Chapter 2

Banglo Seksyen 2

Sebaik mereka masuk ke dalam banglo, mereka kecuali Junhyung sudah terkesima melihat dalam banglo tersebut. Junhyung seolah-olah sudah lama menetap di situ, pergi ke tingkat atas tanpa menunggu mereka. Taecyeon berasa pelik dengan Junhyung tetapi dia hanya membiarkan sahaja Junhyung pergi ke tingkat atas.

“Eh, mana Junhyung?” tanya Yixing apabila menyedari Junhyung tiada bersama mereka.

“Atas.” Balas Taecyeon.

Yixing mengangguk.

“Wei korang!” Suara Siwon menarik perhatian mereka. “Banglo nie ada Astrolah!” katanya gembira sambil menayangkan alat kawalan jauh. Terdapat logo astro padanya. Minwoo sudah menjerit riang.

“Bolehlah tengok bola, Siwon!”

“Yahooo!”

Di tingkat atas, Junhyung sedang melihat sebingkai gambar yang tergantung pada dinding. Lembut dia menyentuh gambar itu. Langsung tidak berhabuk walaupun sudah lama ditinggalkan. Gambar itu ialah gambar suasana di taman.

“Gambar tu macam orang lukis kan?”

Suara itu sesungguhnya amat mengejutkan Junhyung. Pantas dia menoleh.

“Aku takutkan kau ke?” tanya Yixing sambil berjalan menghampiri Junhyung.

“Tak adalah.” Dalih Junhyung masih lagi mesra.

Setelah Yixing berdiri bersebelahan Junhyung, dia memandang gambar itu sebelum mengalihkan pandangannya pada Junhyung.

“Cantik gambar nie kan?”

Junhyung mengangguk. “Yeah. Gambar nie sebenarnya lukisan. Ada orang lukis gambar nie sebelum dia mati.”

“Ohyeke?”

Anggukan daripada Junhyung sebagai jawapan.

“Ooo... aku suka lukisan nie.” Puji Yixing lembut. Dia memandang lukisan itu lama. Seolah-olah dia cuba untuk masuk ke dalam lukisan tersebut. Junhyung memandang Yixing lalu tersenyum manis. Dia menghampiri telinga Yixing.

“Thanks..” bisik Junhyung perlahan.

Merah padam muka Yixing dibuatnya. “K-Kenapa pulak?”

“Sebab kau puji lukisan adik aku. Kenalah ucap terima kasih kan?” Junhyung tersenyum. Dahi Yixing berkerut tidak memahami kata-kata Junhyung sebentar tadi. Dia memandang Junhyung pelik.

“Eei.. janganlah pandang aku macam tu. Saje nak gurau dengan kawan baru macam kau.”

Yixing ketawa. “Ooo.. tak tahu pulak kau nie memang jenis yang suka bergurau.”

Junhyung turut ketawa sama.

“Oit.. apa yang korang dok ketawa tu?” tegur Taecyeon sebaik tiba di tingkat atas. Bagasi miliknya dibawa bersama. Serentak mereka berdua memandang lelaki berbadan sasa itu.

“Tak ada apa-apa pun.” Dalih Yixing, tersengih.

Junhyung sekadar tersenyum.

“Haih.. itu pun nak berahsia ke?” Lalu Taecyeon beredar menuju ke bilik. Sebelum dia memulas tombol pintu, dia memandang mereka berdua.

“Satu bilik dua orang okay. Aku tengok banglo nie ada 3 bilik tidur. Dan macam biasalah, aku nak privasi sikit.” Beritahunya sebelum masuk ke dalam. Pintu itu terus ditutup dan dikunci. Nampak sangat dia tidak mahu gangguan daripada mereka.

“Dia memang macam tu. Sikit-sikit nak privasi.” Beritahu Yixing pula.

Junhyung mengangguk tanda mengerti. “So.. aku sebilik jelah dengan kau.”

“Okay.”

............................................

Pada malam itu mereka semua berkumpul di ruang tamu. Masing-masing melakukan hal sendiri. Siwon dan Minwoo sedang menonton perlawanan bola sepak di televisyeon. Dari tadi mereka asyik bersorak setiap kali bola berjaya dijaringkan ke dalam gol.

Taecyeon pula sibuk membetulkan kamera untuk merakam segala aktiviti di banglo tersebut. Itulah tabiatnya ketika menyewa di rumah baru.

“Nak buat apa dengan kamera tu?” tanya Junhyung setelah lama menghadap buku. Dia sibuk mengulangkaji pelajaran.

“Nak rakamlah.” Taecyeon tersenyum kecil. Jarinya asyik menekan-nekan butang pada kamera tersebut. Dia sedang menetapkan apa yang patut pada kameranya. “Hobi aku nie pelik sikit. Aku memang suka gila rakam sana sini. Mana tahu kita boleh jumpa something kat banglo nie ke.”

Dahi Junhyung berkerut. “Apa yang kau maksudkan dengan ‘Something’ tu?”

Taecyeon tersengih. “Alah.. something.”

“Alah.. kau kena tahu, Junhyung!” sampuk Minwoo. “Dia nie memang percaya gila dengan benda-benda yang tak wujud.”

“Hantu ke?” teka Junhyung.

Minwoo mengangguk. “Taec, sudah-sudahlah hobi pelik kau nie. Mana ada hantu kat dunia nie.”

“Yup! Betul tu!” setuju Siwon tiba-tiba. Dia memandang Junhyung. “Aku tak percaya langsung yang hantu nie wujudlah. Macam bodoh je siapa yang percaya semua benda nie.”

Junhyung kelihatan tersentak.

“Oit.. jaga sikit mulut kau tu! Kang ada hantu kacau kau baru tahu.” Marah Taecyeon.

Siwon berdiri lalu memandang Taecyeon tajam. “Sekali je aku cakap, Taec. Aku tak percaya hantu! Kalau hantu wujud pun, kenapa dia tak kacau kita? Cubalah fikir matang sikit! Kita dah besar dan tak akan percaya semua nielah!”

Siwon mencampak alat kawalan jauh lalu berlalu pergi. Dia menuju ke tingkat atas untuk masuk tidur. Taecyeon melepaskan keluhan berat. Minwoo diam. Junhyung termenung lalu berdiri. Tangannya laju mengemas barang-barangnya.

“Aku masuk tidur dulu.” Dia menepuk-nepuk bahu Taecyeon lalu beredar.

“Okay.” Taecyeon mengangguk. “Mana Yixing?”

“Entahlah. Keluar katanya.” Balas Minwoo.

..................................................

Yixing yang baru pulang dari kedai, sedang mengunci pintu pagar dengan mangga. Sukar dia untuk mengunci pintu pagar kerana tangannya terpaksa memegang banyak beg plastik yang mengandungi pelbagai makanan.

Keluhan kecil dilepaskan. Dia membiarkan mangga itu terbuka seketika. Dia dengan malasnya terus meletakkan semua beg plastik tersebut di bawah.

“Eik?” Yixing pelik seketika. Apabila dia memandang mangga itu semula, pintu pagar itu telah dikunci dengan mangga tersebut.

“Bukan aku belum mangga lagi ke?” Kepalanya digaru-garu.

“Hei Yixing.” Tegur Junhyung.

“J-Junhyung?” Yixing terkejut beruk.

“Aku takutkan kau ke?” Junhyung ketawa.

“Yup.. memang pun. Terkejut aku tahu tak.” Yixing mengangkat semula beg plastik tadi. Junhyung hanya tersenyum manis. Yixing pula menuju ke pintu untuk masuk ke dalam sambil menjinjit beg plastik. Kelihatan Taecyeon sedang menunggu di ruang tamu.

“Belum tidur lagi ke?” tegur Yixing di muka pintu. Dia sedang menanggalkan kasutnya.

“Belum. Aku tengah tunggu kaulah.” Kata Taecyeon. “Beli apa tu?”

“Makanan.” Yixing meletakkan semua beg plastik di tepi pintu. Dia sibuk mencari Junhyung di luar. Tangannya sedang memegang mangga untuk mengunci pintu rumah pula.

“Apa kau cari tu?” tanya Taecyeon setelah menghampiri Yixing. Dia mengambil semua beg plastik tersebut untuk dibawa ke dapur.

“Junhyung. Takkan kau duduk sini pun tak tahu yang Junhyung keluar.” Balas Yixing yang masih lagi mencari Junhyung di luar. Langsung tidak kelihatan batang hidungnya.

“Apa kau nie. Dia dah masuk tidurlah.”

“Tipulah. Dia adalah kat luar tadi dengan aku.” Yixing memandang Taecyeon.

“Hantu kot.” Usik Taecyeon.

“Oit.. aku cakap betul nie.”

“Aku pun. Aku baru je nampak dia masuk bilik tadi.” Serius Taecyeon berkata. Lalu dia berlalu ke dapur untuk menyimpan makanan.

Yixing diam.

“Aku penat sangat kot.” Bisiknya lalu mengunci pintu.

..............................................

Bersambung.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Jimin_BTS_ComeyXD
#1
Chapter 7: Kau pm tahun lepas rupanya.. aku lupa pulak eue kno *disepak*
btw nice aff
aku suka aff kau eue
serious eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 6: Sad life Junhyung ;; huhuuhuhuhuhu
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 5: *elak* eue tak baik baling diri sendiri kno XD
Jimin_BTS_ComeyXD
#4
Chapter 4: e n e nasib aku baca cerita nih pepagi eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 3: ._. Okay yang nih bab sera dah masuk eue *spam komen* eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 2: eue Junhyung nih macam seram duh eue
Jimin_BTS_ComeyXD
#7
Chapter 1: ku fikir Junyung nak cakap dia tuh hantu kno
Jimin_BTS_ComeyXD
#8
Mesti ade Taecyeon eue
izatizatixoxo88 #9
Chapter 7: Citer ni ada kat astro kan?Sebab banyak kali dah tengok...
Yifan_xoxo #10
Chapter 7: Kesiannye dkt family junhyung