Cook Cook Prap!

4444 8888

Loceng yang menandakan waktu persekolahan pada hari itu telah pun berbunyi nyaring.Hati Hyerin merasa risau dan resah gelisah.Risau untuk memberikan jawapan kepada Yugyeom.Dia mengeluh kasar dengan tangannya yang sibuk memasukkan pensil dan alat tulis yang lain didalam kotak pensil.Taeyeon yang memerhati juga tidak faham apa yang bermain didalam fikiran sahabatnya itu.

“Yah..jom pergi makan Tteokbeoki,nak?”Soal Taeyeon gembira.Dah lama dia mengidam nak makan.

Hyerin menggeleng kepala menolak.

“Aku ada hal penting lepas ni”

“Penting yang macam mana?”Taeyeon menjegilkan mata.

“Aku mungkin boleh menyelamatkan negara”

Taeyeon tercengang.Apa pula yang dimaksudkan oleh Hyerin?Negara mana pula dia nak selamatkan ini?

Seusai mengemas barang,Taeyeon melambai tangan kepada Hyerin apabila dia melangkah keluar daripada kelas,begitu juga dengan rakan sekelas yang lain,mereka semua telah pergi dan tinggallah Hyerin disitu.Dia takut untuk keluar daripada kelas,adakah dia harus kebelakang sekolah?Kesian pula dia pada Yugyeom yang menunggu.Tapi bagaimana kalau Yugyeom membuat rancangan untuk menculiknya?Aigo,otak Hyerin dah rosak keapa.

Hyerin mengumpulkan kekuatannya dan menggengam tangan dengan kemas sambil berjalan lemah.Tombol pintu dipulas dan ditarik.

“Hyerin”

“Mark?”

Mereka berdua sama-sama terlopong melihat sesame sendiri,adakah mereka berdua bukan manusia dan menjelma dalam bentuk lain?Mark mengusap lehernya sebelum menggerakkan bibirnya.

“Kau..kena teman aku”Ujar Mark dengan suara yang tegas lalu menarik lengan Hyerin.Mata Hyerin merenung kearah lengannya yang dipegang oleh Mark dengan kening yang terangkat.

“Err…teman..pergi mana?”Terketar-ketar suara Hyerin seolah-olah dia membuat suatu kesalahan dan harus menerima hukuman yang setimpal.

“Pasaraya”

“Hah?”

“Tak payah hah-hah sangat…mama aku datang nak melawat katanya,so kita mestilah masak sesuatu..menunjukkan kita menyambut dia..so..jangan beritahu aku kau ada apa-apa plan..kalau ada pun..aku tak nak dengar..”

“Tap-

“Takde tapi-tapi!”Tegas Mark.

“Café!!”

“Aku dah uruskan..Jackson akan sanggup”Mark ketawa jahat apabila mengingatinya.

“Eh monyet..kau nak Hyerin ponteng kerja sampai bila ni?”

“Tolonglah..kau tak kesiankan sepupu kau ni ke?,hah?”Mark menjegil matanya.

“Errr!Yalah!Aku pecat baru tahu nanti”

“No!Eh..pecatlah…aku ada untuk dia”

“Cheesy siot!”

“Apa yang lawak sangat tu?”Soal Hyerin dengan kening yang terangkat ingin tahu.Mark menggeleng kepala dan mereka terus berjalan beriringan keluar dari kawasan sekolah menuju kearah parkir kereta.

Hyerin menjenguk-jenguk sama ada Yugyeom ada disitu atau tidak.Kepalanya terdongak-dongak.Mark yang sedar akan perbuatan Hyerin yang kurang menyedapkan matanya itu mengeluh panjang dan menolak Hyerin masuk kedalam kereta.

“Sorry Yugyeom..”Bisik Mark sendiri dan melangkah masuk kedalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta dan memecut kearah destinasi.

 

 

 

Hyerin mengangkut dua beg plastik yang berisi bahan mentah dan bahan basah untuk masakan manakala Mark hanya berlengang sahaja.Hyerin sakit hati juga,mula-mula Mark bukan main tonjolkan espresi muka mahu meminta tolong dengan hati yang murni dan penuh ciri-ciri lelaki budiman,tetapi akhirnya dia membiarkan Hyerin mengangkat semuanya.

“Awak,pergi mandi..biar saya yang masak”

Mark terlepas tawa dan menekan perut menahan tawanya sehingga berair mata.Hyerin tercengang seketika.Apa yang lawak sebenarnya?

“Pandai masak ke kau ni?”Mark seolah-olah menyindir dan mencapai tapak tangan Hyerin dan meniliknya.

“Meh aku tengok..tangan pro memasak ni”

Hyerin terkebil-kebil melihat Mark yang memegang pergelangan tangannya untuk jangka masa yang panjang dan akhirnya menarik tangannya sendiri dan berdehem kasar.

“Pergilah mandi”

Mark menggaru-garu kepalanya dan berjalan pergi.

Hyerin terhendap-hendap melihat kearah Mark,mahu memastikan lelaki itu sudah selamat pergi dari dapur.Entah Mark sakit atau ada yang tidak kena,dia rasa macam pelik semacam aja Mark tu.

“Dia terlebih caring keapa…aduyai..baik aku masak”Hyerin menyising lengan bajunya sehingga siku dan memasukkan sayur-sayur kedalam bekas penapis dan tergedek-gedek menuju kearah sinki.Mula-mula,basuh sayur-sayur dengan bersih-bersih.

Hyerin mula mengupas kulit bawang dan memotongnya kecil-kecil.Air matanya mula berair dan pedih.

“Wahai bawang..aku tak berniat nak menangis setiap kali aku tengok kau”Bisik Hyerin sendiri.

Setelah memotong bawang,dia memotong lobak merah pula.Dia tersenyum kerana banyak-banyak sayur yang paling dia suka potong adalah lobak merah.Sekejap.Hyerin berfikir sejenak dan mengerutkan dahi dengan kotak fikirannya dipenuhi sesuatu dicampur bawang dan lobak.Kombinasi apakah itu?

“Wuuu…lobak”Hyerin mula membuat wajah sedih apabila memotong lobak dan melirik kearah bawang yang berbaring seksi didalam piring.

“Lobak..aku buat macam ni supaya bawang tak terasa hati..nanti dia ingat dia tak lawa kes tu aku nangis..tolong aku ya,lobak?”

Mark yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala dengan jarak yang agak dekat terangkat kening.Apa yang dia baru dengar?Bawang?Lobak?Adakah Hyerin makan ubat Halusinasi?

“Kau bercakap dengan siapa tu?”Soal Mark.

Hyerin yang terkejut telah melepaskan pisau yang digenggamannya dan menyebabkannya jatuh diatas kaki.

“Ahh!”

Mark dengan automatic melemparkan tuala dan meluru kearah Hyerin yang sedang menjerit kesakitan.Kakinya mengeluarkan cecair bewarna merah.

“Kau okay?”

“O-okay”

“Ya,kau tak okay”

“Hah?”Hyerin tercengang dan terkejut apabila dia diangkat keudara oleh Mark dan dibawa keatas sofa diruang tamu.Mark tergesa-gesa mengambil kotak yang berisi ubat-ubatan didalam cabinet.

Mark mengambil plaster dan perlahan-lahan menampalkannya pada tempat luka.Hyerin terkebil-kebil.Dia masih ingat kejadian dikedai buku hari itu.Mark langsung tidak mengendahkannya.Sekarang,ianya berubah 180 darjah.Apa yang terjadi?

“Kau berehat dekat sini,biar aku yang masak”

“Tapi..ini calar je…saya jerit tadi sebab terkejut aja kut”Jelas Hyerin yang terasa dirinya terlalu gedik menjerit bagai tadi dek terkejut.Dia terbayang kakinya berlubang.

“Ah…kau rehat ataupun mandi..sebab bau kau dah macam panda yang busuk..panda kalau comel pun..busuk tetap busuk..dah..pi mandi”Mark mengusut-ngusutkan rambut Hyerin sehingga tidak dapat dilihat raut wajahnya.

 

 

Next Chap…

“Mwoya!Apa yang berlaku??”Wendy menggigit bibir dan menyilang tangan tidak berpuas hati.

 

 

Sorry…pasal Yugyeom dan Jackson tu saya tak update..saya mampu update sampai sini aja.Mianhei,next update saya akan tulis,memandangkan dah lewat..wuuwuuwuwuwu

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
reader... i really need your comment,jebal

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 28: Authornim tolongla sambung~~~~ TT says nk tahu ape jadi kat mark dengan hyerin TT lagi pun citer ni semakin bertambah menarik bila dapat tahu Yang mark demgan Irene ada anak~TT please authornim update bertahun saya tunggu haha
mykura #2
Chapter 28: authornim~~~~~~~~~~~bile nk update*buat muke comel*...(comel la sgtt)..btw update la cpt2..eoh??...hwaiting!
axelblaze
#3
Chapter 28: author-nim update lahh update lah. spm dah habis dah.. saya sampai dah berkematu dah tunggu..
markbam00 #4
Chapter 3: Akak bila nak smbung berzaman sya tunggu ni...
jongdae21 #5
Chapter 13: Jongdae21 ?? Sy ker ?? X kn ??
shizuka_arumi
#6
Chapter 28: Aku ship mark and hyerin ...tapi dah irene mengandung nmpak gayanya mark kena beraama irena...update soon...rasa macm lama dh ff ni
CandyStory
#7
Chapter 28: Unnie palli update! Kitaorangxnk tunggu lama... unnie kitaorg dh tunggu lama ff ni.... so palli update~ T-T
Btw unnie fighting tau!! Chaiyok2 ^__^
Didie_BTS #8
Chapter 28: Kak bertahun Ku tunggu akak update
Please update kak Aisyah
FatinHumairah_
#9
Chapter 28: Update asap!!~~ T^T
balqis_sehun
#10
Chapter 28: Wargh!! Rasa nak nangis la pulak bile tau mark dah ade anak...huhu~~ kesian hyerin...
Btw, akak update soon!! ><