One Beginning

Grá Casta

" Kau tak sepatutnya hidup! "

" Sepatutnya kau yang mati, bukan dia! "

" Kaulah punca dan penyebab dia mati! "

" Kau patut mati...! "

" Kau patut mati...! " Tetapi kali ini perempuan itu menerjah ke arah seorang budak perempuan sambil memekik dan menangis hilang kawalan.

" Taeyeon... "

" Taeyeon... oii bangun kita dah lambat ni, karang aku tinggal kan kau, baru padan. "

Taeyeon terjaga dari mimpi apabila terdengar suara yoona memanggilnya. Tetapi mimpi tadi mengganggu fikirannya ketika itu. Siapa budak perempuan tadi, dan siapa yang mati. Itulah persoalan yang selalu mengganggunya. Kerap kali bermimpikan perkara yang sama, membuatnya ingin tahu siapa budak itu. Tetapi apabila setiap kali dia cuma mengingati mimpi itu, kepalanya sering kali sakit dan membuatnya belajar untuk tidak cuba mengulangnya lagi. 

" Oiii Taeyeon, apa yang kau termenungkan lagi tu, cepatlah kita dah lambat ni! " Jeritan Yoona membuatnya tersedar.

" Yoona, kita dah lambat nak ke mana? " Tanya Taeyeon kedunguan yang membingungkan.

" Haaiisshhh... Taeyeon, kan hari ini hari pertama sekolah, kau dah lupa ke? "

" ooooooo.... Hah sekolah... lambat.. warrgghhh aku dah lambat " Seperti baru tersedar, Taeyeon berlari bagaikan lipas kudung ke bilik air. Sementara itu Yoona hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya dengan keletah kawanya itu. Dia terus kembali ke bawah untuk sarapan, dan tiba-tiba satu idea yang jahat datang. Heheehehehe.

 


 

Di sekolah

" Arrrggghh, sampai hati diaorang tinggalkan aku, tak pe,tak pe, tunggulah aku kerjakan korang" omel Taeyeon sendirian sambil berjalan dengan tergesa-gesa untuk ke kelas. Tetapi dengan tiba-tiba...

Buukkkk...

" Aduh sakitnya, siapa pulak aku langgar ni?" rungut Taeyeon sambil memandang tepat kepada orang yang baru dilanggarnya seketika tadi. 

" Kau! " Tiba-tiba perasaan geram datang, terasa sebal pulak terjumpa dia pagi-pagi ni. 

" Woii! dah tau langgar orang, tak reti-reti ke nak minta maaf, ini bukan, menjerit-jerit." Marah Baekhyun. 

" Siapa? Aku nak minta maaf kat kau. Memang taklah, Kau ingat dengan apa yang jadi hari tu senang-senang je aku nak minta maaf kat kau, memang minta simpanglah... Kau.." 

" Apa kau-kau, kau ingat aku lembu ke nak berkau kau." Potong Baekhyun. 

" Hahaaha, kau lembu? Aku rasa tak, sebab kau lagi sesuai jadi monyet daripada lembu?" Ujar Teayeon sinis.

" Kau ni aku tengok kecil je dekat mata aku ni, sekali aku lanyak, memang habis hidup kau! " Marah Baekhyun. ' Aku yang hensem ni dicakapnya lembu, ade ke patut? ' Bisik hati Baekhyun.

Seperti menghidu sesuatu yang buruk bakal berlaku, ' Baik aku lari' Bisik Taeyeon... 1..2..3...

" Larrriiii, Tolong ada monyet nak mengamuk, larrriii..." Jerit Taeyeon sambil berlari meninggalkan Baekhyun yang kebingungan. 

" Oooiii jangan lari, kau tunggulah nanti ! " jerit Baekhyun sambil turut berlari mengejar Taeyeon, tetapi malang, Taeyeon sudah jauh meninggalkan dia. 

' Haaiiiisshh, laju betul budak tu lari, boleh masuk maraton ' Ngomel Baekhyun seorang diri. 

 


Kawasan larangan

" Hahahahaha, padan muka kau " Kata Taeyeon seorang diri sambil gelak dengan kuatnya. 

" Eh jap, aku kat mana ni? Habislah aku, tu la pandai-pandai lari tak ingat dunia, hah sekarang satu apa tak tahu. Dah la ini pertama kali aku kat sini " Marah Taeyeon kepada dirinya.  Sambil itu Taeyeon terus melalui bilik-bilik yang berada disitu. Tetapi ada sesuatu yang pelik disitu. Ada satu bilik yang nampaknya macam dah terbakar. Mungkin ianya terbakar bertahun-tahun dulu. Cuma yang menarik perhatian Taeyeon adalah kerana bilik itu saja yang berlampu berbanding bilik-bilik yang lain dan kelihatan seperi bayang-bayang seseorang disebalik kain yang menutupi tingkap bilik itu. Taeyeon pasti yang dia melihat bayang orang disitu. Tanpa berfikir panjang Taeyeon pun melangkah ke bilik tersebut. Apabila sampai di pintu bilik itu, dia berhenti dan memerhati sekeliling ruang bilik itu dari sebalik kain yang menutupi tingkap bilik itu. 

' Nak masuk ke tak, nak ke tak, nak ke tak?. Ah masuk je la " Hampir saja dia membuka pintu bilik itu, tetapi belum sempat dia membukanya, ada suara yang menerjah garang ke arahnya.

" Hoi ! apa yang kamu buat disini, ini kawasan larangan, pelajar tidak dibenarkan masuk di kawasan ini. Pergi balik ke kelas kamu sekarang! " Jerkah seorang lelaki yang nampak gayanya berumur kira-kira 40-an. Taeyeon yang terkejut terus berlari pergi dari situ. 

Apabila sudah pasti yang dia cukup jauh dari lelaki itu, dia berhenti di sebuah taman yang nampak gayanya bukan kawasan larangan. 

" Huh terkejut aku, sikit je lagi. Kacau betullah. Tapi siapa yang ada dalam bilik tu. Mustahil pelajar sebab bilik itu macam dah rosak teruk. Tapi siapa dan apa yang dibuatnya dalam tu? Arrrggh kalau lelaki tu tak datang mesti aku dah dapat jawapan, huiisshh tapi lelaki itu menakutkan aku betul" Ujar Taeyeon yang lebih kepada dirinya sendiri.

Tanpa Taeyeon sedari, seseorang memerhatikannya sejak awal lagi...

" Semuanya baru je bermula... "

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
taebaby_baeby
#1
Chapter 4: Hahahahaaha klakar lah dorg nieh
taebaby_baeby
#2
Chapter 3: Hehehehe betol la jangkaanku..huhuhuhu
taebaby_baeby
#3
Chapter 2: Pannikkkkk pannikkkk jangan tak pannikkk
Update soon authornim
Dh curious tahap gaban dh nieh
YoonYul sje main2kn taetae sbb nk bgi surprise or mmang btol2..hahhaha mmbuat andaian sndiri
izatizatixoxo88 #4
Chapter 1: Please update...daebak giler citer ni..dah la tentang Baekyeon couple..ahh...aku minat giler ngan diorang..but..betul ker yang diorang dah break?!Huhuhu..harap la tak...
taebaby_baeby
#5
Chapter 1: Aaahhh update update
Btw spe yg perhati tae tu..