Family's Story

My 12 Brothers and I 2.0

Keesokan harinya Janey, Kyungsoo, Chanyeol dan Sehun mendapati Xiumin sedang memasak bersama Lay di dapur. SAH! Memang Xiumin ada benda yang tidak kena dengan dia.

            “Pagi korang!” Ji menyapa mereka bertiga dari belakang. Terkejut dibuatnya mereka berempat. Aiyaaa.. memang nak kena betul! “Pagi Ji! Awal bangun,” Kyungsoo tersenyum ke arah gadis itu seperti tiada apa yang berlaku.

            “Ehh jangan haling laluan hyung yang handsome ini,” Kris menolak Kyungsoo dan Ji ke tepi dan berjalan terus. Mamat ni takkan pernah berubah. Suho pula muncul dari belakang dengan muka yang resah.

            “Hyung, asal dengan muka tu?” Lay menyoal.

            “Huh! Stress lah semalam. Hyung bentangkan satu projek dan tak sanka projek tu sudah ada orang yang bentang. Malu betul!” Suho membebel.  Lay menepuk bahu Suho sebelum mengajak dia makan bersama.

            Kebetulan Tao, Baekhyun dan Chen muncul sambil berlari-lari “Aleee!! Lapar!! Lululu!!” Chen menjerit. “Woi! Apa panggil nama gelaranKu hah?!” entah dari ceruk mana Luhan menegur. Chen memandang ke tingkat atas. Kelihatan Luhan sedang berdiri tegak di atas tangga. Seperti ingin menyanyikan lagu kebangsaan.

            “Waaa nama hyung LuLu ya?” Ji menyampuk.

            Sehun mencebik. Janey menjulingkan matanya ke atas.

            “Ye! Tapi itu dulu. Sekarang nama oppa, Luhan lah..” jawab Luhan sambil menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati. Ala-ala cinderella~ haha..

 

            “Ohh tapi nama LuLu tu cute sangat!” Ji memuji. “Memang lah cute tapi tak manly lah..” “Alah, kita tak perlu kesah pasal manly ke tidak,” kata Ji sambil mengiringi Luhan ke meja makan.

            “Ji tolong buatkan air. Ji buat air sedap sangat!” pinta Xiumin. Chanyeol mengangkat keningnya tanda pelik. Pelik kerana Xiumin selalunya rajin buat air sendiri, ini tergedik-gedik suruh Ji buatkan air. Kelepuk jugak kepala mamat roti pipi bun ni.

            “Tak apalahh Ji. Tugas oppa yang memasak ni. Ji duduk je okay?” Kyungsoo tersenyum. Tetamu perlulah dilayan seperti tuan puteri. Bukannya seperti orang suruhan. “Eh tak apalah..” “Ji, duduk jelah. Bair Kyungsoo yang buat kerja,” Baekhyun menjongket keningnya beberapa  kali. Kyungsoo menjeling Baekhyun tajam.

            Akhirnya gadis itu mengalah juga seraya mengambil tempat duduk di sebelah Janey. “Janey, awak nak tambah gula tak dekat air awak? Saya lupa letak gula tadi,” “Ehh? Yeke? Tak apa! Bagi mengelakkan terkena jangkitan kencing manis, jangan minum air yang ada gula. Betul tak?” Janey menyoal Chen yang sedang mengacau air sirap dengan muka yang monyok. Maklumlah, gula tak ada. Memanglah tak suka.

            Chen mengangkat kepalanya perlahan sebelum mengangguk lemah. Janey menendang kaki Chen sekuatnya. “YA! AIR GULA TIDAK BAGUS!” Chen menjerit kesakitan. Mereka yang lain ketawa terbahak-bahak kecuali Ji.

            “Korang, aku dah siap buat air teh ni haa.. okay, jom makan,” Kyungsoo meletakkan 3jag yang berisi air di atas meja.

**

 

            Janey menyelongkar almari baju milik Ji ketika gadis itu keluar bersama Sehun dan Kai. Ini semua rancangan yang mereka rancang agar kerja untuk mencari barang yang patut menjadi mudah. Chanyeol menolong Janey menjalankan tugas.

            “Jane! Tengok apa yang aku jumpa!” jerit Chanyeol. Dia mengangkat sesuatu yang kelihatan seperti jarum bersama satu botol kecil yang diisi dengan cecair yang bewarna kunning. “Eee.. oppa yakin tu bukan kencing?” dia tersenyum sinis. Chanyeol mencebik. “Oppa yakin bukan! Aishh Janey ni, jangan buat oppa rasa geli,” lelaki itu merajuk. Jarum dan botol kecil itu diletakkan semula ke dalam plastic yang bewarna putih itu. Janey tergelak.

            “Janganlah merajuk sayangku. Nanti kalau fans anda tahu lelaki yang kononnya hot gila seksi ni suka merajuk.. aiyaaa malunya!”

            “Atas stage memanglah kena hot. Backstage, oppa cute macam Baekhyun tau?”

            “Huh! Baekhyun oppa tu atas stage dengan belakang stage sama je! Dua dua cute. Rasa nak tendang!” Janey membebel panjang dan Chanyeol mengangguk setuju.

            “Dah ah gedik!” sambung Kyungsoo pula. Ehhh? Kyungsoo? Serentak mereka berdua memalingkan muka mereka ke belakang.

            “HYUNG!!” “OPPA GA GOSH!!!”

 

            Kyungsoo tergelak jahat. “Amboi, bestnya kutuk Byunbaek tapi tak ajak aku. Mana barang tu, aku dan Janey pergi bawak ke hospital. Kita tanya nanti,”

            “Ahh, Chanyeol nak ikut jugak!”

            “TAK BOLEH! Nanti karang adalah rumour cakap kau mengandung. Sapa susah?” Kyungsoo mula mengarut tidak kena tempat. Chanyeol menjulingkan matanya ke atas. Ni apa kes pulak dia yang mengandung? Dia lelaki lah!

 

            “Ha, dengar tu oppa. Mengandung anak sapa tak tahu,” usik Janey pula.

            “Anak rilakkuma lah tu,” Kyungsoo mengusik Chanyeol pula.

            “Ehhh dah lah. Nak merajuk!” Chanyeol bangun lalu berjalan keluar dari bilik tersebut. Kyungsoo dan Janey saling berpandangan sebelum menjungkit bahu. Nanti okaylah tu kalau suruh Baekhyun jadi badut depan Chanyeol. Confirm happy mamat tinggi lampai tu.

 

 

            Setibanya di hospital, Kyungsoo dan Janey berjumpa dengan Dr. Tae. Bukan Taeyeon tetapi Taeyeong.

            “Yo ssup pendek!” Dr. Tae yang tinggi lagikan hensem itu bersalam dengan Kyungsoo yang lagi tua darinya. “Yo ssup jembalang!” Dr.Tae menegur Janey yang baru sahaja berjumpa dengannya buat kali pertama. Janey mencebik.

            “Apa kau hantu?” balas Janey pula. “Kau duduk sekarang lintah! Aku nak tanya benda ni,” Kyungsoo menendang perut Dr.Tae agar duduk di atas kerusinya semula. Ala-ala gangster gitu.

            “Wow hyung, kaki pendek kau semakin memanjang. Baru 2 bulan tidak berjumpa,” Taeyeong tersenyum sinis. Memang dialah doctor paling lazer di hospital ini. Sebab itulah tiada kekasih. Semua lari disebabkan mulutnya yang terlebih makan asam itu.          

            Kyungsoo menarik telinga Taeyeong. “Nah, periksa benda ni apa dia. Aku nak jawapan sekarang!” kepala Taeyeong ditolak. “Yelah pendek.. bak sini! Ingat aku ni saitis jadian ke apa,” bebel lelaki itu sambil memeriksa benda yang diberikan oleh Kyungsoo tadi.

            Manakala Janey memandang Kyungsoo dan taeyeng dengan wajah yang tidak percaya. Biar betul diorang berbual dengan cara macam ni? Boleh mati! Membawa mati!

            30 minit berlalu, Taeyeong memanggil Kyungsoo dan Janey dengan  gelaran pendek dan jembalang dan dibalas dengan Toyol dan Hantu.

            “Okay, ubat ini adalah ubat untuk tidak menyedarkan seseorang itu. Maksudnya dia tidak akan tau yang mana dunia nyata dan mimpi. Macam berkhayal lah tapi bukan dadah. Kalau kau suruh dia joget lambat atas gunung pun dia buat.”

            “Ohh.. jadi meh lah aku bagi ubat ni dekat kau. Nak suruh kau terjun bangunan,”

            “Oppa.. be serious..”

            “Okay fine. So seseorang itu tidak akan sedar langsung lah?”

            “Tak dan dia tidak akan ingat langsung! Benda ini boleh juga dalam bentuk pepejal, serbuk dan cecair,” balas Taeyeong.

            Kyungsoo dan Janey mengangguk faham. Jadi inilah sebabnya Xiumin tidak sedar begitu juga dengan Kai.

**

 

            Tao asyik bermain dengan Candy yang berada di atas katilnya walaupun jam sudah menunjukkan pada pukul 2 pagi. Tiba-tiba Candy bersembunyi di bawah katil. Tao menjadi pelik dan cuba menarik Candy keluar dari bawah katil tetapi anak anjing itu tidak mahu. Tao menjadi pelik. Selalunya kalau anak anjing buat begitu maksudnya ada...

            Tao yang sememangnya takut tahap nak terkencing dan seluar terus naik ke atas katil dan masuk ke dalam selimut. “Aku dah kunci ke pintu bilik? Harap dah.. aku takut...” Tao menolak sedikit selimut yang menutupi mukanya untuk mencari Kyungsoo yang sedang tidur di atas katil.

            Tiba-tiba dia terdengar derapan kaki dari koridor. Tao menangis tersedu-sedan kerana takut yang teramat sangat.

            Secara tiba-tiba dia terasa ada tangan menyentuh mukanya. “AAA- uph!!” jeritan Tao dihalang oleh satu tangan kecil. Tao membuka matanya dan mendapati Kyungsoo berada di hadapannya. “Shh.. ikut aku pergi bilik Lay dan Suho cepat,” arah Kyungsoo. “T-tak nak.. Tao takut..” “Tak ada apa-apa pun. Cepat,” suara Kyungsoo kedengaran lembut. Kenapa? Dia tak nak marah Tao yang sedang takut tu sebab muka dia bila marah lagi menakutkan. Si Panda itu mengangguk lemah sebelum mengikut Kyungsoo keluar dari bilik tidur.

            Setibanya di hadapan bilik Suho dan Lay, Kyungsoo mengetuk pintu dengan perlahan-lahan sambil memerhatikan kawasan sekeliling. Risau jika dia terserempak dengan kai yang selalu berjalan sendiri di koridor pada waktu malam atau pagi sejak akhir-akhir ini.

            Pintu bilik Suho dibuka oleh Suho. “Hyung, cepat Kyung nak bagi tau sesuatu,” Kyungsoo menolak tubuh Suho dan menarik tangan Tao.

            Kelihatan Lay sedang membaca buku di atas katil. Aye tak tidur lagi rupa-rupanya mamat ni.

            “Hyung, Kyungsoo rasa Ji dan gunakan alat ini untuk mengkhayalkan Kai dan Xiumin!” Kyungsoo terus berkata sambil mengangkat alat yang dimaksudkan itu. 

            “Ha? Tak mungkinlah Kyungsoo. Ji tu anak kawan hyung! Tak mungkin dia buat macam tu.”

            “Hyung.. zaman sekarang ni, kawan makan kawan adalah biasa!” kata Kyungsoo. Lay yang sedang membaca buku itu turut mengiayakan kata-kata Kyungsoo. “Okay sekejap. Hyung tak dapat nak berfikir dengan waras. Kalau-“

BANG BANG BANG!

 

            Bunyi 3 das tembakan itu mengejutkan mereka berempat. Serentak mereka keluar dari bilik dan mencari dari mana datangmya bunyi itu.

PRANG!

            Bunyi kaca yang pecah dari arah ruang tamu tingkat bawah membuatkan mereka terus berlari ke sana.

            “B-BAEKHYUN HUNG!” jerit Tao apabila dia mendapati Baekhyun terbaring di atas lantai dalam keadaan yang berlumuran darah serta tidak sedarkan diri.

            “JI!” Kyungsoo menjeri apabila dia mendapati Ji sedang berdiri sambil mengacukan pistol ke arah Baekhyun yang sudah tidak sedarkan diri.

            “Kyungsoo.. oppa.. Ji-Ji tak tahu!” gadis itu menangis.”Ji tak sengaja..” gadis itu melutut. Pistol yang dipegang dibaling tepat mengenai cermin kaca. “Baekhyun oppa, bangunlah!” gadis itu menangis lagi. “Ji tak sengaja...” dia merintih.

            “Telefon ambulan cepat!” arah Suho kepada Lay. Kris serta yang lain baru tiba terkejut dengan keadaan Baekhyun.

            “K-kai mana?!” Luhan menyoal.

            “Xiumin?! Mana Kai? Xiumin? Ji mana diorang!” Janey berjalan menuju ke arah Ji sebelum menolak gadis itu. “T-tak tahu..”

            “Aku tanya kau! Jawab lah!”

            “Aku tak TAHU! Kau faham tak?! Cepat, selamatkan Baekhyun..”

 

            Selang beberapa minit, mereka dikejutkan dengan jerit Kris yang memanggil nama Kai dan Xiumin dari tingkat atas.

            “Kai, Xiumin, korang jangan buat benda bodoh! Turun cepat!” Kris memanggil nama Kai dan Xiumin yang berada di atas bumbung rumah, hendak terjun dari situ.

            “Mereka sedang berkhayal.. Janey, kau maafkan aku ye? Aku tak sengaja.. ni bukan apa yang aku nak..”

 

CERITA JI..

 

            Ji turun ke tingkat bawah apabila ayahnya memanggil namanya. “Ye ayah, ada apa ni? Ji baru balik dari Universiti ni.. umm ayah, bulan depan Ji dah habis belajar. Boleh tak kalau Ji nak berkeja?” gadis itu tersenyum.

            “Ji umur baru je 22 tahun dah nak bekerja?”

            “Alah, bolehlah. Graduate awal boleh lah kerja awal,”

            “Bawah syarikat ayah? Tak nak?”

            Ji menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. “Ayah ada benda nak bagi tahu.. ayah ada kawan ni, syarikat dia maju sangat. Ayah nak kamu cari kenapa syarikat dia boleh berjaya,” Mr. Park tersenyum.. Ji menaikkan kening kanannya tanda tidak faham.

            Mr Park tersenyum. “Ayah akan hantar kamu ke rumah dia bulan depan . ayah akan cakap yang ayah kena pergi lain. Dalam rumah tu, kamu masuk ofis dia dan cari puncanya. Punca mengapa dia berjaya,” mr Park berkata.

            “Ishh. Ji tak mahulah. Tak baik buat macam tu!” “Ji, baik Ji buat! Kalau tak ayah jual kamu seperti mana ayah dah jual ibu kamu! Kamu nak?!” marah Mr Park sambil mengetuk meja makan.

            Gadis itu tersentak. Ya, lelaki durjana ini sudah menjual isterinya sendiri-semata-mata hendakkan duit. Duit tersebut digunakan untuk membina syarikat sendiri sebelum semuanya menjadi maju.

            Ketika itu Ji berumur 12 tahun dan dia tidak pernah berjumpa dengan ibunya lagi selepas itu.

            “Baiklah.. Ji akan buat...”

 

SKIP CERITA..

 

            “Semua berjalan lancer Janey.. tapi korang tak tahu.. Baekhyun pun diugut.. korang tak tahu Janey..”

            “Ap-apa maksud kau, Ji? Baek diugut?”

            Ji mengangguk. Kebetulan ambulan sampai dan mengangkat badan Baekhyun yang sudah nyawa-nyawa ikan itu. “Doktor.. tolong selamatkan dia!” Janey mengikut mereka yang mengangkat Baekhyun itu sehingga ke luar rumah.

            Di luar rumah, Janey terkejut apabila mendapati pihak bomba sedang berusaha menarik Kai dan Xiumin daripada terjun dari atas bumbung.

            “Janey... aku belum habis lagi,” Ji tiba-tiba muncul.

 

SAMBUNGAN...

 

            Setelah 1 bulan berlalu, semuanya berjalan dengan lancer. Ji memang cekap dalam menyelinap masuk ke dalam ofis Suho dan kris untuk memeriksa dokumen syarikat. Dia juga menggunakan Kai untuk menakut-nakutkan Sehun. Dia tahu Sehun membenci dirinya.

            Sebenarnya Kai hanyalah digunakan untuk mengaburi mata Sehun. Tetapi dia tidak menyangka Janey akan tahu apa yang hendak dia lakukan.

            “Ji, ayah nak beritahu sesuatu. Ayah nak kamu ugut Baekhyun ,”

            “Apa lagi ayah? Buat apa nak ugut Baekhyun?”

            “Supaya Baekhyun akan join syarikat ayah,”

            “Ayah dia tu idol bukannya pekerja syarikat!”

            “Kita boleh latih dia, Ji”

            “Ayah ni memang dah tak waras! SUDAHLAH!”

            “Baik Ji ikut! Bagi nombor telefon dia, cepat!”

            “Ji benci AYAH! Benci!”

 

            Keesokannya, Ji dapat tahu ayahnya sudah mengugut Baekhyun untuk keluar dari kumpulan Moonlight jika dia mahu keluarganya selamat.

            Sebab itulah Baekhyun hanya diam selepas itu tetapi dia juga berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Simpati? Ya Ji sangat bersimpati dengan Baekhyun. Baekhyun juga diberi masa hanya 4 bulan untuk keluar dari kumpulan tersebut.

            1 bulan berlalu, kejadian yang tidak diingini berlaku. Secara tidak sengaja Ji termasukkan serbuk putih yang sepatutnya dia berikan kepada Kai diberikan kepada Xiumin. Sebab itulah perangai Xiumin pelik dan lain macam.

            Malam tersebut semasa dia memukul kepala Xiumin, itu bukan rancangannya sebenarnya. Cuma dia tidak mahu Kai menyerang Xiumin secara tiba-tiba kerana ketika itu Kai dalam keadaan tidak waras.

            Selepas memukul kepala Xiumin. Ji menarik Xiumin masuk ke dalam tandas yang terdekat. Darah tersebut dilap. Ji turut menyuntik Xiumin dengan ubat khayalan agar Xiumin tidak ingat kejadian yang berlaku pada malam itu.

 

SKIP LAGI.. adoii haha..

 

            “Tapi kenapa kau tembak Baek?”

           

SAMBUNG~

            Ji duduk di atas sofa di ruang tamu sambil bermain-main dengan telefon bimbitnya sebelum dikejutkan dengan kehadiran Baekhyun.

            “Ji... kau...yang ugut aku,kan?

            “Uhm?”

            “Ji, oppa tahu. Tolonglah Ji, kenapa Ji buat macam ni?”

            “Terpaksa..”

            “Oppa akan telefon polis,”

 

            Baekhyun segera berjalan pergi. Ji yang terkejut dengan kata-kata itu terus mengambil sepucuk pistol yang berada di bawah bantal lalu melepaskan tiga das tembakan ke arah Baekhyun.

            Dia terpaku. Ini bukan rancangan asalnya. “Ap-apa yang aku dah buat? Aku pembunuh! Aku dah bunuh Baekhyun!” cawan kaca yang berada di atas meja ditepis. “Aku tak bunuh orang!”

 

END>...

 

            Ji menangis tersedu-sedan. “Aku tak sengaja Janey. Maafkan aku.. ayah aku nak jual aku kalau aku tak ikut kata-kata dia,” Janey diam terpaku di hadapan Ji. Tidak sangka. Dia ingatkan apabila mereka sekeluarga berpindah, keadaan akan menjadi semakin baik namun sangkaannya meleset sama sekali.

            “Ji, saya akan bagitahu semua ini kepada pihak polis dan mereka yang lain. Jangan risau, saya akan tolong awak,”

 

**

 

            “Macam mana dengan Baek, Xiumin serta Kai?”  soal Lay kepada Dr.Heo yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan. “Baek dalam keadaan yang stabil. Jangan risau. Kai dan Xiumin juga begitu tetapi mereka masih perlukan rehat yang mencukupi kerana dos-dos ubat tersebut amat berlebihan,” terang Dr. Heo sebelum beredar.

            “Ji pula bagaimana?” soal Luhan.

            “Enntah. Diorang dekat balai polis sekarang.”

 

**

 

3 Bulan selepas itu...

 

            Kai dan Xiumin sudah sihat seperti sediakala. Baekhyun pula masih perlu berehat di atas katil. Kejadian yang berlaku ke atas Baekhyun mengejutkan industry Korea buat kali kedua!

            Sekali lagi Baekhyun menjadi mangsa. Fans tetap percayakan Baekhyun (kononnya lah.. XD)

 

            Ji pula dihantar ke pusat perlindungan manakala ayahnya pula seperti biasa berada di dalam penjara sehidup semati. Ceeh tak adalah.

            “Korang! Teka apa yang hyung nak bagitahu!” Suho tersenyum.

            “Oppa nak kawen?”

            “Hyung beranak?” Chanyeol menyoal teruja.

            “Kau nak pindah kerja?” Lay menyoal pula,

            “Ada girlfren?” Luhan tersenyum.

            Kris mencebik cemburu. Tak mungkin Suho ada girlfriend! Jelesnyaa!! Sehun yang menghirup bubble teanya berkata “Takkanlah kita nak pindah rumah lagi kot,” “Huh! Tak naklah aku. PENAT!” bebel Kyungsoo. “Tapi Tao nak!” Tao tersenyum.

            “Eee.. gedik bukan main!” Chen menunja kepala Tao. “Suka hati akulah!” Tao memeluk Candy erat.

            Suho menggelengkan kepalanya. “Mengarut memang lebih! Kita pergi holiday dekat Canada! Wwuuu!!! Tidur rumah kris. Oh yeh ahaaa,” Suho menari. Yang lain hanya diam memandang Si Tua itu menari sendiri.

            “Seriously? Canada?! Waahhh makin hensem aku nanti,” Kris memeluk tubuhnya. Yeaaa makin hensem Si Kris ni.

            “Menyampah pulak aku tengok kau joget. Aku joget lambak lagi best,” Kai menyampuk. “Yelah.. aku suara sedap,” Baekhyun tersenyum lemah. “Kau jangan cakap banyak ah Baek. Dah lah tengah sakit,” Chen membebel.

            “Dah! Apa-apa pun, bulan depan kita pergi holiday tapi kita tinggalkan Baekhyun oppa. Setuju?”

            “SETUJU!” mereka semua menjerit kecuali Baekhyun. “Kejam..” katanya perlahan. Yang lain tergelak kecil.

            “Alololo sayang Baek. Kitorang tak akan tinggalkan kau lah,” Chanyeol memeluk Baekhyun diikuti oleh Kyungsoo. Mereka yang lain turut menyerang Baekhyun. Mereka semua berpelukan kecuali Janey.

            “Oit! JOIN!!” gadis itu turut memeluk Baekhyun dengan menutup mata lelaki itu. Haish.. harap kejadian yang tidak diingini tidak akan berlaku lagi. Harap sangat kehidupan kitorang kembali ceria dan STOP dengan kejadian ngeri ini.

 

Harap-harap begitulah =) 

 



Bye

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
xxzozxx #1
Chapter 2: 'Harap-harap begitulah." Lol authornim -.-
lolexotics #2
Chapter 2: da abis ke msh ade sambungan ??
kalu da abis , cerita nie mmg best ..
kalu blom , update soon ..