Chapter 1

Dating Agency

8 tahun yang lepas,

 

Seorang pelajar perempuan dengan rambut ikat kuda,sepasang cermin mata yang tebal lagi besar,uniform yang kemas dan pendakap di giginya berjalan di koridor sambil membawa beberapa buku yang tebal di tangannya.Semua orang melihatnya dengan muka menyampah.

 

‘Asal semua orang tengok aku macam pelik bila aku lalu dekat dia orang.Aku bukan alien pun.Baju pun,aku bukan pakai bikini.’

 

Selepas itu,dia terlanggar seseorang dan terpijak kasut seseorang yang dia agak,kasut pelajar lelaki. ‘OMG,aku terpijak kasut oranglah pulak!’Dia menjerit di dalam hari.

 

“Okay,dah mari dah dua orang musuh ketat.Apa pulak dia orang gaduhkan.”

 

“Oppa aku!! Dia akan bergaduh dengan budak geek tu.Grr..”

 

“Budak geek tu memang akan mampus la..”

 

“Aku fikirkan kalau kau ada kau punya cermin mata yang besar gedabak dan tebal dekat mata,mungkin kau boleh nampak dengan jelas tentang laluan dekat sini.Tapi,mungkin aku dah salah kut.”Bila dia dengan suara lelaki yang telah dia pijak kasutnya,terus menjadi marah.

 

‘Nasib baik aku tak minta maaf lagi.Mamat ni memang tak patut aku mintak maaf.’

 

“Yah,Park Chapang! Jaga sikit mulut kau yang maha busuk tu.Dan aku tak sangka kau pun yang tak pakai cermin mata dan boleh nampak sejelas-jelasnya jalan ni,tak nampak badan aku yang jalan depan kau.Asal tak elak je?Ke kau sengaja langgar aku?”

 

“Choi Sooyoung,kau fikir aku suka ke tengok muka kau yang hodoh dan langgar kau?Perasanlah kau ni.Dan,sengaja?Mungkin bila anjing aku mengiau macam kucing.”Dia buat muka menyampah lalu pergi.

 

“Kau tak guna,kurang ajar,idiot!Menyesal aku tak pijak dengan kuat lagi kasut kau biar rosak terus!!”Dia menjerit dan pergi dengan perasaan marah.

 

Yeah,Choi Sooyoung,kalau anda tengok penampilannya yang geek,nerd dan sebagainya seperti orang yang pemalu,pengecut dan lemah,anda memang salah kerana dialah pelajar paling berani,kuat dan berkeyakinan lagi bijak.Lebih-lebih lagi bila dia bersemuka dengan musuhnya,Park Chanyeol ataupun nama ‘manja’nya,Park Chapang.

 

Tapi,dia bukanlah hanya seorang nerd/geek dalam SM High School kerana ada lapan lagi dan mereka ialah sahabat sejati Sooyoung.Namun,ramai orang membenci mereka kerana…penampilan?Chanyeol menganggap mereka sebagai ulat buku,geekers dan uglies.

 

Park Chanyeol,salah seorang Kingka di sekolah.Di sekolah,dia hanya happy virus yang biasa tetapi terkenal,tetapi jika di luar sekolah,mood playboynya akan muncul.Dan itu membuatkan Sooyoung benci akan dia.Dia benci Sooyoung kerana beberapa sebab.Sooyoung turut memanggilnya Yoda,Derp Face,Playboy(di luar sekolah) dan banyak lagi.Chanyeol mempunyai kakak yang memang menjengkelkan dia.Dia bijak juga tapi teruk.Lagi,dia mempunyai sebuah kumpulan iaitu EXO,Kingkas of SM High School yang terdiri daripada 12 orang.Mereka juga suka mengejek Sooyoung dan rakan-rakannya.

 

 

 

Di kantin,

 

Sooyoung berjalan ke kantin dan mengepal penumbuknya dengan erat.Dia memang marah dengan lelaki tu. ‘Yoda tu memang tak sah tak buat aku marah.’Dia melihat sekumpulan pelajar perempuan yang makan sambil belajar. “Girls!!”Dia melambai-lambai tangannya kepada mereka.Kawan-kawannya juga membalas lambaiannya.

 

“Wei,aku pergi order makanan dulu lepastu datang sini balik okey?”Kawan-kawannya angguk tanda faham.

 

Sooyoung pergi ke kaunter dan menegur penjaga kantin. “Selamat pagi,Ahjumma.Ahjumma nampak cantik hari ni.”

 

Ahjumma tersebut senyum kepadanya. “Selamat pagi juga,Sooyoung-ah.Terima kasih atas pujian tu.Kamu selalu puji mak cik walaupun dah tua.Jadi,apa yang kamu nak makan hari ni?”

 

Sooyoung tengok ke menu yang berada di kaunter tersebut. “Hurm,saya nak sepinggan stik,hamburger,nasi goreng,fish and chips,segelas air epal dan oren yang besar.”

 

Penjaga kantin yang lain berkata, “Woah Sooyoung-ah,kamu selalu ada selera makan yang besarlah.”Tapi,Sooyoung cuma senyum macam budak kecik yang mana menunjukkan pendakap di giginya. “Aniya,Ahjumma.Pagi tadi yang tak bersarapan pun dekat rumah.”

 

“Baiklah.Pesanan kamu akan tersedia dalam 5 minit.Kamu tunggu ya.”Sooyoung angguk dan menunggu makanannya yang sedap tu.

 

Sedang dia menunggu,seseorang batuk di sebelahnya. “Perempuan gemuk.”

 

‘Aku dah berasap dah ni…

 

Author's Note:

Ehem..Sakit tekak baru lepas nyanyi..Okay,ni chapter 1,tak tahu lah boleh puaskan hati korang..Aku buat flashback sebelum tu,dan inilah flashback nyer...Hehehe,asalnya nak straight to the point tapi takut ada pembaca tak faham,ni beri penjelasan walaupun tak berapa nak jelas..Heee,okay sayonara,annyeong,bye..*sambung nyanyi LOL*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
swift98 #1
Chapter 5: Update soon.. best story ne.. hehe
Maple_Day
#2
Chapter 2: Hhahahaah Chanyeol memng layak kene mcmtu lol

Update soon author-nim..
Fighting
Maple_Day
#3
wuhuuu sooyeol...
update tau author-nim.. ditunggu ^^