OMG .. SGMH 9

Ợḥ Ṃỵ Ḡợḍ..! She Got My Heart
Please Subscribe to read the full chapter

Hari ini….. apa yang ditakuti Ga Yeon berlaku juga. Salah seorang peserta dari sekolah Busan High School adalah Jin. Masih teringat Ga Yeon, pandangan mata Jin terhadapnya ketika mereka bertemu semasa pendaftaran.
Mengapa Ga Yeon perlu takut dengan Jin?? Jangan salah faham dia takut bukan kerana dia masih sayang atau pun perkara lain, Ga Yeon cuma takut dia hilang kesabaran. Nanti dipecahkan muka Jin…. Mampus masuk paper esok….

 

Berita Malam ini, Hari ini....

Seoul - Perkhemahan membawa bencana … Seorang pelajar perempuan yang berang akan dengan bekas teman lelakinya telah menghempuk batu sebesar batu bersurat ke muka bekas teman lelakinya….
Haishhhh…. Tak ke haru-biru jadinya…

 

“Huhhhh”Ga Yeon mengeluh perlahan. Entah kali keberapa dia mengeluh, dia sendiri pun tidak mengira jumlahnya.

 

“Kau okey Ga Yeon… Aku tengok kau macam tak okey jaaa??”Soal Jackson disebelah. Dia memang sudah memerhati Ga Yeon sejak tadi. Dia juga perasan akan kehadiran lelaki bernama Jin itu yang asyik merenung Ga Yeon sejak tadi. Dia masih ingat siapa Jin… Dia terfikir mengapa dalam banyak-banyak sekolah, sekolah tu juga yang akan bercamping bersama mereka. Hmmm……Takdir mungkin yaaa… 

 

“Okey… kenapa tanya macam tu??”Soal Ga Yeon kembali, memandang dahi Jackson yang berkerut.

 

“Kau jangan tipu aku lah… Kau risau pasal lelaki yang nama Jin tu kan…”Teka Jackson bersama senyuman sinis. Jackson memuncungkan mulutnya menunjuk kearah Jin yang masih memandang Ga Yeon.

 

Ga Yeon terdiam apabila mendengar tekaan betul Jackson itu. Dia mengganguk lambat mengiakan apa yang dikatakan Jackson.

 

“Kau jangan risau… Aku kan boyfriend kau…”Kata Jackson kali ini bersama senyuman yang manis.

 

“Bila pulak??”Soal Ga Yeon hairan…

 

“Ish… Kau tak ingat hari tu kau minta tolong aku berlakon jadi boyfriend kau masa Jin tu merayu nak get back dengan kau…”Jackson mengingatkan Ga Yeon peristiwa 3 bulan lepas. “Tak sempat aku nak berlakon kau kiss aku dulu….”Ha Yoooo Jackson mengungkit kisah kiss pulakkkk!!!

 

“Lupakan tentang kiss tu… So, kau nak berlakon lah ni…”

 

“Yup… hari tu kan aku tak sempat berlakon… Kali ni kita buat betul-betul… Okey…” Cadang Jackson bersama senyuman lagi. Tapi entah kenapa kelihatan nakal senyumannya itu. Ga Yeon suka melihat senyuman itu.

 

“Hmmm. Okey deal…”Balas Ga Yeon bersetuju dengan cadangan Jackson. Dia turut memberi senyuman manis kepada Jackson.

 

“Deal…”Jackson membalas senyuman itu. Di minda Jackson sebenarnya lakonan itu bukan lakonan semata-semata tetapi betul-betul. Tahu kenapa Jackson tidak meminta lakonan itu menjadi yang sebenarnya, itu kerana dia tidak mahu memberi harapan kepada Ga Yeon yang akhirnya dia akan pergi tinggalkan gadis itu. Dia tahu yang Ga Yeon sukakannya. Dia dapat lihat itu semua…. Oleh kerana itu dia tidak mahu menyakiti perasaan gadis itu. Cukup lah sekali gadis itu sakit dengan penipuan lelaki bernama Jin.

 

Tiba-tiba entah kenapa ringan saja tangan Jackson mengusap lembut rambut Ga Yeon. Ga Yeon memandang Jackson aneh namun dia terfikir mungkin itu salah satu lakonan dia terus saja membalas dengan senyuman kemudian keluhan.

 

“Huhhhh…”

 

“Tengok tu mengeluh lagi…. Kenapa pulak ni??”Soal Jackson. Risau dia tengok Ga Yeon suka benar mengeluh.

 

“Tak ada apa-apa lah….” Sangkal Ga Yeon. Tahu kenapa dia mengeluh? Sebabnya kenapa Jackson mengusap rambutnya tadi Cuma lakonan… Kenapa bukan betul-betul… Haishhhhh…

 

Susah kan kalau kita sukakan seseorang tapi tak mahu ungkapkan… Last-last dua-dua yang merana… Kan!!

 

Jin  yang memandang dari jauh kemesraan antara Jackson dan Ga Yeon membuat hatinya mengelegak panas. Kenapa cemburu??? Perlukah cemburu Jin……

 

. . . .

 

“Kau bahagia sekarang??”Pertanyaan Jin mengejutkan Ga Yeon yang sedang sibuk memasang khemah ditepi tasik sekolah mereka. Nasib baiklah sekolah mereka itu bersebelahan dengan tasik. Indah juga pemandangan tahulah dia sekarang mengapa Cikgu Kwang Soo memilih sekolah sendiri sebagai tempat perkhemahan.

 

“Kenapa kau tanya macam tu…?”Soal Ga Yeon dia cuba bersikap selamba. Sudah tiada panggilan Oppa dimulutnya untuk Jin. Hanyalah kau-cow. Ga Yeon berdiri melihat khemah yang dia buat bersama Suzy yang hampir siap. Suzy disebelah tidak mengedahkan Ga Yeon dan Jin, dia hanya membuat kerjanya sendiri. Korang kenalkan Suzy macam mana!!?? Pendiam….

 

“Saja… Aku tahu kau couple dengan lelaki tu sebab cuba nak lupakan akukan. Tapi sebenarnya tak boleh… Sudahlah Ga Yeon aku Nampak lelaki itu cuma nak main-main kan kau saja. Dia bukannya baik pun…”Kata Jin bersama dengan senyuman sinis. Lelaki yang dimaksudkan olehnya itu adalah Jackson. Wah, sungguh confident lelaki ini. Ga Yeon yang mendengar membuat muka…

 

“Huhhhhh”Ga Yeon mengeluh.
“Kau tahu Jin…. Sejujurnya aku lebih bahagia sekarang dari dulu… Dia tak baik…? Heh… kau pun apa kurangnya… Bukannya baik sangat… Sebelum nak kata dekat orang, tengok diri tu dulu depan cermin,.. Asal rumah kau tak ada cermin nak aku pinjamkan??? Hmmm… Tak pun kau minta dekat Suzy kawan aku ni dia banyak cermin…” Ga Yeon membalas kata-kata Jin bersama dengan senyuman sinis. Setelah itu Ga Yeon berlalu pergi berjalan mendapatkan Jackson yang sedang sibuk memasang khemah. Suzy yang mendengar namanya disebut terus saja memandang Ga Yeon yang sudah melangkah pergi.

 

Jin mengetap giginya. Dia terasa bagai baru ditumbuk bertubi-tubi dimuka apabila Ga Yeon

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xoxogirl2 #1
Chapter 11: Best cite btw daebak sangat...hoho
xoxogirl2 #2
Haha.........
Imxryz
#3
Is there an English version?
Kkyungwifeuu12_
#4
Chapter 11: Aish ,bru skng on ._. ,Alooo ,,Cite ni da abez ..Lemme cry T.T //Lap hingus kt baju bambam// ...........X de Series 2 ke ? T.T .I will miss this FFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF ~ .________. ...Great Job Author-nim~^^
misz_dina #5
Chapter 11: Best...sweet sungguh ga yeon dgn jackson>\\\<
Tasha16
#6
Chapter 11: Alah fanfics nie dah habis
ika_zul #7
Chapter 11: best giloss...buat la lagi fanfic jackyeon !!
vixxstarlight3012
#8
Chapter 11: Best habis ending die....lain kali buat fanfic pasal mereka lagi ok????jackyeon♥
emelynadya #9
Chapter 10: Hrap2 la Ga yeon itu adalah tunang Jackson..
KEAJAIBAN PASTI BERLAKU KAN!!
Sedih plak tngok si Ga yeon tu..ishx2
vixxstarlight3012
#10
Chapter 10: in love with this story..keep update