CODE 01 : Strange Feelings

Breath #file01 -HIATUS-

“urgh…” Joy membuka matanya perlahan-lahan. perlahan-lahan, penglihatannya yang kabur disilih ganti dengan cahaya yang agak terang.

‘Aku  kat mana ni?’Joy menyoal dirinya. Hairan, dia berada di koridor bersama Wendy, Seulgi dan Irene. Sekarang di layar matanya kelihatan lampu pendaflour pula.

“Joy….”Irene memapangkan wajahnya di hadapan Joy.

“Awak dah sedar” soal Wendy riang.

“Baguslah, apa kata kita report kat cikgu.” Seulgi menepuk kedua belah tangannya. Dia kemudian mengatur langkahnya keluar daripada bilik rawatan sekolahnya. Meninggalkan Wendy dan Irene menemani Joy.

“… Saya…”

Joy mula membuka mulut untuk menanyakan soalan yang bermain di benak hatinya apabila Wendy dengan pantas mematahkan soalan Joy. “Awak pengsan tadi. Kitaorang risau sangat.” kata Wendy risau.

Joy mula mengarahkan badannya untuk bangun, tetapi tindakannya pantas dihalang oleh oleh Irene. “Awak tak perlu bangun sekarang. Tapi awak tak apa-apa sekarang.Kelas pun dah habis.”kata Irene  menghalang Joy.

Joy bersandar di rangka katil.  Di fikirannya terbayang wajah budak lelaki tadi, Tao. Budak lelaki misteri yang menghulurkan patung kayu kepadanya. Patung kayu yang dibaluti kain kasa lusuh, kelihatan menyeramkan.

“Eh… budak lelaki tu?”soal Joy. Dia memandang tepat anak mata Wendy, mengharapkan jawapan.

“Budak lelaki tu?” Wendy menyoal Joy kembali. Tidak faham akan soalan yang Joy ajukan kepadanya sebentar tadi.

Irene memandang tepat wajah Joy. “Oh! mamat nama Huang Zi Tao tu. Dia jarang datang ke sekolah. Awak pun baru jumpa dia, kan?”soal Irene inginkan kepastian.

“a.. Ya!”Jawab Joy gugup. “Siapa dia tu?” Joy bertanya lagi.

“Dia tu anak kepada pengarah sekolah ni, tapi kelakuan dia pelik sikit. Mungkin bunyinya keterlaluan, tapi apa yang saya dengar dia suka kumpul barangan berkaitan ilmu hitam. Patung kayu yang dia nak kasi awak tu tak silap saya semester lepas dia ada juga kasi kat budak baru ni.”Wendy berhenti berbicara buat seketika sebelum menyambung …

“Tapi, disebabkan dia tu anak pengarah, takde orang berani cakap apa-apa. Malah ada yang tak datang sekolah sebab takut. Masa tu keadaaan agak tegang sampaikan cikgu terpaksa bagi amaran kat dia. Benda-benda aneh gitu kadang-kadang boleh buat kita meremang bulu roma.” Wendy menghela nafas berat. Melahirkan rasa tidak puas hati.

Irene mendekati Joy. “Kalau nak tahu, awak ni bukan orang pertama yang pengsan tau!”

‘Ilmu… Ilmu hitam? Anak patung tu?... perasaan jijik apa ni?” pelbagai persoalan bermain di benak hati Joy. Tetapi dia tidak tahu jawapannya. Cuma ada satu cara,

“Budak tu , kelas mana ek?”Joy memandang tepat Irene yang berada dekat disisinya. ‘Ni saja caranya, apa yang budak tu rasa ya? Bila berdepan dengan semua tu?’ sekali lagi persoalan demi persoalan muncul dalam kepala Joy. Dia memandang wajah Wendy dan Irene bersilih ganti..

“Budak mana?”soal Irene,buntu.

“Budak yang Tao kasi patung kayu padanya.”

“Oh!!! Budak tu? Nama dia Do Kyung Soo rasanya. Comel, mata dia bulat macam mata ikan emas.”jawab Wendy.

“Mana budak tu ek?”soal Joy sekali lagi. Dia belum mendapat apa yang diinginkan.

Irene menelam air liurnya sebelum berkata “Err… tak silap aku, budak tu dah…”

“Dah apa?”soal Joy inginkan kepastian. Dia dapat melihat wajah Irene yang semakin pucat.

Irene memandang Wendy. Mengharapkan Wendy memberikan jawapan. Wendy menghela nafasnya. “Budak tu dah…mati!”

“Apa? Mati?” oktaf Joy naik sedikit. Mungkin kerana terkejut sebab makhluk yang dia ingin jejaki dikhabarkan sudah tiada.

“Dia mati 2 bulan lepas.. 2 minggu sebelum awak daftar masuk sekolah ni. Dia bunuh diri, terjun bangunan sekolah…seram kan?” Irene sudah memeluk seluruh tubuhnya yang ramping. Terketar-ketar tubuhnya mungkin sebab kedinginan atau mungkin sebab ketakutan.

‘Apa ni? aku tak faham! kenapa budak tu nak bunuh diri pula? tak sayang nyawa ke? Sedangkan di dunia ni kalau mampu ramai orang nak beli nyawa.’ rungut Joy dalam diam.

KREKK!

“Cikgu dah datang.”Bunyi pintu bilik rawatan itu dibuka. Kelihatan tiga kelibat manusia memasuki bilik rawatan tersebut. Tiga orang tersebut ialah Seulgi, Mr Kyuhyun dan seorang lagi yang tidak dikenali Joy.

“Cikgu dah datang.”kata Seulgi yang baru sahaja memasuki bilik tersebut bersama-sama Mr.Kyuhyun dan seorang lagi manusia yang teramat comel. berwajah babyface.

“Joy, kamu dah sedar?” soal Mr. Kyuhyun walaupun di hadapan matanya Joy masih bernyawa.

“Ya.”jawab Joy ringkas.

“Kejap, apa nama budak ni Hyung?” tiba-tiba Mr babyface tadi menanyakan nama Joy pada Mr.Kyuhyun.

“Nama dia Park SooYoung. Joy!” terang Mr.Kyuhyun. “Oh, girls ini  Mr.Luhan. Dia cikgu yang jaga pesakit kat bilik rawatan ini” Mr. Kyuhyun memperkenalkan Mr babyface tadi sebagai Mr.Luhan.

“Nyenyak tidur tadi? Awak tak sepatutnya pengsan tiba-tiba macam tu.”Mr. Luhan memandang Joy. kemudian dia menyambung, “Kalau nak balik silakan. Kamu dah tak apa-apa.” Mr. Luhan menulis sesuatu pada kertas yang dipegangnya. Kemudian dia mengorak langkah keluar dari bilik rawatan tersebut.

Di layar minda Joy mula muncul pelbagai keanehannya terhadap Tao.

‘Pada masa tu… dia tenung kearah aku. Perasaan jijik itu berubah seolah-olah…

…ianya menyentuh aku dengan satu rasa kegelapan yang pernah aku alami sebelum ni. Sama macam hari sebelum pembunuhan tu! Pembunuhan di sekolah… Hanya aku saja yang terselamat..

Siapa sebenarnya dia? Tao!!!’

 

 

……………………………………………………………………………………………….

 

Kelihatan empat orang pelajar perempuan sedang mengatur langkah keluar dari kawasan sekolah.

“Cikgu arahkan supaya kita bahagikan kumpulan Khom Loy.” terang salah seorang daripada mereka,Seulgi.

“Joy, awak masuk kumpulan kitaorang, ek?” tanya Irene sambil memandang tepat kearah Joy.

“Ya.” Joy membalas. Dia tersenyum.

Mereka terus berjalan sehingga sampai di hadapan pagar sekolah dengan secara tiba-tiba

“Aduh! Saya tertinggal beg.”Joy menepuk dahinya. Menyesali kecuaiannya. “Saya pergi ambil dulu. Korang bertiga pergi la dulu. Dah lewat dah ni.

“Jumpa awak esok!” mereka bertiga berkata serentak sambil melambai-lambaikan tangan mereka kepada Joy. Joy membalas.

Kemudiannya dia berpaling tubuhnya 90 darjah ke belakang. Dia mula melajukan langkahnya memasuki kawasan sekolah dan terus memasuki bangunan Seoul High tersebut. Persis pelari pecut.

Joy masih teruskan lariannya sehingga sampai di tangga. Dia mendaki tangga tersebut secara perlahan-lahan. Takut jika berlaku kejadian tidak diingini.

“Macam mana aku boleh  lupa?” Joy merungut-rungut. Dia memandang sekelilingnya. Tiada orang. Masakan akan ada orang. Sekolah sudah tamat dua jam yang lalu. Dia terlambat kerana terlantar di katil bilik rawatan akibat pengsan. Dia melihat sekeliling sekali lagi, menyeramkan. Bulu roma Joy tegak berdiri 90 darjah.

“Aku kena cepat dan segera pulang ke rumah.” Joy melajukan langkahnya lebih laju dari tadi. Sehingga sampai di  hadapan pintu kelasnya. Joy menghulurkan tangannya memegang tombol pintu kelasnya. Tiba-tiba….

Joy merasakan sesuatu yang aneh..

“Inilah perasaan pelik yang aku alami tengahari tadi. Kenapa semua ni..?”

Tangan Joy terketar-ketar. Dia tidak tahu sama ada mahu memulas tombol pintu tersebut ataupun tidak.

“Tidak!”Joy menarik kasar tangannya daripada terus memegang  tombol pintu itu.Tanpa berfikir panjang dia memalingkan badannya dan terus berlari keluar meninggalkan sekolah tersebut. Ini bermakna dia meninggalkan begnya di dalam bilik darjah tanpa mengetahui apa-apa tentang begnya.

Sambil berlari, fikiran Joy bercelaru.

‘Aku mahu mulakan sesuatu yang baru. Aku tak nak terlibat dengan perkara macam ni lagi.’

 

……………………………………………………………………………………………….

 

3 a.m

Di atas bumbung bangunan Seoul High, kelihatan sekujur tubuh berdiri kaku. Sambil memegang beg bewarna hitam.Perlahan-lahan, seolah-olah dikawal, tubuh itu mengatur langkahnya ke hadapan.Tanpa tanda-tanda untuk mematikan langkahnya, tubuh itu melayang jatuh dari bangunan empat tingkat itu. Darah berselerakan di sekitar kawasan jasad tersebut.

 

 

 

 

 


 

 

Aku rasa macam pendek benor chapter nie!

Sorry la kalu citer ni cam suram sikit. Kalau bab seram ni 200% aku pun secara auto transform jadi kelam macam citer dia gak.

Apapun Enjoy Reading

Sorry la kalau chapter ni x best! Idea aku terbantut lak arini.

Bye. See you guys then...... ^-^

 

KyungSoo: Fanfic nie kata aku mati! What???

Baekhyun: Haha.. relax bro! Senasib la kita nanti. Takpe, tunggu next chapter author nie.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Elf2004 #1
Chapter 1: Can someone please translate this
Elf2004 #2
Chapter 1: Eng ver please
There aren't any taojoy fics ?
Someone please write more
kpopgirl2494 #3
Chapter 2: Wah this story is interesting. Can't wait for the next chapter :D
HappyDomo #4
Chapter 2: Kyungsoo.. Wae??
Mana mana Joy boleh selamat ek? Siapa yang terjun bangunan tu?
Nak tau gak. Update soon.
lissahara9
#5
Chapter 1: Seramnya.. macam mana Joy boleh selamat dari pembunuhan tu??
tak sabar nak baca next chapter.. ^^