In My Heart

Under 8ighTeen

Malam yang sepi disinari cahaya bulan, aku dan Sehun kini sedang duduk dibangku taman dihadapan bangunan hospital sambil menghirup udara segar. Hampir sebulan Sehun terlantar dihospital, dan sebulan jugalah aku menjenguknya setiap hari. 

15 minit berlalu, kami masih membisu. Angin yang bertiup lembut sungguh menenangkan tetapi ia tidak mampu menenangkan hati aku yang sedih saat ini. Apabila mengetahui orang yang kita sayang hanya ada sebulan untuk hidup..memeritkan, bukan?

"____.."Panggil Sehun perlahan. Aku tahu dia tengah risaukan aku, tapi aku lebih risau tentang dia.

"____, kita dah janjikan yang awak tak boleh bersedih lagi?" Rayunya. Dengan perlahan Sehun memegang kedua belah pipi aku lalu menghadapkan ke arahnya. Matanya yang redup, memandang aku penuh perasaan. Air mata aku sedikit demi sedikit mengalir jatuh ke pipi.

"Saya sayang awak..saya sayang awak sangat2. Saya tak tahu nak cakap apa lagi, saya takut sangat sekarang ni. Saya takut akan kehilangan awak. Saya tak sanggup tengok awak pergi. Kenapa? Kenapa awak pergi tinggalkan saya?" Aku teresak2 menangis. Hampir setiap malam aku memikirkan hal itu.

Terdengar keluhan kecil dibibir Sehun yang pucat itu, lalu dia tersenyum kecil memandang aku."Siapa kata saya akan tinggalkan awak? Walau dimanapun saya berada.." Sebelah tangan aku diraih. "Awak tetap kat sini.." Serentak dengan itu tangan aku diletakkan kat dadanya."..kat hati saya.."

Aku tersentuh mendengarnya. Spontan Sehun menarik aku kedalam pelukannya lalu mengusap lembut belakang aku. Dagunya diletakkan diatas bahu aku sambil berkata sesuatu.

"Awak tak payah risaulah. Bila saya dah tiada nanti, saya tak pernah lupa sampai bila2, yang saya pernah memiliki hati seorang gadis yang sangat cantik masa saya berada kat dunia ni, iaitu awak.."

Aku tersenyum hambar. Sekurang-kurangnya hati aku sedikit terusik." Ish, mengarutlah awak ni.."

"Mengarut apanya? Saya cakap betullah." Sehun melepaskan pelukkannya lalu mencuit hidung aku dengan geram.

"Eleh, awak sengaja nak ambil hati saya kan?"

"Eh, dia ni..kita puji dia cantik, tak nak pulak. Nanti kita cakap rupa dia macam Mek Nenek, tahu pulak nak marah."

"Ish!" Aku memukul lengan Sehun lalu berpura2 merajuk.

"Merajuklah puas2. Nanti bila awak dah habis merajuk, bagitau saya okay?" Ujar Sehun kemudian ketawa lucu. Tanpa aku sedari, bibir aku mengukir senyuman.

"Dah habis merajuk?" Soal Sehun.

"Belum!" Aku bersilang tangan.

"Okay, saya tunggu." Sehun turut bersilang tangan. Aku dapat lihat dia sedang menahan ketawa.

"Eee!! Awak ni kan."

"Hehehe..Jangan marah. Saya sengaja nak buat awak geram sebab saya suka tengok muka awak macam tu. Comel."

"Tahu pun. Saya memang comel." Aku mengelip2kan mata memandang Sehun. Sehun tersenyum lucu.

"Okay, okay..saya tahu awak comel. Disebabkan kecomelan awak tu lah, saya teringin sangat nak.."

Chup~

Spontan Sehun mengucup bibir aku membuatkan aku terkebil2. 

"Jom?" Sehun segera berdiri kemudian menghulurkan tangannya kearah aku yang masih terkebil2 akibat ciuman tadi." Dah lewat malam ni, nanti awak terkena selesma." 

Aku hanya menurut. Spontan Sehun menarik hujung jari aku kemudian memimpin aku memasuki bangunan hospital.

"Nak teman saya malam ni?" Soalnya ketika kami sedang berjalan beriringan.

"Erm, boleh juga."

"Okay."

"Hmm.."

"____?"

"Nae?" Aku memandang wajah Sehun.

"Saranghae." Ucap Sehun selamba. Aku tersenyum.

"Nado, saranghae."

Sehun melepaskan tangannya dijari aku kemudian meletakkan lengannya diatas bahu aku dan menarik aku rapat dengannya.

"Walau dimana pun saya berada..awak tetap kat sini..kat hati saya.."

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
93Hanafayana #1
Boleh x buat jimin BTS ngan minah girls day?
93Hanafayana #2
Chapter 5: Update soon....
chnylvrus #3
Nakk request jugakk author-nim!! Best gilerr ff ni..
nadrisa #4
Chapter 4: nk request utk birthday sy bleh? birthday sy khamis ni...sy nk request chen dgn sy tgh berdating d tepi pantai sambil tgok matahari terbenam & dia buat birthday surprise....thanx author-nim...
93Hanafayana #5
Chapter 4: Nk request jugak!!!
93Hanafayana #6
Chapter 4: Wah....daebak ah....best gilerr...
baehwililly
#7
Chapter 4: ahh ~~ huhuhuh T^T ...best sangat ..nk menangis punn ada ..pipi ni dah naik blushing baca ff awak ..thanks sangat2 ..saya hargai ff ni ..XD ..melting gitu ..thanks again author nim ..mmng best betul XDDDDD
sunlight_ #8
Boleh request ke
baehwililly
#9
Chapter 3: Fuyooooo !! Cerita ni best sngt ^^ ,.huhuhu knp sehun sakit ? Dia sakit apa ?!! Sweetnya ,. Untung dapat jumpa exo .... Hahahah dah tersengih- sengih baca ff awak ni ^^ ,,saya harap awak buat lagi ... Knp jln cerita ni awesome sngt xD .. I like it !!!!

Klu awak tk keberatan blh tk buatkan imagine kai ngan je jae (yeoja) ^^ ... Kamsahh xD

Author nim jang !