I got a nightmare ! (3)

I got a nightmare ! (Friend's Revenge)

"Sebelum pulang ni , jom teman aku ke tandas . Bolehkan ? " ,soal aku . 

Aku saje nak pergi ke tandas sebab muka rasa berminyak . 

"Okay , aku pun nak pergi . Sakit perut ni .." , rungut Boram .

 

Hoseok pula sibuk mengemas barang dekat atas meja dia . Serabut sungguh , pening kepala tengok akseseorinya macam-macam warna tu . Hoseok khusyuk mengemas barang sampai tak sedar aku dengan Boram nak tinggalkan dia dari kelas . Aku pandang luar tingkap , matahari sudah pergi , bulan datang terlalu awal . Pulang rumah ni aku nak siapkan semula tugasan dengan segera . :)

"Seok-ah , kitorang dah nak keluar ni ! Aku ajak Boram pergi tandas ." 

"Hmmm..."

Geram sungguh dia bagi respon macam tu . Aku ambillah peluang menakutkan dia dengan pakai nama Chorong . Kejinya aku ;-; .

"Ke kau nak roh chorong teman kau ?"

"Jangan sesekali pakai nama teman wanita aku . "

 

Hoseok menjeling tajam dekat aku . Sungguh ,matanya merah . Tak pernah aku lihat Hoseok seram begitu . Tertelan air liur aku . 

Salah aku juga , kalau kawan dah mati hargailah sikit . Ahh ! Aku serba salah :(

 

"Mianhae , aku dengan Boram pergi dulu ..  Chorong , mianhaeee !"

 

Boram hanya memerhatikan tingkah laku aku yang agak kurang sopan . 

"Berhati-hati , Hayoung . Benda macam ni jangan dibawa main . Kau taukan Hoseok masih sayangkan Chorong ." ,nasihat Boram . 

Aku tak jawab , senyum je aku mampu . Memang salah aku . Dahla pagi tadi ... aku tak nak ingat semula ;-; 

 

"Pagi tadi ...."

"Kenapa?"

"Erk , tak ada pape . Tadi kau kata sakit perut sangat . Relax je aku tengok kau jalan ni !"  , aku sengaja mengelak . Macam tak patut cerita benda ni dekat Boram . Dia tu jenis penakut , ni nak cerita benda ni waktu malam .

"Aku gerak dulu ke tandas ye !" Sahut Boram . Beraninya dia pergi dulu keseorangan . Bulu roma aku dah meremang ni . 

"Jomlah pergi sama-sama!"

 

Keadaan dalam tandas sunyi sahaja . Cuma ada aku dan Boram . Tandas sekolah ni besar tahu tak . Harap Boram masuk tandas depan sekali , dekat sikit dengan tempat aku tunggu . Aku tak perhatikan Boram nak masuk tandas mana . Aku biarkan sahaja . Sementara tu , aku keluarkan tisu dari poket untuk basahkannya .

 

"Tandas depan ni tak ada paip . Tak ada air . Yang kedua ni pula ... err rosak lah  ." bebel Boram .

Dalam ni ada lima pintu tandas dan yang ketiga masih baik keadaannya . Jauhlaaa dekat tempat aku tunggu ni !!! /mengeluh/

"Hayoung , tunggu aku ye."

 

Hati aku tak tenang sangat . Aku cuba sahut nama Boram , tapi dia tak jawab . Kali kedua aku hasut tapi masih tak jawab . Sekali lagi aku panggil , langsung tak ada jawapan . Boram nak main-main dengan aku lah ni . Ni nak marah ni .

Aku cuma dengar bunyi air mengalir je , tapi air tak melimpah keluar dari tandas . Buat aku makin bingung pula . Beberapa saat kemudian , aku cuba buka langkah dan bergerak memerhatikan kesetiao tandas . Semua tandas tertutu rapat pintunya . Ada satu bahagian tandas ni mencurigakan aku .

Tak lama kemudian , tandas ni tombolnya bergoyang-goyang . Boram ke tu ? Dia ketuk-ketuk pintu tandas dari dalam . Boram terkurung dalam tandas tu ke ? Sebab aku tak tahu pun Boram masuk tandas mana tadi . Tak perasan .

 

"Hayoung .. Buka pintu ni . Aku tak tahu pintu ni ketat sangat"

Suara Boram agak lain . Tapi , apa aku fikir masa ni . Aku cuma nak balik rumah je . 

Tanpa aku fikir panjang , aku bergerak ke depan pintu .

Aku cuba buka , tak terkunci pun ! Aku ternampak satu benda bergulung panjang . Aku belum buka pintu tandas dengan habis.

Mana Boram ? 

Dan kali ni aku buka luas-luas  . Aku terkejut , peluh mulai mengalir di dahi . Kalau jerit siapa kisah . Siapa perasan , Hoseok pun jauh dari sini .

Apa yang aku nampak , darah penuh dalam lubang tandas . Satu lembaga berseragam sekolah macam aku berdiri sebelah lubang tandas berambut panjang . Dia menarik-narik benda panjang keluat dari lubang tersebut sehinggakan darah terpancut ke bajunya . Dia tarik macam tak ada perasaan . Lantai berlumuran dengan darah . Aku terdengar dia cakap sesuatu tapi tak jelas . 

"Mana Boram ?!", aku beranikan diri

Perempuan tu toleh kepala dia ke arah aku tanpa memusingkan badan . Rambutnya menutupi wajah . Dia perlahan-lahan mendekati aku dan menarik benda panjang tu . Yang tu ..  baru aku nampak tu usus manusia . Dia ketawa dengan kuat sambil memegang perutnya . Tak cukup lagi dekat tangan , dekat perut pula dia keluarkan usus tersebut .

Aku terus lari dalam ketakutan meninggalkan Boram . Baju aku basah berpeluh-peluh . Aku dah tak peduli mana Boram . Biarla dia selesaikan hal sendiri .

Aku rasa bahu aku dipegang dalam suasana gelap ni .Lagila laju aku lari .Jantung aku berdegup bagai nak tercabut tengok usus tu terkeluar dari perempuan entah mana pakai baju sekolah kami . 

 Kemudian dia menyerang aku dengan lajunya . Aku terasa kaki aku kena tarik . Disebabkan terlalu takut , aku terjelepok dan kemudian terjatuh . Suara lembaga yang kejar aku tu semakin dekat . 

Kaki aku semakin tarik dikuat . Akhirnya aku pengsan dalam kesejukan .

PSTTT AKU SAMBUNG NANTI , MENNGANTUK . TAPI YANG PASTI CERITA NI SESUAI BACA WAKTU MALAM AJE . NANTI DEKAT DALAM TANDAS TUU ...  ORANG BERKEPALA SONGSANG ;-; KBYEEE

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Army1705 #1
Chapter 5: OMGGGG seram gile lagi lgi part usus tu haa T___T Btw ade nama saeng laa awl awl . aggga
mian late bacaaaa xD
B2UTYINSPIRITFOREVER
#2
Chapter 5: Chapter 5 : Arrghh !! Hosikkie jadi lembaga T^T Darah kat cermin tu darah Chorong kah ? ;-; Sheram !!
Author FIGHTING !! ^^
Ahn_Ni_Young #3
Chapter 5: Omo,serius seram! Kesian hayoung asyik kne kacau je. N jhope tu mcm tau something je.Update lg ye..
6Queen_here #4
Chapter 5: omomomomo..smbung smbung..even tho hoseok punya muka jadi hodoh..dya still hensem xD
nynnaaya98 #5
Chapter 2: Awesome.. Keep up your work! Awww~~ Hayoung ke..<3 <3 joha joha~~ btw, confuse.. apa sebanarnye tragedi yang jadi kat chorong tu...?? Lol.. buat saspen je mystery guy tu.. sapa that guy? klau btul dah lari tak tegur dah.. xDD Haha.. Awesome.. Can't wait for next chapter.. :)
6Queen_here #6
hoit unnie..its mee //winkeu//