LO2

Last Origami

Doojoon memulas stereng kereta menghala masuk ke dalam perkarangan rumah keluarganya.Susuk tubuh seseorang yang sedang menyiram pokok bunga di taman mini yang berada di halaman rumah mencuri pandangan Doojoon.Selesai dia memarkirkan keretanya di garaj,dia segera keluar dan tanpa dia sedari,matanya masih melekat pada figura tinggi lampai yang leka dengan kerjanya itu.

Entah kenapa,pertemuan dia dan Yongguk tadi mengingatkan dia pada insan itu.

“Junhong..abang rindukan kau.”

Junhong?Kebetulan atau sebaliknya?

Otak Doojoon semakin ligat berfikir.Adakah Junhong,adik angkatnya itu ada kaitan dengan Yongguk?Atau..cuma perasaan dia saja?Ramai lagikan manusia nama Junhong dalam dunia ni?Tak mungkinlah..

Tapi...

"Joonie.."

Puan Sunye,ibu kepada Doojoon menegur anaknya.Riak hairan terlukis di wajah wanita itu tatkala melihat tingkah anak lelakinya yang sedari tadi memandang kearah anak angkatnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Mama.."

Pandangan Doojoon akhirnya dialihkan ke arah ibunya.

"Kenapa pandang Junhong macam tu?"soal Puan Sunye.Dia turut mengalihkan pandangannya ke arah pemuda itu.

Doojoon terdiam seketika.Nampaknya,perlakuannya tadi telah ditangkap oleh ibunya.

"Anieyo..saja je.Rajinnya dia mama..siram pokok bagai."Doojoon mencipta alasan.Puan Sunye tersenyum.

"Itulah..dia tu rajin tolong mama kat rumah ni tau.Tak sia-sia kita ambil dia jadi keluarga angkat kita.Orangnya pun baik,dengar kata dan bijak.Tau tak?Peperiksaan baru-baru ni,dia dapat tempat pertama dalam kelas.Papa dengan mama bangga sangat."cerita Puan Sunye sambil matanya masih lagi memandang anak muda berkulit cerah yang leka menyiram pokok itu.

Doojoon mengangguk-angguk mendengar cerita ibunya.Wajah ceria ibunya ditatap lama sambil tersenyum manis.Dia tahu ibunya sayangkan Junhong sebagaimana wanita itu menyayanginya.

Junhong merupakan anak angkat keluarga Yoon sejak dua tahun yang lalu.Ayah Doojoon,Tuan Yoon yang mengambil Junhong sebagai anak angkat.Ayah Doojoon adalah salah seorang pegawai di Pusat Kebajikan dan di situlah dia bertemu dengan Junhong.Hatinya jatuh suka dengan anak muda itu dan tanpa berfikir panjang,dia bertekad untuk menjadikan Junhong sebagai anak angkat.Lagipun,dia cuma ada seorang anak tunggal iaitu Doojoon.Lebih-lebih lagi,Doojoon juga sudah dewasa dan mula sibuk dengan halnya sendiri.Mengambil Junhong sebagai anak angkat adalah satu keputusan yang bernas baginya.

Junhong boleh menjadi peneman di kala sunyi.Dia juga simpati dengan nasib Junhong yang sebatang kara itu.

Sejak dari itulah keluarga Yoon menerima seorang ahli keluarga baru.Junhong.Pemuda tinggi lampai yang baik orangnya.Dia tak pernah lupa asal-usulnya.Sentiasa merendah diri dan bijak menjaga hati semua orang.Puan dan Tuan Yoon sangat menyayangi Junhong.Doojoon juga sudah lama menganggap Junhong seperti adiknya sendiri.

"Masuk Doojoon,kita minum petang sama-sama."pelawa Puan Sunye.Doojoon mengangguk sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Honggie..dah la tu siram pokok.Jom,kita minum petang sekali.Joonnie pun ada ni."laung Puan Sunye kepada Junhong.

"Ne!Nanti Honggie masuk."Junhong menyahut sebelum mendekati kepala paip dan menutupnya.Getah paip disangkut dengan kemas dan dia bergegas masuk ke dalam rumah setelah dipanggil oleh ibu angkatnya tadi.

 

"Joonnie Hyung..Hai"

Doojoon yang sedang meneguk air teh menoleh saat satu suara menegurnya.

"Junhong...Hai"balas Doojoon sambil memandang si adik angkat yang mengambil tempat di kerusi berhadapan dengannya.Puan Sunye berada di sebelah Junhong.Bapa mereka tidak ikut serta kerana masih belum pulang dari kerja.

"Hyung dengar awak dapat nombor satu dalam kelas.Tahniah ye."Doojoon memandang Junhong.Junhong tersipu lantas mengangguk perlahan.

"Terima kasih,hyung."ucapnya sebelum tersenyum ke arah Doojoon.

Doojoon terpempan seketika.Senyuman itu...senyuman yang mengingatkan dia kepada Yongguk.Sudah sekian lama dia mengenali Yongguk dan sudah lama juga dia mengenali Junhong,baru kali ini dia perasan akan persamaan antara senyuman dua insan itu.Kebetulan lagi atau ini satu petanda?Doojoon semakin penasaran.

Ingin saja dia menyoal Junhong tentang Yongguk.Mana la tahu kalau jawapan yang dia dapat menjawab segala persoalan yang bersarang dalam kepalanya sekarang?Tapi..dia serba salah.Akhirnya,dia biarkan saja persoalan-persoalan itu terbiar.

Sesekali,matanya terasa gatal untuk menjeling Junhong.Mencari klu-klu yang dia dapat kaitkan dengan Yongguk.Entah kenapa,hatinya kuat mengatakan Junhong ini ada kaitan dengan kawan banduannya itu.Namun itu hanya firasat.Dia tak seharusnya mempercayainya bulat-bulat.

"Tunggu kejap..apa ya nama keluarga Junhong ni?"

Persoalan baru hinggap di minda Doojoon.Malangnya,persoalan itu hanya dalam hati.Tak pula dia berani untuk menzahirkan di bibirnya.Macam biasa alasannya,dia serba salah.Salah dia juga,selama dua tahun Junhong jadi adik angkatnya,dia tak pernah pula ambil tahu soal nama penuh Junhong ni.Maklumlah,dia pun sibuk dengan kerja.Bukannya selalu dia luangkan masa bersama Junhong.

Selesai minum petang,Junhong menawarkan diri untuk mengemas meja makan.Puan Sunye pada awalnya melarang namun setelah dipujuk,dia akhirnya akur dengan kehendak Junhong yang terlebih rajin itu.

Kesempatan ini digunakan Doojoon untuk menyoal ibunya.

"Mama..Apa ya nama penuh Junhong?Joonnie lupa.."soal Doojoon dengan nada yang agak rendah.Bimbang Junhong dengar meskipun pemuda itu sudah menghilang ke dapur.Lupa?Bukan lupa tetapi lebih kepada tak tahu.

Puan Sunye terdiam seketika sambil mengerutkan dahinya.Mungkin juga sedang cuba mengingat.Sejujurnya dia pun samar-samar dengan nama penuh Junhong.Selama ini,Junhong lebih selesa memperkenalkan nama pendeknya.Jarang dia dengar Junhong menyebut nama panjangnya sendiri.Dalam buku tulis atau kertas ujiannya juga sekadar tertulis Junhong.

"Bang.."

Nah!Bingo!Saat perkataan 'Bang" keluar dari mulut ibunya,hati Doojoon semakin kuat mengatakan bahawa Junhong dan Yongguk adik-beradik.Dialah Junhong yang Yongguk cari.

"Bang Junhong,ibu rasa.Ya..Bang Junhong."Puan Sunye menjawab yakin.

Doojoon menghela nafas perlahan.

"Yongguk,TUHAN memudahkan urusan kau,kawan.Adik kau mungkin ada bersama aku sekarang."

Doojoon bermonolog di dalam hati.Jiwanya melonjak-lonjak untuk mendapatkan kepastian namun dia tak mahu terburu-buru.

Ekor mata Doojoon memandang Junhong yang sedang menghala ke arah dia dan ibunya.

"Bang Junhong..Bang Yongguk..Aku harap ia betul."Doojoon berbicara dalam hati.Memang itu harapannya.Harapannya adalah agar harapan Yongguk tercapai.Dia  tahu,Yongguk sememangnya beria nak bertemu semula dengan adiknya yang sudah lama menghilang.Dari riak muka dan nada suara Yongguk,Doojoon tahu betapa lelaki itu merindui adiknya.Doojoon harap sangat yang Yongguk dapat bertemu dengan adiknya itu sebelum segalanya terlambat.

 

Malam Menjelma..

Junhong bersendirian di luar rumah sambil jauh mengelamun.Matanya tak berkelip memandang taburan bintang di langit.

"Jauh mengelamun."

Lamunan Junhong mati saat Doojoon menegurnya.Satu senyuman dihadiahkan buat abang angkatnya itu.Tanpa berlengah,Doojoon mengambil tempat di sebelah Junhong.Inilah masanya..masa di mana dia dan Junhong berdua dan masa ini harus dia gunakan demi mencari sebuah kepastian.

"Junhong...kalau hyung tanya,jangan marah ya."lambat-lambat Doojoon bermukadimah.

Junhong tertawa kecil saat mendengar kata-kata Doojoon.

"Tanya apa?Marah?Kenapa nak marah?Tanya je la."Junhong membalas.

"Keluarga Junhong dulu...macammana?Maksud hyung...ummm..."Doojoon kelu tanpa sebab dan belum sempat dia habiskan soalan,Junhong mencelah.

"Keluarga Junhong dah tak ada.Mereka semua meninggal dalam kemalangan."celahnya.

"Junhong ada abang?"soal Doojoon lagi.

Riak muka Junhong ternyata berubah.Pertanyaan Doojoon dibiar sepi.

"Kenal Yongguk tak?Bang Yongguk?"Doojoon menyoal lagi.

"Tak!"Junhong menggeleng laju.

Doojoon menatap wajah cerah adik angkatnya itu.Anak matanya tampak berair.Doojoon dapat rasakan ada bayang penipuan di sebalik anak mata Junhong.Dia sudah terbiasa dengan semua ini.Dia dapat cam antara kenyataan palsu dan benar.Sudah berapa banyak penjenayah yang pernah dia soal siasat selama ini dan dia dah cukup arif tentang semua ini.

Junhong,

Dia dapat tahu ada unsur penipuan dalam jawapan pemuda itu.

Doojoon takkan berpuas hati sebelum segalanya terjawab.

"Esok ikut hyung,nak?"soal Doojoon kepada Junhong.

"Ke mana?"anak muda di hadapannya itu menyoal dengan nada yang cuak.

"Ke suatu tempat.Nak raikan kamu yang berjaya dapat nombor satu dalam kelas.Kamu tak nak?"Doojoon cuba memancing Junhong.

"Tak..takpelah..Saya tak perlu diraikan.Susahkan hyung je."Junhong menolak.

"Tak pernah susahkan hyung.Takkan kamu tak sudi."ayat pasrah dikeluarkan Doojoon bagi membuat Junhong serba salah.

Junhong terdiam sejenak sebelum akhirnya mengangguk perlahan.Anggukan Junhong melegakan hati Doojoon.Senyuman ditarik lebar hingga ke telinga.Kepala Junhong diusap perlahan.

"Janji ya?"Doojoon memandang adiknya itu.

Junhong sekadar mengangguk.

 

********************************************************************************************************************************************************************

Langkah Doojoon diekori dari belakang.Junhong memandang kiri dan kanan.Beberapa orang banduan yang berada di dalam penjara menyapa matanya.Sesekali anak muda itu menelan air liurnya.Mungkin kerana ketakutan.Seumur hidupnya,inilah kali pertama dia melangkah masuk ke tempat sebegini.

Kenapa Doojoon membawanya ke sini?

Junhong masih tak tahu sebabnya.

Adakah sebab Yongguk?

Junhong rasa itu sebabnya namun,entahlah.Dia kabur soal ini.

Langkah Doojoon terhenti dan Junhong turut terhenti.Susuk tubuh seseorang yang membelakangi mereka menyapa matanya.Kemudian,matanya beralih pula pada taburan origami yang berada di sekitar insan berbaju lusuh penjara itu.Kenangan lalu bermain di minda.

 

"Abang,buatkan Zelo origami ni banyak-banyak ya?Boleh kan?Kan?"

"Iye..nanti abang buatkan untuk Zelo."

"Betul ni?Abang janji?"

"Janji."

 

Sahlah!Doojoon hyung membawanya bertemu dengan Yongguk.Manusia yang paling dia tak nak jumpa dalam dunia ni.

Setapak demi setapak Junhong berundur.

Namun,ternyata Doojoon lebih tangkas darinya.Pergelangan tangannya dicengkam oleh Doojoon dan membuatkan langkahnya terhalang.

"Tunggu dulu..Zelo."tutur Doojoon perlahan.Zelo?Ini kali pertama Doojoon memanggilnya dengan nama itu.Kalau boleh dia dah tak nak sapa-sapa memanggilnya dengan nama dia yang dulu.Itu nama yang mengingatkan dia pada masa silamnya.Masa silamnya yang pahit dan menyakitkan.

Dan hari ini..

Masa silamnya kembali.

"Bang Yongguk.."Doojoon memanggil Yongguk yang macam biasa,mengelamun sehinggakan kehadiran sesiapa pun tak disedarinya.Kemudian,inspektor itu menoleh ke arah Junhong yang sudah menunjukkan riak muka yang kurang senang.Tekaan Doojoon mengena.Inilah Bang Junhong yang dicari.Ternyata percaturan TUHAN sememangnya tersusun cantik.Dia berkenalan dengan seorang banduan yang kehilangan adiknya dan adik banduan itu rupanya adalah adik angkatnya sendiri.Benarlah kata orang,dunia ini kecil dan mungkin juga ikatan tali persaudaraan mereka kuat sehinggakan berlakunya kebetulan yang sebegini rupa.Takdir TUHAN tiada siapa yang mampu menyangka.

Yongguk menoleh dan saat itulah mata dia dan mata Junhong bertembung.Namun,Junhong segera memandang ke arah lain.

Terlepas origami di tangannya saat wajah Junhong singgah di benak matanya.Yongguk terkesima untuk beberapa saat.Adakah ini mimpi atau realiti?

"Z..Zelo?Zelo!Zelo adik abang!"Banduan malang itu bangun dari silaan dan cuba menggamit adiknya.Kalau boleh,dia ingin mendakap tubuh adiknya itu namun,ada palang-palang besi yang memisahkan antara mereka berdua.

Doojoon menghela nafas lega.Dia puas!Dia puas kerana dapat menunaikan hasrat Yongguk.

"Sapa Zelo?Sapa?"laung Junhong.

Yongguk terdiam.Dia mengenggam palang besi dengan erat sambil menatap wajah yang amat dirinduinya itu.

"Zelo..maafkan abang..Abang tahu abang salah tapi abang buat semua ni demi...."

"Demi apa??Demi duit?Demi kesenangan?Kau kejar harta sampai sanggup buat benda jahat?Aku kecewa!Aku menyesal sebab makan duit kotor kau tu!Kalau aku tau,aku lebih rela hidup merempat dan mati kebulur dari telan duit haram kau tu!"Junhong makin menyinga.Kata-kata Yongguk dibidasnya tanpa rasa serba salah.Hilang sudah rasa hormatnya pada abang kandungnya itu.

Doojoon terdiam dan sekadar menjadi pemerhati.

"Aku bukan adik kau!Kau bukan abang aku!Pada aku,abang aku dah mati!Mati!"Junhong merenung tajam Yongguk yang membisu di sebalik sangkar besi itu.

Cengkaman Doojoon pada pergelangan tangan Junhong semakin lemah.Dia benar-benar tak menyangka Junhong boleh berubah menjadi sedemikian rupa.Selama ini,dia hanya kenal Junhong yang lemah lembut,sopan dan baik.Tak lupa juga sebagai seorang yang sentiasa tersenyum tapi kali ini,dia melihat sisi lain dalam diri Junhong.Junhong yang penuh dengan amarah dan kebencian.

"Sekarang kau rasakan duduk dalam penjara ni!Ini hukuman kau kerana kecewakan mendiang appa dengan omma!"tambah Junhong lagi.

Merah wajahnya menahan marah dan tangis.Yongguk pula sudah lama menitiskan air mata lelakinya.Namun,Junhong langsung tak tersentuh dengan tingkah Yongguk itu.Baginya,air mata seorang penjahat adalah air mata palsu!Dia malas untuk melayan tangisan palsu!

"Lupakan aku!Aku bukan adik kau!Kau ingat tu!Aku bukan Zelo!"

Ucap Junhong sebelum merentap tangannya dari cengkaman Doojoon dan mula melangkah untuk meninggalkan penjara Yongguk.

"Bang Junhong!Tunggu dulu!Dengar dulu apa abang nak cakap!"pinta Yongguk.

Junhong menghentikan langkahnya.Namun,wajahnya tetap membelakangi Yongguk dan juga Doojoon.

"Zelo,Abang mohon..jangan bencikan  abang.Abang ada sebab kenapa abang jadi macam ni.Kembali pada abang, Zelo.Abang nak peluk kau macam masa kita kecik dulu.Berhenti bentak Abang.Berhenti tengking Abang.Abang nak kau senyum pada Abang.Abang rindu senyuman kau,tawa kau.Bagilah Abang peluang untuk semua itu.Sebelum Abang pergi menutup mata..Sebelum Abang jalani hukuman atas segala kesalahan abang..."tutur Yongguk dengan penuh sayu.

Hati Junhong tersentuh.Air matanya laju mengalir membasahi pipi.Bahunya terhincut-hincut menahan tangis namun dikeraskan jua hatinya untuk tidak berpaling semula ke arah Yongguk.Sampai bila-bila,dia bencikan abangnya itu.

"Junhong please..pandang sini."Doojoon cuba memujuk.

Adegan dua beradik itu menyayat hatinya apatah lagi saat melihat Yongguk yang bersungguh-sungguh memohon maaf kepada adiknya itu.Doojoon tak sampai hati.

"Semuanya dah terlambat.."tutur Junhong perlahan sebelum meneruskan langkah meninggalkan Yongguk dan Doojoon di situ.Egonya ternyata masih teguh.Tiada kemaafan buat abangnya itu.Dia nekad!

"Zelo!!!!!Abang minta maaf!Maafkan abang!Maafkan abang!!Zelo!!"teriak Yongguk seperti orang yang tak keruan.Doojoon cuba menenangkan Yongguk.Tanpa disedari,air mata lelakinya turut sama gugur setelah sekian lama menahan sebak.

Junhong melajukan langkahnya bersama tangisan yang semakin deras mengalir.Hatinya sakit.Pedih!Dia bencikan semua ini.

"Aku benci kau abang!Benci kau!Aku benci kau!!"laung Junhong sekuat hatinya tanpa menghiraukan orang sekeliling yang memandangnya.Abaikan semua orang..abaikan!Junhong terseksa sekarang ini.Semua kerana abangnya!

"Bang Yongguk,aku benci kau!"ucapnya lagi,lagi dan lagi...

 

 


Second Update and Hai semua^^

Update kali ni nak buat dramatik sikit tapi entah la..menjadi ke tidak dramanya?

Apa pendapat korang??

Ok la..Apa-apa pun..Thanks kepada yang membacanya ya^^

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN~~

Last Chapter akan diupdate secepat yang mungkin.InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan.

(^.^)


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
Thanks kepada yang sudi baca dan subscribe^^Saya akan update dalam waktu terdekat ni.Semoga Terhibur(^.^)

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 5: Biasanya kalau baca citer authornim yang lain,saya ketawa bergegar sebilik.tp,bila saya baca citer ni,memang nangis x henti.memang sedih sangat2.*cry han river*
Hajar_EXO
#2
Chapter 3: Sedih gila cerita ni.Ini dah kali ke sepulu saya nangis ni.BTW unnie,cerita unnie sangat best!
blinkystars #3
Chapter 3: Klo ff unnie yg lain sye sakit perut gelak tp bile ff ni ibarat sye potong bawang dua lori...huhu sedih....btw jinjja daebak!! (Y)
KyoRyy_Greeniez
#4
Chapter 4: Congratulation! congratulation! Tahniah!!!!Awak memang berbakat... Tahniah untuk kali ke 4...

Tahniah
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 4: Haha... Memang terkejut tetibe je ff ni update... Tahniah author-nim... Tak sabar nak baca special chap nnt ^^
AtikahChenChan
#6
Chapter 4: congrats author-nim...
fatimdoki
#7
Chapter 4: Tahniah authornim^^ Aku tak tau apa yang patut aku cakap. Apa-apa pun tahniah :D
scarlett_azalea #8
Hi, review untuk cerita ini sudah siap.
Sila pick up dan comment di shop kami. Terima Kasih. :)

- Azalea