CODE 01 : Odd Boy

Breath #file01 -HIATUS-

“Joy, kita pergi makan tengah hari jom!” Wendy menjerit memanggil Joy.

Irene di sebelah Wendy menilik jam di pergelangan tangannya. ‘Dah pukul 12 tengah hari’

“Cepat la joy, nanti sesak!” kali ini Seulgi pula menjerit memanggil Joy.

“Okey” balas Joy sambil memasukkan alat tulisnya ke dalam pencil box. “Saya nak simpan barang jap.”kata Joy sambil menyusun buku sekolahnya di dalam laci meja.

Ouch!!!!!

“Sakitnya, apa nie?” Joy menarik jarinya keluar dari laci meja. Dia melihat jarinya. darah merah mengalir dari hujung ibu jarinya.

‘Siapa yang buat macam nie kat aku?’ Joy menanya dirinya sendiri.Untuk mendapatkan jawapan yang pasti, Joy mengalihkan pandangannya ke dalam laci meja.

Kelihatan satu cahaya yang bersinar-sinar menikam pandangan mata Joy.

“Apa ni? Pisau lipat!”Joy berbisik tetapi masih dapat didengari. Joy cuba untuk mengeluarkan pisau itu, kebetulan Joy mendapati terdapat sepucuk surat terselit di antara buku-bukunya. Joy mengambil surat itu dan membacanya.

 

PEREMPUAN BURUK, KAU BOLEH PERGI MATI!

 

“Dah habis kemas ke belum Joy?” jeritan Wendy mematikan lamunan Joy.

“Ya, aku datang!”

 

KREKK!

Joy menolak kerusinya masuk ke bawah meja. Kemudian dia berlari-lari anak menuju ke arah kawan-kawannya.

“kalau kita lambat, tempat tu sesak nanti!” Irene memberitahu Joy.

“Ya,ya!  Saya datang ni!”

 

 

Pergi mati!

Menakutkan tak?

 

“Suara!” Joy secara tiba-tiba mematikan langkahnya.Dia menekan kedua-dua telinganya dengan tangan.

 

Aku dengar satu sekolah ni mati.

Seram la kau ni!

Kau dah tak betul!

Kita kena usir dia dari sini.

Sepatutnya dari mula lagi sekolah tak terima dia.

 

‘Cukup, hentikan.’ Joy menekan telinganya. Kali ini lebih kuat.

 

Budak tak guna…….

Kenapa pindah sini?

Kesian kat dia kan? Tapi aku tak nak ada kena-mengena dengan dia.

 

‘…….. Hentikan! Tolong hentikan!’

“Joy! Kenapa ni.” soal Irine, dia terkejut kerana Joy tiba-tiba jatuh terduduk.

“Kenapa dengan kau ni? Okey tak?” kali ini Seulgi pula mengajukan soalan.Dia risau melihat keadaan Joy.

Joy mula sesak nafas. Dia menekup mulutnya dengan tangan.

“….  Saya tak apa-apa…..” Balas Joy, dia tidak mahu mereka risaukannya. “Saya pening sikit je. Sekarang dah okey dah.” Joy cuba berdiri. Nasib baik kakinya tidak kebas. Dia mula mengaturkan langkahnya bersama Wendy, Irene dan Seulgi ke cafeteria sekolah.

…………………………………………………………………………………………………….

 

Aku mempunyai keupayaan mendengar suara hati orang lain. Aku terpaksa tumpukan perhatian supaya suara-suara asing tu dapat mengalir dengan sempurna. Jika tidak… aku memang tak dapat hidup tenang. Tapi aku tetap juga gagal mengawalnya. Sebenarnya, aku tak nak dengar suara tu semua… Aku tak nak ambil tahu .

Bukan hanya suara, malahan kadang-kadang aku dapat rasakan kehadiran makhluk halus seperti hantu, roh  atau apa saja nama panggilan yang korang bagi kat makhluk ghaib tu. Aku tak pernah Nampak kelibat diorang, tapi aku tahu diorang memang wujud. Sesetengah orang panggil “deria keenam”. Tapi bagi aku ianya hanya “sumpahan”. Sesiapa yang mahu kelebihan seperti ini pasti tak mengerti apa itu makna kejahatan!
 
Tapi, disebabkan “sumpahan” alah nilah aku terselamat daripada kejadian ngeri tu! Kes pembunuhan di sekolah…. Hanya aku seorang saja yang terselamat. Kemudian, sekolah tu ditutup dan aku berpindah ke sekolah ni. Agak normal bila semua orang skeptical dan takut pada aku.

 

 

“Saya dengar tahun ni sekolah kita akan anjurkan Festival Loi Krathong.Orang luar pun boleh masuk sama.” Kata Wendy mematikan lamunan Joy.

“Betul? seronoknya, yay!”sorak Irene. Dia menepuk-nepuk tangannya.

“Jinjja? Sama macam tahun lepas kan?”soal Seulgi inginkan kepastian. Dia memandang muka Wendy. Mengharapkan jawapan.

“Lebih kurang la Seulgi. Tapi tahun ni acara khas pasti lebih menarik!”Wendy menjawab pertanyaan Seulgi. Tidak terdaya menahan panahan anak mata Seulgi.

“Ia akan jadi Pesta Khom Loy!” sorak Irene sekali lagi. Tidak dapat ditahan perasaan terujanya.

“Khom Loy?” Joy memandang wajah Irene yang duduk di hadapannya. “Apa tu?”

“Ia adat orang utara. Khususnya dipestakan di Thailand. Diorang akan lepaskan Khom Loy, belon udara panas ke udara selain lepaskan ke dalam sungai.” Irene memberikan keterangan ringkas kepada Joy. Maklumlah Joy ialah pelajar baru di Seoul High. Di Korea, Cuma Seoul High sahaja yang menganjurkan festival aneh macam ni.

“Macam menarik je, malam itu pasti sangat indah kan?” soal Joy teruja. Sudah berjangkit dengan penyakit teruja Irene.

“Ya, terima kasih kepada pengarah kita. Dia memang suka anjurkan festival aneh gitu untuk promosi tempat ni.”kata Seulgi lalu menghirup susu kotak yang baru dibelinya.

“Saya pasti akan bawa kekasih gelap saya ke acara romantic macam ni!” sorak Irene sambal menepuk tangan. Dia sungguh teruja untuk memeriahkan festival Loi Krathong yang akan dianjurkan pada bulan hadapan.

Tiba-tiba, “Merepek, Buang masa je. Baik aku lepak kat rumah!”seorang pelajar lelaki menyampuk, siapa lagi kalau bukan Byun Baekhyun. Baekhyun yang tadi duduk membelakangkan Joy memusingkan badannya 90 darjah memandang Irene.

Irene menjeling.Irene cukup tidak menggemari perangai Baekhyun yang suka menyakitkan hatinya. Kata orang, Baekhyun meminati Irene. “Yelah, dah orang tu takde awek kan, nak buat macam mana!” sindir Irene. Panahan Irene betul-betul tepat menikam hati Baekhyun.

Baekhyun merasakan ada batu seberat 1 juta kilo menghempap kepalanya dek sindiran Irene. Dia kemudiannya bangun. WAR!

“Kau tunggu jelah nanti! Aku akan bagi tau semua budak lelaki takyah pergi!” Baekhyun menempik kepada Irene.

“Hah! Jangan lupa reka alasan kau sekali ya! Aku report kat cikgu, sumpah aku akan buat!”Irene bangun lalu membalas tempikan Baekhyun. Joy yang melihat hanya kaget.

peperang masih berjalan sampai …

 

20 Minit berlalu….

 

RINGGGG!

“Loceng dah bunyi  tu! Jom balik ke kelas.”Wendy menarik lengan Irene. Kalau nak diikutkan sampai esok pun tak sudah pertelingkahan antara Irene dan Baekhyun.

Mereka berempat berjalan di sepanjang koridor menuju ke kelas mereka.

“Apa jenis lelakilah tu! Saja buat orang naik darah!” Irene membebel-bebel. Masih belum tenang hatinya dek sikap Baekhyun tadi.

“Dengar sini cikgu nak cakap.”Tiba-tiba mereka terdengar suara yang sangat familiar bagi mereka sejak dari beberapa bulan yang lalu. Mereka berempat mengalihkan pandangan mereka kearah sebuah lorong menuju ke bilik guru.

Mr Khyuhyun. Guru kelas mereka. Kelihatan sedang bercakap dengan seorang pelajar lelaki.Budak lelaki bertubuh tinggi, berambut colour kuning cair. Kelihatan banyak subang yang dipakai oleh budak lelaki itu.

Tanpa disedari, langkah Joy menjadi kaku. Seolah-olah sesuatu memegang kuat kakinya daripada melangkah pergi.

‘Aura apa yang hebat macam tu?’ Adakah ianya datang dari dia? Siapa budak lelaki tu?’ Joy menyoal hatinya. Aneh, dia tidak pernah merasakan benda yang pelik macam ini.

“Apa yang korang tercegat kat situ? Masuk kelas cepat!”marah Mr Khyuhyun apabila terpandang Joy,Irene, Seulgi dan Wendy yang berdiri kaku tidak jauh dari kedudukan dia dan pelajar lelaki di hadapannya.

Budak lelaki itu mengalihkan pandangannya ke belakang.

‘Dia… dia pandang kearah sini!’

TAP!!!

kedengaran bunyi tapak kasut. Menuju kearah Joy. Budak lelaki itu, budak lelaki misteri itu. Menuju kearah Joy. Langkahnya terhuyung-hayang.

“Tao, cikgu belum habis cakap lagi ni.”panggil Mr Khyuhyun. Tetapi budak lelaki itu, yang digelar sebagai Tao tidak mengendahkannya. Dia terus berjalan menuju kearah Joy,Irene,Wendy dan Seulgi berdiri. Apabila dia sudah berdiri tegak di hadapan mereka. Dia menundingkan jari telunjuknya kearah Joy.

“… Kau…”Tao membuka mulutnya sambil menundingkan jarinya kearah Joy.

Joy menekupkan hidungnya menggunakan kedua-dua belah tangannya. ‘Aku… aku tak boleh bernafas! ?!’

“Budak baru ni… Baru pindah masuk ke sekolah ni, kan?" Tao membelek-belek ke dalam beg sandangnya sambil tangannya ligat mencari sesuatu di dalam beg tersebut.

Di pandangan mata Joy. Dia melihat Tao mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandangnya. Kelihatan seperti patung kayu yang dililit dengan kain kasa lusuh. Patung itu kelihatan  menyeramkan.

“KuKu…. dah jumpa! Ni dia… Ambil ni! Hadiah untuk mengalukan kedatangan kau.”Tao menghulurkan patung kayu itu kepada Joy.

‘Hidung aku, kepala aku! Sakit!’Joy rebah menyembah lantai. Dia seakan-akan melihat patung itu tersenyum kearahnya. lima saat kemudian, mata Joy terkatup rapat.

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Nak tahu apa jadi kat Joy? Dan kaitan Tao dengan patung tu?

Tunggu Chapter seterusnya.

Citer ni macam suram sikit kan???????

Takpelah, enjoy reading!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Elf2004 #1
Chapter 1: Can someone please translate this
Elf2004 #2
Chapter 1: Eng ver please
There aren't any taojoy fics ?
Someone please write more
kpopgirl2494 #3
Chapter 2: Wah this story is interesting. Can't wait for the next chapter :D
HappyDomo #4
Chapter 2: Kyungsoo.. Wae??
Mana mana Joy boleh selamat ek? Siapa yang terjun bangunan tu?
Nak tau gak. Update soon.
lissahara9
#5
Chapter 1: Seramnya.. macam mana Joy boleh selamat dari pembunuhan tu??
tak sabar nak baca next chapter.. ^^