'EX'-CIDENT

Idiot Housemates
Please Subscribe to read the full chapter

 

"Jungkook! Janganlah tembak aku!" Kepala Jungkook disiku lembut sebaik sahaja alat kawalan permainan XBOX diletakkan ke lantai. "Hyung, ini game jelah! Janganlah tolak aku camni! Eish!"

"Macam budak-budak." Yoongi yang sibuk dengan gajetnya bersuara. "Yah, korang berdua ni asyik dengan game je. Cubalah sekali-sekala buka tv tengok berita, cerita kartun ke... Lifeless betullah korang ni!" Taehyung pula bersuara. "Taehyung tak sedar diri." Hoseok bermonolog. Suaranya cukup kuat untuk didengari Taehyung tetapi Taehyung malas hendak cari gaduh.

Hyuri terbaring di atas sofa sambil mononton apa yang dimainkan oleh Jungkook dan Jimin. Haih, bosannya. Hujan pula mencurah-curah jatuh diluar tingkap. "Yahhh asyik main game je... Tukarlah TV.. Dah lama aku tak tengok Spongebob dengan Dora the Explorer.." Hyuri merungut .

"Kau rasa kan, kalau kau cakap macam tu aku kisah tak?" Jungkook bersuara .

"Mana aku tahu.." Hyuri membalas .

"Kau rasa?" Jungkook tanya sekali lagi .

"Aku tak tahu ."

"Kau rasa?"

Hyuri mula bengang dan mencampak beberapa kusyen ke arah Jungkook . "Aku tak tahulah!!!"

"Haha okay.. kau membebel lah macam mana sekalipun,aku still nak main game ."

"Weyh, Jin hyung kata pagi tadi dia sepatutnya dah bertolak kan?" Yoongi bersuara.

"Ha'ah... Dia kata pukul 5 pagi lagi dia dah bertolak.." Hoseok terus mengalihkan pandangannya dari telefon ke arah jam di dinding .

Dahi Taehyung dikerut. Dia juga turut memandang ke arah jam di dinding . "Sekarang dah pukul 2:30 petang~ Aku laparlah.. Pagi tadi aku mesej Jin hyung suruh balik awal.."

"Kenapa kau suruh dia balik awal?" Jimin menyoal .

"Aku nak dia buat lunch . Dah lama tak makan makanan Jin hyung..~" Bibirnya dimuncungkan. "Bila cakap pasal makanan Jin hyung kan, aku teringat masa tu. Kita lawan masak-masak yang Hyuri jadi juri tu . Tae,kau ingat?" Senyuman nakal mula terukir di bibir Yoongi .

"Ingat . Kenapa??"

"Hahaha kan aku suruh kau masukkan tiga sudu besar garam dalam masakan Jin hyung.." Hoseok pula menepuk-nepuk bahu Taehyung . "Ohhh~ Yang tu, hahahahahahahahaha" Berguling-guling Taehyung mengekek.

"Maknanya, koranglah yang sabotaj kumpulan kitorang?!!" Jungkook menghempas alat permainan XBOX itu ke lantai . "Bukan sabotaj.. Kena kan je ~ Janganlah marah eheheheh" Yoongi menggosok tengkuknya dan tersengih sumbing.

Hyuri mencapai kusyen kecil dan mencampakkannya tepat-tepat ke arah wajahnya . "Aku dah agak dah!! Aku jadi juri,aku juga yang sakit makan makanan diorang!!"

"Hey, relakslah! Benda pun dah lepas kan?! Kau pun dah sihat kan??" Yoongi bangkit dari tempat duduknya dan mengerling tajam ke arah Hyuri. Wajahnya..., menggerunkan.

"Jungkook! Tukar TV! Aku nak tengok TV!" Tiba-tiba angin Hyuri meningkat mendadak. "Tak nak . Orang tengah layan Call Of Duty (COD) ni!! Kau buta eh?" Hyuri bangun dari tempat duduknya dan menghampiri ke arah TV . "Nak aku cabut ke wayar XBOX ni?"

"Haishhh yelah,yelah!" Punat on/off XBOX ditekan .

"Lagi sikit je nak habiskan mission tadi! Dahlah tak save!! Hyuri!! Orang tengah main game kan? Janganlah kacau!" Jimin memandang Hyuri dengan wajah yang bengis . Laju tangan Hyuri mencapai alat kawalan jauh di tepi sofa . "Aku bukan kacau, aku ugut je~"

"Hyuri, Kau nak tengok berita ni ke?" Taehyung berkerut memandang skrin televisyen .

"Kejap lagi adalah cerita spongebob,kau tunggu jelah.."

"Pihak polis dan bomba sedang menguruskan keadaan kemalangan yang tiba-tiba sahaja berlaku secara mengejut . Mengikut laporan polis, kemalangan ini berpunca daripada sebuah motosikal membuat brek mengejut . Dan bas yang berada di belakang terlanggar motor itu lalu terbalik dan tercampak jauh ke hadapan. Ramai penumpang dalam keadaan kritikal. Berita selanjutnya..."

"Macam-macam lah terjadi sekarang ni.." Jungkook mengeluh. "Itulah... Benda tak dapat diduga ." Hyuri turut mengeluh sama . "Weyh... Jin hyung kata pagi tadi dia balik kan?" Jimin mula mengurut dadanya.

"Ya. Kenapa?? Kau nak cakap Jin hyung dalam bas tu ke?? Eish, janganlah fikir negatif macam tu. Tak eloklah..." Lantang suara J-Hope bergema . Jimin berkerut. "Weyh,.. Aku rasa tak sedap hatilah.." Tubuh Jimin ditolak kasar. "Kau diamlah!" Wajah Taehyung masam mencuka. Dia yang tadinya gembira dan tersenyum manis berubah.

"Hyung..., Janganlah macam ni..." Jungkook menghalang Taehyung untuk meneruskan perbuatannya.

 

Keadaan menjadi sunyi dan kekok buat beberapa minit. Telefon Taehyung yang tiba-tiba berbunyi memecah kesunyian.

"Namjoon hyung...," Taehyung terkedu. Kata-kata yang dikatakan oleh Namjoon membuatkan dia terkaku pada masa yang sama. "Nah." Telefon bimbitnya diletakkan ke atas telapak tangan Hoseok. Hoseok dan yang lain terpinga-pinga memandang antara satu sama lain. Hoseok menekan pembesar suara.

"Korang.. aku baru dapat panggilan dari hospital.." Namjoon yang bersuara membuatkan semua orang gementar.

"Hospital?!! Apa kena mengena hospital dengan waktu sekarang ni?? Hyung, kau sakit ke?" Jungkook berkerut selepas mendengar kata-kata Namjoon sebentar tadi .

"Bukan macam tulah... Ni pasal... Jin hyung... Dia terlibat dengan kemalangan... Cuba buka tv, aku rasa ada masuk berita... ."

Mereka semua terkaku dan memandang antara satu sama lain buat seketika.

"S..So... Jin hyung punya condition macam mana?? Okay tak??" Yoongi pula bersuara . "Dia koma buat beberapa hari kot.. Doktor kata bahu dengan kepala dia terhentak kat jalan raya kuat sangat. Jadi...."

"Beberapa hari?!" Hoseok separuh menjerit .

"Itulah.. Aku takut je kalau apa-apa jadi...."

Tiba-tiba pintu bilik Taehyung dihempas kuat.

"Kenapa tu...?" Namjoon yang bersuara di dalam talian pelik .

"Takde apalah... T..Taehyung pergi ke tandas..." Jimin terpaksa menipu .

"Hmm,. Okay lah.. nanti aku balik kerja aku belikan something untuk dinner . Okay? Byeee ." Panggilan tamat.

 

Suasana menjadi sunyi . Tiada siapa yang bersuara . Jungkook mukanya yang gembira sebentar tadi berubah menjadi pucat . Telefon didalam genggaman Hoseok diendahkan. Yoongi mengurut-urut dahinya . Jimin pula menyandarkan dirinya ke dinding dan menggigit kukunya.

Hoseok mengeluh perlahan. "Takpelah,.. Harap Jin hyung tak apa-apa..." Disebalik kata-kata semangatnya, terselit sedikit perasaan risau. "Korang lapar? Biar aku buat tteokpokki.." Hyuri mencuba menceriakan keadaan semula...walaupun dia tahu ianya takkan berjaya.

"Takpelah." Yoongi berdiri dan menepuk-nepuk punggungnya. "Nanti bila aku lapar, aku buat ramyun." Senyuman segaris diukir. Dia kemudiannya beredar ke biliknya.

"Aku kenyang." Jimin hanya membalas ringkas .

"Aku... Aku...." Jungkook terketar-ketar bersuara. Air mata Jungkook setitis demi setitis jatuh ke bawah. Perlahan-lahan, Hyuri menghampiri Jungkook. Bahu Jungkook disentuh lembut. "Kookie-ah..." Tangan Hyuri beralih untuk menyeka air mata Jungkook. "Janganlah macam ni... Jin hyung tak apa-apa lah.."

Jungkook menolak tangan Hyuri dengan lembut . "Buat masa ni.. Please, bagi aku masa sekejap. Tolong jangan kacau aku ." Air matanya diseka kasar oleh tangannya sendiri.

"Ta...Tapi..."

"Pergi!" Jungkook menjerit . "Please,Hyuri. Aku dah lama kenal Jin hyung. Dah tiga tahun aku jadi housemates dengan dia. Kau takkan faham..."

Hyuri hanya mampu mengunci mulutnya. Dia kemudiannya bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi ke dapur . Hyuri menuang susu sejuk yang baru dikeluarkan dari peti sejuk ke dalam sebuah gelas . Susu itu diteguk dengan tenang.

"JANGAN KACAU AKU!!" Suara Taehyung yang lantang tiba-tiba bergema. "Aku tak kacau, aku cuma..." Jimin dari luar pintu cuba memulas tombol pintu itu. Sayangnya pintu bilik itu terkunci .

"KAU CUMA APA?!! KAU CUMA APA,JIMIN?! PERGI!"

Jimin mengeluh . Rumah itu menjadi sunyi . Selalunya, waktu-waktu begini mereka pasti pergi ke taman dan bermain bola keranjang bersama, ataupun bermain truth or dare. Tetapi hari ini lain . Suasana menjadi dingin .

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AssiraNKim #1
Chapter 31: Why must you do this to me huwaaaaaa
scyaheeda
#2
Chapter 31: Author nim kot ye pun nk memasak jgn potong bawang kat sini.. ㅠ_ㅠ
ChoiHyeNa-ssi #3
Chapter 31: X sabar nk tunggu chapter seterusnya
SeyoonExoBts #4
Chapter 29: awak ada fb?
SeyoonExoBts #5
Chapter 18: hyuri & suga(yoongi)-hyuyoon
SeyoonExoBts #6
Chapter 15: sweet sangt....saya pun taejin shipper...
SeyoonExoBts #7
Chapter 10: wah bestnya..saya ship HyuMin..dorg sesuai...
Coco_Cherry #8
Chapter 29: Omg sye menangis~ Terima kasih sgt² ~ Ff nih daebak !
Tapi yg yoongi nih ? Em em utk sequel ke ? Takpe takpe sye tggu je pape pun ^_^
Okay tataaa~
scyaheeda
#9
Chapter 29: Author nim adakah ini preview bg next season?
Yuuna_Chanyeol #10
Chapter 28: Serious awak berjaya bwdkan sya menangis .i give 1000 bintang 100 thumbs up 0 buu .. Sumpah best .. Nnt klu ad season 2 mcm mna saya na taw ?