chap3

The Pain
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Kim!” Kim yang sedang menyemak fail terhenti perbuatannya lantas mengalihkan pandangan ke arah gadis dihadapannya. Cermin mata yang dipakainya ditanggalkan sebelum menyuruh gadis itu duduk.

“Kenapa? Ada masalah ke?” Kim bertanya kepada Irene yang juga teman sekerjanya. Irene hanya mencebik sambil tangannya disilang di atas dada.

“Ish, kau ini! Asal aku datang je tanya ada masalah ke?” ujar Irene separuh menyindir sengaja meniru gaya percakapannya membuatkan Kim hanya tertawa kecil seraya kepalanya digelengkan.

“Ok, lain kali aku tak tanya soalan macam itu lagi. Ada apa ya cik Irene datang ke sini?” Kim meletakkan sikunya di atas meja menongkat dagu memandang Irene sambil matanya berkelip-kelip.

“Jom lunch, aku laparlah. Bawa anak kau sekali nak. Dah lamalah aku tak jumpa dia. Rindunya aku dengan budak kecil itu.” Irene menjerit kegirangan. Spontan Kim meletakkan jarinya penunjuknya di bibirnya memberi isyarat supaya rakannya memperlahankan suaranya. Mujur sahaja cuma ada beberapa staf di pejabat kerana kebanyakan mereka yang lain sudah keluar pada waktu rehat.

“Ish! Nasib baik tak ada sangat orang. Kalau tidak mahunya, diorang cakap kau ini ada mental problem.”

Kim menghamburkan tawa melihat Irene yang sudah menggigit bibir apabila dibilang sebegitu. Irene merenung tajam ke arahnya sebelum dirinya turut sama-sama mengikut ketawa. Irene…Irene. Gadis berwajah sawo matang dan bertubuh kecil molek itu ada sahaja menceriakan harinya.

“Yalah jom!”

 Irene tersenyum riang sebelum masing-masing berjalan keluar dari pejabat mereka.

“Eungie-ah! Rindu tak dengan aunty?”

tanya Irene sambil mencubit pipi Eungie. Kim yang sedang duduk berhadapan dengan mereka hanya tersenyum kecil.

“Aunty… syakitlah.”

Eungie mengaduh kesakitan apabila pipinya sudah terasa kebas akibat Irene yang masih lagi mencubit pipinya. Irene seraya menarik tangannya dan mula menggosok pipi anak kecil itu. Eungie hanya memuncungkan bibir sebelum menjeling ke arah lain. Marah barangkali. Irene     yang menyedari tentang kesilapannya lantas meminta maaf. Tidak disangka cubitannya terlalu kuat sehinggakan Eungie sakit.

Kim hanya tertawa kecil melihat telatah mereka berdua. Makanan yang terhidang di atas meja dimakannya. Sedap!

“Kim tengoklah, anak kau dah besar. Dulu aku ingat lagi masa budak ini masih bayi, tembam sangat sampai aku rasa nak cubit-cubit pipi dia. Susah payah kau besarkan Eungie.”

Irene menghentikan suapannya. Dia memalingkan wajahnya ke arah Irene. Wajahnya bertukar masam. Kata-kata Irene membuatkan hatinya sebak. Benar apa yang dikatakan temannya. Kepayahan  yang harus ditanggung seorang diri.

Ya, tidak pernah dia melupakan bagaimana perit membesarkan anaknya. Demi mencari sesuap nasi demi diri dan kandungannya membuatkan dia terpaksa bekerja lebih masa. Sepanjang itu juga, dia berteduh di sauna atau mungkin di bawah jambatan. Wang gaj

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 4: Alaaa alaaa sambung lah lagi
choco_chim
#2
Chapter 3: jebal....updatee!!
AQFXQX
#3
Chapter 3: Update soon.. best la cite nie.. :-D
heartxx #4
Update soon :D x sabar nk bca lgi