Final

Same

https://www.youtube.com/watch?v=RaINE2OUq3k ) *Saya wat cite ni sambil dengar lagu ni.jadi silalah dengar sekali kalau nak feeling lebih skit.peace ^_^

 

Seperti tahun yang sebelumnya Exo diberi cuti pada 2 tarikh berkenaan iaitu November 6 dan April 20 iaitu jatuh pada hari ini.Walaupun pemilik kedua-dua tarikh tu sudah tiada lagi di dalam industri muzik k-pop,mereka ataupun EXO masih ingat dan akan jalankan hidup seperti biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku pada hari tu kecuali Oh Sehun.

 

 

Hyungnya yang lain hanya memerhati dia keluar masuk dorm tu.Kyungsoo yang sudah memang dikenali sebagai eomma Exo memandang leader mereka Joomyeon dengan riak yang risau.Apa yang mampu dibuat oleh si ketua hanyalah mengeluh dan geleng tidak tahu hendak buat apa.Sudah banyak kali ditegur tapi masih tiada tindak balas perubahan dari maknae mereka.

 

 

Baekhyun dan Chanyeol yang turut jadi pemerhati memandang antara satu sama lain dengan wajah 'Apa kita nak buat?'.Tarikh ni langsung tak memberi kesan kepada mereka sebab Exo tahu bahawa hyung mereka yang berada di China berada dalam keadaan yang sihat dan bahagia jadi kenapa mereka mesti merasa sedih pada hari cuti yang sebulan tak sekali tu.Jongin tidak mahu menyalahkan Sehun tapi disebabkan dialah mood EXO akan mundur pada tiap tahun dan pada hari yang sama.Tahun ni sudah masuk 3 tahun semenjak Yifan hyung dan Luhan hyung tinggalkan mereka.Sehun sepatutnya dah boleh moved on tapi dia masih dengan perangai lama dia.

 

 

Lagi sekali pintu depan dibuka dan kali ni Sehun tiba sambil tersenyum manis dengan plastik dari kedai bubble tea yang selalu dikunjungi oleh dia dan Luhan hyung sebelum ni."CUKUP.JONGIN DAH TAK TAHAN LAGI." Belum sempat Sehun menyelinap masuk ke bilik Jongin merampas plastik dari tangan Sehun dan campakkan ke lantai hingga tumpah semua kandungan yang ada dalam plastik tu.Sehun tergamam,dia kaku di situ.Riak mukanya terus berubah bila dia sedar  apa yang telah berlaku.Bahu Jongin ditolak dengan kuat hingga dia tersadung dan jatuh terduduk.

 

 

"ENGKAU DAH KENAPA!" Sehun menarik kolar Jongin dengan ganas dan hampir melepaskan tumbukan ke arah muka sahabatnya tu tapi nasib sempat dihalang oleh Kyungsoo dan Joomyeon.Chanyeol dan Baekhyun turut menerpa masuk dan cuba menghalang Sehun dari mengitamkan mata penari utama mereka.Chanyeol memerangkap kedua belah tangan Sehun dibelakang manakala Baekhyun dan Kyungsoo menolong Jongin bagun dan mengeringkan seluar dia yang sudah dibasahi dengan bubble tea."APA MASALAH KAU AH JONGIN." Jongin yang ingin balas balik pertanyaan Sehun dihalang oleh Kyungsoo.

 

 

"Baek tolong bawa Jongin dari sini dan suruh dia tukar baju sekali." Baekhyun mengangguk setelah menerima arahan dari Kyungsoo yang kelihatan series.Sehun masih cuba melepaskan diri dari kekunci Chanyeol."Hyung..." Lagi sekali kyungsoo memandang ketua mereka agar buat sesuatu.Joomyeon meraup muka dia dengan kepala yang kusut.dah macam perkara mereka buat supaya Sehun lupakan Luhan tapi semua usaha mereka tak berguna.Kyungsoo cuba menenangkan Sehun yang macam dah tak kenal hyung dia sendiri.Chanyeol longgarkan pegangan dia bila Sehun kelihatan dah tak ada tenaga nak melawan.Akhirnya Sehun terduduk dengan muka tunduk ke bawah.Terus dipeluk oleh Joomyeon dengan penuh kasih sayang.Mereka tahu bila Sehun menanggis mahupun sedih dia akan tunduk ke bawah an tidak akan mengeluarkan bunyi tapi badan dia akan selalu menggigil.

 

 

"Kenapa Sehun tak nak dengar cakap hyung.Berapa kali hyung cakap yang luhan hyung dah tinggalkan kita.Setiap tahun hyung bagitahu Sehun tapi kenapa Sehun masih teruskan benda ni." Joomyeon mengangkat muka Sehun yang dah jadi warna merah,dia mengesat air mata Sehun dengan lembut."Kenapa Sehun beli kek,hadiah,bubble tea sedangakan Sehun tahu yang Luhan tak ada dekat sini untuk sambut dengan Sehun" Chanyeol yang memerhati sejak tadi berpaling kebelakang dan menekup mulut dia supaya tida bunyi tangsian yang keluar manakala Kyungsoo hanya membiarkan cecair yang pecah dari telaga matanya mengalir.Sehun mengenggam tangan Joomyeon dan geleng.Kali ni bunyi esakan dibiarkan keluar melalui lorong mulut dia.

 

 

"Hyung tak faham,bukan Sehun tak boleh lupakan Lu hyung tapi Sehun yang tak nak lupakan dia..." Baekhyun dan Jongin tiba dengan baju baru.Mereka masih menunggu sambungan dari Sehun."Hyung pun tahukan,luhan hyung yang selalu ada disisi orang bila Sehun susah." Belakang makane diusap lembut.Bunyi esakan makin kuat bila Kyungsoo memeluk dia."Sehun takut.." Mereka pelik.Jongin berdiri dengan rupa bersalah teramat.

 

 

"Apa yang Sehun takutkan.Hyung janji takkan tinggalkan Sehun." Kali ni Chanyeol bersuara.Sehun mengesat air mata dia yang terakhir dengan lengan baju.Dia menggeleng lemah.Bukan itu yang dia takutkan.

 

 

"Sehun takut yang Sehun akan lupakan Luhan hyung.Kita sibuk sangat sampai makan pun boleh lupa.Jadi Sehun takut suatu hari nanti Luhan hyung balik ke pangkuan kita dan dia kecewa yang sehun dah lupakan dia." Baekhyun turut menyangkung dan memegang muka Supaya mereka sama tinggi,

 

 

"Kenapa Sehun yakin sangat yang Luhan hyung akan balik.Dah 3 tahun Sehun.Tolonglah kali ni je hyung merayu dekat kamu.Kalau Sehun sedih EXO turut bersedih.Sehun tak kasihan ke tengok hyung terseksa sebab perbuatan Sehun sendiri." Kali ni Baekyun bersuara dengan tegas.Sehun masih tak mengalah.Langsung tiada perasaan kasihan dalam mata dia.Baekhyun dan yang lain hampir mengalah.

 

 

"Sehun Yakin sebab Luhan hyung dah janji nak bawa Sehun pergi melawat China suatu hari nanti." Kyungsoo tersenyum lemah.Pertama sebab kecomelan maknae mereka yang kuat berpegang pada janji dan kedua sebab dia tahu tiada siapa dapat ubah pendirian Sehun."Sehun minta diri dulu,nak sambut birthday luhan hyung." Lantas Sehun bangun dan mengunci diri dia dalam bilik.Yang lain tertunduk sedih bila mereka dengar Sehun menyanyikan lagu hari jadi.Kyungsoo sebak dan terus ke bilik air.Tak lama kemudian bunyi tangisan Kyungsoo kedengaran.

 

***

 

Tepat pukul 11 malam selepas semuanya tidur Jongin buka pintu biliknya dengan kunci pendua.Sayu hati dia bila nampak maknae mereka yang tidur dengan kepala dia atas meja.Dan apa yang paling menyedihkan apabila gambar Luhan berada bertentangan dimana Sehun duduk.Mungkin sesiapa sahaja akan salah sangka bahawa mereka berdua suka kaum sejenis tapi hanya EXO sahaja yang tahu kebenaran dia.Hubungan Sehun dan Luhan bagai kembar yang terpisah lama.Masing-masing berada di hujung dunia antara timur dengan barat tetapi masih dapat merasakan kehadiran antara satu sama lain.Perlahan-lahan jongin menyelimutkan Sehun.Satu keluhan lemah keluar.

 

 

"Nampaknya benda yang sama akan berlaku pada tahun depan,tahun seterusnya dan seterusnya sehingga Luhan hyung balik.Terjadi pada bulan dan hari yang sama iaitu April 20."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*HAI EVERYONE

TQ SBB BACA CITE X SEBERAPA SEDIH NI

SAYA DAH CUBA YANG TERBAIK

SAYA RASA KALI NI TAK SEDIH SANGAT SEBAB TAK BANYAK NANGGIS

PAPEPUN SAYA SANGAT RINDUKAN BAMBI DAN GALAXY

SILALAH KOMEN , SUBSCRIBE OR UPVOTE

TAPI BAGI SAYA KOMEN LEBIH PENTING

MANA-MANA PUN BOLEH

LUV U ALL

TQ PEACE

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
seungrin123 #1
Chapter 1: sedih kottt..
galaxy_laxies36
#2
Chapter 1: Air mata sye degil T^T dh thn tpi kluar jugak..aigoo knp.. knp sehun buat mcm.. ughh rse mcm realiti...thanks for dis beautiful story authornim
eunsihae_ #3
Akhirnya, jumpa juga crita awak. Setiap kali sya bca cerita awk buat sya menangis. Sya hrp dpt bca crita awk lgi. Thanks for the great story :')
kiminni #4
Chapter 1: Awk..awk..napa sedih sgt nie...sobs..sobs..
parkyura98
#5
Chapter 1: so sad...i'm crying..T-T
Ayien_yen #6
Chapter 1: Waa..awk berjaye mengeluarkan air mate saye...T.T
kkamjonghunnie
#7
Chapter 1: saya menangis..sedih betul cerita ni. btw cerita ni memang daebak.
SeHuNYeHeT94
#8
Chapter 1: Good story aku mmg dah menanggis dgan gilernya
pinklooped
#9
Chapter 1: ok min menangis baca ff ni ! well done author nim hehe