chapter one

SM Boy High School (Malay version)

Sulli’s POV

 

Aku berdiri di hadapan sekolah menengah yang kembar aku idam-idamkan dari dulu lagi. Hatiku berdegup laju, takut yang teramat sangat membelenggu diri. Memang aku yang menyerah diri untuk mengambil risiko menyamar sebagai kembar ku untuk memasuki sekolah ini… Tapi….

 

“Arghh!” Jerit ku di dalam hati sambil mengusutkan rambut pendek ku.

 

Macam mana kalau mereka semua tahu yang aku ni perempuan?

 

Muka aku ni dah lah tak de langsung macam lelaki. Haish!

 

Oh my god! Tamat lah riwayat aku.

 

“mommy!!!” Tangisku di dalam hati.

 

“Sulli, kau tahu tak yang aku diterima kat SM boys high school? Pergh! Tak sabar nak masuk kot!” Suara kembar ku sentiasa bermain di dalam kepala ku membuatkan aku menenangkan hati dengan menarik nafas sepanjang-panjang yang boleh dan melepaskannya dengan perlahan.

 

“Kau boleh buat Sulli!” bisikku kepada diri sendiri.

 

Dengan semangat yang sekecil kuman, aku memasuki kawasan sekolah tersebut dengan beg baju ku. Apahal berat sangat beg ni? Aku ada letak batu ke? Rasanya tak. -.- Eh kejap, asal sekolah ni besar sangat? Macam mana aku nak cari bilik pengetua ni?

 

Aku mengikut sahaja langkah kaki ku membawa diri ini yang sesat di dalam kawasan sekolah ini. Huhuhu.. Kat mana bilik pengetua ni?

 

“Eh kau cari apa?” Soal seseorang di belakang ku sambil menepuk perlahan bahuku.

 

Thanks God, kau telah menghantar seseorang untuk menolong ku. T.T

 

“Bilik pengetua.” Jawab ku sambil tersenyum selepas memusingkan badanku untuk melihat dirinya.

 

“Kau budak baru?” soalnya lalu meletakkan lengannya di bahu ku.

 

“Neh.” Jawabku, mengangguk kepala dan tersenyum janggal.

 

“Jom aku tunjukkan untuk kau.” Katanya lalu menarikku dengan keadaan di mana aku di dalam lengannya. Seriously, aku tak selesa gila! Tapi nak buat macam mana? Aku kan lelaki sekarang ni. Huhu T.T

 

 

“Nah! Kat sini pun kita.” Jeritnya selepas kami sampai di depan sebuah pintu yang sangat besar membuatkan aku memandang pintu dengan kelipan mata beberapa kali.

 

“Serious? Besar gila!”

 

“Of course, sekolah ni top 10 kat dunia.” Jawabnya sambil menunjukkan sebaris gigi putihnya.

 

“Chinca?” Bisikku sendiri. Seriously, aku tak tahu.

 

“Oh sekejap, nama aku Choi Minho. Kau?” Soalnya.

 

“Choi? Aku pun. Choi Jinri.” Kataku.

 

“Aku kahwin dengan kau? Serious? Hahaha! Just kidding! Just kidding!” gelaknya dengan lawaknya tersendiri.

 

Aku hanya ketawa janggal bersamanya.

 

“Okey arh, aku tinggalkan kau sini je. Bye bye… See ya!” Katanya lalu pergi meninggalkan aku seorang diri sekali lagi.

 

Aku hanya memandang tubuhnya pergi dari situ sehinggalah tubuhnya hilang dari pandangan mataku. Aku kembalikan pandangan ku ke arah pintu besar yang berada di depan ku. Aku menelan air liur yang susah nak ditelan. Dah macam telan batu pun ada ni. Huhu T.T

 

Aku membuka pintu tersebut selepas mengetuk beberapa kali.

 

Terlihat seorang lelaki yang sedang meletakkan kakinya di atas meja yang berada di hadapannya. Tangan kanannya tidak berhenti dari mengambil buah anggur yang berada di sebelahnya lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Mulutnya pula tidak berhenti mengunyah buah anggur tersebut dan matanya pula terlalu fokus kepada permainan video yang dinamakan PSP.

 

“Masuk!” Jeritnya dengan suara serak-serak basah miliknya tanpa mengalihkan anak mata ke arah ku walapun sekejap. Masih memfokuskan diri dengan bermain PSP dan memakan buah anggur.

 

Aku menutup pintu yang berada di belakang ku dengan bersusah-payah. Kenapa lah diorang ni bina pintu besar-besar? Susah benar aku nak menutupnya pun.

 

“Saya datang nak menghadirkan diri sebagai pelajar baru di sekolah ini, Encik.” Kata ku dengan tundukkan 90 darjah selepas aku berdiri di hadapannya.

 

Bilik ni besar weh! Dah boleh main bola sepak kat dalam ni kot. Haish! Membazir! Membazir!

 

Tidak lama itu, aku terdengar tepukan dari lelaki itu. “I’m waiting for you so long.” Katanya membuatkan kening ku bersambung.

 

Huh? Tunggu aku? buat apa? Bila pula?

 

Aku bangun dari terus menunduk dan merenung ke arahnya yang sedang merenung aku juga.

 

“Apa nama kau?” Soalnya sambil mengelus-ngelus dagunya seolah-olah dia mempunyai janggut. Tak de pun janggut.

 

Aku tidak menjawab tetapi memberikan profil dan sijil-sijil milik kembar ku kepadanya.

 

“Choi Jinri.” Bacanya sekejap lalu menutupnya tanpa ada rasa ingin tahu nak membacanya lebih terperinci. “Kau nampak macam…” Dia merenung aku dari kaki hingga ke kepala dengan kening yang bertaut. “perempuan…” tambahnya lagi membuatkan aku menelan air liur yang terasa kelat di anak tekak.

 

Kan aku dah cakap! Aku ni tak macam lelaki.

 

“I like…” Katanya dengan senyuman sinis di bibir. Membuatkan mata aku membulat besar daripada biasa lalu dia tergelak kuat sambil menghentak-hentak meja.

 

What’s wrong with him? Apa kena dengan mamat ni?

Mari sini aku komen sikit muka dia. Sebenarnya, muka dia pun macam perempuan tapi lebih kepada hensem. Eh kejap, apa yang aku cuba terangkan ni?

 

Dia yang tergelak tadi mula kembali ke posisi tadi di mana dia meletakkan kakinya di atas meja.

 

“Yiyun Liu!!!” seseorang menjerit dari belakang membuatkan lelaki itu terkejut dan tidak mendapat mengimbangi tumbuhnya yang sedang duduk di kerusi membuatkan dia terjatuh tergolek-golek di atas lantai.

 

Aku menoleh ke arah suara tersebut, tampak seorang wanita memberikan aku senyuman meminta maaf lalu mula memberikan wajah singanya kepada lelaki tadi.

 

Dia menarik dan memulas telinga lelaki itu untuk membangunkan lelaki itu dari terus terbaring di atas lantai.

 

“Ouch! Ouch! Sakit kak! Sakit bak hang!” Jerit lelaki itu kesakitan. “Kak, lepaskan. Dia pun nak hidup juga.” Tambahnya lagi, merayu untuk kakaknya melepaskan telinganya itu.

 

Wanita yang aku rasakan pengetua sekolah ini mula melepaskan telinga lelaki itu selepas menjulingkan matanya ke atas.

 

 

Amber’s POV

 

Aku menggosok-gosok telinga yang mula merah untuk menghilangkan rasa kepedihan yang menyebabkan pulasan maut dari kakak ku tadi. Gosh! Sakitnya sampai terkata lah siot! Kenapa lah dia tu suka sangat pulas telinga aku? Punya lah banyak tempat dia nak tarik, telinga aku juga yang jadi mangsa.

 

“Maafkan saya. Dia cuma pelajar kat sini” Kata kakak ku dengan senyuman maaf yang ditunjukkan di wajahnya membuatkan aku menjulingkan mata ke atas. Baru je aku nak prank budak ni. Haishh..

 

“Whatever.” Kata ku lalu melabuhkan punggung dan tubuhku ke atas sofa yang berdekatan untuk menyambung permainan video yang aku main tadi.

 

Oh, sebentar ya… Hmm, sebenarnya aku ni perempuan tau. Aku pun tak tahulah macam mana aku boleh sesat dekat sekolah lelaki ni. Sebenarnya aku tahu, tapi buat-buat tahu. Emm, apa yang aku cuba sampaikan pun aku tak tahu. Buat-buat faham je lah ye?

 

Sebenarnya, ini semua arahan dari kedua ibu bapa aku. Diorang mana kasi aku sekolah kat tempat lain selain dari sekolah diorang ni. SM Boy High School? Hmmm, dah kalau tak nak aku sekolah lain. Kenapa tak buka sekolah campur je? Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu. Mungkin diorang lupa jantina aku agaknya. LOL

 

Aku ni perempuan lah! Walaupun aku ni selalu pakai baju lelaki tapi aku masih sedar yang aku ni perempuan tau? Cuma kadang-kadang je aku lupa dengan jantina aku. Mana taknya, dah aku sekolah dekat sekolah semua lelaki kot.

 

Ibu bapa aku bagi aku pilihan di mana aku perlu menyamar jadi seorang lelaki kat sekolah ni atau menjadi hanya seorang perempuan bersekolah ini. What the heck? Sudah semestinya aku lebih rela menyamar jadi lelaki daripada jadi perempuan dekat sekolah yang dipenuhi dengan monyet-monyet. Aku juga lah termasuknya. Keke!

 

Dari mula aku sekolah dekat sini, tak de siapa lagi tahu pasal jantina sebenar aku selain daripada cikgu-cikgu dan pengetua di mana ialah kakak aku sendiri. Aku ni pro dalam menyamar jadi lelaki bukan? Diorang patut berbangga dengan aku. hehe!

 

“yiyun, tunjukkan dia dorm kau.” Kata kakak ku menghentikan aku dari terus bermain permainan video.

 

“neh!” jeritku lalu menyimpan PSP ku di dalam poket seluar. Eh sekejap!

 

“huh? Jangan cakap yang dia teman sebilik aku?” soalku dengan mulut yang ternganga luas.

 

“Sorry doh, kita tak de bilik lebih buat sementara ni. Bilik kau jelah satu-satuny ada lebih. Lagipun, lelaki ni nampak macam ‘innocent’” bisik kakak ku di telinga ku.

 

Setelah lama aku sekolah kat sini, ini lah pertama kalinya aku dapat teman sebilik seorang lelaki! Ops, pembetulan… aku tak pernah dapat kawan sebilik walaupun perempuan pun. -.-‘

 

Oh my god!

 

Dia ni dah gila ke apa?

 

Nak aku sebilik dengan lelaki?

 

Aku memberikan renungan tajam ke arah kakak ku yang menunjukkan wajah yang kosong tanpa rasa takut dengan jelingan maut ku. “Duh! Okay fine.” Kata ku mengalah. “Jom.” Tambahku lagi memandang ke arah lelaki itu.

 

Dia mengangguk kepalanya dan menarik beg baju nya untuk mengekori ku.

 

 

Sulli’s POV

 

Aku tak tahu tapi aku dapat rasakan yang lelaki ni bencikan aku. Aku dapat baca betapa bencinya muka dia bila Mrs. Liu kata yang aku akan menjadi teman sebiliknya.

 

Aish, why he hate me? Apa salah aku? T.T

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exoticsNinspirit #1
Chapter 3: ouh gosh.. Kris!!!!!!
someone call a doctor! KRIS dah parah ni!
rougereen #2
Chapter 2: Akak tase yg malay version lg ade feel kot. Maybe sbb tu mmg mother tongue. Btw good job! ^-^
rougereen #3
Chapter 1: Yay! Versi melayu finally! Gempak giler! Ok. Akak upvote gak ff ni! ^-^