I got a nightmare ! (4)

I got a nightmare ! (Friend's Revenge)

CHAPTER KALI NI PANJANG SIKIT DAN KALAU AKU TYPO JUST ABAIKAN XD T.T AKU TAK SUKA BACA FF SENDIRI SUMPAH TAK BEST . CHAPTER KEDUA AKU MACAM SAKAI SEBAB GUNA 'SAYA'

 

---------------

'Aku dekat mana ?'

'Pening nya !'

'Kenapa aku rasa macam tak boleh nak buka mulut ni?'

 

Aku rasa seperti dunia berputar-putar . Pandangan aku menjadi kabur . Aku terdengar nama aku dipanggil dalam keadaan samar-samar . Sungguh , pemandangan menjadi gelap . Aku rasa aku tak pula sakit sampai macam ni jadinya . 

 

'Aku dekat mana sebenarnya ?!'

 

"Hayoung dah sedarla , omma !" , kata suara tersebut . 

Macam suara adik aku . Aku pengsan ke ?! Sedar ? Apa maksud dia ?

 

"Hayoung ... risaunya omma dengan kamu .. Hoseok , Boram ! Hayoung dah sedar !" , sekarang aku dengar suara omma pula .

Beratnya , badan aku tak leh bergerak langsung ke ?

 

Aku tak dapat lihat reaksi wajah mereka , tapi sebaliknya aku terlihat lembaga di hadapan kaki aku . Tak jelas sangat tapi kenapa aku nampak dia sorang je ? Kenapa dia tunduk ? 

Dia mulai pegang kakiku . Aku perhatikan sahaja dia walaupun pandangan sedikit berpinar-pinar . Tangan dia tu  ..

TAK ADA DAGING ! TINGGAL TULANG JE !

 

"Arghhhhh !!!!", aku jerit dengan sekuat hat. Jantung aku terus berdegup dengan kencang . 

Keadaan aku masa ni dah tak terkawal . Sakitnya kepala duk menjerit kuat-kuat ni !

 

"Unnie ! Apesal ni ?! Unnie , bertenang lah !" , adik aku mengurut bahu aku .

 

Sekarang baru aku boleh aku gerakkan badan aku . Peluh perlahan-lahan mengalir dari dahi aku . Seramnya ! Lembaga tu terus hilang lepas aku buka mata dengan jelas . Nafas aku jadi tercungap-cungap . Aku tak faham kenapa mesti kena dekat diri aku .

 

Masa dekat sekolah aku kena kejar dengan lembaga pakai baju sekolah , sekarang ada lembaga tinggal rangka pula di hadapan aku . Sudahlah pakai baju warna putih . 

 

"Saya dekat mana ni omma ? Kenapa tempat ni besar sangat ? Ni hospital ke ?!" , soal aku dalam keadaan ketakutan .

"Ye ,sayang . Kamu dekat hospital. Tadi kamu pengsan . Hoseok dan Boram angkat kamu tadi . Hoseok telefon omma pasal kamu .... dan omma pelik kenapa kamu pengsan tiba-tiba " , balas Omma ku dengan panjang sekali .

 

Kemudian Boram pula kata dekat aku pasal aku pengsan tadi .

"Aku belum keluar tandas kau dah lari . Kau tahu tak seram sejuk je aku lepas keluar tandas wei . Pintu tandas sebelah terbuka luas, aku ingatkan kau main sorok-sorok dengan aku . Lepastu , aku langkah seribu sebab aku dengar orang menjerit ! Rupanya kau . Ceit"

Apa yang Boram cerita tu lagilah membuatkan aku tertelan air liur bertubi-tubi *ada ke bertubi-tubi xD?*

 

"Aku pengsan sebab benda tu...." , aku jawab dengan nada yang perlahan . Saje tak nak bagi Boram dengar .

 

------------------

"Sekarang dah pukul 10:30 , lama juga kau pengsan Hayoung . Eii nasib baik la masa tu belum pukul 11 malam . Eii kau nii" , Boram membuat reaksi seperti betul-betul berada di tempat yang menyeramkan . Tangan dia memeluk tubuh dan mimik mukanya berubah .

 

"Ahh , Hoseok mana ?"

Belum lagi Boram menjawab soalan aku , terus muncul si Hoseok ni . 

"Hoseok tadi beli air untuk omma awak ."

 

Aku nak ucapkan terima kasih dekat Hoseok tapi mulut aku berat nak berkata-kata . Secara tiba2 pula tu . Hoseok duduk di tepi aku . Wajah dia tak ceria langsung. Sekarang , aku betul-betul gementar dengan dia . Dia mengerutkan dahinya seperti hendak memarahi aku . Entah kenapa aku rasa lain . 

 

Tangan Hoseok perlahan-lahan membuka penutup bekas tersebut . Riak wajahnya masih tetap tak berubah . Terlalu banyak tanda tanya bermain di minda . 

"Hoseok , kenapa tak senyum ? Kau penat ke ? " ,soal aku yang memang betul dalam keadaan tertanya-tanya .

"Oh , penat sikit je . Kau dah okay ? Nak pengsan lagi ke ? Haha" , Hoseok ketawa kecil di akhir jawapannya . Tak senyum pun tak pelah , lega sikit aku dia jawab sambil tergelak .

 

"Hayoung , aku nak cakap . Kau kena hiraukan dia je tau .. Okey ?"

"Hiraukan siapa?" 

Boram , adik ,aku dan omma serta Hoseok saling berpandangan . Boram hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu apa-apa manakala Omma dan adik pula masih lagi pandang aku . Hoseok seperti hendak beritahu aku sesuatu tapi  dia mengelak pula.

"Jangan hiraukan suara pesakit dekat sini . Dorang bising sangat . Kau nanti tak boleh tidur", jawapan Hoseok tu nak tak je aku percaya tapi aku angguk ajelah .

 

"Kau kena tinggal dekat hospital sampai lusa lah , Hayoung . Bosanlah aku macam ni ",  Boram mengeluh .

"Hoseok dan adik akan jaga kamu . Omma kena pergi ke kampung bantu pakcik kamu uruskan kebun . Keadaan kamu tak adelah kritikal mana , doktor kata kamu mengalami stress ." jelas omma .

"Saya stress selepas Chorong meninggalkan saya , Boram dan Hoseok...."

Omma mengangguk perlahan kerana dia faham apa yang aku katakan . Hoseok akan teman aku ? Tak ke marah nanti 'Chorong'? Aku risau lah  ...

 

"Hayoung , aku kena teman kau sebab ada sebabnya juga ..."

 

"Sebab apa ?"

------------------

 

Malam tu hospital menjadi sunyi dan gelap . Pesakit kebanyakannya dah tidur . Hanya beberapa buah lampu sahaja di pasang untuk tujuan tertentu . Hoseok dan adik aku , bomi masih menemani aku sehinggalah lusa nanti . Bomi sibuk dengan telefon bimbitnya manakala Hoseok menghilangkan diri sementara waktu . Aku pula terbaring di atas katil memandang sekeliling . Dinding  , katil orang depan yang jauh tu , kiri , kanan . 

 

Sebenarnya aku tak dapat tidur . Macam-macam aku fikir . Orang kata kalau kerap berfikir benda tak elok , nanti halusinasi akan menghantui kita . Ada je tak kena kalau aku pandang semua tempat . Semoga aku dapat balik cepat . Aku nak balik esok !

 

Setengah jam dah pun berlalu , aku masih tak nampak kelibat Hoseok datang ke sini . Bomi dah pun tidur terbaring di sebelah aku . Aku pula dari tadi mata masih tak lelap2 . Macam-macam bunyi dah aku dengar . Aku memberanikan diri pandang tingkap . Saja je , kalau-kalau ada yang tengah 'rindu' nak main sergah dengan aku ke . 

 

Aku ternampak lah ada sesuatu atas pokok , meremang bulu roma aku . Tiba-tiba ada bunyi yang menyilukan dekat tingkap . Betul-betul depan aku pula tingkap tu . Lepastu , ada jari dekat tingkap tu bergerak perlahan-lahan . Beku dah kaki aku ni kalau nak tahu  .

 

'Tolong aku .....'

 

Tu lah yang tertulis dekat tingkap tu . Aku pun tak tahu apa maksudnya . Tulisan tu tak lama kemudian lesap dengan perlahan . Sebenarnya tulisan tu ditulis dengan darah , tapi tak tahulah pula kalau ada orang nak main2 dengan aku . Atau Hoseok sengaja takutkan aku sebab dia kata hiraukan apa la..Nasib baik aku tak nampak lembaga tu .

Yang bertengkek dekat pokok tu burung hantu rupanya . Ish menakutkan sahaja .

 

Aku baring semula dan cuba lelapkan mata , tak sampai beberapa minit aku dengar bunyi tapak kaki macam menuju ke arah sini . Hoseok lah tu kot . Aku cepat-cepat buka mata sebab nak dapatkan kepastian .

 

Memang Hoseok lah . Mula-mula memang aku rasa Hoseok , tapi aku dah mula ragu. Sebab dia tiba-tiba bawa air dalam bekas yang sama PADA WAKTU MALAM . Reaksi muka dia sama dengan waktu dia beli air tadi . Dah mulalah berpeluh dahi aku ni .

Hoseok semakin dekat dengan aku kemudian diam tersenyum lebar . Aku cuba tegur dia .

"Hoseok , bukan ke... kedai dah tutup ke ? Kenapa be...bekas tu macam...baru?" , tanya aku tersekat-sekat .

Hoseok tenang je pandang aku . 

 

PAP!

 

Bekas tadi sengaja dijatuhkan oleh Hoseok. Dari jauh aku dah dengar bunyi lembaga mengilai . Hoseok memandang aku kemudiam pandang atas lantai .

"Alamak , jatuh . Aku ambil jap"

Bulu roma aku dah tegak ni sebab tiba-tiba Hoseok ketawa . Untuk kurangkan perasaan takut ni  , aku tak pandang dia . Tapi sangkaan aku meleset ...

 

HARGHHHH ! *sambil ketawa*

 

Lembaga yang tadi menyerupai Hoseok tu terus terjah aku dari tepi katil . Dengan muka dia bertukar jadi hodohlah , lepastu rambut serabai . Muka dah lah lonjong . Kepala dia tak henti-henti geleng kanak kiri. 

Mata aku cepat-cepat dicekup dengan tangan siapalah aku tak tahu . Keadaan ni buat aku bertambah takut , aku tolak lah tangan si siapa tu tapi dia macam tak nak lepaskan .

"Jangan buka dulu . Tunggu dia hilang!"

-------

Hoseok berdiri di sebelah aku . Kali ni memang betul2 Hoseok . Aku pandang dia macam dia nak makan aku . Bomi terbangun dari tidurnya sambil tanya dekat aku apa yang berlaku . Aku laju2 geleng kepala. Sekali lagi badan aku berpeluh .

 

"Aku dah cakap ... aku rasa Chorong tak aman"

 

-continued-

 

 

Ok fine tak best --'

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Army1705 #1
Chapter 5: OMGGGG seram gile lagi lgi part usus tu haa T___T Btw ade nama saeng laa awl awl . aggga
mian late bacaaaa xD
B2UTYINSPIRITFOREVER
#2
Chapter 5: Chapter 5 : Arrghh !! Hosikkie jadi lembaga T^T Darah kat cermin tu darah Chorong kah ? ;-; Sheram !!
Author FIGHTING !! ^^
Ahn_Ni_Young #3
Chapter 5: Omo,serius seram! Kesian hayoung asyik kne kacau je. N jhope tu mcm tau something je.Update lg ye..
6Queen_here #4
Chapter 5: omomomomo..smbung smbung..even tho hoseok punya muka jadi hodoh..dya still hensem xD
nynnaaya98 #5
Chapter 2: Awesome.. Keep up your work! Awww~~ Hayoung ke..<3 <3 joha joha~~ btw, confuse.. apa sebanarnye tragedi yang jadi kat chorong tu...?? Lol.. buat saspen je mystery guy tu.. sapa that guy? klau btul dah lari tak tegur dah.. xDD Haha.. Awesome.. Can't wait for next chapter.. :)
6Queen_here #6
hoit unnie..its mee //winkeu//