New friends or lost friends

Grá Casta

-Flashback-

" Oiiii yang kat sana tu...!" jerit Baekhyun.

Suara Baekhyun menyebabkan Taeyeon yang sedang duduk di bangku taman tersentak. Penat yang dialaminya ketika itu hilang apabila terpandang Baekhyun. Dia sanggup berikan semua duit yang dia ada sekarang ni asalkan bukan ' mamat' ni yang memanggilnya sekarang. Nak lari atau 'stay cool' kat sini dan buat muka 'aku tak bersalah, apa yang aku dah buat...?'.' Tapi kalau aku lari pun, bukannya aku tengah larat pun. Okey sekarang aku ada dua pilihan, lari atau diam kat sini... Hrrrrmmm terpaksalah diam' Bisik hati Taeyeon dan pada masa yang sama tidak se'cool' yang dirancangnya. Gelabah habis Taeyeon. Tetapi Baekhyun akhirnya betul-betul dihadapannya sekarang ni.

" Oiii pekak ke aku panggil ni, ooooiiiiii...!" Jerit Baekhyun.

" Arrrrrgghhh, tolong ada monyet mengamuk kat sini... Tolong! " Jerit Taeyeon yang dua kali ganda lagi kuat dari jeritan Baekyun. 'Hahahhaha, kau nak main main dengan aku ya.. Kau layanla otak gila-gila aku ni...Hehheeheh." Gelak Taeyeon. Tapi...( Dalam hati je la ).

" ooiii diamlah...! " Kata Baekhyun panik dan satu tindakan drastik diambil dangan menutup mulut Taeyeon agar Taeyeon tidak menjerit lagi.

" Hmmmm, hrmmm, hrruuummm..." Kata Taeyeon. Tetapi satu patah pun Baekyun tak dapat faham.

" Okay, aku tak tutup mulut kau tapi kau kena janji yang kau tak jerit lagi sebab nanti orang dapat tahu, habisla aku" Ujar Baekhyun tetap masih tidak melepaskan tangannya daripada mulut Taeyeon. Taeyeon akhirnya menggangguk, dan Baekhyun yang merasai keadaan telah selamat untuk melepaskan tanggannya akhirnya berbuat begitu.

" Okay kita buat perjanjian nak, kalau tak..." Ugut Taeyeon.

" Perjanjian? asal pulak aku nak kena buat perjanjian dengan kau..." Tetapi kata-kata Baekhyun mati apabila melihat Taeyeon yang nampak gayanya hendak menjerit semula.

" Okay-okay... apa perjanjiannya?" Kata Baekhyun terpaksa apabila mengesan bahaya yang akan datang kalau dia tidak setuju dan membuat muka ' Aku ada pilihan ke?'.

" Perjanjiannya senang je, kau dan aku jadi kawan. Nak tak...Hehehehe mana boleh nak ke tak." Sambung Taeyeon sambil memandang tepat ke muka Baekhyun.

Baekhyun kelihatan memikir-mikirkan baik dan buruknya dia menerima perjanjian itu. Tapi pada masa yang sama dia tidak dapat menafikan yang dia setuju dengan perjanjian Taeyeon itu. Akhirnya dengan satu anggukan dan janji maka terjadilah perjanjian Taeyeon dan Baekhyun ataupun Taeyeon VS Baekhyun.

" Hah bagus, jadi aku pergi dululah." Kata Taeyeon sambil berjalan pergi, tetapi tiba-tiba baru dia tersedar sesuatu.

" Ooopppss jap, lagi satu... Boleh tak kau tunjukkan kelas aku... Hehehhee.. Aku tak tahu la kat mana... "

-End of Flashback-

" Oiii Taeyeon...! " jerit Yuri.

" Hah apa dia..." Balas Taeyeon yang baru tersedar dan sejujurnya apa yang dibisingkan Yuri dan Yoona tadi hampir semua tidak didengarnya, Tapi rasanya bukan hampir dah, memang semua dia tak dengar sebab teringat kejadian yang berlaku tadi.

" Yahhhh Taeyeon...! Penat kitaorang cakap tadi, satu apa pon kau tak dengar... macam tu la kawan" Kata Yoona yang kedengaran merajuk akan reaksi Taeyeon.

" Alah Yoona janganlah merajuk, aku cuma...aku cuma...................................................................................................................................................................................................................................................................................................... hah teringat masa depan ! " 

" Banyak lah kau punya masa depan... Cakap pasal teringat ni kan, macam mana rasanya kalau kita nanti jadi artis ataupun penyanyi yang orang kenal hah...Hehehehhe mesti best kan." Kata Yoona sambil membayang-bayangkan.

" Banyaklah kau punya artis...Hahahaha suara pun macam nak tak nak je...Ada hati nak jadi artis...Hahahaha... Kalau betullah kau nanti jadi artis, aku sanggup bagi semua duit aku sekarang kat kau...Hahahhaha..." Gelak Yuri dan diikuti oleh Taeyeon.

Yoona yang kelihatan agak terasa dengan dua kawannya itu, memasamkan muka tetapi akhirnya turut ketawa mengekek bersama-sama Taeyeon dan Yuri, pada masa yang sama barulah dia faham akan satu ayat yang pernah dibacanya dahulu.

"Walau bergaduh macam mana pun, kawan tetap kawan. Merekalah antara orang yang akan membuatmu ketawa dan yang akan membuatmu mengenli pahit manis kehidupan...."

 


 

Di rumah

Teayeon mengelap air mata yang menitis di mukanya setelah membaca surat yang ditulis oleh ibunya.

' Memang pahit untuk Teyeon terima semua ini ibu... Tapi Taeyeon ada pilihan ke untuk tidak menerimanya. Ibu pergi tanpa memberi Taeyeon merasai kasih sayang seorang ibu dan membuat Taeyeon lupa macam mana rasanya disayangi. Ibu tahu tak? yang Taeyeon sentiasa berharap yang ibu datang dan peluk Taeyeon dengan penuh kasih sayang tapi ibu pergi dangan membawa semua harapan Taeyeon, tanpa sempat untuk memberi Taeyeon merasai hangatnya kasih sayang seorang ibu... Ibu tau tak betapa sunyinya Taeyeon tanpa ibu... Ibu Taeyeon harap ibu dapat jumpa Taeyeon sebelum semuanya terlambat...Hrrmmm tapi....' Taeyeon tidak dapat menghabiskan kata hatinya sediri, terlalu pahit untuk diungkapkan. Memang dia kesunyian, kekosongan...Tapi dia masih ada kawan-kawan yang mampu untuk membuatnya tersenyum kembali dari kisah pahit hidupnya.

Gambar dan surat yang dipegangnya disimpan didalam kotak. Kotak itu diletaknya didalam laci yang berkunci agar Yoona dan Yuri tidak menjumpinya, dia tidak mahu mereka simpati terhadap keadaannya, cukuplah sekadar dia sahaja yang mengetahuinya.

"Taeyeon.... Taeyeon cepatlah turun, kalau tak aku dengan Yuri habiskan semua makan ni karang...Yoona memang tengah kebulur ni...!" Jeritan Yuri membuatnya tersedar dan dia terus pergi ke bilik air untuk membasuh muka...

" Jap... sikit lagi aku turun... Yahh janganlah habis kan...! " Balas Taeyeon. Tapi selepas itu dia hanya dengar suara Yoona dan Yuri yang bising dekat bawah.

........................................................................................................................................................................................................................... !____!

Selepas lima minit ataupun selama itulah yang dirasanya, Taeyeon menuruni tangga dengan berhati-hati, kerana tidak mahu terjatuh lagi... cukuplah sekali. Tetapi tiba-tiba kakinya berhenti secara automatik. Dia paling takut gelap,.... tapi kenapa ruang bawah ni gelap..bukan ke ada Yuri dan Yoona... Takkanlah takde elektrik.. Serentak dengan itu dia memandang ke biliknya di atas, tapi yang memelikkannya ketika itu adalah... berlampu, tapi bawah ni tak ada. Seingatnya juga bilik Yoona dan Yuri juga kosong dan tidak ada tanda-tanda yang mereka sudah naik. Lagipun tadi Yoona dan Yuri yang ajaknya makan, takkanlah diaorang tinggalkan aku kut.

" Yoona...Yuri... ? " panggil Taeyeon tapi tidak ada sahutan.

" Yoona...Yuri.... janganlah main-main macam ni... Tak lawak ya... Yoona...Yuri..." panggil Taeyeon, tapi masih tidk ada sebarang bunyi yang menandakan ada orang disitu. Tapi tiba-tiba.......

Prraannngggg...

Terdengar bunyi kaca pecah. Taeyeon bertambah seribu kali pelik dan risau jika ada seuatu yang buruk berlaku...

" Yoona...Yuri...." panggil Taeyeon yang mula tidak dapat mengawal suara paniknya... Tetapi kakinya tetap melangkah setapak demi setapak untuk mencari Yoona dan Yuri.

" Taeyeon.... tolonggg..!!! " Tiba-tiba terdengar suara Yuri menjerit dan tidak menifikan itu menambahkan lagi paniknya ketika itu...

" Taeyeon..................!!! " Kali ini suara Yuri kedengaran semakin aneh cemasnya dan semakin perlahan.

" Taeyeon......!!! "

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
taebaby_baeby
#1
Chapter 4: Hahahahaaha klakar lah dorg nieh
taebaby_baeby
#2
Chapter 3: Hehehehe betol la jangkaanku..huhuhuhu
taebaby_baeby
#3
Chapter 2: Pannikkkkk pannikkkk jangan tak pannikkk
Update soon authornim
Dh curious tahap gaban dh nieh
YoonYul sje main2kn taetae sbb nk bgi surprise or mmang btol2..hahhaha mmbuat andaian sndiri
izatizatixoxo88 #4
Chapter 1: Please update...daebak giler citer ni..dah la tentang Baekyeon couple..ahh...aku minat giler ngan diorang..but..betul ker yang diorang dah break?!Huhuhu..harap la tak...
taebaby_baeby
#5
Chapter 1: Aaahhh update update
Btw spe yg perhati tae tu..