya itu.
"Cuma 3 keping je kott Dahlah, makan jelah!!" Malas hendak melayan kerenah Jimin, dia makan ketiga-tiga pancake itu secepat mungkin.
Hyuri hanya melihat telatah mereka berdua. Dia sakit hati juga. Jin masak 8 keping pancake. V ambil 3 keping, Jimin ambil 2 keping dan Hyuri hanya dapat satu. Lagi dua untuk dua orang housemate lagi iaitu Hobie & Suga.
"Kau makan satu je?" Jimin berkerut memandang Hyuri .
"Ha'ah,lagi dua ni untuk lagi dua orang tu.. Apa entah nama dia.." Sebenarnya,Hyuri masih kenyang dengan spaghetti,lasagna dan pizza dimakannya tadi .
"Suka hati kaulah ."
"Bila kira-kira balik member yang ada dalam rumah ni,baru 6 orang.. Mana lagi sorang? Ehmm,apa nama dia? Jungkook eh?" Hyuri teragak-agak . Betul ke nama lelaki tu Jungkook?
"Hari ni kan hari Jumaat ." Jimin menjawab dengan mulut yang penuh dengan pancake .
Hyuri berkerut dan memandang pelik ke arah Jimin . "So..? Apa kena mengena...?"
"Hari ni dia sekolah . Heish,teruk betullah dia tu! Orang paksa dia ke sekolah,baru dia nak pergi!" Sempat V memarahi Jungkook di situ .
Hyuri tersedak pancake yang dikunyahnya. Masih sekolah lagi? Mak aiiii,mudanya!
"Oh,lupa pula nak tanya.. Kau ni umur berapa?" Jimin meletakkan sudu dan garfunya di atas pinggan .
"Form 5... 18 tahun..."
Kali ni giliran Jimin dan V pula untuk tersedak. Mereka terbatuk-batuk. Hyuri memandang pelik ke arah mereka berdua . "Pelik sangat ke?"
Jimin mengurut-urut dadanya yang sakit tadi . "Baru form 5?!! Seriously...?"
"Asal muka kau nampak macam orang tua?!" V memandang muka Hyuri serious .
Hyuri menunjukkan buku limanya yang padu ke arah V . "Ulang balik apa kau cakap~"
Please Subscribe to read the full chapter
Comments