I got a nightmare ! (1)

I got a nightmare ! (Friend's Revenge)

 

PLEASE PART NI PAKAI 'SAYA' SO AK SEBENARNYA PAKAI 'AKU' JE PEPANDAI LA TUKAR XC

 

 SAYA EDIT BALIK PART NI SEBAB TAK SERAM SANGAT --'

Seminggu telah berlalu dan kami mula sekolah macam biasa . Kami? Chorong dah tak ada , dah masuk lapan hari dia meninggalkan dunia ni . Sekarang , cuma saya sahaja berjalan di tempat gelap ni . Gelap tak gelap , kena juga lalu sebab sini jalan pendek untuk ke sekolah . Malang nasib , saya tak dapat gelak ketawa dengan Chorong . Sudahlah ! Makin pedih hati fikir pasal benda ni .

Chorong , saya rindulah awak . Kalaula boleh hidup semula ... mulalah merepek ni . Mana ada mati hidup balik !

Sewaktu saya berjalan menuju keluar daripada kawasan gelap tersebut , saya terdengar bunyi tapak kaki . Langkah saya terus terhenti tapi bunyi tapak kaki tu tak berhenti .. Tak sama dengan langkah saya .

Saya pusing belakang dan terus tak berbunyi dah . Ada kasut dekat belakang saya , lagilah buat saya keliru . Ke ada orang nak main2 dengan saya?

Saya memberanikan diri mengundur langkah . Saya berjalan ke arah kawasan yang baru sahaja saya lepasi . Kasut tu pun saya pegang dengan tangan kiri saya . Kasut ni agak kotor . Sebenarnya saya undur balik sebab nak letak kasut tu dekat tepi tong sampah . Macam mana lah boleh ada dekat belakang saya .

Masa ni saya tak syak apa2 pun . Saya berjalan dengan tenang je walaupun tempat ni memang gelap .

Baru saya teringat , saya ada bawa lampu suluh . Disebabkan saya tidak lagi bertemankan Chorong , saya bersiap -sedia membawa lampu suluh yang mama bekalkan untuk saya . Saya membuka lampu suluh tersebut . Nasib baik lampu ni tak kecil , senang nak pancar sinaran dekat bangunan ni . Full pula . Saya terus berjalan , tak pasal-pasal lambat ke sekolah . Sekejap lagi mesti kecoh pasal Chorong . Semua sibuk nak tanya saya . Urghh !

Belum apa-apa lagi , sekali lagi dengar bunyi tapak kaki . Dan yang paling menyeramkan , bunyi tapak kaki tersebut semakin laju seperti orang lari . Seseorang memanggil nama saya . Meremang bulu lepastu ! Seseorang seperti mengejar saya dan memanggil nama walaupun samar2 bunyinya ! Saya toleh ke belakang tanpa rasa ragu2 , dan tak ada sesiapa pun ! Seram sejuk , saya mengambil langkah seribu dan tak nak pandang ke belakang . Kalau dah berlari mesti berpeluh kan .Saya tak sempat nak lap peluh dah cuak sangat . Masa saya lari tu , kuat bunyi jeritan . Ada orang panggil nama saya ;-; Suaranya agak menyeramkan . Macam ni ...

"Ha!!!!!! Haayoung ! Arhhh !"

Macam bunyi mengilai pun ada . Dahla terhidu pula bau busuk , baunya macam bangkai haiwan Lepas je keluar dari tempat gelap , saya terlanggar seorang lelaki . Yang seramnya laki ni pakai mask dekat muka . Rasa nak menjerit tahu tak ! Nasib baik lelaki tu buka mask dia terus . Bukan dia nak cakap apa2 cuma nak buka aje .

"Mianhae , tak sengaja . Saya ..."

"Gwenchana ." ,lelaki tu senyum .

Saya tak ada masa balas senyuman dia . Tercungap-cungap masa tu . Saya terus lintas jalan dan lelaki tu masih perhatikan saya , memandang saya dengan reaksi yang pelik .

Tak habis lagi , terdengar pula bunyi orang kena langgar . Satu lagi jeritan sama macam tadi . Padahal semuanya berjalan seperti biasa . Tak ada pun kesesakan lalu lintas . Saya banyak sangat fikir agaknya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Army1705 #1
Chapter 5: OMGGGG seram gile lagi lgi part usus tu haa T___T Btw ade nama saeng laa awl awl . aggga
mian late bacaaaa xD
B2UTYINSPIRITFOREVER
#2
Chapter 5: Chapter 5 : Arrghh !! Hosikkie jadi lembaga T^T Darah kat cermin tu darah Chorong kah ? ;-; Sheram !!
Author FIGHTING !! ^^
Ahn_Ni_Young #3
Chapter 5: Omo,serius seram! Kesian hayoung asyik kne kacau je. N jhope tu mcm tau something je.Update lg ye..
6Queen_here #4
Chapter 5: omomomomo..smbung smbung..even tho hoseok punya muka jadi hodoh..dya still hensem xD
nynnaaya98 #5
Chapter 2: Awesome.. Keep up your work! Awww~~ Hayoung ke..<3 <3 joha joha~~ btw, confuse.. apa sebanarnye tragedi yang jadi kat chorong tu...?? Lol.. buat saspen je mystery guy tu.. sapa that guy? klau btul dah lari tak tegur dah.. xDD Haha.. Awesome.. Can't wait for next chapter.. :)
6Queen_here #6
hoit unnie..its mee //winkeu//