Cinta Hati

Wolf? [Rewrite]
Please Subscribe to read the full chapter

Agam milik pemuda bernama Kim Jongdae diterangi dengan cahaya warna warni, pintu gerbang dihiasi dengan bunga bungaan yang indah dilihat terbuka luas. Mengalukan kehadiran tetamunya. Muzik sentimental beralun dengan indah. Para tetamu mula berkumpul. Chen tersenyum lebar kepada tetamu-tetamunya. 

 

Pekerjanya melakukan kerja yang baik kerana agam itu kelihatan sangat 'hidup' baginya. Malam ini merupakan antara malam yang ditunggu selama hidupnya ini. Malam dimana tanggungjawab nya sebagai abang kepada Kim Jina akan dilaksanakan sepenuhnya. Bertahun menanti, akhirnya inilah malam genap 18 tahun umur gadis itu. 

 

"Mana Chanyeol? "Tanya Chen kepada Baekhyun. Baekhyun tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi. "Dia pergi ambil Kai dengan Luhan hyung dulu. Kejap lagi dia sampai." Baekhyun menepuk bahu Chen.Chen hanya mengangguk. "Xiumin, panggilkan Jina. Semua dah bersiap sedia ni" arah Chen. Xiumin mengangguk akur. 

 

Dedaun pintu ditolak perlahan lalu langkah kakinya dibuka. Gadis itu kelihatan sayu saja. Xiumin tersenyum, dia sudah tahu apa yang berlaku malangnya tidak bagi gadis itu "Cik, marilah turun."Xiumin berkata. Jina mengangkat wajahnya. "Kenapa Cik sedih sangat hari ni?" tanya Xiumin.

 

"Tadi oppa marah saya. "perlahan saja nada suara gadis itu. "Alah, Tuan kan selalu main main je kalau marah. Cik tak perlu lah risau."pujuk Xiumin. "Kali ni oppa marah saya teruk."bantah Jina. "Percayalah saya Cik. Sekarang mari kita turun, Tuan dah menanti di bawah bersama tetamu lain. "

 

Jina berkerut. "Ni lagi satu saya tak faham, ni majlis apa? Ramai pula yang datang, terutama kawan oppa." Xiumin hampir saja terlepas namun ditelan semula kata-kata nya. Dia hanya tersenyum.  Tangannya yang bersarung tangan hitam dihulurkan sambil tubuhnya ditundukkan sedikit, ala lelaki budiman kala dulu. "Oppa ni lah"Jina tertawa kecil lalu menyambut  huluran tangan lelaki itu. 

 

Jina meletakkan tangannya pada pangkal lengan lelaki itu lalu berjalan bersamanya. Jina terkelu melihat mata-mata yang memerhatikan dirinya bersama Xiumin. Senyuman menghiasi bibirnya yang dicalit gincu merah hati itu. Tepukan gemuruh bergema di seluruh agam mewah itu. Terasa malu bukan kepalang sekarang. 'Kenapalah kau cantik sangat sayangku?' 

 

Mata Jina meliar ke seluruh tempat apabila mendengar bisikan itu lagi. Dia bertambah malu dengan bisikan itu sebenarnya. Abangnya sudah tersenyum melihat dirinya yang semakin mendekati. "Di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ayaliea
yahhhh! happy 300 readers! ! saranghajaaaa!

Comments

You must be logged in to comment
Seasony
#1
Chapter 4: I love it!!
BaeBacon__L #2
Chapter 4: What's happen next? Chanyeok buat apa kt Jina
xoxohayi #3
Please update....
loveoverdose #4
Chapter 4: Author-nim.... bestnya... update.. update.. teruskn hasil karya yg best.. 화이팅~
afiera1501 #5
Chapter 4: Kenapa dgn chen?? Knapa dy suruh chanyeol yg jaga?? Wae??
pikahbajet #6
Chapter 4: kesian chen.........update soon.....
NURA96 #7
Chapter 3: tapi????? ppali update... ;)
Sawako184
#8
Awak,saya nak tanya boleh?Awk ada account wattpad tak?