I got a nightmare ! (4)
I got a nightmare ! (Friend's Revenge)CHAPTER KALI NI PANJANG SIKIT DAN KALAU AKU TYPO JUST ABAIKAN XD T.T AKU TAK SUKA BACA FF SENDIRI SUMPAH TAK BEST . CHAPTER KEDUA AKU MACAM SAKAI SEBAB GUNA 'SAYA'
---------------
'Aku dekat mana ?'
'Pening nya !'
'Kenapa aku rasa macam tak boleh nak buka mulut ni?'
Aku rasa seperti dunia berputar-putar . Pandangan aku menjadi kabur . Aku terdengar nama aku dipanggil dalam keadaan samar-samar . Sungguh , pemandangan menjadi gelap . Aku rasa aku tak pula sakit sampai macam ni jadinya .
'Aku dekat mana sebenarnya ?!'
"Hayoung dah sedarla , omma !" , kata suara tersebut .
Macam suara adik aku . Aku pengsan ke ?! Sedar ? Apa maksud dia ?
"Hayoung ... risaunya omma dengan kamu .. Hoseok , Boram ! Hayoung dah sedar !" , sekarang aku dengar suara omma pula .
Beratnya , badan aku tak leh bergerak langsung ke ?
Aku tak dapat lihat reaksi wajah mereka , tapi sebaliknya aku terlihat lembaga di hadapan kaki aku . Tak jelas sangat tapi kenapa aku nampak dia sorang je ? Kenapa dia tunduk ?
Dia mulai pegang kakiku . Aku perhatikan sahaja dia walaupun pandangan sedikit berpinar-pinar . Tangan dia tu ..
TAK ADA DAGING ! TINGGAL TULANG JE !
"Arghhhhh !!!!", aku jerit dengan sekuat hat. Jantung aku terus berdegup dengan kencang .
Keadaan aku masa ni dah tak terkawal . Sakitnya kepala duk menjerit kuat-kuat ni !
"Unnie ! Apesal ni ?! Unnie , bertenang lah !" , adik aku mengurut bahu aku .
Sekarang baru aku boleh aku gerakkan badan aku . Peluh perlahan-lahan mengalir dari dahi aku . Seramnya ! Lembaga tu terus hilang lepas aku buka mata dengan jelas . Nafas aku jadi tercungap-cungap . Aku tak faham kenapa mesti kena dekat diri aku .
Masa dekat sekolah aku kena kejar dengan lembaga pakai baju sekolah , sekarang ada lembaga tinggal rangka pula di hadapan aku . Sudahlah pakai baju warna putih .
"Saya dekat mana ni omma ? Kenapa tempat ni besar sangat ? Ni hospital ke ?!" , soal aku dalam keadaan ketakutan .
"Ye ,sayang . Kamu dekat hospital. Tadi kamu pengsan . Hoseok dan Boram angkat kamu tadi . Hoseok telefon omma pasal kamu .... dan omma pelik kenapa kamu pengsan tiba-tiba " , balas Omma ku dengan panjang sekali .
Kemudian Boram pula kata dekat aku pasal aku pengsan tadi .
"Aku belum keluar tandas kau dah lari . Kau tahu tak seram sejuk je aku lepas keluar tandas wei . Pintu tandas sebelah terbuka luas, aku ingatkan kau main sorok-sorok dengan aku . Lepastu , aku langkah seribu sebab aku dengar orang menjerit ! Rupanya kau . Ceit"
Apa yang Boram cerita tu lagilah membuatkan aku tertelan air liur bertubi-tubi *ada ke bertubi-tubi xD?*
"Aku pengsan sebab benda tu...." , aku jawab dengan nada yang perlahan . Saje tak nak bagi Boram dengar .
------------------
"Sekarang dah pukul 10:30 , lama juga kau pengsan Hayoung . Eii nasib baik la masa tu belum pukul 11 malam . Eii kau nii" , Boram membuat reaksi seperti betul-betul berada di tempat yang menyeramkan . Tangan dia memeluk tubuh dan mimik mukanya berubah .
"Ahh , Hoseok mana ?"
Belum lagi Boram menjawab soalan aku , terus muncul si Hoseok ni .
"Hoseok tadi beli air untuk omma awak ."
Aku nak ucapkan terima kasih dekat Hoseok tapi mulut aku berat nak berkata-kata . Secara tiba2 pula tu . Hoseok duduk di tepi aku . Wajah dia tak ceria langsung. Sekarang , aku betul-betul gementar dengan dia . Dia mengerutkan dahinya seperti hendak memarahi aku . Entah kenapa aku rasa lain .
Tangan Hoseok perlahan-lahan membuka penutup bekas tersebut . Riak wajahnya masih tetap tak berubah . Terlalu banyak tanda tanya bermain di minda .
"Hoseok , kenapa tak senyum ? Kau penat ke ? " ,soal aku yang memang betul dalam keadaan tertanya-tanya .
"Oh , penat sikit je . Kau dah okay ? Nak pengsan lagi ke ? Haha" , Hoseok ketawa kecil di akhir jawapannya . Tak senyum pun tak pelah , lega sikit aku dia jawab sambil tergelak .
"Hayoung , aku nak cakap . Kau kena hiraukan dia je tau .. Okey ?"
"Hiraukan siapa?"
Boram , adik ,aku dan omma serta Hoseok saling berpandangan . Boram hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa manakala Omma dan adik pula masih lagi pandang aku . Hoseok seperti hendak beritahu aku sesuatu tapi dia mengelak pula.
"Jangan hiraukan suara pesakit dekat sini . Dorang bising sangat . Kau nanti tak boleh tidur", jawapan Hoseok tu nak tak je aku percaya tapi aku angguk ajelah .
"Kau kena tinggal dekat hospital sampai lusa lah , Hayoung . Bosanlah aku macam ni ", Boram mengeluh .
"Hoseok dan adik akan jaga kamu . Omma kena pergi ke kampung bantu pakcik kamu uruskan kebun . Keadaan kamu tak adelah kritikal mana , doktor kata kamu mengalami stress ." jelas omma .
"Saya stress selepas Chorong meninggalkan saya , Boram dan Hoseok...."
Omma mengangguk perlahan kerana dia faham apa yang aku katakan . Hoseok akan teman aku ? Tak ke marah nanti 'Chorong'? Aku risau lah ...
"Hayoung , aku kena teman kau sebab ada sebabnya juga ..."
"Sebab apa ?"
------------------
Malam tu hospital menjadi sunyi dan gelap . Pesakit kebanyakannya dah tidur . Hanya beberapa buah lampu sahaja di pasang untuk tujuan tertentu . Hoseok dan adik aku , bomi masih menemani aku sehinggalah lusa nanti . Bomi sibuk dengan telefon bimbitnya manakala Hoseok menghilangkan diri sementara waktu . Aku pula terbaring di atas katil memandang sekeliling . Dinding , katil orang depan yang jauh tu , kiri , kanan .
Sebenarnya aku tak dapat tidur . Macam-macam aku fikir . Orang kata kalau kerap berfikir benda tak elok , nanti halusinasi akan menghantui kita . Ada je tak kena kalau aku pandang semua tempat . Semoga aku dapat balik cepat . Aku nak balik esok !
Setengah jam dah pun berlalu , aku masih tak nampak kelibat Hoseok datang ke sini . Bomi dah pun tidur terbaring di sebelah aku . Aku pula dari tadi mata masih tak lelap2 . Macam-macam bunyi dah aku dengar . Aku memberanikan diri pandang tingkap . Saja je , kalau-kalau ada yang tengah 'rindu' nak main sergah dengan aku ke .
Aku ternampak lah ada sesuatu atas pokok , meremang bulu roma aku . Tiba-tiba ada bunyi yang menyilukan dekat tingkap . Betul-betul depan aku pula tingkap tu . Lepastu , ada jari dekat tingkap tu bergerak perlahan-lahan . Beku dah kaki aku ni kalau nak tahu .
'Tolong aku .....'
Tu lah yang tertulis dekat tingkap tu . Aku pun tak tahu apa maksudnya . Tulisan tu tak lama kemudian lesap dengan perlahan . Sebenarnya tulisan tu ditulis dengan darah , tapi tak tahulah pula kalau ada orang nak main2 dengan aku . Atau Hoseok sengaja takutkan aku sebab dia kata hiraukan apa la..Nasib baik aku tak nampak lembaga tu .
Yang bertengkek dekat pokok tu burung hantu rupanya . Ish menakutkan sahaja .
Aku baring semula dan cuba lelapkan mata , tak sampai beberapa minit aku dengar bunyi tapak kaki macam menuju ke arah sini . Hoseok lah tu kot . Aku cepat-cepat buka mata sebab nak dapatkan kepastian .
Memang Hoseok lah . Mula-mula memang aku rasa Hoseok , tapi aku dah mula ragu. Sebab dia tiba-tiba bawa air dalam bekas yang sama PADA WAKTU MALAM . Reaksi muka dia sama dengan waktu dia beli air tadi . Dah mulalah berpeluh dahi aku ni .
Hoseok semakin dekat dengan aku kemudian diam tersenyum lebar . Aku cuba tegur dia .
"Hoseok , bukan ke... kedai dah tutup ke ? Kenapa be...bekas tu macam...baru?" , tanya aku tersekat-sekat .
Hoseok tenang je pandang aku .
PAP!
Bekas tadi sengaja dijatuhkan oleh Hoseok. Dari jauh aku dah dengar bunyi lembaga mengilai . Hoseok memandang aku kemudiam pandang atas lantai .
"Alamak , jatuh . Aku ambil jap"
Bulu roma aku dah tegak ni sebab tiba-tiba Hoseok ketawa . Untuk kurangkan perasaan takut ni , aku tak pandang dia . Tapi sangkaan aku meleset ...
HARGHHHH ! *sambil ketawa*
Lembaga yang tadi menyerupai Hoseok tu terus terjah aku dari tepi katil . Dengan muka dia bertukar jadi hodohlah , lepastu rambut serabai . Muka dah lah lonjong . Kepala dia tak henti-henti geleng kanak kiri.
Mata aku cepat-cepat dicekup dengan tangan siapalah aku tak tahu . Keadaan ni buat aku bertambah takut , aku tolak lah tangan si siapa tu tapi dia macam tak nak lepaskan .
"Jangan buka dulu . Tunggu dia hilang!"
-------
Hoseok berdiri di sebelah aku . Kali ni memang betul2 Hoseok . Aku pandang dia macam dia nak makan aku . Bomi terbangun dari tidurnya sambil tanya dekat aku apa yang berlaku . Aku laju2 geleng kepala. Sekali lagi badan aku berpeluh .
"Aku dah cakap ... aku rasa Chorong tak aman"
-continued-
Ok fine tak best --'
Comments