Chapter 5

Dating Agency

Hari ni,macam biasa pergi ke pejabat.Tapi lewat macam entah pape.Aku patutnya pergi ke pejabat pukul 8.30 pagi.Tapi hari ni terlajak tidur sampaikan bangun pukul 8.15 pagi.Ni sebab asyik fikirkan pasal anak saudara Sandara Park tu ler.Mak saudara dengan anak saudara sama je.Menyusahkan aku.Cerewet yang amat.

Kebiasaannya perjalanan aku drive ke pejabat selama 10 minit tapi hari ni 3 minit je.Hebat aku ni.Kembang hidung kejap.Aku sempat mandi kerbau je lah.Pakai pun sesimple(?) mungkin.Kalau tak,aku dah pakai sebotol perfume.

"Aik..Sooyoung?Biasanya kau mari awal terlajak.Hari ni kenapa lewat terlajak?Bergayut dengan namja chingu kau ke?"Perli si Sung yeon.Pergh..Sesedap kimchi je kau perli aku eh?

"Eh?Baru kau sedar ke yang aku ni pekerja yang berdisiplin?Terima kasih.Mianhe aku datang lewat hari ni.'Namja chingu' aku tu tak nak berhenti call aku.Katanya rindu sesangat.Taklah macam 'orang' tu.Sebulan sekali,namja chingu dah tak tahan dengan perangai 'orang' tu."Perliku dengan kali ini lebih pedas.Nampaknye,Sung yeon dah mengerut muka dia.Serupa macam halmeoni aku tapi....lawa lagi kut halmeoni aku.

"Minah ni..."

"Aku dengar! Aku dengar!"Balas ku dengan lebih kuat.Tapi,lepastu aku buat derk jelah.Macamlah aku tak tahu dia tu akan buat 'ketupat' dengan geng dia.Kesah pulak eomma aku?

Aku terserempak dengan bos aku. "Selamat pagi,Puan Lee."Aku membongkokkan badanku sebagai tanda hormat pekerja kepada bosnya.Bagusnye aku ni.

"Selamat pagi,Cik Sooyoung.Kenapa hari ni kamu lewat?"

"Err..Sebenarnya saya semalam saya semak nama pelanggan.Sampaikan tak ingat pukul berapa."Aku menyengih sambil menggaru tengkuk.Terpaksalah aku menipu dengan boss aku yang baik hati ni.Taklah macam boss satu lagi.Hampeh...

"Ouh..Jadi,kamu dah cek butiran profil Park Chanyeol tu?"Tanya dia lagi.Puan Lee,bukan setakat cek profil dia je,siap terbawa-bawa hingga ke mimpi lagi.Cei,macamlah aku suka dia.

"Dah,tunggu nak jumpa je."

"Baguslah kalau macam tu.Lagipun,sekarang kerja kamu hanya uruskan tentang Park Chanyeol dan calon-calon pasangannya sahaja,ya?"Kalau macam tu...

"Err..Tapi macam mana dengan pelanggan-pelanggan saya yang lain?Takkan buat tak layan je kut?"Yelah,kan habis semua pelanggan tu saman aku kan,tak ke naya?Mereka tu dah lah orang pangkat tinggi-tinggi.Aku manalah ada duit nak cekau.Kalau ada pun,tak hingin aku nak bagi.Baik aku beli ayam goreng dekat kedai mak kepada sepupu aku.

"Kamu jangan risau.Yang pilih matchmaker bukan mereka,tetapi pengurus bahagian tersebut akan lakukan.Dan walaupun,mereka yang pilih matchmaker sendiri,kamu 'unavailable' atau 'busy'."Balas Puan Lee kembali lalu tertawa.Aku tak tahu part mana yang lawak tapi yang pasti Puan Lee nampak comel bila ketawa.Haih!

"Arasseo,Puan Lee.Erm,,puan nak kopi?Saya boleh buatkan."Kataku kepada beliau.Entah kenapa aku boleh jadi rajin gila hari ni.Puan Lee asyik membelai rambutku.Dan itu membuatkan aku segan.

"Gwaenchanayo,Sooyoung-ah.Kamu bukan kerani pun.Nanti saya suruh Cik Song buatkan,ye.Saya pergi dulu,ya."

"Nae,Puan Lee!"Aku menunduk lalu tersengih-sengih.Dan,sampai sekarang aku tak tahu kenapa Puan Lee baik sangat dengan aku?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
swift98 #1
Chapter 5: Update soon.. best story ne.. hehe
Maple_Day
#2
Chapter 2: Hhahahaah Chanyeol memng layak kene mcmtu lol

Update soon author-nim..
Fighting
Maple_Day
#3
wuhuuu sooyeol...
update tau author-nim.. ditunggu ^^