Under The Paper(The End)

4444 8888

Kai dan Hyerin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju(Ya ke?) dengan membawa bagasi masing-masing.Menghirup udara yang segar?Tidak,Kai tersalah sedut asap kereta yang kotor dan terbatuk-batuk.Hyerin ketawa kecil kerana menganggapnya sesuatu yang comel.

"Jom kita pergi,teksi dah sampai!"Hyerin menarik tangan Kai dengan riang ria bersama Zonria.Dia tidak sabar untuk menghabiskan hujung minggu bersama lelaki yang dia sukai itu.Tanpa diganggu oleh sesiapa.Ya.

Dalam masa lebih kurang 40 minit perjalanan,akhirnya mereka sampai disebuah Hotel Suit yang amat mewah dan mempunyai pemandangan yang amat cantik.Hyerin tersengih sendiri dan kemudian mengalihkan pandangan kearah Kai yang melihat sekeliling.

"Awak...kenapa tiba-tiba nak bercuti?Dahlah tempat ni mewah sangat...."Hyerin mula berasa bersalah.Dia menghabiskan wang Kai sebegini.Dia gembira dan bersalah dalam satu masa yang sama.Yugyeom pernah cakap,ia tak bagus untuk penghadaman perut.Sebab tu kut Hyerin susah nak menyahtinja sewaktu dahulu.

"Alah..."Kai memeluk Hyerin dari belakang dan meletakkan dagunya diatas kepala Hyerin dan memeluk leher gadis tersebut sambil memejamkan mata.Penyambut tetamu yang bekerja dihadapan pintu penat memberikan senyuman dan membuka pintu seluasnya untuk mereka berdua.

"Apa salahnya...Saya memang bercita-cita nak bercuti dengan perempuan yang saya betul-betul suka"

Hyerin menggigit bibirnya.Sesungguhnya,Kai seperti susu pekat manis manakala Hyerin adalah teh yang perlukan gula.

"Oh...jadi..saya ni perempuan yang awak betul-betul..suka?"Hyerin mahukan kepastian.Sengaja.

Kai memusingkan badan Hyerin dan menundukkan badannya supaya bertentang mata dengan Hyerin dan mencuit hidung Hyerin manja.

"Betul-betul-betul-betul-betul-betul-betul-betul-betul-betul suka"

Hyerin mula berasa panas dan pipinya merah menyala dan menekup wajahnya.Okay,tindakkan ini seperti gedik namun Hyerin tidak mampu mengawalnya.

 

 

 

Hyerin ternganga melihat Kad Suit Room yang cuma ada satu sahaja.Ini sudah terang lagi bersuluh seperti lampu suluh berkuasa bateri Everyday yang dia berdua akan tinggal satu bilik.Hati Hyerin sudah tidak terkawal.Takkan dia nak tanya 'hey,kita satu bilik?'Kalau soal macam tu,macam minta Kai makin bazirkan duit untuk memberikan bilik untuknya.

"Mesti awak tertanya-tanya...satu bilik??Ya,satu bilik"

Hyerin terkedu.Kai tersenyum senget dan mengusap kepala Hyerin lembut.

"Awak...tak percayakan saya?"Soal Kai dengan wajah yang serius bercampur romantik tidak boleh blah.

Hyerin mendeguk air liur.Tapi dalam drama,sesuatu yang 18 tahun keatas akan berlaku.

"Okay,saya percaya"Adakah Hyerin menjadi kambing sekarang ini?Tidak!Hyerin masih manusia!

Mereka berdua melangkah masuk didalam bilik yang harmoni dan amat cantik.Kai tersenyum melihat gelagat Hyerin yang asyik tersenyu sambil ternganga.

Sementara itu di bawah langit Seoul,Mark dan Jackson sedang terlopong menonton drama yang entah apa-apa dalam kata lain membosankan.Sesungguhnya dunia terasa bosan sekarang ini.

"Serius...Hyerin pergi Jeju dengan Kai,boleh ke kau percaya serigala tu?"

"Serigala yang sakit dan mempunyai hayat yang amat nipis...dan cintakan si kambing tu bagai nak rak..mestilah aku percaya"Mark menyuap popcorn didalam mulutnya.

"Macam mana kalau diorang buat benda tu?"

"Nak aku buat apa?Terjah masuk bilik diorang dan sepak Kai?"Soal Mark geram.

Jackson menggaru kepala dan mula membayangkannya.Awan-awan berkepul mula muncul.

"Ahhh...oppa ni nakallah!"

"Hyerin...chu~"

"Mark si Superman pewira datang selamatkan kambing!"

Mark menghempuk-hempuk awan tersebut dan mencerlung matanya pada Jackson.

 

 

Bunyi kicauan Seagull dan tempisan ombak dengan lambaian angin yang menenangkan menerbitkan rasa tenang pada hati Kai yang gundah ketika ini.Dia amat bimbang jika dia tidak dapat melindungi dan bersama Hyerin.Dia mahu hidup bersama Hyerin.

"Apa yang awak fikirkan tu?"Soal Hyerin sambil mencuit-cuit pipi Kai yang mengelamun dengan wajah yang serius.

"Hyerin...bagaimana kalau saya kena pergi ke tempat yang amat jauh"

"Saya akan ikut"

"Tapi awak tak boleh ikut"

"Kenapa?"

"Awak tak boleh ikut...saya pun..tak nak pergi ke tempat itu"Kai menundukkan kepalanya.

Hyerin mula risau.Apa yang Kai cuba katakan?Dimana Kai mahu pergi sebenarnya?

"Saya bergurau je...haha!Tengok betapa seriusnya muka awak tadi!"Kai tergelak-gelak sambil menekan perutnya.

Hyerin geram lalu mengucup bibir Kai dengan sangat pantas.Dia sendiri ternganga,mengapa dia berbuat begitu lalu memusingkan badannya.

Kai terkejut dan terkeras kaku disitu.Dia perlahan-lahan menyentuh bibir munggilnya sambil melihat belakang Hyerin sambil tersenyum.

"Errr..."Hyerin terkedu apabila dirinya dipusingkan dan menghadap Kai.

Kai menundukkan badannya sedikit,matanya dipejam lalu melekatkan bibirnya pada bibir lembap Hyerin yang dicalit pelembap bibir berperisa strawberry.Kai dapat merasakan kemanisannya.Kai menekup kedua belah pipi Hyerin dan menghayati kucupan tersebut.

Kucupan tersebut terlerai dan mereka saling melihat antara satu sama lain dan senyuman yang indah lahir pada riak wajah mereka.Jantung mereka berdegup pantas laju dengan serentak.Memainkan melodi indah yang tidak dapat didengar.

Hyerin masih setia merenung wajah Kai melalui sudut sisi yang kelihatan amat sempurna.

 

 

 

Hyerin nyenyak didalam pelukkan Kai sementara Kai memeluk Hyerin dengan erat.Kai mencelik matanya dan melihat wajah Hyerin yang terlena.Sungguh cantik,tiada apa yang boleh describekan apa yang dia rasai.

"Uhuk!Uhuk!"Tiba-tiba Kai terbatuk-batuk.Dia terus bangkit dari katil dan menuju ke bilik air dengan mulutnya ditekup.Hyerin yang mendengar bunyi bising tersebut terjaga dengan wajah yang mamai.

Kai mengunci pintu bilik air dan terjatuh diatas lantai.Dadanya terasa amat sakit dan sukar untuk bernafas.Darah penuh pada tapak tangan yang menekup sebentar tadi.Beberapa saat berlalu akhirnya batuk Kai berhenti.Dia bangun dan melihat dirinya didalam cermin.Dagunya penuh dengan darah.

Kai menahan tangisannya apabila melihat darah yang sebegitu banyak.Bolehkah dia bertahan sehingga akhir percutian ini?

Kai membasuh tangan dan dagunya lalu keluar dari bilik air dengan wajah yang terkejut melihat Hyerin berada dihadapan bilik air.

"Kenapa awak batuk-batuk teruk sangat??"Soal Hyerin dengan kening terangkat.

"Saya tersedak"

Terlopong Hyerin.Ada orang tengah harmoni tidur boleh tersedak?

"Ah...jom tidur,saya mengantuk"Hyerin didukung Kai kearah katil.

Kai tersenyum mendengar gelak tawa Hyerin lalu tersengih mempamerkan gigi hadapannya.

"Maafkan aku Hyerin..sebab rahsiakan benda ni"

 

 

 

Hyerin perlahan-lahan mencelik matanya dan wajah Kai tiada disitu.Dia terus bangkit dan melihat sekeliling namun Kai tiada.Hyerin menghela nafas panjang.Dimanakah Kai menghilangkan diri?Adakah Hyerin ditinggalkan?Mata Hyerin tertumpu pada sebuah kotak yang berada diatas meja solek.Hyerin berlari anak dan membuka kotak tersebut.

"Sila pergi ke taman Hotel dibawah pokok yang paling besar disitu"

Hyerin tergaru-garu kepala.Kenapa dengan Kai?Ada event atau apa sebenarnya?Ini bukan hari jadinya atau hari jadi Kai sendiri.Hyerin mengangkat bahu dan terus masuk ke dalam bilik air.

Hyerin membutangkan cardigan biru mudanya dan berjalan kearah almari yang masih terbuka.Selang beberapa saat mata Hyerin terjongket,seperti ada sesuatu dibawah jaket Kai.Terus dia mengangkat jaket tersebut.Tiada apa-apa yang pelik,cuma T semalam yang dipakai.Hyerin mahu meletakkannya semula namun ternampak tompokkan merah pada T tersebut.

"A-Apa ni?"Soal Hyerin sendiri.Dia cuba mengamati warna merah tersebut dan dia pasti itu adalah darah.

Hyerin terkedu.Dia terus berlari keluar daripada bilik dan menuju ke destinasi yang diarahkan oleh Kai.Entah mengapa,hatinya terasa kosong dan dia ingin menangis sekuat-kuatnya sekarang.

50 meter,dia dapat lihat sebuah pokok yang terbesar disitu,menghadap laut dan matahari yang terpancar.Namun,Kai tiada disitu.Hyerin berlari kearah pokok tersebut dan mengelilinginya.

"Kai?"Hyerin cuba memanggil kemudian seperti ada sesuatu terkena kepalanya.Hyerin berpaling kebelakang dan dapat dlihat origami seperti kapal terbang namun aneh bentuknya diatas rumput.Hyerin terus mencapainya dan membukanya sedikit dan agak terkejut.Bentuknya menjadi bentuk hati.Dia terus membaca apa yang tertulis

 

Walaupun ianya singkat

Saya akan hargai semua ini

Terima kasih kerana..

Luangkan masa dengan saya

Dan percayakan saya

Tolong janji

Awak jangan...

 

Hyerin bertaut kening.Kenapa seperti aneh?Jangan apa?

"Jangan ratapinya"

Hyerin mendongak kepalanya dan melihat Kai yang sedang berjalan sambil tersenyum.

Hyerin terus menangis sekuat-kuatnya dan meluru kearah Kai.

"Apa semua ni!!Awak tulis apa??"Hyerin menghembam wajahnya pada dada Kai.

Kai mengusap kepala Hyerin dan memejamkan mata.

Kai menarik tangan Hyerin untuk untuk duduk dan membiarkan bahunya sebagai tempat Hyerin berehat.

"Saya sayang awak...tolong ucapkannya...sebanyak yang mungkin"

Hyerin terkedu.

"Saya......saya sayangkan awak....saya sayangkan awak..."Air mata mula menitis laju.

"Saya...saya sayangkan awak sangat-sangat...sayang..."Suara Hyerin mula berubah dan dirinya tertunduk.

Kai memeluk Hyerin dan menangis perlahan-lahan.

"Bila saya pergi nanti..."

"Tak...."Hyerin menjerit kecil.

"Jangan lupakan saya...yang saya ini..pernah menjadi milik awak.."

Hyerin menggeleng-geleng kepala dan menangis tersedu-sedu.

"Apa awak cakap ni...awak takkan pergi mana-mana"

"Saya...ada kanser..."Jujur Kai seraya menyeluk sesuatu didalam poket dan menghulurkannya kepada Hyerin.

"Kai.....janganlah..."Hyerin menggenggam erat tangan Kai.

"Ambil ni"

Hyerin tidak menghiraukannya.Dia masih menangis teresak-esak dengan menyekanya.

Kai menarik tangan Hyerin dan meletakkannya diatas tapak tangan.

Hyerin melirik kearahnya.Origami hati.

"Bukalah"Ujar Kai perlahan-lahan.

Hyerin menarik kertas tersebut dan sebentuk cincin dapat dilihat.Kai terus menyarungnya ke jari manis Hyerin.

Hyerin kaku dan kemudian melihat kearah Kai.

"Kai?Kai!Kai!!"Hyerin menggoncang-goncangkan badan Kai.Namun,Kai tidak bergerak dan menghembuskan nafas lagi.Hanya tangisan memenuhi sudut tersebut.

 

Sabtu 7.15 pagi.Cukup seminggu aku dapat bersamanya dan merasaikan pelbagai emosi.Kai.Goodbye.Awak didalam kenangan saya.

 

 

 

Next Chap.......

 

"Cepat!Kau tak boleh bersedih macam ni!...kita buat ni...list ni...keluar sebagai kekasih dengan menukar jantina sehari"

"Hah?"

"Pasti...err...uwek....seronokkan??"

 

 

Adakah saya berjaya membuatkan anda menangis?Jangan risau,Kai masih hidup,dan dia mungkin menjadi watak utama untuk aff sy yang akan datang.Nak?Hahaha!Pasal Tok Bomoh,next chap...next chap tak mau sedih-sedih..kita akan pasang mood comedy semula.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
reader... i really need your comment,jebal

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 28: Authornim tolongla sambung~~~~ TT says nk tahu ape jadi kat mark dengan hyerin TT lagi pun citer ni semakin bertambah menarik bila dapat tahu Yang mark demgan Irene ada anak~TT please authornim update bertahun saya tunggu haha
mykura #2
Chapter 28: authornim~~~~~~~~~~~bile nk update*buat muke comel*...(comel la sgtt)..btw update la cpt2..eoh??...hwaiting!
axelblaze
#3
Chapter 28: author-nim update lahh update lah. spm dah habis dah.. saya sampai dah berkematu dah tunggu..
markbam00 #4
Chapter 3: Akak bila nak smbung berzaman sya tunggu ni...
jongdae21 #5
Chapter 13: Jongdae21 ?? Sy ker ?? X kn ??
shizuka_arumi
#6
Chapter 28: Aku ship mark and hyerin ...tapi dah irene mengandung nmpak gayanya mark kena beraama irena...update soon...rasa macm lama dh ff ni
CandyStory
#7
Chapter 28: Unnie palli update! Kitaorangxnk tunggu lama... unnie kitaorg dh tunggu lama ff ni.... so palli update~ T-T
Btw unnie fighting tau!! Chaiyok2 ^__^
Didie_BTS #8
Chapter 28: Kak bertahun Ku tunggu akak update
Please update kak Aisyah
FatinHumairah_
#9
Chapter 28: Update asap!!~~ T^T
balqis_sehun
#10
Chapter 28: Wargh!! Rasa nak nangis la pulak bile tau mark dah ade anak...huhu~~ kesian hyerin...
Btw, akak update soon!! ><