chapter three

SM Boy High School (Malay version)

Sulli’s POV

 

RING!!!!!

 

Aku menutup bunyi deringan jam loceng tanpa membuka mata. Badan yang terbaring kaku ku bangkitkan dan mula merenggangkan segala tulang-temulang yang tidak digunakan selama beberapa jam dengan senyuman yang menghiasi bibirku. Hati aku rasa sedikit seronok untuk ke kelas. Sekolah ni tak teruk sangat. Semua pelajar kat sini mesra alam. Aku boleh dapat ramai kawan walaupun baru sehari aku kat sini.

 

 Aku memandang sekilas ke arah Amber yang masih tertidur lena jadi aku tak de rasa nak bangunkan dia sebab masa masih 6 pagi. Kenapa aku bangun awal? Hmm, sebenarnya aku tak nak dia kacau aku macam mana yang berlaku semalam. Aku ni kalau dah mandi jangan harap lah ambil masa 10 minit atau 20 minit mesti lebih dari 30 minit punya. Amber kadang-kadang macam budak-budak pun ada. Hampir tertangkap kot semalam. Huhu T.T

 

Flashback…

 

Author’s POV

 

Malam mula menjelang tiba jadi Amber dan Sulli mula memikirkan siapa yang bakal mandi dulu. Sebenarnya, Sulli merelakan Amber untuk mandi dahulu tetapi Amber menolak. Dia kata yang Sulli ni tak ‘best’ langsung sebab mudah mengalah macam tu je. Amber nak sangat merasakan bagaimana mempunyai teman sebilik lagi-lagi dia tak pernah merasakan ada teman sebilik sebelum ini.

 

“Kenapa kau mengalah? Haish, kau patut lawan nak mandi dengan aku.” Kata Amber seperti keanak-anakkan sambil memeluk tubuhnya sendiri.

 

“Aku tak mengalah. Aku Cuma tak nak gaduh pasal benda tu je.” kata Sulli dengan rasa bimbang.

 

“Haish! Jom main batu-kertas-gunting. Siapa menang dia mandi dulu. Amacam? Ada berani?” cadang Amber dengan senyuman sinis terukir di bibir.

 

“Okay.” Sulli setuju tanpa rasa sedikit bimbang.

 

‘Oh man! Aku teruk kot dalam permainan batu-kertas-gunting. Kenapa aku pergi cadangkan permainan tu? The heck me.’ Fikir Amber yang risau akan kalah kepada Sulli. Amber merenung wajah Sulli dengan mengecilkan mata mengharapkan Sulli akan membuat kertas kerana dia sudah bersedia untuk membuat gunting.

 

Mereka berdua menyorokkan tangan di belakang badan untuk menyembunyikan bentuk yang bakal dikeluarkan sebentar lagi.

 

“kai bai po!” jerit Sulli  dan mereka mula serentak mengeluarkan tangan masing-masing.

 

 

 

 

Seperti yang Amber fikirkan.

 

Dia sangat teruk dalam permainan itu. Dia kalah lima kali berturut-turut membuatkan dia menutup mukanya dengan telapak tangan kerana terlalu kecewa.

 

Sulli pula lompat kegirangan lepas tu terus berlari ke tandas dengan ketawa riang yang keluar dari mulutnya.

 

“Stupid Amber! Kenapalah kau teruk sangat dalam game ni?” tanya Amber kepada diri sendiri sambil menepuk-nepuk kepalanya beberapa kali. Dia melabuhkan punggung di atas katilnya selepas mengambil salah satu dari koleksi rubic’s cube sementara menunggu sulli habis mandi.

 

 

After half an hour,

 

“Gosh! What the heck yang dia buat kat dalam tandas tu lama sangat? Dah mati ke apa? Kenapa lama sangat?” soal Amber kepada diri sendiri selepas tidak dapat bersabar lagi. “Dia ni lelaki ke perempuan? Aku fikirkan perempuan je yang ambil masa yang lama nak berhias” tambahnya lagi sambil merenung pintu bilik air tersebut dengan pandangan yang mengesyaki sesuatu.

 

Dia mula mengangkat punggungnya dari katil dan ingin mengetahui apa yang berlaku di dalam bilik air tersebut sehingga Sulli mengambil masa yang lama. “yah! Kenapa kau ambil masa yang lama?” Soal Amber selepas mengetuk pintu.

 

“Wait for a minute.” Jerit Sulli di dalam tandas.

 

“Aku ambil kunci pendua kalau kau masih kat dalam tandas.” gertak Amber sambil bibirnya tersenyum mengejek. Dia gurau je sebenarnya. Hahaha! Gosh! Siapa nak tengok lelaki bogel?

 

Sulli yang berada di dalam tandas dah mula kelam-kabut nak mati disebabkan gertakan Amber. Dia mula berlari marathon di dalam tandas untuk mencapai tuala mandinya.

 

“Kejap!!!! Please!” Jeritnya dengan tangisan yang berada di dalam hatinya. Tolonglah jangan buat macam tu. Nangis juga aku kalau kau buka pintu ni. T.T

 

“Okay!” kata Amber membuatkan Sulli menghembuskan nafas lega. “Tapi dalam 10 saat!” Tambah Amber lagi diselangi dengan gelak jahat. Dia menggigit bibir bawahnya untuk menahan diri dari terus ketawa. Dia perlu serius bukannya nampak sangat yang dia hanya mengenakan Sulli.

 

Amber mahu tergelak lagi apabila dia boleh bayangkan betapa Sulli sangat cemas kerana terlalu banyak barang yang jatuh tergolek-golek ke lantai sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat.

 

“Sekejap!!!!!” Jerit Sulli lagi. ‘Mummy!!!!’ Jeritnya di dalam hati dengan tangisan yang mengiringi.

 

“1”

 

Oh my god!

 

“2” Kira Amber dengan gelak tawa kecil.

 

“Amber! Wait!!!!”

 

“3”

 

“4”

 

Sulli segera memakai bengkung untuk menutup dadanya dari tertangkap sebagai perempuan dengan stress sehinggakan membuatkan jarinya menggeletar.

 

“5”

 

“Amber!!!!” jeritnya separuh merayu. Tangannya menggeletar sangat sampai tak boleh pakai pakaiannya dengan betul.

 

“6.”

 

Sulli tidak berhenti untuk memakai baju dengan panik. Siapa yang boleh pakai baju bawah 10 saat?

 

“7” Amber masih lagi ‘prank’ Sulli. Dia tak tahu kenapa dia suka sangat mengusik ‘lelaki’ itu.

 

“Jam tak boleh berhenti, Jinri!” kata Amber separuh jerit.

 

“Please make it stop. Aku merayu!” Jerit Sulli penuh dengan rayuan dan mengharapkan Amber akan mengasihaninya.

 

“8.”

 

Sulli menelan air liur yang seperti batu. “Mana seluar aku ni!” Jeritnya di dalam hati penuh dengan tangisan.

 

“9.”

 

OH MY GOD!!!!

 

God please help me.

 

Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu depan membuatkan Amber menghentikan pengiraannya. “Amber! Jom makan! Aku belanja!” Jerit seseorang dengan suara yang penuh kegembiraan.

 

“Kau bertuah Jinri hari ni. hehe.” Kata Amber. “Aku akan balik dalam 1 jam dari sekarang. Kalau kau masih lagi tak keluar dari tandas. Aku buka pintu lepas tu ambil gambar bogel kau. Sebarkan satu sekolah! Hahahahaha!” Tambahnya lalu menguraikan gelak tawanya seperti seekor syaitan.  

 

Sulli terduduk di atas lantai dengan sungguh berdrama sekali. “thank you so much god.”

 

Amber yang berada di tempat lain tersenyum sampai ke telinga yang terlukis di wajahnya ketika membuka pintu utama.

 

“Senyuman lebar tu untuk apa?” Soal Kris dengan senyuman sinis.

 

“Tak de apa. Aku cuma prank Jinri je.” jawab Amber lalu menutup pintu di belakangnya tanpa mematikan senyuman lebarnya.

 

“Oh..” Angguk Kris berasa sedikit kecewa sebab Amber bukan tersenyum lebar seperti itu kerana ingin keluar dengannya. Eh sekejap! “Kau sebilik dengan Jinri?” Soalnya jerit di telinga Amber.

 

“Yah! Kau dah kenapa jerit kat telinga aku? Aku boleh pekak kau tahu?!” Amber jerit balik.

 

“Bagitahu aku. Dia sebilik kau?” Soal Kris sambil memegang bahu Amber dengan erat mengharap ‘tak’ sebagai jawapan.

 

“ya, kenapa dengan tu?” Soal Amber.

 

“Amber…. Huhuhu..” Nangis Kris secara dramatik di dalam hati.

 

End of flashback.

 

 

 

Back to Sulli’s POV

 

Aku tersenyum gembira setelah siap mengurus diri dan puas dengan penampilan sendiri apabila kemas berpakaian seragam sekolah lelaki. “Aku tak tahulah pula aku ni hensem. Keke.” Bisikku sendiri memberi pujian kepada diri sendiri semasa merenung refleksi dari sebuah cermin dengan gelak kecil yang terlepas di mulut.

 

“Berhenti puji diri sendiri, Jinri.” Seseorang bercakap membuatkan aku terkejut sedikit.

 

Aku memusingkan badan untuk melihat empunya suara tersebut.  Dia adalah Amber yang sedang terhuyung-hayang ke tandas jadi aku menegur nya dengan ‘morning wish’.

 

“Good morning Amber!”

 

“emm…” dia berdengung tanpa mengucapnya kembali.

 

Aku hanya mengangkat kedua belah bahu dan kembali pusing ke arah cermin. Aku mula mengusut-masai kan rambut pendekku dengan pelbagai stail dengan gembira. Tak sangka pula boleh buat macam-macam bila ada rambut pendek ni. Keke!

 

Setelah penat mengusutkan rambut sendiri, aku mula melabuhkan punggung di atas kerusi menunggu Amber. Aku tak tahu kat mana kelas aku. Aku cuma tahu nama kelas tu je. lass.

 

Dia Cuma mengambil masa 10 minit di dalam bilik air. Aku terfikir sejenak, macam mana lelaki boleh ambil masa yang sangat pendek dalam mengatur diri sendiri eh? hmmm?

 

Aku hanya memerhatikan gerak-geri Amber yang sudah sempurna dengan baju seragam sekolah. Dia sibuk membetulkan rambutnya dan juga jam tangan yang dipakaikan di pergelangan tangannya. Seperti peraturan yang dia tetapkan. Tak boleh tidak berbaju di bilik. Hmmm.. aku tersenyum mengingati kembali peraturannya.

“apa yang kau pandang-pandang?” Amber tiba-tiba bersuara.

 

“Anniya, aku cuma terfikir, kenapa lelaki ambil masa yang singkat untuk mandi dengan bersiap-siap?” soalku. Wait! What the hell yang aku tanya tadi? Oh my god! Dia mesti syak apa-apa pasal aku.

 

Dalam diam aku memukul kepala otak aku yang bengong tahap kambing.

 

Dan secara rahsia aku mendoakan dia tak perasan dengan soalan pelik tadi. Please Amber!!! T.T

 

Please God! Don’t stop in helping me.

 

“dahkenapa kau nak fikir benda tu? Kau lelaki kan? Jawab jelah soalan tu sendiri. Dude, kau ni pelik lah.” Kata dia dengan kerutan di dahi.

 

“Okay, okay! Aku tanya aku sendiri lepas tu jawab dengan sendiri.” Kata ku cuba untuk menutupinya kembali atau makin mengkeruhkannya lagi.  -.-‘

 

“Okay jomlah. Aku tak nak kau lambat untuk hari pertama.” Kata nya lalu menyandang beg sekolah miliknya.

 

Aku tersenyum tampak sebaris gigi kepadanya. Dia baik sebenarnya cuma nakal sikit je.

 

Kami berjalan bersebelah seperti selalu. Aku mencuri pandang ke arahnya untuk mengikuti setiap gerak-gerinya.  

 

Dia menyelukkan tangannya ke dalam poket jadi aku pun mengikut cara dia dengan senyuman yang terukir di bibir ku.

 

Lepas itu, aku tengok kaki dia. Aku pun mencuba untuk berjalan seperti dia.

 

Hmmm, aku kena berhenti berjalan kepit lepas ni. Yelah lelaki kan jalan terkangkang. Keke.

 

“Dah kenapa kau tengok aku macam tu?” Soalnya kepada ku yang terlalu fokus melihat setiap gerak langkahnya membuatkan aku terkejut sedikit.

 

“Umm.. t—tak de apa. S—saje je.” kata ku tergagap-gagap sambil menggaru belakang tengkuk dengan kekok.

 

Dia menggelengkan kepala disebabkan reaksi yang aku berikan membuatkan aku menghadiahkan senyuman kekok.  

 

Aish, kenapa aku ni cuai sangat?

 

 

 

“Ni kelas kau.” Katanya selepas kami berdua sampai di hadapan kelas 2-A. Kelasnya, ya Ampun! Bising ya amat.

 

“Thanks Amber.” Kata ku lalu tersenyum kepadanya membuatkan dia juga menghadiahkan senyuman kepada ku.

 

Dia menepuk-nepuk perlahan kepala ku lalu pergi meninggalkan aku.

 

Aku melangkahkan kaki ke dalam kelas. Semua rakan sekelas ku cuma membuat hal sendiri.

 

“Oh my god! Krystal is so hot!” Seseorang menjerit di dalam kelas itu.

 

“Luna is pretty!!”

 

“Victoria is so y!!”

 

Jerit mereka semasa melihat sebuah majalah membuatkan aku menggelengkan kepala. Aku melari-larikan anak mata untuk mencari tempat kosong tapi tiba-tiba seseorang melambaikan tangan kepada ku dengan mengukirkan senyuman mesra di bibirnya.

 

“Jinri!” Dia panggil nama ku membuatkan aku tersenyum kepadanya lalu berjalan ke arahnya. “Duduk sini. Sini kosong.” Katanya selepas mengalihkan beg nya dari tempat duduk tersebut.

 

“Thanks minho.” Ucapku sambil menunjukkan senyuman manis.

 

Aku tak tahu tapi tiba-tiba muka dia menjadi merah padam. “Kau sakit ke?” soal ku lalu menyentuh dahinya untuk merasakan suhu badannya.

 

“Anniya.” Dia mengambil tangan ku, tidak membenarkan untuk aku menyentuh dahinya tapi dia masih memegang tanganku dengan masa yang lama. ==’

 

“Ehem! Minho…” Aku berdehem dan memanggilnya sambil mataku memerhatikan tangan kami yang bercantum mengharapkan dia memahami isyarat ku.

 

“Oh oh mianhe.” Katanya lalu melepaskan tangan ku. Dia mengalihkan pandangannya daripada ku membuatkan aku hanya mengangkat dua belah bahu menyatakan aku tidak tahu apa kena dengan dia.

 

 

Minho’s POV

 

Kenapa jantung aku berdegup kencang?

 

Kenapa aku rasa macam ada elektrik bila aku pegang tangan dia?

 

What the hell yang berlaku kat aku ni?

 

Aku menghindari matanya kerana aku tak nak dia nampak yang muka aku yang aku rasa dah merah padam seperti tomato. Gosh! Kenapa aku jadi macam ni?! Dia lelaki lah siot!

 

Tapi kenapa hati aku rasa nak pecah?

 

Perut,, perut aku rasa lain macam.…

 

Kenapa?

 

Mengapa?

 

“Bagaimana?”

 

Aku gay ke?

 

Kris! Ni semua salah kau!

 

“Minho, Amber kelas apa? Aku lupa pula nak tanya dia.” Jinri tanya dengan senyuman manis dia di mana aku menjumpainya tersangat lah comel.

 

Oh my god! Jangan senyum kat aku macam tu pleaseee? I might be gay for you! T.T

 

“Oh Dia sama kelas sini dengan Kris, Luhan, Jonghyun and Sehun.” Jawab ku cuba untuk mengawal perasaan gugup.

 

“Chinca? Kenapa Amber tak masuk kelas ni tadi? Dan kenapa aku tak nampak Kris, Luhan, Jjonghyun dengan sehun?” Soalnya semasa mencari-cari kelibat mereka semua.

 

“Maybe Amber dengan Kris sekarang. Diorang selalu bersama ke mana jua mereka berada. Kalau tak Kris ni muncung sedepa.” Kata ku membuatkan dia membuat muka rasa sangsi. “Lagipun Jonghyun, Luhan and Sehun berdua tu. Diorang rapat dengan Amber.” Tambah ku lagi dan dia menganggukkan kepalanya.

 

“Oh. Kau rapat dengan Amber juga?” soalnya.

 

“Hmm, semua orang rapat dengan amber disebabkan dia tu mesra tahap melampau dan dork. Tetapi orang yang paling rapat dengan dia, Kris. Kris selalu melekat dekat Amber. Tu tak payah nak ragukan lagi.”

 

Yeah, Kris dah pecahkan rahsia dia dekat aku. Aku je. Dia mengaku yang dia sukakan eh bukan suka tapi cintakan Amber. Tak hairanlah kalau dia cemburu bila ada orang peluk atau letak tangan di bahu Amber.  

 

Dia masih belum membuat pengakuan yang dia mempunyai perasaan terhadap Amber sebab dia takut kalau Amber tidak terima dia. Dia tak tahu sama ada Amber sukakan dia juga atau TAK. Amber mungkin straight! Buddy!

 

“Oh…” Angguk Jinri dengan semangat.

 

Kenapa dia comel sangat?

 

Oh my god Minho! Kenapa kau macam ni?

 

“Yo man?!” Seseorang menjerit membuatkan setiap mata mengalihkan pandangan ke arah suara tersebut. Siapa lagi kalau bukan Amber?

 

“Yo!” Semua menegurnya.

 

“Gah! Kau asal lambat? Kau kena tengok ni!” kata Suho lalu menarik Amber dengannya. Kris, Jonghyun, Luhan dan Sehun juga berlari ke arah mereka untuk melihat apa yang Suho ingin tunjukkan.

 

Jinri yang di sebelah sudah pun mengangkat punggungnya dari kerusi dan menyertai mereka semua.

 

Aku tak de pilihan selain untuk menyertai mereka juga.

 

“Tengok!! Krystal dalam baju renang! Gosh She so hot!” Jerit Kris merampas majalah itu dari tangan Suho dan mendekatkan majalah itu ke mukanya.

 

Hmm… aku tak tahu lah kalau dia cuma pura-pura tak gay depan diorang ataupun dia tak berpura-pura tapi real?

 

Amber yang berada di sebelahnya membuka mata dengan besar dan merampas kembali majalah tersebut dari tangan Kris. “Gosh! Wow, diorang semua hot and spicy!!!!” Jeritnya seperti lelaki gatal.

 

Kris memandang ke arah Amber dengan kecewa di mana aku boleh nampak dengan jelas melalui anak matanya.

 

“Aish! Diorang ni gatal.” Bisik Jinri di sebelahku membuatkan aku tergelak kecil dengan reaksinya.

 

“Yeah, diorang selalu macam ni.” Kata ku membuatkan Jinri menjulingkan matanya ke atas lalu menggelengkan kepala. Aku tak tahu tapi aku rasa gembira tanpa sebab yang jelas.

 

 

Amber’s POV

 

“Gosh! Wow, diorang semua hot and spicy!!!!” Jerit ku seperti lelaki yang sangat sangat gatal. Aku pun kadang-kadang benci juga dengan aku sendiri bila aku buat macam tu. -.-‘

 

Aku selalu berlakon macam ni bila mereka semua cerita pasal perempuan yang sekolah dekat sebelah SM boy high School.  

 

Jadikan aku berlakon jadi lelaki gatal? 

 

Hahahaha! God! Aku normal doh! Aku tak kisah seseksi macam mana pun diorang tu semua. Aku lagi seksi dan panas dari diorang. Kahkah!

 

Tak payah nak perasan Am. -…-

 

“Kau suka salah seorang dari diorang?” Kris tiba-tiba tanya selepas kami berdua duduk di tempat masing-masing. .

 

“Aku rasa aku jatuh cinta dekat Krystal. Siapa tak?” kata ku dengan senyuman sinis.

 

Dia hanya mengangguk sambil menunjukkan senyuman lemah.

 

Dia fikir dia gay tapi dia tak pernah bagi tahu aku siapa lelaki yang beruntung tu sampai dah curi hati kawan aku yang paling hensem ni. Siapa dia ek? Dia tak nak bagi tahu aku. T.T

 

Jinri yang duduk di hadapan ku mula memusingkan badannya untuk bersemuka dengan ku dengan mukanya yang happy-go-lucky.  

 

“Hi Amber.” Dia tegur ku dengan senyuman lebar. “Hi Kris.” Tambahnya lagi selepas memandang sekilas ke arah Kris.

 

“Hi.” Kris balas kembali dengan suara yang dingin membuatkan Jinri memberikan senyuman kekok kepada Kris. Dia selalu macam tu dengan Jinri tapi aku masih tak tahu kenapa.

 

“Hi Jinri.” Aku tegur kembali dengan senyuman kekok. Lelaki ni pelik. Dia selalu menyapa aku walaupun kita ni sebilik. Aku rasa aku kena cari tahu siapa dia dengan lebih teliti. etail.

 

Hati aku terasa aneh pasal dia. Macam dia ada menyorok sesuatu dari aku, benda yang aku tak perlu tahu.

 

 

RING~~

 

Bunyi loceng sekolah yang menandakan waktu rehat membuatkan setiap manusia yang bergelar pelajar melompat kegembiraan termasuk aku. Aku mengayunkan tangan keliling bahu Minho disebabkan dia berdiri di sebelah aku. “Jom nyanyi lagu Llama.” Jerit ku dan mengusut-masaikan rambutnya.

 

Kris memandang ke arah ku dengan dingin tapi aku mengendahkan dia. Dia macam perempuan pun ada kadang-kadang. Mood dia boleh berubah tanpa sebab dengan cepat.

 

Aku menarik Minho dengan ku sambil menyanyikan lagu ‘llama song’ yang di tulis oleh dia sendiri untuk aku. Keke..  He even wrote a song for me. Haha!

 

 

Kris’s POV

 

Hati aku rasa seperti tertusuk dan berat apabila melihat Amber tersenyum riang seperti itu dengan Mingo. Aku memeluk tubuh dan mengekori mereka dari belakang.  

 

Jinri yang berada di sebelahku tidak berhenti menelan air liurnya dan terdiam tanpa kata-kata. Mungkin sebab dia takut oleh sebab aku asyik menunjukkan jelingan maut kepada sesiapa yang cuba bercakap dengan ku.

 

“Hyung!” Kawan kami selebihnya menegur setelah kami sampai di kafe sekolah.

 

Kami mula membuat pesanan seorang demi seorang. Amber terus menolong Jinri dalam memilih makanan di kafe ini. Dia tidak berhenti memperkenalkan setiap menu yang ada di sini. Aku tak boleh tolong dari terus cemburu. Aku menjulingkan mata ku ke atas melihat perangai mesra alam dia tu. Kenapa dia sangat mesra dengan orang? Kenapa dia tak perasaan yang aku sukakan dia?

 

Aku tak kisah kalau aku gay sebab kau Amber..

 

Ni semua salah kau sebab comel dan mencuri hari aku dalam diam.

 

Amber, I love you.

 

“Kris…. kenapa…. kau…. tak… makan… makanan….kau? Tak… baik membazir.” Soal Amber semasa mengunyah makanan yang penuh di dalam mulutnya. Sampai tersembur keluar sisa-sisa makanan dari mulut dibuatnya.

 

“Aku tak de selera.” Kata ku.

 

“Aish, tak… baik.. membazir. Bagi.. aku...” Katanya lagi tidak berhenti menguyah. Tangannya mula mengambil air ku dan mula menyedut straw tersebut untuk meminumnya.

 

 

Kita cium secara tidak langsung! Kyaaa! Amber-da!!! :O

 

Oh my god!

 

“Jjong! Air kau macam sedap lah. Bagi sini aku nak rasa.” Dia mula mengambil air Jonghyun dan cuba untuk meminumnya.

 

What? Dia suka hati minum air orang?

 

Aku dengan segera merampaskan air itu dari tangannya dan menghirup air itu sehingga habis membuatkan matanya terbeliak besar.

 

“Yah! Kenapa kau minum?” Jeritnya lalu memukul kepala ku membuatkan setiap orang menghemburkan ketawa terbahak-bahak.

 

“Gosh! It’s hurt!”

 

“Kau hutang aku air!” Katanya lalu memberikan jelingan yang menakutkan tetapi bagi aku comel.

 

Aku nak cakap sesuatu tetapi Jinri memoton.

 

“Ambil aku punya.” kata Jinri sambil menghulurkan airnya kepada Amber.

 

“Thanks Jinri.” Ucap Amber lalu terus menelan air tersebut.

 

Aku tak boleh buat apa-apa dengan sikap mesra alam dia. Hmmmn… *muncung sedepa

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exoticsNinspirit #1
Chapter 3: ouh gosh.. Kris!!!!!!
someone call a doctor! KRIS dah parah ni!
rougereen #2
Chapter 2: Akak tase yg malay version lg ade feel kot. Maybe sbb tu mmg mother tongue. Btw good job! ^-^
rougereen #3
Chapter 1: Yay! Versi melayu finally! Gempak giler! Ok. Akak upvote gak ff ni! ^-^