TRUTH OR DARE?

Idiot Housemates
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Hyuri bangkit dari tempat duduknya dengan tenang . "Aku hauslah . Nak pergi ambil air kat dapur jap."

"Eh,kau tak jawab lagi soalan aku..." Jungkook berkerut .

"Jungkook,kau nak air sekali ke? Jimin? V? Kau pun?" Hyuri pandang satu persatu lelaki yang berada di dalam bilik itu .

"Aku tak...-"

"Jap ehhh aku ambil satu jag ." Jimin belum sempat menghabiskan ayatnya Hyuri sudah memotong .

Hyuri sengaja menukar topik perbualan. Buat masa ini,dia memang tidak mahu sentuh sedikit pun tentang CINTA ni . Lebih-lebih lagi dengan mereka bertiga.

Hyuri mengorak langkahnya ke dapur . Semasa dia hendak mengambil jag air di dalam peti sejuk,dia terdengar akan suara seseorang dari ruang tamu . Hyuri menjenguk seketika . Jin . Jin sedang khusyuk bercakap dengan telefonnya tetapi reaksi mukanya macam... marah,risau dan sedih .

"Yalah,kalau awak tak nak, saya okay je tapi... Awak memang tak pernah faham diri saya kan? Tolonglah,saya dah cakap elok-elok ni... Jawablah cara elok...- Sherry,. Hey, Sherry! Hiishh dah letak pula!!" Dia memandang screen telefon .

Hyuri menggigil melihat wajah Jin yang bengis . Wajahnya sungguh mengerikan pada waktu itu. Jin melemparkan telefon bimbitnya ke lantai . Habis . Retak screen telefonnya itu . Dia kemudiannya terduduk di atas sofa dan mengurut-urut dahinya .

"Kurang ajar punya betina!! Arghhhh!!!" Kusyen yang berada bersebelahan dengannya menjadi mangsa untuk dipukul-pukul .

Hyuri berdiri kaku di situ. Memang tidak disangka, Kim Seok Jin ; seorang lelaki yang lemah lembut, boleh mengeluarkan kata kesat dari mulutnya (kata kesatkah itu haha) . Air liur di tekak seakan-akan tersekat. Dia menghampiri ke arah Jin dan duduk di sebelahnya .

"Jin oppa..., kenapa ni..?" Hyuri memberanikan dirinya untuk bersuara .

"No,Hyuri . Awak tak perlu masuk campur. Ini hal saya."

"Saya ambil air sejuk untuk awak . Sekejap ya?"

Hyuri melangkah laju ke dapur dan mencapai jag air sejuk yang baru dikeluarkannya tadi . Dia menuangnya di dalam sebuah gelas dan terus memberikannya kepada Jin .

"Oppa, relax okay? Kalau ada apa-apa benda yang saya boleh bantu, panggil saya tau? Saya minta diri dulu ."

Jin tidak membalas apa-apa. Dia hanya memandang ke arah Hyuri yang semakin jauh dari pandangannya. Perlahan-lahan, bibirnya mengukir satu senyuman yang lebar.

======================================

Malam...

"Uhuhhh bosannya~~" J-Hope merungut . "Main UNO jom?" Jimin memberikan cadangan .

"Asyik UNO je,kita main truth or dare lah! Nak?" Namjoon bersuara lantang.

"Truth or dare?" Yoongi seolah-olah tidak faham apa itu truth or dare . Maklumlah, kemahiran Bahasa Inggeris nya sungguh lemah .

"Okay, macam nilah,... setiap round, kita kena tulis satu truth and satu dare.. lepas tu kita mix kan.. And then, aku pusingkan botol ni. Contoh,kalau botol ni point kat Hyuri, Hyuri kena ambil salah satu kertas yang dah dicampur ni . Faham?" Namjoonmenerangkan secara terperinci kepada mereka semua. Entahlah samada mereka faham ataupun tidak.

"Okay!"

"Jin hyung...tak nak join ke?" Jungkook berkerut .

"Dia busy lah... Dah, jomlah start tulis satu truth & satu dare kat kertas.." Hyuri menjeling ke arah Jungkook .

"Ceh, pasal Jin hyung kau tahu eh?" Taehyung pula menjeling ke arah Hyuri .

"Shhh~ Game dah start lah." Malas hendak melayan si Taehyung tu. Suka sangat mencari fasal.

"Okay, semua dah letak kertas kat tengah-tengah ni kan?" Namjoon menyoal .

"Dah~"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AssiraNKim #1
Chapter 31: Why must you do this to me huwaaaaaa
scyaheeda
#2
Chapter 31: Author nim kot ye pun nk memasak jgn potong bawang kat sini.. ㅠ_ㅠ
ChoiHyeNa-ssi #3
Chapter 31: X sabar nk tunggu chapter seterusnya
SeyoonExoBts #4
Chapter 29: awak ada fb?
SeyoonExoBts #5
Chapter 18: hyuri & suga(yoongi)-hyuyoon
SeyoonExoBts #6
Chapter 15: sweet sangt....saya pun taejin shipper...
SeyoonExoBts #7
Chapter 10: wah bestnya..saya ship HyuMin..dorg sesuai...
Coco_Cherry #8
Chapter 29: Omg sye menangis~ Terima kasih sgt² ~ Ff nih daebak !
Tapi yg yoongi nih ? Em em utk sequel ke ? Takpe takpe sye tggu je pape pun ^_^
Okay tataaa~
scyaheeda
#9
Chapter 29: Author nim adakah ini preview bg next season?
Yuuna_Chanyeol #10
Chapter 28: Serious awak berjaya bwdkan sya menangis .i give 1000 bintang 100 thumbs up 0 buu .. Sumpah best .. Nnt klu ad season 2 mcm mna saya na taw ?