Bab 2

Solo Day
Please Subscribe to read the full chapter

“Jadi,perlukah kita tubuhkan satu kelab?” Gongchan mencadangkan satu idea. “Uh? Kelab?” Eunji terpinga-pinga. “Yup. Untuk kita berdua je. Apa kata kita namakannya Solo… erm…

     “Ha !!!! Solo Club!” Gongchan terpaku,matanya berkelip kerana terkejut dengan jeritan Eunji itu. “Ah,itu pun kalau awak suka,” kata Eunji yang sedang menahan malu. “Haish,agaknya kuat sangat tadi,” bisiknya dalam hati. “Bagus juga idea tu! Saya sokong!” Gongchan menunjukkan genggaman tangannya ke atas.

     “Jadi,apa tujuan kelab tu ditubuhkan?” Eunji masih tidak memahami apa yang difikirkan Gongchan. Gongchan membetulkan kedudukannya, “ Kelab ni,kita akan buat apa sahaja yang kita nak buat untuk melupakan peristiwa yang berlaku hari ni. Lain kata,kita enjoy kehidupan baru kita ni sebagai solo!” Gongchan mendepakan tangannya.

     Eunji seperti berminat dengan idea Gongchan itu. Tetapi reaksinya tiba-tiba berubah. Dia mulai risau. “Eh,mamat ni. Kitaorg baru je kenal tapi buat macam dah lama kenal. Entah-entah ada niat lain tak. Kau kena berhati-hati Eunji. Jangan mudah terpedaya. Tapi muka dia macam innocent,lagi pun dia baru lepas kecewa disebabkan girlfriend dia tu. Takkan lah dia ni jahat,kan,” hati Eunji berbolak-balik.

     Gongchan menyedari reaksi Eunji itu. “Kenapa? Awak tak percayakan saya?” Eunji hanya memandang Gongchan,dia tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. “Erm…” “Tak apa lah kalau awak tak nak. Mungkin saya terburu-buru sebab kita baru je kenal,” Gongchan tunduk. Dia memandang gambar Yoona pada handphonenya.

     Eunji menjadi serba salah. “Saya pun nak juga,tapi… Ha! Apa kata saya kenalkan awak pada mak saya dulu?” “Ehh?!” Gongchan terkejut. “Sebagai langkah berjaga-jaga. Mari,” Eunji mula bergerak. Gongchan terpinga-pinga. Dia buntu apa yang perlu dilakukannya. “Jomlah,” ajak Eunji.

     “Saya dah balik!” Eunji menanggalkan kasut lalu menyimpannya di dalam rak. “Mari cepat,” Gongchan melangkah masuk dengan perlahan. Dia masih dalam kebuntuan.

     “Oh,kamu dah balik,” Puan Jung menyambut kepulangan anaknya. “Selamat sejahtera,” Gongchan membongkokkan badannya. “Ah,ya,selamat sejahtera,” Puan Jung tersenyum manis. “Wah,serupa dengan maknya. Senyuman tu…” Gongchan terpegun.

     “Mak,kenalkan ini Gongchan. Gongchan,ini mak saya,” “Ah,nama saya Gongchan. Maaf kerana mengganggu,” Gongchan bow sekali lagi. “Jemputlah masuk. Kebetulan mak cik baru lepas sediakan makan mal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
snabilah50 #1
Chapter 3: ~~~~ada orang dah jatuh cinta...~~sweet lah dorang 2..update soon..
snabilah50 #2
Chapter 2: Update soon..hwaiting!!