past...

The Pain
Please Subscribe to read the full chapter

"Mama..." Eungie menarik tangan mamanya.

"Mama...kesian uncle ni... dia syakit" Kim melihat lelaki yang duduk di kerusi roda.

"Sayang, jom balik." Kim mengangkat anaknya tanpa menghiraukan lelaki itu yang masih merenung.

"Jiji-ah. Aku tak tahu yang kau dah kahwin" Hati Kim bagai disiat mendengar perkataan 'perkahwinan'.

Macam mana aku boleh kahwin kalau aku dah tidur dengan laki lain. Ada ke orang yang nak terima aku setelah apa yang terjadi, Baekhyun.

"Jiji-ah.. Kenapa kau tak nak pandang aku?" Kim masih tidak mahu menoleh ke arah Baekhyun. Hatinya menjadi sakit apabila mengenangkan peristiwa dan kepayahan dia menanggung semua masalah dan lelaki itu melepaskan tanggungjawabnya.

"Ama.. uncle tu angillah." Eungie memukul lembut bahu mamanya. Mungkin dia kesian melihat lelaki itu tidak dilayan oleh mamanya.

"Jiji-ah.." Baekhyun masih lagi memanggilnya namanya.

"Stop calling me like that. Saya bukan Jiji." Kim mula menapak langkah ingin berjauhan daripada Baekhyun sebelum air matanya jatuh gugur lagi hanya disebabkan lelaki itu. 

 

"Ma..ma. Napa mama marah uncle tadi tu. Sian dia, dia syakit tau. Mama ni, kata tak oleh marah orang... tak baikkan." Kim mengusap lembut kedua pipi anaknya. Kalaulah saya tahu yang dia tu...

"Uncle tadi tu jahat. Eugie, lain kali jangan sebarang je nak hilang daripada mama. Sekarang banyak orang jahat. Nanti dia culik Eungie, bawak Eungie jadi makanan anjing, nak?" Eungie menggeleng-geleng kepalanya dengan riak wajahnya yang serupa macam orang kena kejar hantu.

Kim membulatkan matanya untuk menunjukkan lagi keseraman ceritanya.

"A..nak.Takutlah.." Dalam hati Kim ketawa kegelian melihat teletah anaknya. Senang je nak menginsafkan anaknya yang seorang ini, buat cerita pasal anjing, mulalah dia tak tenteram. Takut sangat tengok bintang yang lidah terjuih tu.

"A..ma, uncle tu encemlah." Memang itu dia tidak menafikan, Baekhyun masih sama walaupun dia duduk di kerusi roda dengan wajahnya yang agak pucat. Tertanya-tanya pula, kenapa dia macam tu, tapi ego melarangnya daripada berbuat demikian.

"Eungie, tidur sayang. Mama ngantuk ni." Kim menyelimutkan anaknya yang terbaring di atas katil. 

 

Baekhyun

 

Matanya merenung kepekatan malam. Jam sudah menunjukkan 1200 malam namun matanya masih tak boleh lelap. Dari tadi fikirannya asyik teringat peristiwa tadi. Bertemu dengan Kim Jieum adalah satu keajaiban buatnya setelah hampir empat tahun mereka tidak berhubung.

Dia rindu pada Kim, gadis yang dulu sahabat dan cinta pertamanya. Walaupun kehidupan silam sebagai seorang playboy, itu tidak bermakna dia tiada cinta sejati. Kimlah yang buat dia sedar tentang perasaan.

 

 

Baekhyun mencari Kim di kelas, namun tidak terlihat langsung kelibat gadis itu. Tadi ada, sekarang tak ada. Mana pulak dia ni. Dia baru nak suruh si Kim itu menghantarkan bungkusan baju kepada kekasih hatinya. Dia duduk di meja Kim sambil mengetuk-ngetuk meja. Mana pulak ni? Baekhyun mula menyelongkar beg kawannya. Saja nak hilangkan boring. Sementara menunggu baik, dia membuat kerja menyelongkar. Bosanlah katakan. Tangannya membelek buku-buku di dalam beg Kim. Aih.. dari tadi buku sekolah je.

Seketika tangannya berhenti membelek. Ada buku kecil

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kamong
#1
Chapter 4: Alaaa alaaa sambung lah lagi
choco_chim
#2
Chapter 3: jebal....updatee!!
AQFXQX
#3
Chapter 3: Update soon.. best la cite nie.. :-D
heartxx #4
Update soon :D x sabar nk bca lgi