Chapter 4

Banglo Seksyen 2

“Apa kau tengah buat apa tu, Taec?” tanya Yixing semasa turun ke bawah. Kelihatan Taecyeon sedang meletakkan kamera di setiap sudut di banglo tersebut. Jarinya asyik menekan-nekan butang untuk menetapkan apa yang patut. Dia memasang mod rakam pada kamera tersebut.

“Nak rakamlah.” Jawab Taecyeon sambil menuju ke meja yang penuh dengan peralatan kamera.

“This one. Aku nak rakam sendiri.” Sambungnya lagi seraya menayangkan sebuah kamera miliknya. Dia memasukkan tangannya pada tali kamera tersebut supaya dapat memegang dengan selesa. Dia sekadar tersenyum puas.

“Bilalah kau nak stop hobi pelik kau nie..” Yixing melabuhkan punggungnya di atas sofa.

“Hei korang.” Ucap Junhyung mesra.

“Hey..” balas Yixing dengan senyuman.

Taecyeon memandang Junhyung. “Junhyung, sini kejap!” panggilnya.

“Okay.” Junhyung berjalan menghampiri Junhyung. Daripada wajahnya yang ceria menjadi wajah ketakutan. Dia menggeletar sebaik ternampak kamera yang sedang dipegang oleh Taecyeon. Dia mengetap bibirnya.

“Ada apa, Taecyeon?” tanyanya perlahan.

Taecyeon tidak menjawab tetapi sebaliknya dia memaut bahu Junhyung. Kamera tadi terus diangkat ke atas setelah mod rakam dipasang.

Junhyung kelihatan menundukkan kepalanya.

“Hey semua! Sekarang Taec ada kat banglo yang kitaorang sewa nie!” Taecyeon memulakan rakaman.

“T-Taecyeon.. aku.. aku ada hal sikit nak buat. Sorry erk?” Cepat-cepat Junhyung beredar lalu naik ke atas menuju ke biliknya.

“Junhyung?” Terkaku Taecyeon seketika. “Junhyung! Aduhaii..”

Yixing tergelak. “Dia segan tu. Janganlah paksa dia.”

Taecyeon mengeluh. Kamera itu ditanggalkan dari tangannya lalu diletakkan di atas meja. “Segan apanya? Tapi peliklah dia tu. Dia macam takut je dengan aku. Kenapa ya?”

Yixing mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Aku nak study kejap. Teruskanlah hobi pelik kau nie erk.”

........................................................

Yixing berjalan menuju ke biliknya. Apabila dia lalu di hadapan gambar yang digantung pada dinding, langkahnya tiba-tiba sahaja terhenti. Gambar itu diperhatikannya lama. Perlahan-lahan dia menyentuh gambar tersebut.

Dahinya berkerut.

‘Orang? Setahu aku, sebelum nie tak ada orang pun kat gambar nie.”

Dalam gambar tersebut, ada satu lukisan yang berbentuk manusia sedang berdiri di tengah taman. Sebelum ini hanya ada lukisan pokok-pokok tebal mengelilingi taman. Terdapat sebuah tasik besar di situ.

Yixing merenung lukisan yang berbentuk manusia tersebut.

“Apa yang kau tengah renung tu?” tegur Junhyung yang baru keluar dari bilik.

Terkejut Yixing dibuatnya. Dia pantas menoleh kearah Junhyung.

“Junhyung.. terkejut aku tahu tak!” kata Yixing geram.

“Sorrylah Yixing. Aku memang tak bermaksud nak kejutkan kau.” balas Junhyung dengan senyuman.

“Dan apa yang kau tengah renung kat gambar tu?”

Yixing menarik lengan Junhyung. Lalu jari telunjuknya menekan-nekan lukisan yang berbentuk manusia itu.

“Cuba tengok nie.” Kata Yixing yang matanya masih terpaku pada lukisan tersebut.

“Orang?”

“Ye. Orang. Sebelum nie tak ada kan?”

Junhyung diam. Seolah-olah dia sedang menyorokkan sesuatu daripada Yixing. Matanya tajam merenung lukisan manusia itu.

“Err.. Yixing? Aku.. aku kena pergi dulu. Aku ada hal kat universiti aku.” beritahu Junhyung lalu cepat-cepat beredar.

Dia terus turun ke bawah meninggalkan Yixing di atas.

Yixing sekadar mengerutkan dahinya.

“Oit..” tegur Minwoo sebaik tiba di tingkat atas. Dia memandang Yixing yang asyik termenung. Dia datang menghampiri sahabatnya itu.

“Yixing?”

Tegurannya langsung tidak disahut oleh Yixing.

“Oit!”

Yixing terkejut kecil. Lantas menoleh ke arah Minwoo.

“Kau nie dah kenapa? Sampai aku tegur kau pun tak layan.” Tanya Minwoo.

“Tak ada apalah.”

...........................................

Pada malam itu, Yixing dan Taecyeon sibuk menyediakan makan malam di dapur. Minwoo pula khusyuk menonton sebuah drama di televisyen.

Hanya mereka bertiga sahaja yang berada di banglo.

“Taec, tolong letak pinggan semua nie kat meja depan tu.” Arah Yixing yang sedang menggoreng telur dadar.

Taecyeon mengangguk lalu tangannya yang berotot itu mengangkat semua pinggan untuk dibawa ke meja. Sempat lagi dia menjeling kearah Minwoo yang masih menonton drama. Langsung tidak berganjak dari tempatnya walaupun ketika itu sedang menyiarkan iklan.

“Hai.. iklan pun layan? Dahsyat gila kau nie.” Tegurnya.

Minwoo menoleh dengan matanya yang berdarah.

Taecyeon terkejut sehingga terlanggar kerusi yang berada di belakang.

Bunyi bising itu telah menarik perhatian Yixing dari dapur. Pantas Yixing mendapatkan Taecyeon.

“Kenapa nie Taec?”

Taecyeon memandang Yixing. Jari telunjuknya berketar-ketar menunjuk kearah Minwoo.

“Kenapa dengan Minwoo?” Yixing hairan setelah melihat Minwoo yang sedang memandang mereka dengan pandangan pelik.

“Mata dia!”

“Haaa?” Yixing pelik.

“Kenapa dengan mata aku, Taec?” Pertanyaan itu sememangnya mengejutkan Taecyeon.

Taecyeon memandang Minwoo semula. Dahinya berkerut seribu. Mata Minwoo yang berdarah tadi sudah hilang!

Lemah lutut Taecyeon dibuatnya. Yixing memegang tubuh Taecyeon. “Kenapa nie?”

“A-Aku salah nampak kot..” Taecyeon cuba menyakinkan dirinya. Nafasnya naik dan turun. Yixing membantu Taecyeon berdiri semula lalu memapahnya menuju ke sofa yang Minwoo sedang duduk.

“Aku tak nak duduk sini..” bisiknya perlahan. “Aku nak masuk bilik..”

“Okay.”

Perlahan-lahan Taecyeon naik ke atas. Yixing sekadar melihat dengan mukanya yang risau.

“Hai.. risau betul aku dengan dia nie.” Yixing menggeleng perlahan. “Minwoo, mana Siwon?”

“Entahlah. Katanya dia ada hal dengan member kat universiti.”

Yixing sekadar mengangguk. Dia menuju ke dapur semula.

..............................................

Jam di dinding sudah menunjukkan 12 tengah malam. Risau Yixing dibuatnya apabila Junhyung dan Siwon masih belum pulang ke rumah. Taecyeon dan Minwoo sudah terlena di bilik masing-masing. Kelihatan dia asyik mundar-mandir di ruang tamu menunggu kepulangan sahabatnya.

“Hisy.. mana pulak dorang nie?” Yixing berdengus geram.

“Dorang nie tak reti tengok jam ke haa? Tak sedar ke sekarang nie dah pukul 12 lebih. Ada jugak yang nak kena maki dengan aku kang. Kalau stay kat mana-mana pun, tolonglah call aku ke apa. Nie tak. Buat aku risau tahap raja dewa.”

Sedang asyik membebel, ada seorang lelaki memegang pisau di dapur. Matanya tajam merenung Yixing di ruang tamu.

Perlahan-lahan Yixing dihampirinya.

Telefon bimbit Yixing berdering menandakan ada panggilan masuk. Serta-merta langkah lelaki itu mati betul-betul di belakang Yixing.

“Hello?” Yixing menjawab panggilan tersebut.

“Junhyung?” Perasaan risaunya menjadi berbunga-bunga kegembiraan. “Junhyung, kau dekat mana sekarang nie sampai lewat malam nie?”

“Aku kat rumah member aku. Sorry tak bagitau kau.” balas Junhyung perlahan.

Yixing mengangguk faham tetapi dia sedar Junhyung tidak dapat melihat anggukkannya. Dahinya ditepuk perlahan.

“Ooo..” Yixing menoleh untuk pergi ke dapur. Tekaknya terasa kering. Lelaki yang memegang pisau tadi telah hilang.

“Pagi nanti aku balik.” Sambung Junhyung di talian.

“Okay. Haa.. Jun, Siwon ada dengan kau ke sekarang nie?”

“Err...”

“Junhyung?”

“T-Tak ada. Yixing, aku kena tidur dulu. Jumpa lagi pagi nanti.” Talian dimatikan tiba-tiba.

“Huh?” Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Kerusi ditarik perlahan lalu duduk. Sempat lagi dia membetulkan bunga-bunga di pasu supaya kelihatan teratur.

“Junhyung nie dah kenapa?” Dia membetulkan cermin mata dengan ibu jari dan telunjuknya.

“Ah.. mungkin dia memang macam tu kot.” Dia cuba membuat andaian.

Sedang asyik melayan dunia keduanya, tiba-tiba ada sebilah pisau tertancap betul-betul di atas meja di hadapannya. Hampir mengenai tangannya.

Yixing terkejut beruk.

......................................................

Bersambung. Hey korang, tak apa kan kalau saya or aku or wa update setiap hari ahad? Wifi kena rampas sebab trial spm T^T
Teruskan membaca *peace*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jimin_BTS_ComeyXD
#1
Chapter 7: Kau pm tahun lepas rupanya.. aku lupa pulak eue kno *disepak*
btw nice aff
aku suka aff kau eue
serious eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 6: Sad life Junhyung ;; huhuuhuhuhuhu
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 5: *elak* eue tak baik baling diri sendiri kno XD
Jimin_BTS_ComeyXD
#4
Chapter 4: e n e nasib aku baca cerita nih pepagi eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 3: ._. Okay yang nih bab sera dah masuk eue *spam komen* eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 2: eue Junhyung nih macam seram duh eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#7
Chapter 1: ku fikir Junyung nak cakap dia tuh hantu kno
Jimin_BTS_ComeyXD
#8
Mesti ade Taecyeon eue
izatizatixoxo88 #9
Chapter 7: Citer ni ada kat astro kan?Sebab banyak kali dah tengok...
Yifan_xoxo #10
Chapter 7: Kesiannye dkt family junhyung