Final

Banglo Seksyen 2

Kikwang menunjukkan bilik kepada Taecyeon dan Yixing. Rupanya Kikwang yang sudah belasan tahun masih lagi tinggal bersama keluarganya. Katanya apabila duit dah cukup untuk menampung hidupnya, barulah dia pindah ke tempat lain.

“Nie bilik korang dua. Buatlah macam rumah sendiri.” Kikwang tersenyum sehingga menampakkan eye-smile.

“Thanks ye Kikwang.” Ucap Taecyeon, menepuk-nepuk bahu kawannya.

Yixing diam membisu. Kepalanya terasa berat asyik teringkatkan kejadian tadi.

“Korang rehatlah dulu. Kesian Yixing aku tengok. Aku pun nak rehat jugak nie.” Kata Kikwang, matanya masih lagi memandang lelaki berlesung pipit itu.

“Yelah. Thanks again.”

Kikwang beredar ke biliknya. Taecyeon membawa Yixing masuk ke dalam bilik. Laju sahaja Yixing ke katil lalu merebahkan dirinya.

Taecyeon sekadar tersenyum.

Antara sedar atau tidak, Yixing akhirnya terlena.

......................................

“Yixing...”

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Kipas yang masih berpusing diperhatikan lama sebelum dia bangun untuk mencari datang dari mananya suara itu.

Dia menenyeh-nenyeh matanya sambil membuka pintu.

Terbeliak matanya setelah membuka pintu. Dahinya berkerut seribu namun dia tetap keluar dari situ untuk mencari suara itu. Apabila difikirkan semula, itu bukan suara milik Taecyeon tetapi milik Junhyung!

Rumah yang dia duduki sekarang bukan rumah Kikwang tetapi banglo yang mereka ditinggalkan tadi!

Perasaan takut mula melanda dirinya sehinggalah ternampak bayangan Siwon sedang naik ke atas.

“Siwon?” Terkaku dia seketika.

Dia sangkakan Siwon akan menegurnya tetapi sebaliknya Siwon hanya berjalan melepasinya.

“Yah!” Yixing merapati sahabatnya itu.

Siwon berdiri betul-betul di hadapan lukisan yang digantungkan pada dinding. Dahinya berkerut. Seolah-olah kepalanya diserang penyakit migrain.

“Dia tak nampak aku ke?” soal Yixing dalam hati.

“Macam mana aku boleh tidur kat ruang tamu pulak?”

“Siwon, kitaorang pergi dulu. Dah lewat dah nie.” Jerit Taecyeon.

“Okay.” balas Siwon.

Yixing diam.

“Setahu aku, masa tu aku kena tumbuk dengan Siwon.” Bisiknya perlahan.

Tatkala Siwon ingin ke bilik, Junhyung sudah berada di belakang dengan wajah masam mencuka.

“Terkejut aku!” kata Siwon, mengurut-urut dadanya.

Junhyung mendekati Siwon. “Terkejut? Kenapa tak mati je?”

Terkejut Siwon mendengar kata-kata Junhyung yang agak kurang ajar itu.

“J-Junhyung?” Yixing terkejut sama.

“Kau apahal cakap macam tu? Tak puas hati?” Siwon menolak kuat bahu Junhyung.

Junhyung tersenyum sinis. “Memang pun. Kalau kau nak tahu, kau dah bangkitkan kemarahan kitaorang. Dengan kata-kata kau yang kurang ajar tu, kau memang patut mati!” jeritnya sambil tangannya laju mencekik leher Siwon.

Terbeliak mata Yixing melihat kejadian itu.

Tubuh Siwon ditolak ke dinding. Terjerit-jerit Siwon meminta pertolongan. “To-Tolong! Tolong! L-Lepaskan aku, Junhyung..”

“Tak.” Junhyung dengan kuatnya terus menolak Siwon sehingga tubuh Siwon menembusi dinding. Siwon berasa sangat takut sehingga tidak dapat bersuara lagi. Siwon diangkat ke atas lalu menolak terus ke dalam lukisan tersebut.

Dipendekkan cerita, Siwon terperangkap dalam lukisan sehingga mati.

Yixing merenung lukisan itu. Baru dia tahu kenapa ada manusia dalam lukisan tersebut. Bayangan Junhyung hilang dan muncul bayangan Minwoo di bilik, sibuk mengemas bilik.

“Minwoo.. ” Yixing memerhati sahabatnya itu sehinggalah bayangan Junhyung muncul di tingkat atas.

“Minwoo? Kau ada kat dalam ke?”

Terdengar suara Minwoo membalas dari dalam bilik. “J-Junhyung ke tu?”

“Kenapa suara Minwoo macam takut je?” soal Yixing dalam hati. Wajah Junhyung direnung. Pucat sekali wajahnya. Seolah-olah itu bukan Junhyung yang hidup tetapi sudah mati. Agaknya Junhyung sudah terdesak untuk meminta pertolongan.

“Yelah. Siapa lagi? Kita berdua jelah kat banglo nie.” Jawab Junhyung.

Tiada sebarang jawapan daripada Minwoo.

Yixing merenung pula wajah Minwoo. Minwoo kelihatan takut. Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbitnya untuk menghubungi Yixing.

“Dia call aku sebab nie..?” Yixing terus memerhati mereka berdua.

Junhyung yang berada di luar bilik, terus memegang tombol pintu lalu memulasnya beberapa kali. Rupanya bilik itu telah terkunci dari dalam.

“Y-Yixing, tolong aku!” Berketar-ketar tangannya memegang telefon bimbit. “Tolong aku!”

Pada masa yang sama, pintu bilik akhirnya terbuka dengan kunci pendua. Junhyung muncul di muka pintu dengan wajah pucatnya.

Minwoo dihampirinya perlahan.

“J-Jangan...” Lehernya dicekik.

“DIE!” jerit Junhyung sekuat hatinya. Wajah Minwoo direnung tajam. “Minwoo, aku tahu kau baik tapi kau mesti terseksa kan sebab dapat kawan macam Siwon.”

Minwoo hampir sahaja menitiskan air mata akibat terlalu takut.

“Aku tak akan bunuh kau tapi.. benarkan aku pinjamkan tubuh kau untuk adik aku. Aku nak selesaikan benda nie secepat mungkin, kawan.” Sambungnya lagi, suaranya sangat perlahan. Minwoo merenung wajah Junhyung yang pucat.

Yixing sekadar tersenyum kecil. “Minwoo tak mati lagi rupanya.. so adik Junhyung yang control badan Minwoo masa aku balik hari tu?”

“Iye.”

Dia menoleh ke belakang. Junhyung berdiri di tepi tangga dengan senyuman lemah di bibir. Bayangan Minwoo telah hilang sebaik Minwoo mengangguk sebagai jawapan.

“J-Junhyung?”

“Kau patut bersyukur sebab dapat kawan yang baik macam Minwoo. Aku tahu dia takut sangat dengan aku masa tu. Aku sendiri pun terkejut sebab dia sudi tolong aku.”

Yixing rasa susah hendak tersenyum tetapi dia mengangguk mengiakan sahaja kata-katanya.

“Yixing.. tolong aku. Tolong aku sekeluarga. Aku, adik aku dan eomma aku terperangkap kat sebalik dinding tu. Tolong keluarkan aku sekeluarga dan tanam. Sebelum kau keluar dari banglo nie, pergi halaman banglo.”

“Kenapa?” tanya Yixing perlahan.

“Minwoo yang sebenar ada kat situ.”

Junhyung perlahan-lahan menghilangkan diri.

Yixing termenung jauh sambil membiarkan dirinya hanyut ke dunia sebenar.

.............................................

Taecyeon yang sedang terlena di katil, tiba-tiba sahaja dikejutkan oleh Yixing. Habis pipinya ditepuk-tepuk olehnya.

“Yah.. kau nie dah kenapa?” tanya Taecyeon perlahan. Telefon bimbit dikeluarkan dari bawah bantalnya.

“Baru pukul 4 pagilah. Lambat lagi nak pergi kuliah hari nie..”

“Aku tak kisah!” jerit Yixing perlahan. Tubuh Taecyeon asyik digoyang-goyangkannya.

Taecyeon akhirnya bangun sambil ditenyeh-tenyeh matanya. Rambutnya dikusut malas. “Yixing.. kenapa nie? Kau mimpi buruk ke?”

Yixing menggeleng laju. “Taklah. Taec, jom pergi.”

“Pergi mana pagi-pagi buta nie?” Hampir terbeliak mata Taecyeon.

“Banglo tu.” Jawab Yixing tanpa teragak-agak.

Terbeliak terus mata Taecyeon dibuatnya. “Nak buat apa? Hisy.. aku tak nak pergi sana balik.”

“Please.. Minwoo ada kat sana. Lagipun barang-barang kita still ada kat sana. Jomlah!”

“Minwoo?” Berkerut dahi Taecyeon.

“Ye. Aku yakin dia ada kat sana.” Jawab Yixing, yakin sekali.

Taecyeon diam. Cermin mata diambilnya lalu memakainya. Yixing sudah tersenyum riang.

“Jom.. tak baik kita tinggalkan dia kat sana.”

..........................................

Enjin kereta dimatikan sebaik tiba di banglo tersebut. Gelap-gelita sungguh banglo itu. Jantung Taecyeon mula berdegup kencang namun dia menguatkan semangatnya untuk sahabatnya. Yixing sudah turun dari kereta. Diikuti pula dengannya.

“Dia ada kat halaman.” Beritahu Yixing seraya membuka pagar.

Taecyeon mengangguk. Dia tidak mahu bercakap panjang lagi. Sama-sama mereka berdua melangkah masuk ke kawasan banglo tersebut.

“Taec..” Yixing menarik lengan Taecyeon.

“Kenapa?”

Yixing merenung wajah Taecyeon. “Aku nak masuk dalam kejap.”

Taecyeon sekali lagi terkejut dengan kata-kata Yixing. “Kau kata dia ada kat halaman. Nak buat apa masuk dalam pulak? Tak selamat kat dalam tu.”

Yixing merenung banglo tersebut. “Kau pergi cari dia dulu. Aku yakin dia ada kat halaman. Jangan masuk selagi kau tak jumpa Minwoo. Aku nak handle apa yang patut.”

Cepat-cepat dia berlari ke banglo, meninggalkan Taecyeon di situ.

“Yixing!”

Dia cuba mengejar Yixing tetapi Yixing sudah masuk ke dalam. Terkaku dia seketika. Keluhan dilepaskan perlahan. Dia pergi ke halaman untuk mencari Minwoo

Kelihatan Yixing langsung tidak teragak-agak untuk pergi ke tingkat atas. Setelah tukul ditemui di dapur, dia membawanya bersama. Satu per satu anak tangga dipijaknya. Antara sedar atau tidak, Junhyung sedang memerhatinya dalam diam.

Lukisan yang digantung pada dinding ditanggalkan. Sempat lagi lukisan itu direnungnya. Siwon yang dikatakan terperangkap dalam lukisan tersebut. Perlahan-lahan dia meletakkan lukisan itu. Dengan sisa-sisa tenaga yang tinggal, dia terus menghayunkan tukul ke dinding tersebut.

Retak dinding itu akibat ditukul berkali-kali. Yixing sudah berasa penat namun diteruskan juga demi Junhyung dan keluarganya.

Penatnya berbaloi apabila muncul sebuah pintu. Inilah bilik yang Junhyung katakan dalam mimpi tadi.

“A-Akhirnya..” Dalam kiraan tiga, dia terus menghayunkan tukul sekuat hatinya ke pintu tersebut.

“O-Ooh..” Lemah lutut Yixing dibuatnya. Matanya terbeliak besar.

Terdapat tiga rangka tulang yang sudah reput di situ. Masing-masing dalam keadaan ngeri. Terutama sekali Junhyung. Tulang kepalanya sudah reput habis.

“Taecyeon!” jeritnya sebelum dia berlari ke bawah.

Sementara di halaman rumah, Minwoo sudah dijumpai dalam keadaan tidak sedar.

..............................................

Beberapa tahun kemudian...

Minwoo dan Taecyeon rancak berbual di sebuah kafe di universiti mereka. Tergelak mereka apabila bercerita tentang video mereka. Mereka berjaya mengutip ramai peminat melalui video mereka yang lucu.

“Yixing mana?” tanya Minwoo setelah ketawanya reda.

“Kat kelas katanya. Kuliah dia tak habis lagi. Nanti dia datang sini, nak lepak sekali.” Jawab Taecyeon sambil matanya merenung skrin komputer ribanya.

“Lagipun aku nak tunjuk something kat dia.” Sambungnya.

Minwoo mengangguk mengerti. Kopi panas dihirupnya perlahan.

“Annyeong!” ucap Hyunseung tiba-tiba.

Tersedak Minwoo dibuatnya. Dia menepuk-nepuk dadanya sambil terbatuk-batuk.

Hyunseung segera merapati Minwoo. “Sorry! Aku tak nampak kau tengah minum.” Belakang sahabatnya itu diusap-usap lembut.

“Hey korang!” ucap Yixing mesra, berlari mendapatkan mereka.

Terkejut beruk Hyunseung dibuatnya.

“Nie lagi sorang.” Taecyeon ketawa. Yixing meletakkan buku-bukunya di atas meja sebelum duduk. Tersengih dia melihat Minwooyang masih terbatuk-batuk. Hyunseung pula mengusap belakang Minwoo dengan rasa bersalah.

“Kenapa nie?” tanya Yixing, masih lagi tersengih.

Taecyeon menggeleng. “Nielah akibatnya bila kekasih lalu depan mata, kang dah tersedak.” Usiknya sambil tergelak nakal.

Minwoo dan Hyunseung terkejut beruk. “Woi, kami bukan kekasihlah!” jerit hampir serentak.

“Tengok tu. Jerit pun serentak.” Tambah Yixing.

Taecyeon ketawa lagi. Suka betul dia!

Minwoo berpura-pura tenang dengan menghirup kopi panasnya. Hyunseung pula memandang ke tempat lain.

Yixing tersengih. “Macam-macamlah korang nie.”

Taecyeon pula tekun menghadap komputer ribanya. “Yixing, cuba tengok nie.”

“Tengok apa?” Yixing merapati Taecyeon untuk melihat video yang sedang dimainkan. Terbeliak mata Yixing dibuatnya. Rupanya video yang dirakam  di banglo itu masih lagi disimpan oleh Ok Taecyeon berbadan sasa.

Dalam video tersebut, Taecyeon sedang merakam dirinya dan sepatutnya Junhyung turut ada bersama. Yixing sudah tersenyum kecil. Dia sudah tahu kenapa Junhyung tidak mahu dirinya dirakam sekali.

“Patutlah dia tak nak kena rakam sekali dengan kau.” kata Yixing perlahan.

Taecyeon tersenyum. “Dia takut identiti dia terbongkar?”

“Mungkin..”

............................................

Terdapat sekumpulan pelajar sedang berdiri di hadapan banglo tersebut. Papan harga dibelek-belek oleh mereka. Senyuman di bibir menunjukkan perasaan gembira. Akhirnya mereka sudah jumpa satu banglo yang murah untuk disewa!

“Murah siot banglo nie.” Kata Daehyun, gembira yang teramat!

“Okay, sorang 1000 won!” Pantas tangan Luhan ditadah.

Chansung dan Suga terus menghulurkan duit mereka kepada Luhan.

“Laa.. tak cukuplah. Lagi 1000 won.” Keluh Luhan.

“Nah.” Wang dihulurkan kepada Luhan tanpa memperkenalkan diri. Masing-masing sudah tertumpu pada lelaki yang masih menghulurkan wang tersebut.

Luhan sudah tersenyum riang. “Ah.. kau pun nak sewa sekali ke?”

Lelaki itu mengangguk. “Ya.”

“Nama aku Daehyun!” Daehyun yang hyper itu segera memperkenalkan dirinya. Diikuti pula dengan sesi perkenalan daripada Chansung dan Suga.

Apabila pagar dibuka, barulah mereka masuk ke kawasan banglo tersebut dengan perasaan gembira.

Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalam.

“Lupa pulak nak kenalkan diri. Nama aku Luhan. Dan kau pulak?” Luhan tersenyum comel sambil bersalaman dengannya.

Lelaki itu turut tersenyum.

“Junhyung.”

The End.
A little note from cik Forteenagerss xD
Thanks sebab sudi baca fanfic yang tak seberapa nie.
Xiexie *campak diri sendiri tiba2*
Adios. Trial spm tengah tunggu den tu ;;

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jimin_BTS_ComeyXD
#1
Chapter 7: Kau pm tahun lepas rupanya.. aku lupa pulak eue kno *disepak*
btw nice aff
aku suka aff kau eue
serious eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 6: Sad life Junhyung ;; huhuuhuhuhuhu
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 5: *elak* eue tak baik baling diri sendiri kno XD
Jimin_BTS_ComeyXD
#4
Chapter 4: e n e nasib aku baca cerita nih pepagi eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 3: ._. Okay yang nih bab sera dah masuk eue *spam komen* eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 2: eue Junhyung nih macam seram duh eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#7
Chapter 1: ku fikir Junyung nak cakap dia tuh hantu kno
Jimin_BTS_ComeyXD
#8
Mesti ade Taecyeon eue
izatizatixoxo88 #9
Chapter 7: Citer ni ada kat astro kan?Sebab banyak kali dah tengok...
Yifan_xoxo #10
Chapter 7: Kesiannye dkt family junhyung