LO1

Last Origami

Satu persatu langkah diatur laju.Jam di pergelangan tangan dijeling seketika sambil sebelah lagi tangan mengemaskan juntaian anak rambut yang jatuh ke dahi.

“Selamat Tengah hari, Inspektor.”

Dua orang polis berpangkat lans koperal menegurnya saat mereka bertembung.

Doojoon mengangguk kecil sebelum menarik senyuman manis kepada mereka berdua.Dia memang terkenal sebagai seorang inspektor yang peramah dan murah dengan senyuman di situ.

 

“Heh..kau tengok Inspektor Doojoon tu.Tu dah tak lain tak bukan,dia nak pergi melawat kawan banduan dia la tu.Gila!Dengan banduan pun dia boleh buat kawan.Rapat pulak tu.”

 

Senyuman Doojoon tadi kendur saat mendengar namanya disebut dari jauh.Nampaknya ada yang sedang mengutuknya.Pemuda itu menghela nafas berat.Lantaklah orang nak cakap apa.Dengan siapa dia berkawan,itu urusan dia.Bukannya dia ganggu mereka pun kan?

Dia terus menyambung langkahnya.Dari suasana yang terang benderang dan dipenuhi orang ramai,sehinggalah dia akhirnya tiba di sebuah kawasan yang suram dan sunyi.

“Inspektor.Selamat Tengah hari.”seorang pegawai penjara menegurnya.

“Selamat Tengah hari.Saya datang nak melawat ni.”Doojoon membalas sapaan pegawai itu.Seakan sudah biasa dengan Doojoon,pegawai itu tanpa banyak soal mengangguk dan membuka kunci bahagian utama penjara untuk Doojoon.

“Terima kasih.”ucap Doojoon sebelum mula menuju ke tempat seseorang.

Setibanya dia di situ,Doojoon menarik senyuman.Dia memeluk tubuh sambil memerhatikan seseorang dari jauh.Leka dia memerhatikan insan itu melipat kertas untuk dijadikan origami.Khusyuk betul dia sehingga kehadiran Doojoon pun dia tak perasan.

 

“AHEMM!!”

 

Doojoon berdehem bagi menyedarkan insan yang sedang dalam dunianya sendiri itu.

Bang Yongguk tersentak lantas menoleh ke belakang.

“Inspektor Doojoon?”itulah ayat pertama yang keluar dari mulutnya saat terpandangkan Doojoon yang santai berdiri tegak di luar penjaranya.Senyuman juga tak lekang di wajah Inspektor muda itu.

“Khusyuk betul kau ya?”Doojoon berkata sambil mendekati Yongguk.Mereka berdua terpisah di antara palang-palang besi yang menjadi penghadang Yongguk sejak beberapa tahun yang lalu.

Yongguk sekadar tersengih.

“Sihat?”soal Doojoon pada Yongguk.

Banduan itu mengangguk sedikit lalu meneruskan semula kerja melipat origaminya yang tergendala tadi.Doojoon sekadar menjadi pemerhati.

Pasti ramai yang hairan bagaimana Doojoon dan Yongguk boleh jadi kawan.

Segalanya bermula saat Doojoon menjadi mangsa pemberontakan para banduan yang dipaksa melakukan kerja-kerja berat di dalam penjara.Dek kerana tak berpuas hati dengan layanan yang diberikan,enam orang banduan mula bertindak menyerang Doojoon yang kebetulan bertugas di situ.

Bayangkan,enam lawan satu.Sumpah!Walaupun Doojoon boleh berlawan tapi nampaknya kudrat dia tak dapat mengatasi enam banduan bertubuh sasa itu.Mujurlah seseorang muncul menjadi penyelamatnya.Doojoon terkedu.Seorang banduan datang membantunya?Dia ingat banduan tu pun nak serang dia sekali tapi sangkaannya meleset.

Dengan bantuan banduan yang lincah dan handal dalam berlawan itu,enam pemberontak tadi berjaya ditumpaskan.

“Terima kasih sebab tolong saya.Tak tahulah macammana kalau awak tak ada.Mungkin saya akan cedera teruk.Terima kasih.”

Banduan itu sekadar mengangguk.

“Saya terharu sebab awak sudi tolong saya.Awak banduan yang baik.Sapa nama awak?”soal Doojoon lagi.

“Yongguk.Bang Yongguk.”jawabnya pendek.

Maka,sejak dari itu,bermulalah episod persahabatan antara Yongguk dan Doojoon.Pada mulanya,Yongguk seakan tak betah dengan Doojoon.Namun,lama kelamaan,dia sudah boleh menerima Doojoon.Hanya Doojoon seorang sahaja yang sudi menjadi temannya.Siapa sangka kan?Seorang inspektor polis macam Doojoon sudi nak berkawan dengan banduan macam Yongguk?Macam mustahil tapi sebenarnya tidak..

 

“Origami lagi?Sejak bila kau berminat buat origami ni?”Doojoon berkata sambil matanya memandang taburan origami yang Yongguk buat dari kertas-kertas lusuh di hadapannya.Doojoon mengeluh.

“Aku dah lama tak buat origami ni.Lama sangat..”Yongguk menjawab.

“Untuk apa kau buat benda ni?”soal Doojoon lagi.

“Untuk adik aku.Aku dah janji nak buat dekat dia origami ni dulu tapi malangnya…aku tak buat.Jadi,sementara aku masih ada masa nak buat,aku pun buatkanlah untuk dia.Aku takut..aku tak sempat..”ucap Yongguk.

Hati Doojoon tiba-tiba sayu saat mendengar ucapan Yongguk itu.

Dia tahu,Yongguk adalah banduan akhir.Bila-bila masa saja,Yongguk akan menjalani hukuman atas kesalahan dia yang dulu.Apa hukumannya?

Hukuman yang paling digeruni oleh orang ramai.

Mandatori.Gantung sampai mati.

Itulah hukuman yang Yongguk akan jalani nanti atas kesalahan mengedar dadah dan membunuh orang tiga tahun yang lalu.Muktamad!Tak ada siapa yang boleh mengubah keputusan hakim lagi.Yongguk pasrah.Dia sememangnya sudah lama menyerahkan hidupnya pada takdir.

“Adik?Kau ada adik?”Doojoon menyoal lagi setelah sekian lama mendiamkan diri.Ini perkara baru yang dia tahu dari Yongguk.Yongguk ada adik?Tak pernah pula dia tahu soal ini.Hati Doojoon jadi penasaran.Dia meronta-ronta ingin tahu perihal adik Yongguk.Entah kenapa,dia pun tak tahu.

“Ada..tapi..dia bencikan aku.”tutur Yongguk lirih.

“Mana kau tau dia bencikan kau?”Doojoon memandang Yongguk.

Banduan itu tertawa kecil.

“Aku tahu.Dia sendiri yang cakap depan mata aku.”kata-kata Zelo beberapa tahun yang lepas mula bermain di kepala Yongguk.

Aku benci kau!Kau bukan abang aku!Abang aku bukan penjahat!Abang aku tak bunuh orang!Abang aku orang baik!Aku benci kau!

Yongguk mengeluh saat teringatkan jerkahan adiknya itu.Kertas yang berada di tangannya digenggam tanpa dia sedari.Dia kesal.Dia sebak.Dia tak suka untuk ingat lengkingan suara itu.

“Dia bencikan aku sebab aku ni pembunuh.Dia benci aku sebab aku ahli kongsi gelap.Aku jahat!Sebab tu dia benci aku.”luah Yongguk pada Doojoon.

Riak simpati jelas terlukis di wajah Doojoon.Bahu Yongguk ditepuk perlahan.

“Sabarlah Yongguk.”hanya itu yang mampu keluar dari mulut Doojoon.

“Aku dah lama sabar Doojoon tapi..sejak akhir-akhir ni,aku rasa rindu sangat dekat dia.Aku nak jumpa dia.Aku rasakan waktu aku dah tak lama lagi.Tali gantung dah menunggu aku dan aku pulak menunggu adik aku yang entah ke mana tu.”Yongguk menahan sebaknya.Wajah Zelo,adik kesayangannya bermain di mata.

Kenangan lalu menjengah di mindanya..

 

"Abang,buatkan Zelo origami ni banyak-banyak ya?Boleh kan?Kan?"Zelo memandang abangnya yang leka melipat kertas berwarna untuk dijadikan origami itu dengan mata yang bercahaya.

"Iye..nanti abang buatkan untuk Zelo."Yongguk tertawa saat melihat muka penuh pengharapan si Zelo itu.

"Betul ni?Abang janji?"Zelo masih belum berpuas hati.

"Janji."Yongguk mengangguk  lantas kepala adiknya diusap perlahan.

 

Bahagia,itulah yang mereka rasakan saat itu.Hidup mereka indah.Tak ada sesiapa yang datang dan menghancurkannya.Gembira dan tenang bersama dua orang tua yang sentiasa menyayangi mereka.

Zelo dan Yongguk bersyukur untuk segala-galanya yang mereka rasai.

 

Namun,hidup tak selalunya indah.

Kebahagian mereka diambil TUHAN.

Kedua orang tua mereka diambil TUHAN.Maut akibat kemalangan jalan raya.

 

Maka,tinggallah Yongguk dan Zelo menghadapi hari-hari mendatang dengan walang.

Kesempitan dan kesusahan mula dirasakan oleh dua beradik ini.

Yongguk terpaksa berhenti sekolah demi menyara kehidupan mereka berdua.

 

Keadaan menjadi lebih parah bagi Yongguk saat dia diburu oleh kumpulan kongsi gelap gara-gara hutang mendiang ayahnya.Yongguk tertekan.Dia tersepit!Tagihan hutang itu mengusutkan hatinya.

 

“Kau serahkan je adik kau kat kami kalau kau nak settlekan hutang bapak kau tu.Organ dalaman manusia sekarang ni mahal.Kalau adik kau sudi nak jual,memang lebih dari cukup untuk kau bayar hutang bapak kau yang dah mampus tu.”

“Tak!Zelo tak boleh terlibat dalam hal ni!”Yongguk sama sekali takkan menyerahkan Zelo.

“Bodoh!Kau masih fikirkan kasih sayang dalam keadaan terdesak macam ni?Baiklah..kalau itu yang kau nak…apa kata kau saja yang jadi bayaran.Jadi hamba kumpulan kami untuk seumur hidup kau.Jangan pernah membelot.Kau buat saja apa yang kami suruh.Tak boleh melawan dan tak boleh mengingkar.Jadi salah seorang ahli kami!Cuma dengan cara ni kau boleh bayar hutang bapak kau tu.Ingat Yongguk..kau cuma diberi dua pilihan untuk bayar hutang bapak kau.Adik kau atau kau sendiri.Mana satu pilihan kau?”

 

Yongguk bungkam.Dia tak mungkin akan menyerahkan Zelo dalam hal ini.Dia sayangkan Zelo dan dia sudah berikrar dalam hatinya bahawa dia sanggup mati demi adiknya itu.Dia tak nak Zelo menjadi mangsa..oleh itu,biarlah dia yang berkorban.

 

“Biar aku yang jadi bayarannya.Aku hamba korang sekarang ni..tapi janji..jangan apa-apakan Zelo.Dia tak tahu menahu soal ni.”

 

Yongguk tekad.Walau apa yang terjadi,Zelo tak boleh terlibat dalam hal ni.Dia tak nak Zelo hidup dalam kegelapan.Zelo mesti bahagia dalam hidupnya.Oleh itu,biar dia sebagai abang yang berkorban demi kebahagian Zelo.

 

Sejak hari itu,kehidupan Yongguk mula berubah.Dia terpaksa menghayutkan dirinya dalam kancah kegelapan.Tangannya terpaksa dikotorkan dengan kerja-kerja jenayah.Rompakan,dadah dan paling teruk,membunuh.Yongguk terpaksa lakukan semua itu demi melindungi Zelo dari kumpulan kongsi gelap yang menagih hutang mendiang ayahnya.Sekiranya dia ingkar,adiknya itu yang akan menjadi mangsa.

 

“Appa..wae?Kenapa appa buat semua ni?Appa kejam..sekarang abang yang terpaksa menjadi mangsa!Abang benci diri abang sendiri.Abang dapat rasakan jiwa abang bukan lagi manusia.Abang rasa abang binatang!Abang dah kotorkan jiwa abang semata-mata untuk bayar semula hutang appa!Wae?Wae?Appa!!”

Kadangkala,Yongguk menyalahkan mendiang appanya..namun,kemudiannya dia mula rasa bersalah.Ahhhh!!Yongguk buntu!

 

“Abang!Apa abang buat ni?Zelo jumpa dadah dalam beg abang!Abang…jangan cakap kat Zelo yang abang guna benda ni.Abang!”bentak Zelo saat dia tak sengaja menemukan bungkusan dadah dalam beg Yongguk.

 

“Zelo!Jangan sentuh benda ni!”bungkusan itu dirampas dari tangan Zelo dengan kasar.Zelo terpaku.

 

“Abang dah lain sekarang!Abang jahat!Kenapa abang jadi macam ni?Abang tak kesian dekat appa dengan omma?Kalau mereka masih hidup,mesti mereka sedih tengok abang macam ni!Kenapa abang?Kenapa abang berubah?Zelo bencikan abang yang sekarang,Zelo nak abang yang dulu!”luah Zelo sebelum berlalu meninggalkan Yongguk sendirian.

 

“Zelo-ahh..mianhe.Abang awak yang dulu dah tak ada.Maafkan abang.Abang jadi macam ni disebabkan awak,Zelo.Abang jadi macam ni sebab nak lindungi awak Zelo.Tapi,biarlah awak tak tahu soal ni..cuma satu yang abang harap,semoga kau akan bahagia dalam hidup kau.”hati Yongguk berbicara sendiri.

 

Satu peristiwa menjadi titik permulaan baru bagi Yongguk.Permulaan hidup di dalam sangkar besi.

Dia berjaya diberkas pihak polis setelah selesai melakukan satu pembunuhan atas arahan ketua kongsi gelap yang disertainya.

 

“Bang Yongguk.Anda ditahan atas kesalahan membunuh seorang gadis di Hotel Summersault malam semalam.Ikut kami ke balai.”

Yongguk diberkas di rumahnya sendiri.

“Abang…”Zelo yang jelas terkejut dengan apa yang dikatakan oleh pihak polis hanya mampu terpinga.

“Zelo..tolong abang.Zelo!Abang…”Yongguk sudah tak boleh lari lagi.Tangannya telah digari.

“Betul ke abang bunuh orang?”soal Zelo pada Yongguk.

Yongguk terdiam.Dia dah tak larat untuk menipu.Dia dah penat menipu Zelo maka lebih baik dia berdiam diri sahaja.

“Abang!”

“Maafkan abang,Zelo!”

Hancur hati Zelo dengan abangnya itu.Perasaan marah menguasai dirinya.

Aku benci kau!Kau bukan abang aku!Abang aku bukan penjahat!Abang aku tak bunuh orang!Abang aku orang baik!Aku benci kau!

Hanya TUHAN yang tahu betapa peritnya hati Yongguk saat mendengar kata-kata adiknya itu.Zelo tak tahu apa-apa.Mudahnya dia menyalahkan Yongguk.Andainya dia tahu alasan Yongguk menjadi sebegitu…

Sejak Yongguk terperuk dalam penjara,dia dah tak pernah lagi bertemu dengan Zelo.Zelo menghilang begitu saja.Hari terakhir dia bertemu Zelo adalah pada hari dia ditangkap oleh polis dulu.Sudah bertahun lamanya..Zelo menghilang dari pandangan matanya.

Dia rindukan adiknya itu.Sumpah…dia rindu sangat.

 

“Yongguk..”

Lamunan panjang Yongguk mati.Dia perasan ada titis air mata yang jatuh dan membasahi origami di tangannya itu.Lantas,segera dia seka air matanya.Malu saat terfikirkan Doojoon yang menjadi saksi tangisannya.

“Jangan malu untuk ceritakan beban kau kepada aku.Aku kawan kau Yongguk”tutur Doojoon.

“Dah lama aku simpan cerita ni sendirian Doojoon.”luah Yongguk.

“Luahkanlah pada aku.Aku sedia jadi pendengar kau.”pinta Doojoon.

Dan untuk pertama kalinya dalam hidup Yongguk,dia menceritakan segala-galanya kepada seseorang dan seseorang itu adalah Doojoon.

Tersayat hati lelaki itu saat mendengar cerita dari banduan malang itu.

“Di akhir hayat aku sekarang ni,aku cuma berharap yang adik aku akan datang jumpa aku.Sekali pun jadilah...aku akan gembira sangat.”luah Yongguk dalam nada yang sebak.

Doojoon terdiam.Dia tak mampu berkata-kata.Sungguh.Hatinya tersentuh mendengar cerita dari Yongguk ini.Kasih sayang Yongguk pada adiknya tiada tolak bandingnya.Doojoon kagum.Tersangatlah kagum.

“Junhong...abang rindukan kau.”rintih Yongguk sayu.

Doojoon mengerutkan dahinya seketika.Junhong?

Tiba-tiba dia teringatkan seseorang yang dikenalinya.Junhong…

“Takkanlah Junhong yang tu..”

 

 


Yo Everyone~Loizhong_96 here^^.Ok.Ini first update untuk 'Last Origami ' ni.Saya berharap update ni dapat memuaskan hati readers semua.Berdebarnya nak tahu reaksi sesiapa yang baca cerita ni.Hope sudilah untuk mengomen.Let me know kalau saya ada tersalah atau tersilap dalam ff ni.:)Kepada yang dah subscribe,yang komen dan juga yang upvote,saya ucapkan berbillion terima kasih kepada anda semua.Sokongan anda memberikan saya semangat untuk terus mengupdate cerita ni.Ok,sekian dulu dari saya,BYE!!

(^.^)


 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Jelly_Warrior
Thanks kepada yang sudi baca dan subscribe^^Saya akan update dalam waktu terdekat ni.Semoga Terhibur(^.^)

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 5: Biasanya kalau baca citer authornim yang lain,saya ketawa bergegar sebilik.tp,bila saya baca citer ni,memang nangis x henti.memang sedih sangat2.*cry han river*
Hajar_EXO
#2
Chapter 3: Sedih gila cerita ni.Ini dah kali ke sepulu saya nangis ni.BTW unnie,cerita unnie sangat best!
blinkystars #3
Chapter 3: Klo ff unnie yg lain sye sakit perut gelak tp bile ff ni ibarat sye potong bawang dua lori...huhu sedih....btw jinjja daebak!! (Y)
KyoRyy_Greeniez
#4
Chapter 4: Congratulation! congratulation! Tahniah!!!!Awak memang berbakat... Tahniah untuk kali ke 4...

Tahniah
Exotic_Baby_99
#5
Chapter 4: Haha... Memang terkejut tetibe je ff ni update... Tahniah author-nim... Tak sabar nak baca special chap nnt ^^
AtikahChenChan
#6
Chapter 4: congrats author-nim...
fatimdoki
#7
Chapter 4: Tahniah authornim^^ Aku tak tau apa yang patut aku cakap. Apa-apa pun tahniah :D
scarlett_azalea #8
Hi, review untuk cerita ini sudah siap.
Sila pick up dan comment di shop kami. Terima Kasih. :)

- Azalea