Bab 1

Solo Day
Please Subscribe to read the full chapter

     Gongchan berlari ke arah taman permainan sambil membawa dua tin air sejuk.
“Maaf kerana lambat,” katanya tercungap-cungap sambil menghulurkan salah satu tin air kepada Yoona dan disambut olehnya. “Gomawo,” kata Yoona.

     Gongchan duduk di sebelah Yoona sambil meneguk air tersebut. “Aahh~,” Gongchan menghilangkan dahaganya. “Jadi,hari ini kita nak ke mana?” Gongchan memandang Yoona dengan satu senyuman. Sesiapa yang melihatnya pasti akan terpikat dengan senyuman itu malah akan berasa berdebar-debar. Yoona beruntung kerana memiliki teman lelaki yang tampan seperti Gongchan. Namun...

     “Erm,Gongchan-shik. Saya ada sesuatu yang hendak beritahu awak,” Yoona mula bersuara dengan nada serius. Reaksi Gongchan bertukar serius. Gongchan hanya menunggu apa yang hendak diperkatakan Yoona.

     “Saya rasa,kita tak sesuai jadi sepasang kekasih. Saya rasa kita tak serasi,” Yoona memandang muka Gongchan. “Apa maksud awak?” Gongchan bertanya,dia mulai risau. “Tolong jangan sebut. Tolong jangan cakap,” merayu Gongchan dalam hatinya.

     “Apa kata kita putus?” Gongchan terkedu kerana ayat itu keluar daripada mulut Yoona. “Saya … saya tak mampu nak teruskan hubungan ini lagi. Saya harap awak akan jumpa perempuan yang lebih baik daripada saya. Maafkan saya,” Yoona berlalu pergi. Gongchan hanya mendiamkan diri. Dia tidak menyangka hal ini akan berlaku. Dia berasa keliru,apa salah dia? Kenapa Yoona buat begini? Adakah Yoona sudah bosan dengannya?

     Gongchan duduk termenung memikirkan hal tersebut di taman permainan itu sehingga lewat petang. Dia berasa bingung. Dia tidak mahu pulang ke rumahnya dengan hati yang terluka itu. Dia mengambil keputusan untuk merayau-rayau di bandar.

     Eunji duduk di atas kerusi sambil menikmati permandangan tasik yang disinari dengan lampu yang berwarna-warni di hadapannya. Hatinya berasa sedih,pedih,sakit! Dia tidak menyangka yang Sungyeol sanggup berbuat begitu terhadapnya.

     “Kita putus. Hubungan kita hanya se

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
snabilah50 #1
Chapter 3: ~~~~ada orang dah jatuh cinta...~~sweet lah dorang 2..update soon..
snabilah50 #2
Chapter 2: Update soon..hwaiting!!