Baek's Family

Grá Casta

Di Hospital

" Macam mana keadaan dia doktor?" Tanya seorang lelaki yang sebaya dengan Taeyeon.

" Keadaan dia setakat ini stabil, tapi itulah, Leukimia yang dialaminya semakin teruk. Kalau pembedahan tidak dilakukan dengan kadar yang segera kemungkinan besar pesakit akan mati. Jadi, adakah kembar pesakit yang dikata oleh awak hari itu sudah ditemui?" Tanya doktor perempuan itu.

" Dah, ya saya sudah menemuinya..." Hampir memilikinya....

" Jangan melengah-lengahkan lagi masa, kerana pesakit tidak mempunyai masa lagi.

Doktor itu pun beredar meninggalkan dia seorang diri. Lalu dia wad tersebut. Berjalan ke arah katil dimana seorang gadis sedang tidur. Dari raut wajahnya, gadis itu seperti sihat... Itu yang menghairankan. Dia amat menyangi gadis itu.

" Saya tak izinkan awak pergi jauh dari saya lagi.."

" Dan saya akan dapatkan dia....."

 


 

" Taeyeon.... oiiii crayon..!!!" Jerit Baekhyun sambil berlari mengejar Taeyeon.

" Apa...?"

" Kau nak tak ikut aku keluar petang ni?  aku bosan lah" Ujar Baekhyun penuh harap.

"hmmmm...(memikir-mikir).... boleh lah, aku pun bosan ni." Putus Taeyeon.

" ok, pukul 5 petang ya.... jangan lambat... ingat!" Sebelum pergi, Baekhyun sempat memandang penuh amaran pada Taeyeon.

" Macam lah aku ni lambat sangat..." Omel Taeyeon seorang diri

 


Pukul 6 petang di temat yang dijanjikan.

Taeyeon berlari ke arah Baekhyun yang sedang berdiri sambil menayankan muka ada-yang-kena-makan-kang ...

' Gulllp, apa yang aku nak buat ni' getus Taeyeon.

" Janji pukul berapa?" Tanya Baekhyun.

" 5, tapi aku tak janji pon. Kau seorang yang janji...hahahhaa" 

Dushhhhhh...

" oiiiiii... apa ni, main kasar nampak" marah Taeyeon.

" Tak main pun, kau seorang je yang main...hahhahaa" Ujar Baekhyun mengajuk balik kata kata Taeyeon.

" Hah tu la balasan untuk orang yang berdosa...hahahhahaa" Gelak Baekhyun.

" Banyaklah kau punya berdosa. Aku ni baik. Orang baik pun tak macam aku." Taeyeon membidas sambil memuji diri.

"Dah, dah! Jangan nak riak tak ingat dunia. Jom!"

" Jom! Tapi, kita sebenarnya nak pergi mana? Kau tak bagitahu pun." 

"Ikut jelah!" Baekhyun menarik tangan Taeyeon. 


 

" Ada apa kat sini?" Taeyeon terkebil-kebil. Rumah Anak Yatim Cheonsa dipandang berselang-seli dengan wajah toya Baekhyun. Lagaknya seperti sedang memikirkan satu masalah yang  besar kalah perdana menteri. 

" Disinilah rumah aku dan adik-adik aku." Ujar Baekhyun ceria. 

" Really?" Taeyeon memberikan muka tak percaya kepada Baekhyun. Baekhyun hanya memandang sekilas ke arah Taeyeon sebelum berjalan masuk ke dalam rumah anak yatim. 

Kedatangan Baekhyun disambut gembira oleh kanak-kanak dan seorang wanita separuh umur yang tersenyum manis. Taeyeon pula hanya terpaku di luar pagar. Mindanya masih lagi memroses apa yang berlaku di persekitarannya. Lamunannya terhenti setelah namanya dilaung oleh Baekhyun.

"Oi, Taeyeon! Kau nak jadi tunggul ke kat depan pagar tu??? Mari sini!"

"Ah! Ya." Dengan kekok dia melangkah ke arah Baekhyun yang sedang berdiri di sebelah wanita separuh umur itu.

"Mrs. Victoria, ini Taeyeon kawan saya. Taeyeon, ini penjaga kami Mrs. Victoria." Baekhyun memperkenalkan dua manusia itu. Mrs. Victoria tersenyum manis melihat wajah Taeyeon. Walaupun kekok, Taeyeon membalas senyuman untuk menjaga hati wanita itu.

"Baek, Taeyeon ni makwe kamu ke?" Tanya Mrs. Victoria.

"Errkk. Bukanlah. Dia rakan sekolah saya." Baekhyun menafi dengan seluruh hati. Tangannya siap membuat isyarat pangkah. Sementara itu, Taeyeon masih lagi 'blur'. Mrs. Victoria ketawa kecil.

"Ye lah tu."

 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
taebaby_baeby
#1
Chapter 4: Hahahahaaha klakar lah dorg nieh
taebaby_baeby
#2
Chapter 3: Hehehehe betol la jangkaanku..huhuhuhu
taebaby_baeby
#3
Chapter 2: Pannikkkkk pannikkkk jangan tak pannikkk
Update soon authornim
Dh curious tahap gaban dh nieh
YoonYul sje main2kn taetae sbb nk bgi surprise or mmang btol2..hahhaha mmbuat andaian sndiri
izatizatixoxo88 #4
Chapter 1: Please update...daebak giler citer ni..dah la tentang Baekyeon couple..ahh...aku minat giler ngan diorang..but..betul ker yang diorang dah break?!Huhuhu..harap la tak...
taebaby_baeby
#5
Chapter 1: Aaahhh update update
Btw spe yg perhati tae tu..