THIS IS LIFE

Idiot Housemates
Please Subscribe to read the full chapter

 

  

Hyuri mendaki anak tangga perlahan-lahan dan lalu di hadapan bilik Jin . Dia terdengar bunyi esakan. Perlahan-lahan, Hyuri menolak pintu yang tidak berkunci itu . Dia ternampak kelibat Jin sedang memeluk tubuhnya sambil merenung jauh ke luar tingkap . "Wow, pink..." Mulutnya terlopong seketika memerhati sekeliling bilik Seokjin itu. "Jin...oppa..." Dia mengorak langkah ke arah lelaki itu.

"Oppa... Janganlah macam ni.." Bahu Jin ditepuk lembut.

"Bila masa awak ada kat sini?" Jin menyeka air matanya dan tersenyum manis. "Awak lapar ke? Nak saya buatkan apa-apa ke?"

"Siapa Sherry? Boleh saya tahu?"

Seokjin mengunci mulutnya. Wajah Hyuri di hadapan mata ditatap kosong. "Awak pernah terfikir tak kenapa perempuan ni agak rumit untuk difahami?"

Giliran Hyuri pula mengunci mulutnya. "Saya ni susah untuk difahami ke?"

Soalan yang diacukan membuatkan Seokjin tergelak. "Pergilah tidur sana."

"Kenapa bagi awak perempuan ni rumit?" Dengan selambanya dia berbaring di atas katil milik Jin. 

"Pergilah tidur sana ." Soalan Hyuri diendahkan begitu sahaja. Walaupun begitu, Hyuri masih lagi tidak berganjak dari katil itu. "Bagitahulah kenapa perempuan ni rumit."

Jin mengalah dan dia mengeluh lemah. Langit yang berbintang dipandang. "Awak tahu, lagi banyak awak tahu tentang seorang perempuan tu, makin susah awak nak faham perempuan. Perempuan. Makhluk yang mungkin menyusahkan lelaki,. tapi lelaki tetap sayangkan perempuan. Kenapa? Sebab perempuan ada satu tarikan yang lain dari lain,macam...-" Jin terhenti kata-katanya apabila terpandang sekilas ke arah Hyuri yang sudah pun terlena.

Dia dah tertidur rupanya . Wajah Hyuri yang sudah terlena itu ditatap dan dia tersenyum. 

-

"Aku dah agak dah!! Mesti diorang berdua ni ada something..." Jimin membisik ke arah Jungkook dan Taehyung.

"Habis tu kau jealous ke?~" Jungkook tergelak dan menjeling ke arah Jimin.

"Heh,takde masa aku. Banyak lagi perempuan cantik yang aku kenal kat taman tu. Takkan aku nak suka kat perempuan macam dia?! No way." Jimin menggelengkan kepalanya beberapa kali. 

"Yalah tu~"

"Jin hyung... Apa kau buat dekat Hyuri?~ Tak boleh jadi ni." Taehyung yang memerhati mereka berdua menggenggam erat buku limanya.

Jimin dan Jungkook hanya melihat reaksi Taehyung. "T...Taehyung, kau marah ke?" Taehyung menggelengkan kepalanya dan tersenyum manis. Dia mula mengorak langkah ke dalam bilik Jin.

"Jin hyung,nak aku tolong letakkan Hyuri kat bilik dia?" V masuk ke dalam bilik Jin dengan berani .

"Taehyung! Boleh juga. Bawa dia baik-baik." Taehyung mengangguk. "Tae, ingat. Letak dia kat dalam bilik SAHAJA. Kau jangan memandai nak buat macam-macam kat dia."

Dengan selamba dia mendukung Hyuri tanpa mendengar kata-kata Jin sebentar tadi. "B...Berat juga Hyuri ni..."

"Kau kuat ke?" Jin berkerut memandang Taehyung yang menggigil mendukung Hyuri .

"Ya... Aku..Aku kuat... goodnight,hyung ."

Taehyung melangkah keluar dari bilik Jin dan pergi ke bilik Hyuri . Perlahan-lahan, tubuh Hyuri diletakkan ke atas katil. Wajah Hyuri yang sedang terlena itu dipandang lama. 

  "Tae, ingat. Letak dia kat dalam bilik SAHAJA. Kau jangan memandai nak buat macam-macam kat dia."  

Kata-kata Jin tiba-tiba bermain di dalam mindanya. "Aish, Jin hyung tu. Suka sangat fikir aku ni nak buat benda bukan-bukan." Rambut Hyuri dielus lembut.

"Goodnight,Hyuri! Mimpikan aku tau?"
 

============================================
 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AssiraNKim #1
Chapter 31: Why must you do this to me huwaaaaaa
scyaheeda
#2
Chapter 31: Author nim kot ye pun nk memasak jgn potong bawang kat sini.. ㅠ_ㅠ
ChoiHyeNa-ssi #3
Chapter 31: X sabar nk tunggu chapter seterusnya
SeyoonExoBts #4
Chapter 29: awak ada fb?
SeyoonExoBts #5
Chapter 18: hyuri & suga(yoongi)-hyuyoon
SeyoonExoBts #6
Chapter 15: sweet sangt....saya pun taejin shipper...
SeyoonExoBts #7
Chapter 10: wah bestnya..saya ship HyuMin..dorg sesuai...
Coco_Cherry #8
Chapter 29: Omg sye menangis~ Terima kasih sgt² ~ Ff nih daebak !
Tapi yg yoongi nih ? Em em utk sequel ke ? Takpe takpe sye tggu je pape pun ^_^
Okay tataaa~
scyaheeda
#9
Chapter 29: Author nim adakah ini preview bg next season?
Yuuna_Chanyeol #10
Chapter 28: Serious awak berjaya bwdkan sya menangis .i give 1000 bintang 100 thumbs up 0 buu .. Sumpah best .. Nnt klu ad season 2 mcm mna saya na taw ?