Don't You Remember?

Under 8ighTeen

Aku berlari2 anak ke arah perhentian bas. Hujan renyai2 turun membasahi bumi. Angin yang bertiup membuatkan aku menggigil kesejukan. Aku memeluk tubuh sambil mengusap2 lengan aku. 

Beberap minit menunggu, bas telah pun sampai. Aku segera menaiki bas. 

Mata aku melilar mencari tempat duduk kosong, kemudian aku terpandang satu tempat kosong dibahagian belakang dan aku segera mengambil tempat duduk disebelah lelaki yang sedang lena tidur. Aku memasang earphone yang berada dileher, kemudian memajamkan mata. Uhmm..hujan2 macam ni, dengan cuaca sejuk, best sangat layan lagu yang mendayu2.

Thud!

Tiba2, terasa seperti sesuatu jatuh kat bahu aku. Aku membuka mata..

Jantung aku berdebar2. Lelaki yang sedang lena tidur tadi kini sedang bersandar dibahu aku.

Gulp!

"Err..ju gi yoh?" Aku memberanikan diri untuk menegur tetapi lelaki itu langsung tidak menunjukkan tanda2 yang dia ingin bangun dari tidur. Perlahan2 aku menolak kepalanya, dan tiba2 lengan aku dipeluk erat membuatkan aku menjadi keras macam patung.

"Please.."Ucap lelaki itu dalam tidur. Aku mengerutkan kening. Apa hal pula mamat ni? Dia mengigau ke? 

Aku cuba mencuri2 pandang wajah lelaki itu. Aku menoleh ke kanan dan mendekatkan wajah aku kearahnya..

Pittt!!!

Bas itu tiba2 sahaja berhenti mendadak membuatkan muka lelaki itu tersembam ke muka aku yang berada dihadapannya. Dan bibir kami secara tidak sengaja telah tersentuh membuatkan aku terpinga2 dan  pipi aku berubah merah. Ommo!! Otteke? Apa yang dah berlaku? Macam boleh jadi macam ni? Harap2 lelaki tu tak sedar.Ugghh!!

"Huh?" Lelaki itu tersedar dari tidur. Dia merenung aku dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Lama kami berbalas pandangan.

Aku mula cemas. Hujung bibir aku digigit. Dengan pantas, aku berdiri dan segera mencapai payung aku untuk keluar dari bas tersebut.

Aku melangkah laju menjahui bas itu, dan tiba2 tangan aku direntap oleh seseorang membuatkan aku berhenti melangkah. Tangan aku yang sedang memegang tangkai payung dipegang. Dan kini, kami berada dibawah satu payung dalam keadaan hujan yang renyai2.

"Hey. Awak tak ada sesuatu ke nak cakap dengan saya?" Soal lelaki itu selamba. Aku mendongak memandangnya yang lebih tinggi dari aku. Kemudian dia juga mendekatkan wajahnya kearah aku membuatkan aku terdorong sedikit kebelakang.

"Nope." Ucap aku laju kemudian segera meninggalkan lelaki itu, dan payung aku masih berada ditangannya..


Seminggu kemudian..

Dilorong yang gelap dan sunyi, hanya bunyi tapak kaki aku yang kedengaran. Aku melangkah lemah sambil memandang kebawah.

Bbam!!

"Ahh?" Aku terkebil2 sebab aku telah terlanggar seseorang. Aku mendongak memandang orang tersebut. "Huh?"

"Hey. Awak kenal saya?" Lelaki itu tersenyum.

"Err..awak siapa?" Aku mengerutkan kening.

"What? Awak tak kenal saya langsung?" Lelaki itu separuh jerit." Anyway, awak akan terkejut besar bila dapat tahu saya ni siapa."

Apa benda yang dia mengarut ni? Dia siapa?

"Saya tak kenal awak. Sorry, saya jalan dulu." Aku segera melangkah tapi lelaki itu tiba2 menolak tubuh aku rapat ke tiang lampu membuatkan aku tersentak. Sebelah tapak tangannya disandarkan ke tiang lampu tersebut membuatkan aku tersepit ditengah2. Kini kami berdua sedang berdiri menghadap antara satu sama lain dibawah cahaya lampu berwarna oren.

Aku menelan air liur. Lelaki itu merenung tajam mata aku.

"Apa yang awak cuba buat? Awak cuba nak buat2 lupa tentang peristiwa tempoh hari? Apa yang terjadi masa kat dalam bas tu membuatkan saya tertanya2, apa jenis perempuan awak sebenarnya?"

Penyataannya membuatkan aku terpinga2. Aku dapat rasakan yang lelaki itu sedang menghela nafas berat.

"Saya tak dapat tidur lena sejak kejadian tu. Saya keliru sebab benda tu tak pernah lagi terjadi kat saya. So, berhenti berpura2 dan at least minta maaf pada saya atas apa yang awak dah buat?"

Aku menolak tubuhnya menjauhi aku. Aku mengeluh kecil." Apa yang awak cakap ni? Saya tak kenal awak! Baik awak ke tepi! ." Aku mula hilang sabar.

"Saya tak nak." Ujarnya selamba.

"Saya cakap ke tepi!"

"Saya cakap, tak nak!"

"Get off, seriously!"

"No!"

Aku mengetap bibir." Kenapa awak macam ni? Apa masalah awak sebenarnya?"

"I like you.."

"W-what?" Aku terkesima.

"I like you! Saya mula jatuh hati dekat awak sejak peristiwa di dalam bas tu. Awak jangan ingat saya tak tahu apa yang dah terjadi." Aku terdiam. Bas?

"Sejak peristiwa tu, saya sering ekori awak tanpa awak sedari. Dan malam ni, saya memang dah agak awak lalu sini. Sebab tu saya sanggup tunggu awak kat tempat ni, dan macam ni respon awak?"

"A-apa yang awak cakap ni?"

Lelaki itu memandang aku dengan geram.

"Saya tak tahu kenapa saya boleh jadi macam ni? Saya dah cuba sedaya upaya untuk tak suka awak, tapi ia tak berjaya sebanyak mana pun saya cuba. S-saya rindu awak..saya rasa lebih lega sekarang bila dapat berjumpa dengan awak.." 

"Berhenti cakap benda yg mengarut! Saya benci bercakap dengan awak macam ni. Saya tak peduli macam mana perasaan awak. Ke tepi sekarang juga."

"Saya tak kisah kalau awak tak suka saya." Lelaki itu tiba2 melangkah setapak ke hadapan dengan renungan yg sukar ditafsirkan." Saya akan ikut apa yang hati saya cakap.." Lelaki itu semakin dekat membuatkan hati aku berdebar2.

" Awak cakap awak tak ingat saya, kan?" Lelaki itu tiba2 memegang kedua belah pipi aku lalu didongakkan kearahnya."Patutkah saya tolong awak untuk ingat semula?" Soal lelaki dengan sangat tajam. Aku mula menggigil.

"A-apa awak nak buat.."

Spontan lelaki itu mendekatkan wajahnya dan..

Chup~

Aku terpingah. Serta merta aku menjadi keras macam patung. Jantung aku terasa hendak melayang saat ini, dan pipi aku terasa sangat panas.

Lelaki itu segera melepaskan tangannya dipipi aku kemudian memegang kedua bahu aku."Awak dah ingat sekarang? Ini benda yang sama awak buat kat saya hari tu. Awak asyik cakap yang awak tak kenal saya, so saya tunjukkan kat awak. Sekarang awak dah ingat? Boleh tak awak faham kenapa saya berkelakuan pelik macam ni?" Soal lelaki itu bertubi2. Aku hanya membisu.

"Awak yang dah buat saya jadi macam ni. Walaupun ia cuma secara tak sengaja or whatever..saya jadi macam ni sejak peristiwa tu."

Ppak!

"Hey! "

Aku menampar pipi aku sendiri. Hanya dengan cara itu aku dapat menyedarkan diri aku. Aku bingung!!

"Kenapa awak  buat macam tu? Kenapa awak tampar diri awak sendiri? Biar saya tengok pipi awak, awak rasa sakit ke?" Soal lelaki itu panik.

"Step back!" Aku jerit kearah lelaki itu.

"W-what?"

"Saya kata undur kebelakang!"

Dengan pantas, aku menolak tubuh lelaki itu dan terus meninggalkan tempat itu. Aku benar2 buntu!


Kai's POV

Aku hanya memandang perempuan itu berlari dan hilang dalam kegelapan

"Perempuan tu menakutkan..Anyway, aku tak faham kenapa dia tak sukakan aku? Dia tak kenal ke aku siapa? Dia tak kenal EXO ke? Macam mana seorang lelaki yang bernama 'Kai' tak kena cam? Mungkin rupa aku dalam TV dan real life berbeza kut?"

Aku mengeluh kecil. Akhirnya aku hanya meninggalkan tempat itu..

"Kai!!" Panggil semua ahli EXO yang tiba2 muncul depan aku. Mereka tersenyum simpati melihat aku.

"Kena reject la.." Ucap aku lemah.

"Alaa..its okay. Kitorang kan ada." Chanyeol menepuk lembut bahu aku.

"Gomawo.."

 


 

 

Adoi! Ciannye Kai kena reject.
What? Tamat macam tu jer?
Ending yang sangat menghampakan..

Hehehe sorry~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
93Hanafayana #1
Boleh x buat jimin BTS ngan minah girls day?
93Hanafayana #2
Chapter 5: Update soon....
chnylvrus #3
Nakk request jugakk author-nim!! Best gilerr ff ni..
nadrisa #4
Chapter 4: nk request utk birthday sy bleh? birthday sy khamis ni...sy nk request chen dgn sy tgh berdating d tepi pantai sambil tgok matahari terbenam & dia buat birthday surprise....thanx author-nim...
93Hanafayana #5
Chapter 4: Nk request jugak!!!
93Hanafayana #6
Chapter 4: Wah....daebak ah....best gilerr...
baehwililly
#7
Chapter 4: ahh ~~ huhuhuh T^T ...best sangat ..nk menangis punn ada ..pipi ni dah naik blushing baca ff awak ..thanks sangat2 ..saya hargai ff ni ..XD ..melting gitu ..thanks again author nim ..mmng best betul XDDDDD
sunlight_ #8
Boleh request ke
baehwililly
#9
Chapter 3: Fuyooooo !! Cerita ni best sngt ^^ ,.huhuhu knp sehun sakit ? Dia sakit apa ?!! Sweetnya ,. Untung dapat jumpa exo .... Hahahah dah tersengih- sengih baca ff awak ni ^^ ,,saya harap awak buat lagi ... Knp jln cerita ni awesome sngt xD .. I like it !!!!

Klu awak tk keberatan blh tk buatkan imagine kai ngan je jae (yeoja) ^^ ... Kamsahh xD

Author nim jang !