Bab 3

Solo Day
Please Subscribe to read the full chapter

     Eunji menyapukan bedak pada mukanya untuk kali terakhir sebelum keluar. Dia mengenakan blouse berwarna putih dengan skirt berwarna merah jambu lembut pada badannya. Dia mengikat rambutnya yang lurus itu menjadi ponytail. Setelah berpuas hati,dia mengambil beg sandang merah kecilnya lalu keluar daripada bilik.

     “Mak,Eunji pergi dulu!” katanya sambil memakai kasut sport. “Ok,selamat bersuka-ria. Hehehe,” balas Puan Jung dengan satu senyuman. “Jangan balik lewat sangat!” pesannya.

     “Ah,maaf kerana buat awak menunggu,” Eunji menyapa Gongchan. “Haha,tak apa,” balas Gongchan dengan senyuman. Mereka memandang ke arah taman hiburan tersebut. “Wah! Nampak macam best je. Ini kali pertama saya datang ke sini,” kata Eunji dengan perasaan yang teruja. “Eh,awak tak pernah datang?” tanya Gongchan. Eunji hanya menggelengkan kepalanya.

     “Baiklah,awak nak cuba yang mana dulu?” tanya Gongchan sambil melangkah masuk. Eunji ikut sekali. “Saya teringin nak naik roller coaster. Kawan saya selalu sebut tentang tu,teringin nak rasa,” Eunji menggenggam tangannya seperti sedang mengharap.

     Muka Gongchan tiba-tiba berubah. Ketakutan. “Err,roller coaster?” katanya tergagap. Eunji mengangguk teruja. “Awak takut?” duga Eunji. “Hehehe….” Gongchan hanya tersengih.

     “Tak ada! Saya nak naik juga. Jom,saya belanja,” Eunji menarik lengan Gongchan ke kaunter untuk beli tiket. “Ehh!!! Tunggu !!!” rayu Gongchan tetapi tidak diendahkan Eunji.

     Mereka duduk bersebelahan. Muka Gongchan berubah warna menjadi pucat. “Awak,saya takutlah. Jom lah balik,” rayu Gongchan. “Saya dah bayar tiket tu. Tak apa,jangan risau,benda ni selamat. Awak takkan jatuh,” pujuk Eunji seperti dia sudah biasa dengan permainan itu.

     Apabila mereka sampai di puncak,Eunji mula rasa seronok manakala Gongchan melayan perasaan takutnya. “Jebal… Jebal… Jebal…” rayu Gongchan.

     Fuuuhhhh~ Mereka meluncur laju ke bawah. “Haaalllmmeeooonniiii !!!!” jerit Gongchan sambil memejamkan matanya. Dia tidak sanggup membuka matanya.

     Gongchan berjalan terhuyun-hayang seperti orang mabuk selepas menaiki roller coaster. Eunji ketawa melihat Gongchan seperti itu. “Seronok juga naik tu. Best!” Eunji melompat riang. “Haha. Awak tahu,jantung saya seperti nak tertanggal. Nasib baik saya tak mati,” kata Gongchan dengan lemah. Eunji hanya ketawa.

     Eunji terdengar jeritan di hadapannya. “Wah,apa tu?” tanya Eunji sambil tunjuk dengan jari telunjuknya. “Ouh,tu flat rides,” jawab Gongchan selamba. Eunji memandang Gongchan sambil tersengih. “Jangan nak mengada naik benda tu. Nyawa saya tinggal separuh je sekarang ni,” Gongchan cuba mengelak.

     “Ala~” Eunji mencebikkan mulutnya. Eunji berkeras untuk menaikinya lalu tolak Gongchan ke kaunter tersebut. Akhirnya,Gongchan mengalah dan mengikut kehendak Eunji.

     Sekali lagi Gongchan menjerit “Haalllmmeooniiii !!!” sambil menutup matanya. Flat rides itu berpusing sebanyak 360 darjah. Dia berasa sangat pening. Gongchan kemudiannya ke tong sampah kerana terasa loya. Eunji menggosok belakang Gongchan.

     “Haihh,awak ni lemah sangat la,” Eunji menghulurkan sebotol air mineral kepada Gongchan. “Awak tak pening ke? Dah la kali pertama pula tu. Daebak arr,” kagum Gongchan sambil meneguk air. Eunji membuat peace.

     “Kesian pula saya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
snabilah50 #1
Chapter 3: ~~~~ada orang dah jatuh cinta...~~sweet lah dorang 2..update soon..
snabilah50 #2
Chapter 2: Update soon..hwaiting!!