Kisah Bermula

Mr Wolf and Miss Lamb
Please Subscribe to read the full chapter

-“HATI-HATI DENGAN PERSATUAN PELAJAR SEKOLAH INI”-

Chapter 1

 

Berpindah ke tempat baru membuatkan Kim Irene sedikit gembira. Ya…sedikit gembira. Bersiap di awal pagi dengan azam baru serta semangat sekolah baru. Cehh! apa aku mencarut pagi-pagi ni. Kim Irene berjalan kaki memandang perjalanan rumah dengan sekolah baru hanya telan 3 biji burger untuk  sampai. Melopong sekejap aku tengok keadaan sekolah ni.

 

‘Wusss!! besar giloss. Padahal baru pintu pagar je, dalam tu aku tak tahu apa yang besar.’ teruja memandang kiri dan kanan. ‘Memanglah besar. Nama pun dah sekolah Elit, untuk anak orang-orang kaya dan pandai sahaja’ Kim Irene tepuk dahi sendiri sambil meneruskan perjalanan. Bagi Kim Irene pula, yang bengap, bodoh, lembap dan seangkatan dengannya  pun boleh masuk sini asalkan duit yang di leburkan dekat dinding sekolah ni sebanyak berpuluh ketul batu-bata. Kan??!!

 

Selesai urusan kemasukan di sekolah Lexus High School, Kim Irene terus keluar berjalan membuntuti guru yang membawa ke kelas baru, yang naik lenguh kaki Kim Irene naik tangga sampai fikir yang kemungkinan sekolah ini ada 10 tingkat. Otaknya juga dah melayang memikirkan kata-kata yang disampaikan oleh pengetua Suho sebelum Kim Irene keluar daripada biliknya, walaupun agak pelik pada pendengarannya. ‘Hati-hati dengan persatuan pelajar’.

 

Kim Irene masih tertanya-tanya kenapa pengetua barunya itu memberi amaran sedemikian. Buang terbiat kot. Malas nak penuhkan memory otak lantas Kim Irene delete terus info yang mungkin menambahkan loading otak dan merosakkan mood baik untuk sekolah barunya . Apa-apa pun pada waktu ini, adalah lebih penting untuk dia mencari kawan baru.

 

“Anyeonghaseyo. Kim Irene imnida. Bangapsumnida” awal pengenalan diri aku sambil terpacak di depan kelas. Mata aku pula cuba mengscan satu-satu muka pelajar dalam kelas 4-A ni. Kim Irene malas untuk membuka mulut lagi lantas bertanya meja mana yang perlu dia duduk.

 

“Nampaknya tiada apa lagi, awak boleh duduk di meja kosong di belakang sana” arah Cikgu Jongki sambil senyum yang seperti kerang sembelit. Aku hanya mengangguk dan berjalan ke tempat yang di tunjukkan. Kim Irene mata menangkap figura lelaki di sebelah mejanya. Kim Irene memaniskan muka. ‘Mestilah manis takkan masam kot, lari kawan baru aku ni’.

 

“Hai, selamat berkenalan” sapa Kim Irene kepada lelaki di sebelah mejanya siap tambah selori gula lagi untuk memaniskan senyuman di muka, tetapi lelaki sebelah mejanya buat pekak dengan tambahan muka sedingin ais.

 

‘Aku humban dekat kandang harimau baru tau, cair terus kau nanti. Haish!’ gomel Kim Irene dalam hati. Bila tangan menarik kerusi keluar daripada meja, mata Kim Irene yang comel ni membulat.

 

‘Mangkuk betullah, malaun terencat akal mana cari fasal dengan aku ni.Ini adalah satu pembulian yang tidak berapa bernas dan terencat!!!’ desis hati Kim Irene yang sedang menggelegak panas.

 

Matanya masih melekat pada kerusi yang penuh dengan paku tekan di atasnya. Pantas Kim Irene mengangkat tangan untuk mendapatkan perhatian Cikgu Jongki yang sedang mengajar.

 

“Cikgu!!! Ada banyak paku tekan atas kerusi saya” kata Kim Irene sambil menepuk meja.

 

‘Pergh! keras betul meja ni. sakit..sakit..sakit. Muka tahan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet